Adaptasi dari seekor monyet

Sila jawab soalan di bawah:

1. Adakah anda pernah terserempak dengan seekor atau sekawan monyet?
a) Ya
b) Tidak

2. Dimanakah anda terserempak dengan seekor atau sekawan monyet tersebut?
a) Zoo
b) Balai Cerap UTM
c) Kawasan hutan
d) Lain-lain

Sekiranya soalan 1, jawapannya a...mesti anda tahu cara atau pergerakan seekor monyet.
Sila gayakan pergerakan tersebut untuk teruskan membaca entry ini...Hehehe =D

contoh:
MySpace
MySpace
MySpace

Hehehe..Segala yang diatas hanya sekadar selingan....jangan mare ye..

Monyet oh monyet...mmmm...Pernah tak anda semua mengambil ikhtibar dari pergerakan seekor monyet? (Bukan la pergerakan seperti diatas). Okey..kalau kita perhatikan ..Seekor monyet akan bergayut-gayut pada dahan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain kan??. Dan monyet-monyet ini akan menggenggam dahan yang dicengkam dengan kuat. Andai ada angin kencang atau ribut, cengkaman mereka akan bertambah lebih kuat. Bukan lebih kuat, malah...tersangat-sangat kuat terutama bagi yang mengendong anak kecil. Kenapa eh?? Mesti la sebab tak nak jatuh. Kalau jatuh dari dahan yang rendah mungkin masuk wad pesakit luar je la kot. Tapi..kalau jatuh dari dahan yang tinggi..berkemungkinan akan parah..nah..ini yang akan masuk wad kecemasan. Mesti la monyet nie tak nak.



Dalam kehidupan sehari-harian kita pula...banyak ikhtibar yang boleh diambil, antara salah satunya...dalam melayari kehidupan...perlu ada pegangan yang kukuh kepada Allah supaya tidak tersungkur di tengah jalan. Andai ada ujian, pegangan tadi harus menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Bukan bertambah longgar atau dilepaskan terus. Terutamanya jika kita membawa tanggungjawab yang berat. Sekiranya dilepaskan tanggungjawab tadi, berkemungkinan ia akan memberi kesan yang lebih dasyat lagi. Allah turunkan ujian kepada manusia nie, bukan untuk saja-saja je..Ujian Allah adalah untuk menguji sejauh mana iman dan pergantungan hamba-hambanya. kan? kan? kan?..Wallahualam.
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.(Al-’Ankabut : 2-3)
Sebenarnya, Edelin cerita kisah monyet masa Daurah di Surau S19 tadi. Tapi, ana tak dapat nak kaitkan dengan zon selesa seperti yang diceritakan. Makanya jadi version lain pulak. Hehehe.

Pantai Oh Pantai


  
Along, kakak, milah dan adik buat tour ke Pulau Pinang...
 Ana tak ikut...
 dan mereka ke pantai... 
huhuhu...
 bukan tak tahu ana suke pantai...
 sengaja dan saje je...


  Oh pantai..bilakah dapat kita bersua??

 TAPI
Kenapa mesti pantai??

Seindah sedamai
pantai melambai gemalai
begitulah hati 
merindu kasih yang padu

Bagaikan pepasir
basah disimbah lautan
begitulah perjuangan ini
Biar basah dengan iman dan ukhuwah 



Kita ingin segalanya indah
sebersih pasir pantai memutih
seindah dan secerah pawana
berseri ukhuwah dipupuk kasih

Kita ingin segalanya terlerai
Dengki dan dendam kesumat musnah
biar keikhlasan berbicara
didada hati luas saujana

(Saff One-Secerah Pawana)
 
Hakikat sebenarnye kita dah takde masa
perjuangan masih panjang dan rehat cuma boleh sebentar

maka pantai

lambailah daku
daadaaaaaa
sayonaraaaaa


Dosa si anak kecil. Kerana siapa??

Peristiwa 1     (5 tahun lepas)

"Kak, nak satu dua kotak kosong boleh? Ibu nak buat isi-isi barang" anak kecil seusia adik ana yang bernama Emy itu meminta belas. Ana kesorangan menjaga kedai ketika itu, sibuk melayan 2-3 pelanggan.

"Mmm..amik la kat belakang. Tempat biasa" ana mengarah sambil tangan sibuk memasukkan barang-barang yang dikira jumlah harganya ke dalam beg plastik.

Selepas beberapa minit, Emy muncul dengan satu kotak yang agak besar. Namun badannya yang masih kecil kelihatan mengangkat suatu beban yang besar. Beban yang tidak sepadan dengan berat kotak yang sepatutnya. Tergerak hati ana untuk mendekati Emy.

Anak kecil itu mula mengelabah. Kakinya melangkah selangkah dua ke belakang. Matanya melilau-lilau mencari ruang untuk meloloskan diri dari ruang yang agak sempit.

"Boleh akak tengok kotak tue?" ana masih mampu tersenyum
"Hah? Takde pape kak dalam kotak ni." kakinya diangkat setapak lagi ke belakang
"Kalau takde pape..takyah la takut. Relax la" masih lagi tersenyum dengan sedikit perasaan geram

Kotak Minyak Masak Seri Murni itu ana buka. Terdapat beberapa botol air minuman bergas yang disimpan di stor belakang berada didalamnya.

"Kalau takde pape..nie apa?" Suara sedikit dikeraskan. Tengah menahan amarah. Geram juga ana dibuatnya.
"Kakak yang suruh" suaranya kian bergetar
"Suruh ape? Amik kotak ke? Mencuri?" ana menambah.

Emy diam. Tidak membalas.

"Dah. Letak kotak tue kat situ. Emy gi balik.Jangan buat macam nie lagi. Akak tak suke. Allah pun tak suke." ana mengalah dan melepaskan anak kecil itu pergi.

Ana melepaskan lelah. Nak marah tak boleh sebab ana tahu, bukan Emy sengaja. Bukan Emy salah. Dia disuruh. Disuruh oleh kakak dan ibunya yang juga banyak kali pernah ditangkap mencuri. Setelah diberi amaran untuk tidak lagi menjejakkan kaki ke kedai 3M, Emy pula dikerahkan. Taktik yang sama. Tiada beza.

Sedihnya ana menjadi si anak kecil itu. Tidak mencuri, badannya bakal menerima sepak terajang. Kalau bukan dari si kakak, mungkin dari si abangnya. Tidak mencuri juga, bermakna pada hari itu, dia disuruh berpuasa.

Peliknya ana, kakak dan abangnya mampu bekerja. Tetapi memilih untuk bersenang lenang dirumah. Padahal mereka bukan orang senang. Menyusahkan si ibu, membanting tulang. Menyusahkan adik perempuan yang setahun lebih tua dari ana mengerahkan keringat. Menyusahkan adik lelaki yang masih belajar mencari sesuap nasi. Menyusahkan juga si bongsu Emy dengan mencuri.

Bukan mereka dibiarkan tanpa pertolongan. Seringkali bantuan diberikan. Tapi, disebabkan 2 manusia yang bergoyang kaki ibarat raja dan pemaisuri, bantuan sebesar gunung pun bisa diratakan.

Abi pernah mencadangkan pada si ibu untuk menghantar anak-anaknya yang masih bersekolah ke rumah anak-anak yatim. Bantuan penuh pelajaran ada, makanan cukup, tempat tinggal selesa...tapi si ibu menolak tanpa alasan. Nak kata sekolah asrama anak yatim tue jauh...tak jauh pun. 15 minit je dah boleh sampai.

Peristiwa 2  (3 tahun lepas)

Ana: Emy, ni makan roti ni. bace doa dulu tau.
Emy: Macam mana doanya? Emy lupe. Hehehe.

adei...

Abi: Emy nak Sekolah Agama Rakyat tak? Macam Diyana, tiap-tiap petang gi surau. Belajar agama, mengaji, solat. Nak tak? Nanti tiap-tiap bulan p.cik bayarkan yuran sekolah.
Emy: Macam Diyana? Nak..nak...

ok...

Peristiwa 3   (Cuti sem 2009)

Balik cuti hari tue, kelihatan Emy membantu Umi. Emy si anak kecil itu sedang menghabiskan cuti sekolahnya. Tahun depan, bakal melangkah ke tingkatan 1. Dah lama ana tidak mendengar cerita si anak kecil ini.

Abi, Umi...oh...berbaur cemburu ana bila mendengar Emy memanggil ayah dan ibu ana sedemikian rupa. Sejak bila pula Emy ni menjadi anak angkat umi dan abi nie?? confius..

Umi minta Emy tolong..Emy buat tanpa alasan...
Ana minta Emy tolong..Emy banyak pulak alasan...
tak paham betul... 

Nak dengan Umi je...mana boleh!! Ana jeles!! Hahaha..jeles dengan si anak kecil Emy..


Selesai membantu Umi, Umi akan mengajak Emy makan tengahari. Umi tahu, Emy akan merayau-rayau waktu zohor bila disuruh untuk balik solat dan makan tengahari.

Selesai makan, ana mengajak emy untuk solat...

Emy: Takpe lah kak, Emy tak bawa telekung.
Ana: Eh, Emy boleh pinjam telekung Diyana. Telekung k.Syamilah pun boleh. Emy gi la amik wuduk dulu ye...

Diam..

Ana: Kite solat sama-sama. Tak tahu, nanti akak ajarkan.

Diam..

Ana: Tak nak solat ke?

Diam

Ana: Tak solat nanti Allah marah tau. Tak lama pun. Kejap je.

Emy: Akak, Emy balik dulu la..Nanti Emy datang balik.

Tak sempat ana nak bersuara, anak kecil itu berlari keluar.

Kata umi, Emy sekolah agama sekejap je. Tak sampai seminggu, lepas tue dah tak datang-datang dah. Al-fatihah masih belum lancar. Diajak solat, tak mahu. Nak diajar mengaji, lari. Ajak makan je la laju.

aduhai si anak kecil Emy...dah nak masuk form 1 dah nie...

Peristiwa 4  (Masih cuti sem 2009)

"Emy mencuri lagi." kata umi.

"Hah?? Bile?" terkejut ana, lantas menoleh ke arah Umi yang kelihatan sedih.

"Tadi. Masa umi jaga kedai. Die ajak kawan-kawan die ke belakang. Sorang satu bawak lari mee meggi secawan dalam baju." Umi menambah.

"Then?" ana bertanya lagi.

"Umi nampak Emy ngan tiga orang kawan die tepi van. Tengah menyorok. Dah kantoi...Masing-masing beratur la mintak maaf. Cuma umi sedih la. Dah dilayan baik-baik masih sebegitu. Kali nie, bukan kakak atau abang atau ibunya yang suruh. Emy yang ajar kawan-kawannya." mata umi dipejamkan.

aduhai si anak kecil Emy.. buat Umi ana bersedih hati.

Si anak kecil itu makin berubah. Perkataannya sedikit kasar. Nasihat diberi ibarat masuk ke telinga kanan keluar telinga kiri. Makin berani. Bebas melakukan apa sahaja tanpa suruhan sesiapa...

Si anak kecil Emy yang pada mulanya ibarat kain putih, kini dicorakkan warna kegelapan.

Dulu, usai membaca buku Syabab Musafir Kasih, karya Fatimah Syarha Mohd Noordin ...ana impikan Emy boleh menjadi seperti syabab. Tapi..impian ana, punah. Impian abi dan umi juga. Teringin ana, menyelami hati si kecil Emy..tapi kekasaran sikapnya dan keterbatasan waktu untuknya tidak mengizinkan ana.

Untuk Emy...
Dirimu bukan keseorangan dalam melayari kehidupan penuh onak duri. Allah ada, Umi ada, abi ada..akak juga ad untuk Emy. Lembutkan hatimu...dengan ayat-ayat Allah, bersihkan hatimu dengan zikir.

Jangan pernah rasakan Allah tidak adil. Allah tahu Emy mampu. Emy kuat untuk hadapi semua ini. Jangan terus hanyut dengan kehidupan tanpa pegangan. Tanpa arah tujuan. Tanpa impian. Tanpa angan-angan. Emy boleh untuk ubah nasib keluarga Emy..

Jom bersenam =)

..... selingan jap... :gelak:

Kepada mereka yang mengantuk ataupun tengah tertekan.
Sila lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!


Image
Ini ala taichi sikit la… sebagai intro dan pemanas badan..


Image
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

Image
wa..wa..aaa

Image
Gerak kekanan kemudian ke kiri..

Image
Gerak ke kiri kemudian ke kanan


Image
Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..

Image
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..


Image
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..


Image
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…

Image
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..


Image
Hilangkan semua tekanan…


Image
pusingkan kepala…


MySpace
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…


MySpace
Akhir sekali lakukan joget kucing…

SN


SN
SN = Satu Nokhtah
SN = Sayyidah Nafisah

Pernah dengar tak sejarah mengenai Sayyidah Nafisah?? Kalau tak pernah dengar, ana nak cerita nie. Kalau pernah dengar, n da tak mahu bace boley la ke bahagian atas kanan window untuk klik close page ye. Ini bukan suatu paksaan. Hehehe.. Bukan sejarah riwayat hidup ana yang ana nak cerita..tetapi riwayat seorang serikandi yang ana pinjam nama darinya.

Tym kecik-kecik dulu (zaman yang sangat tak matang) ana pernah berasa hati dengan abi ana ..Sebabnya,adik beradik ana yang lain..abi yang bagi nama. Tapi ana..bukan abi yang bagi..bukan juga umi yang bagi..bukan juga family belah abi atau family belah umi yang bagi..Sape yang bagi nama nie?? hehehe..Long tym ago..abi penah cite..tapi ana da lupe..siapakah yang empunya gerangan pemberi nama..

Tym kecik-kecik dulu juge..ana telah tertarik dan menarik untuk membaca majalah asuh bile terlihat satu tajuk cerita ni 'Berkat air wuduk Sayyidah Nafisah'..Mulai saat dan detik itu..selepas berwuduk je, ana akan mencari adik-adik ana. "Nie amik berkat air wuduk Sidah nie" lantas wuduk yang sedia ada disapukan ke muka adik-adik ana..maka berlakulah adegan kejar mengejar ke seluruh pelosok rumah demi mengelakkan kekejaman kakak mereka yang nakal ini.

Then..tym sekolah menengah..ustaz ana tanye ana.."Sayyidah, kamu tahu maksud nama kamu?"..dengan muka seposen kepala digelengkan. " Sayyidah = Puan ". Hohoho..statement yang dikeluarkan di dalam kelas..makanya..bermulah episod hidup ana sebagai Puan Nafisah. Well..ana tak puas hati sebenarnya.. sememangnya Sayyidah itu dalam bahasa arabnya bermaksud puan. Tapi disebabkan rasa macam tak best, ana pun mencari buku erti nama-nama dalam Islam. Konklusi dari buku tersebut..Sayyidah = Ketua atau Pemimpin, Nafisah = Berharga. Maka, setelah digabungkan ..jadilah..koko krunch. Hehee..Combinekan la sendiri ye. 1+1=2.. Disaat itu..ada sekelumit rasa bangga (astagfirullah) dan tertanamnya cita-cita untuk merealisasikan erti sebenar sebaris nama itu. Tapi kejap je la..tym sekolah menengah rendah je. Masuk sekolah menengah atas, cita-cita hanya menjadi angan-angan. hahaha.

Stop sampai situ je cerita ana. Ana tak pernah nak ambil tahu dan tak pernah tahu pun yang sebenarnya nama itu telah terlakar dalam sejarah. Bukan calang-calang sejarah. Sejarah Serikandi ahli bait Rasulullah s.aw.

Sayyidah Nafisah bt Sayyid Hasan Al-Anwar b Saidina Zaid b Saidina Hasan b Saidina Ali b Abi Talib. Keturunan menantu Rasulullah s.a.w...Nafisah sebenarnya diambil dari perkataan 'An-nafasah' yakni bermaksud kemuliaan atau ketinggian sesuatu. Serikandi yang berani dan diberi gelaran Ummul U'lum (Ibu sekalian ilmu) ini dilahirkan pada 11 Rabiulawal 145 Hijrah, merupakan seorang yang sangat rajin dalam beribadah.

Diriwayatkan daripada Sayyidah Zainab binti Sayyid Yahya yang juga anak saudaranya, beliau berkata, “Aku telah berkhidmat kepada emak saudaraku (sebelah ayah), Sayyidah Nafisah selama 40 tahun. Aku tidak pernah lagi melihat Sayyidah Nafisah tidur pada siang dan malam kecuali kerana darurat (terpaksa) kerana sibuk dengan beribadat. Beliau juga sentiasa berpuasa kecuali dua hari raya dan hari tasyriq. Lalu aku bertanya kepadanya, “Wahai emak saudaraku!Tidakkah kau berasa penat dan kasihani tubuhmu?” Lantas beliau berkata, “Bagaimana aku mampu mengasihani diriku sedangkan dihadapanku azab Allah sedang menanti. Tiada siapa pun yang dapat mengelak daripadanya kecuali orang-orang yang berjaya.”

Srikandi yang namanya tidak lagi asing di bumi Mesir ini seringkali berdoa sambil menangis di sisi Kaabah “Tuhanku!Penciptaku!Penolongku!Berikanlah kegembiraan kepadaku dengan redha-Mu kepadaku. Janganlah diriku ini menjadi sebab sebagai pendinding (hijab) antara Kau dan aku. Tuhanku!Permudahkanlah aku menziarahi kubur kekasih-Mu, Ibrahim (iaitu Mekah)”.

Satu kisah yang menyentuh hati ana.. apabila beliau telah membina kubur di biliknya sendiri setelah merasakan kematian semakin menghampiri. Kubur itu di bina demi untuk mengingati mati dan menambahkan amal ibadahnya.

Berkata Al-Allamah Al-Ajhauri, “Adalah Sayyidah Nafisah membaca al-Quran dan mengkhatamnya dalam kuburnya sebanyak 6,000 kali dan beliau menghadiahkan pahalanya kepada sekalian umat Islam yang telah meninggal dunia.”

Banyak lagi kisah-kisah menarik mengenai sifat dan pengorbanan Sayyidah Nafisah ini. Antara yang famous, mengenai berkat air wuduknya yang telah mengislamkan ramai orang. Da pernah bace belum?? Kalau belum pernah bace, bley la klik link di bawah:

Kisah 1

Nie sumber dan cerita menarik lain:

Kisah 2
Srikandi iman ini...
hatinya tegar..
tidak terpaut pada dunia
tidak terleka dek syaitan penipu daya.
Jiwanya rindu dengan syurga
Batinnya takut pada Dosa
Tapi..
tetap taatkan suaminya.

Serikandi iman ini..
contoh pedoman buat semua
sediakan bekalan di akhirat sana
sebelum ajal datang menjelma
sebelum roh diangkat dari dunia

Kesimpulan: Semoga Sayyidah Nafisah ini juga mampu mengorak langkah, menggapai cita..mencari cintaNya

t-shirt SEW + SEC

Nie la t-shirt yang my classmate design


Merah menyala ^ ^

Summary sem3


Alhamdulillah, berakhir sudah satu episod warna warni kehidupan yang melakar indah memori-memori selama ana di UTM Skudai amnya dan KTC khususnya.Dah lama tak mencoret-coret huruf-huruf yang diuntai menjadi rangkaian perkataan yang kemudiannya menggambarkan situasi, peristiwa, emosi dan perasaan. Ok...ana nak buat pengakuan ni...

Sejujurnya ana hampir sahaja mengkuburkan blog SatuNokhtah ni. Bukan dikuburkan terus dari blogspot...tetapi dikuburkan dari tatapan umum. Menjadikannya private ibarat 'diari' multimedia. Wah..maju kan sekarang nie. Tulis diari gune blogspot. Ye la..sure tak hilang dan orang tak bace. Kenapa dan mengapa...biarlah rahsia.

Sejujurnya juga, ana tak mahu ade article copy paste dalam blog ana..tetapi atas sebab-sebab tertentu dan tak mahu blog ini makin bersawang..wujud lah article copy paste seperti dalam entry sebelum ini. Bukan tak suka article copy paste, cuma sekadar mahu memaksa diri untuk berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Kalau tak dipaksa dan masih bermanja-manja dengan apa yang ada tanpa mengolah pembacaan, otak pun akan mula la berkarat. Malas berfikir. Terima apa sahaja yang dibaca...so tak jadi pape la kalau gitu..

sejujurnye juga juga, sem ini memang best.

sejujurnya juga juga juga, sem ini ana diuji dengan demam, selesema n batuk yang berpanjangan. (Anis, my x-rumate said dat i awayz in a sick mood)

sejujurnya juga juga juga juga, sem ini ana banyak mengenali diri sendiri

sejujurnya juga juga juga juga juga..opss..da nak mula merepek la nie...^ ^

Jom tengok program2 sem ni y ana berkesempatan join:

KEM PEMANTAPAN JKMKTC 09
Tempat: Hutan Lipur Sungai Sedim, Kedah



well..penat..Menjelajah dari pangkal ke hujung Malaysia.
Dari Johor ke Kedah dan Kedah ke Johor.
Tapi seronok.
Da lame tak gi camping..
da lame tak gi jungle trakking..
da lame tak merentas sungai..
da lame..da lame dan da lame...

KEM KREW MHS & MHS 09
Tempat : Watercity Resort Melaka, KTDI & KTC UTM Skudai


Tym kem..tempat program yang sangat cantik.
Dengan kapal besar n titi gantungnye.
tak lupe juge...bilik penginapan yang sangat mewah


Tym minggu MHS, dapat banyak pengalaman.
adik2 yang sporting n family yang riang gumbira



 nie struktur organisasi family krew MHS kitorang...



sumber simpanan artifak Baby@Dijah

PRESTIC 09 
Sub Program : Cooking Sifu
Vanue:KTC UTM Skudai

 

EXPLORACE KELAB REMAJA UKHUWAH 09
Vanue: KTC n Balai Cerap UTM Skudai
  
 

KEM SMART SOLAT
Tempat: SMK Taman Universiti

Jom Mantapkan SOLAT kita
 
 

KARNIVAL WANITA 2009 (KAWAN 09)
Tempat: Pusat KoQ n L50 UTM Skudai
 
Suke dengan teater Sakinah ^ ^
Sakinah memang Best n Mantap!!
hehehe

 

BENGKEL MANIK KAWAN 09
Tempat: L50 UTM Skudai

Nie program sub bawah Kawan 09..tapi ana tolong sahabat ana, Intan.
Setelah berhempas pulas dengan playar n manik2..
peserta telah menghasilkan gelang y cantik n cumil2 belaka..

 

RnR KTC
Tempat: KTC UTM Skudai
 
 

JAMUAN RAYA ANAK PERAK 2009 (JARAK 09)
Tempat: Dewan Jamuan banggunan HEP, UTM Skudai 
 
Berjumpalah kami orang kampung yakni YOP n YONG UTM Skudai



Sejujurnya lagi lagi lagi lagi lagi dan lagi, ada lagi program..tapi gambar tiada dalam simpanan kerajaan

Ihya' Ramadhan 2009 (IHRAM 09)
 Program-program BADAR ( Ceramah Isra' Mikraj, Kelas Tajwid & Jamuan Raya BADAR )
Program-program lain


Sejujurnya lagi x7.. ana telah berlaku kejam kepada SEPUR..

Ana kenalkan dulu..
jeng3x



inilah SEPUR..
Tau ape kekejaman ana??



recognize da different??
now..she just lyk n alien workshop
without her beautiful eyes
hohoho..
huhuhuuuuuuuuuu



maaf ye sepur..jangan la merajuk da..

Cinta???

Esok final signal...tapi ana tetap nk post satu puisi nie..
Nie ana copy dr kawan ana..Semoga ada yang boleh mengambil pengajaran.

Cinta.....

Ramai antara kite terperangkap dan terjerat dengan perasaan sendiri...
Ya memang susah nak membuang cinta..
Sebab tu ada orang kata, jangan sengaja nak cuba2,
Sebab bile dah bercinta, apatah lagi cinta yang melanggar syarak,
Sangat susah nak kikis benda tu kecuali
Utk orang2 yang Allah berikan kekuatan..
Sebab syaitan akan cuba sedaya upaya untuk mengindahkan percintaan itu
Dan cuba untuk menyucuk hati kita agar menyetujui perbuatan yang kite buat itu..

Sebab tu Allah ada cakap kat kite dalam surah ke 2 ayat 165
(bukak Quran dan baca lagi best sket) :
Dan di antara manusia ada org2 yang menyembah tandingan2 selain Allah:
mereka menyintainya sebagaimana mereka mencintai Allah.
Adapun orang2 beriman sangat cintakan Allah...

Hati manusia ini, kalau tak cinta pada Allah, dia akan cinta pada selain Allah..
dan kadang2 kite tak perasan dan leka yang cinta kita pada benda selain Allah itu,
melebihi cinta kita pada ALLAH..

Bayangkan kalau Allah tanya kite di akhirat,
Adakah kite menyembah Dia atau selainNya?
Jika syarat menyembah itu adalah dengan mencintai...
Bayangkan kite mengikut hawa nafsu kite lebih berbanding dengan perintah Allah..
astaghfirullah...

Sebab kalau orang yang cintakan Allah,
Dia takkan buat maksiat.
Dia takut bila dia ajak kaum lain jantina keluar untuk ber'dating',
Allah akan murka dia, dan dia tidak tergolong dikalangan orang2 beriman..
Lucutlah pahala2 yang Allah berikan kepada dia..selama dia buat baik...

Dan dia sangat faham ayat hijab yang Allah turunkan pada dia 33:53..
dan dia sangat akur yang dia perlu menundukkan padangan setiap kali berada di hadapan sesiapa saja..
An-Nur 30-31 kerana dari pandangan matalah, akan berlakunya pelbagai bentuk zina yang lain...

Kite tak perlu cemburu jika ada kawan kite yang hanyut dengan percintaan...
Mereka sebenarnya terperangkap dalam penjara cinta..
Mereka dibelunggu peraasaan yang tak mampu mereka keluar dari itu..
Kite perlu ambil usaha untuk membantu mereka,
Bawa mereka utk kenal Allah..kenal cinta Allah..
Kerana cinta manusia itu sering mengundah gelanakan hati dan kebahagiaannya cuma sementara.

Jika kahwin adalah matlamat utama,
Itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan hakiki
Kerana bagi seorang mukmin itu,
Kebahagian yang paling membahagiakan adalah apabila dia mendapat redha TuhanNya..
Dan itulah mengatasi segala2nya..( Al-Anfal:2)

SAYANG...

Jiwa pemuda yang sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir menjadi kuncup kerana terjerat dengan pencintaan..

SAYANG...

Jiwa pemudi yang sepatutnya disirami dengan kesopanan dan kesolehan di dada menjadi kotor dek cinta yang ternoda..

Sepatutnya kite mengimpikan perkahwinan yang barakah...
perkahwinan yang barakah itu hanya boleh didapati apabila detik2 awal pertemuan turut diberkati,
menurut syarak, bebas dari nafsu syahwat...

Bayangkan... jika langkah kite yang silap dari sekarang..

> akan mengeffect anak2 kita...
> cucu cicit kite...
> dan keturunan2 kita....

Wal iyazubillah....

Bukan takde cara nak approach teman hidup..
jika dah bersedia utk berumah tangga boleh sahaja melalui orang tengah yang lebih mengenali insan tersebut...

TAKUT TERLEPAS JODOH...? bukankah Allah telah menyakinkan kita...

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(An-Nur:26)"

Bukankah Allah itu ada utk kite letakkan segala puncak harapan... ?

Mmg susah nak mengawal hawa nafsu..
Tambah2 lagi di zaman muda seperti kite,
maksiat berlaku di depan mata merata2...
kehendak hati sentiasa bergelojak...
kerana itu Rasulullah sarankan utk mereka yang mampu untuk berkahwin,
jika tak mampu...berpuasalah...
kerana berpuasa itu dapat menurunkan kehendak hawa nafsu...


~~bestnye klau dpt same2 kite amalkn ajaran Islam yg sebenar...
ana yakin,,bile kite peroleh cinta ALLAH,,
kite juge akn peroleh cinta org yg turut mncintai ALLAH~~

~Lagi2x raya~

umi dan atuk


Anak2x atuk n nenek (7 org perempuan semuanya)
M.Long Junaidah, M.ngah Zubaidah, Umi-Halidah, M.teh Zuraidah, M.Uda Mazurah, Cik Lin Mazlina, M.usu Shidah.


Menantu2x atuk n nenek (p.usu je xde)

umi, m.long, m.teh n nenek with sedara belah kembar nenek dari Felda Taib Andak

Family Cik Lin

Abang Afiq


Abang Mirul


Atuk dengan coconutnya

abi bersantai

umi tersenyum

Sebelah umah atuk, umah p.uda (ade pondok comel kat atas tue)

Afiqah

Abang Haris

Abang Aus

kak Jaja

p/s- Selepas nie, blog nie akan bertambah sawang2nya. Ana bakal mengorbankan broadband ana kepada k.maria. Oleh itu, ini adalah posting terakhir untuk sem ini. Maaf ye.