Selamat Hari Lahir..


Selamat hari Lahir blog baru...
selamat hari lahir..."



kek bufday dari sahabat2 ana (Anis,Ifa,Wani,Fatimah n Vijayalakshmi)
Syukran..sedap sgt2x. =)
untuk penubuhan blog nie ke??? Hehehe..


Alhamdulillah...akhirnya ana berkesempatan untuk merasmikan blog yang kedua selepas terkuburnya blog yang lame. Blog nie ditubuhkan setelah ana menyertai bengkel blog anjuran Kelab Remaja Ukhuwah di Kolej ana. Da ckup ilmu ke u berblog??? hehehe...Blog yang hanya sekadar untuk merencanakan apa yang terbuku dihati. InsyaAllah...ana cube selitkan pengisian2 agar blog ini tidak menjadi sesuatu yang merugikan.

Tarikh 30 mac dipilih...sebab..tarikh nie tarikh y bermakna untuk ana. Syukur ke hadrat ilahi, ana masih diberi peluang untuk menghirup oksigen2 dan menghembuskan carbon dioxide di atas muka bumiNya yang sementara ini. Terima Kasih tidak ternilai harganya buat Umi tercinta Puan Halidah Binti Kasani yang telah melahirkan seorang anak yang masih cuba mencari identiti diri...y masih berusaha mengenal diri...yang masih cuba mencari dan meraih sinar2 dari ilahi..

Terima kasih yang teristimewa buat Abi...Mohammad Jasni bin Osman. Semoga abi cepat2 sembuh dr demam. Demam rindu kat anak abi yang sorang nie ea??? Hehehe...da 3 bulan x balik. Homesick giler da nie. InsyaAllah...minggu nie nak balik. Melepaskan rindu. Takot2 nnt homesick parah tahap kritikal sampai x dapat jawab final. Kikiki.


Khas untuk abi dan umi..doa ana kirimkan buat pengorbanan yang tiada ter'value'. Penghargaan untuk kalian tidak tergambar..Tapi...tetap...sebagai simbolik..nk bagi something..Buat masa ni, ana bagi gambar bunga je ea =) . Nak bawak balik bunganya...mesti da layu..so....ana abadikan dekat blog nie je.. hehehe..



Bunga graduation dari BIKEONE...beli dgn harga lelong =)




Da transfer dalam pasu..dapat aromatherapy =)




Tengah belek2 bunga.. teringat lak...STUDY..
test instrument n circuit theory diz week =(
bley lak buang masa...hehehe

ni lak mesej dari sahabat ana,

"hari ini hari lahirmu,
hari ini bertambah lagi usiamu,
hari ini akan bertambah jua tanggungjawabmu,
hari ini akan menjadikanmu lebih matang...
dek ujian yang mendatang,
Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu...
mengharungi onak & duri,
Hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu denganNya,
semakin berkurang tempoh untuk beramal,
semakin kubur mempersiapkan tempat untukmu,
semakin bersedia malaikat maut menjemput,
semakin dekat masa amalan dihitung,
&
semakin dekat harumnya firdausi atau azabnya jahanam"

mmm..untuk sahabat2 dan rakan2 seperjuangan yang telah banyak bersabar melayan karenah teman kalian yang sorang nie...terima kasih banyak2..sayang kalian!!!. Semoga ukhuwah akan terus terpateri utuh, kukuh dan bersemi buat selamanya. Maaf andai pernah terguris dan tercalar hati2 kalian. Hakikat diri ini hanya seorang hamba yang kerdil. Tidak lari dari sebarang kelemahan dan kesalahan.

wallahua'lam







0 comments: