Hujung minggu

Hujung minggu tiba lagi. Selalunya hari ahad je la ana n family dapat keluar berjalan-jalan disebabkan 3M enterprise dibuka setiap hari kecuali hari ahad. Alhamdulillah, Allah beri masa untuk kami sekeluarga meluangkan masa bersama-sama. Tapi kali nie...Mariatun Qibtiah (kakak), Hayatun Syamilah ngan Nur Sakinatul Laila (adik2)...takde...deme blum balik bercuti. Huhuhu.. So, tinggal abi ngan umi, Muhammad Faruq(along), ana..ngan Nur Diyana (adik bongsu). Bile mention pasal budak kecik nie..Aduai..adikku sorang nie...Bile ader akak die kat umah, mula la manja yang berlebih-lebihan keluar. Hampir tahap maximum. Tapi tak kisah la sebab dalam manja-manja die..die la yang paling banyak kene buli. Hahahaha..(sori eh adik, da tak tau nak buli sape. Klo tak tahan...col teledera eh..kikiki). ~sebenarnye die rindu ngan akak die nie yang dah lama x balik. Cian..tinggal sensorang ngan along. takde teman nak main anak patung, cikgu-cikgu, masak-masak, lukis-lukis.. Umi cakap "akak2-akak die tak de, die main sensorang dan banyak mengelamun". Memang kesian la budak kecik nie. huhuhu

my dear sis, termenung..
jangan angan-angan minah jenin yea..

Hujung minggu kali nie, kami sekeluarga pergi ke TF, Batu Gajah. Kali nie, keadaan memang sesak. Biasala...hujung minggu. Tau tak TF tue aper?? Sebuah pasaraya...macam giant la tapi kocik je. Berbekalkan 2 troli, kami bergerak masuk. Memilih barang-barang yang diperlukan dan dimahukan. Guess what...penuh giler troli kami. Nak wat kenduri ke? Klo along yang nak bertunang... lambat ag kot. Habis tue, ader orang nak masuk merisik ke?? Hahahaha. Anak-anak gadis abi ader 5 orang semuanya..Maka, siapakah yang bakal dirisik itu??

signboard TF, jom shopping

My sis, 1st troli

my bro, 2nd troli

Umi n my dear sis, waiting for along bukan 'ah long' =)

Pintu masuk TF yang sesak~tym nk balik, ujan agk lebat

usai membeli belah, perut mula mendendangkan rentak-rentak muziknya. TING3x...idea bernas along lip lap lip lap... mengajak kami makan ayam kfc malaysia. Tertanya-tanya jugak...ader ke?? xnk la klo KLG (tiru kfc jer..macam tak de idea lain). sampai tempat yang dituju, ramai gak orang tengah menunggu giliran. P.cik nie pun baru jer nak memanaskan kualinye...ape lagi..kami mengintai la cara-cara membuat ayam kfc malaysia nie.

Penat menunggu lama?

chikenball y rangup..nyum3x

mengambil order dari along

umi ngan adik sedang menjalankan pengintipan
intip p.cik menggoreng ayam

Menunggu hampir 15minit, kami memperoleh pesanan kami... kepak ayam-6 dan chikenball-8. Fuhh, memang sedap la. Setanding dengan kfc. Patut la digelar kfc malaysia. Tak nak dimajukan ke?? wat cawangan ker?? pertanyaan hanya tinggal persoalan dek kerana proses menginterviuw gagal kerana p.cik n m.cik nie ngah sibuk giler. hehehe. tak tanye pon ag..just trlintas kat hati jer nak tanye. Tak berani la...macam tak mesra alam jew. Tapi yang sebenar-benarnye, ana belum ade skill u berbual or brbicara dengan orang yang tidak dikenali. Apatah lagi dengan orang yang lebih tua. Takut. Tersalah kata or terlepas kata. Nanti terguris hati.

Bile sebut-sebut pasal skill bercakap nie.. Memang diakui, masih lemah dari bermacam segi. Klu berjumpa dengan orang yang peramah, panjang lebar jugak la perbicaraan yang berlangsung. hehehe. Tapi, if jumpa ngan orang yang sekepala tak pandai sembang, alamatnya...diam jer la. Senang cite, sebenarnya...ana nie, pendengar yang setia. Hahahaa..nak backup diri namanye nie. Tue sebab bile berdepan dengan org yang petah berkata-kata nie, respect ana tinggi sket. Bukan petah berkata-kata or beromong-omong kosong. Tapi berkata-kata yang penuh hikmah, penuh pengisian, nasihat or pape la yang berguna. Semoga ana boleh menjadi salah seorang daripadanya. Amiiiiinnnnn. (keluar topic pulak =] )



Perjalananku

Sengaja ana pulang ke rumah, biarpun masih banyak tanggungjawab yang tersisa dihadapan mata...merindu dan dirindui...seakan2 sesak dada dipenuhi kasih dan sayang. Kata orang 3 bln x lama. Kata orang juga...belajarlah berjauhan dengan keluarga kerana perjuangan perlukan pengorbanan. Ya benar...namun, diri belum cukup kuat apatah lagi mendengar suara serak si ibu dan batuk2 si ayah. "Alah..cuti 2 hari je. Xyah la balik. Penat je badan tue" getaran suara umi menggetarkan juga jantung anaknya ini. Jauh disudut hati umi mengharapkan ana pulang. Tak pernah nada suara umi kedengaran serak di hujung talian. Hati dibulatkan, azam ditekadkan. Hujung minggu nie kne balik!!!

Perjalanan bermula..sudah menjadi kebiasaan untuk ana pulang tanpa berteman. Bukan tidak mahu berteman, tetapi tiada teman seperjalanan yang mahu pulang bersama. Malam gelap, tiada berbintang. Bulan juga tidak kelihatan. 'Ya Allah, lindungilah aku dalam perjalanan ini. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju.'

Setelah beberapa kali terlelap dan terjaga, sign board simpang pulai dikenal pasti. Jam diperhatikan. 5.15 pagi. Hp didail.... "telefon along kalau dah sampai Tapah". Huhuhu...amanat along sebelum bertolak. tapi da lepas Tapah dah nie. Hehehe..ngantuk punye pasal. Terlajak pulak. Dah sampai destinasi baru nk call. Tapi...engage je nie. Aduai...

nk call along, then tr'on9' la pulak..hehehe (Gmbr Hiasan je)

"P.cik, boleh berhenti kat depan tue??" permintaan ana disambut dengan anggukan. Sebaik p.cik nie mengamalkan demokrasi. Beg dikeluarkan dari perut bus. Suasana subuh yang tenang, aman dan damai dengan udaranya yang nyaman membuatkan hati ana memuji kebesaran tuhan. 'Ya, Allah..siapakah diantara hamba2mu yang bersyukur dan bangun untuk beribadah kepadamu dikala yang lainnya enak dibuai mimpi??? Ya Allah, kuatkanlah hatiku untuk menjadi salah seorang daripadanya.'


berdoalah, mhon pertolongan Allah

Jalan raya besar yang masih lengang dilintasi dengan bismillah. Biarpun jalannya lurus, lebar dan rata, kawasan ini tetap menjadi kawasan maut popular dek kerana simpang 3nya tiada lampu isyarat. Dah bertahun2 buat aduan tetapi masih sebegitu. perjalanan diteruskan. Kelihatan anak-anak muda masih membuang masa di tepi2 warung kopi. Hati ana sedikit kecut. Namun pergantungan kepada Allah perlu ada. Segala ilmu taekwando yang sedikit cuba diingati. Bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan biarpun tenaga lelaki yang ada tidak dapat ditandingi. Bibir terus berdoa. Kedengaran usikan2 nakal saat ana melintasi mereka. 'Ya Allah, jauhkanlah aku dari segala fitnah dunia.' Langkah kaki semakin laju. Setelah keadaan dirasakan selamat, kaki mula melangkah longlai. Bukan sudah tidak punya tenaga, tetapi rasa kesal, sedih dan kecewa mengatasi tenaga yang ada. Mungkin jika hanya pemuda yang melepak, menjadi kebiasaan...tetapi pemudi yang melepak bersama pemuda sehingga 5 pagi seperti ini adalah diluar kebiasaan. Duhai gadis...kejadianmu sangat istimewa. Hargailah dan peliharalah maruah yang ada. 'Ya Allah, kurniakanlah hidayah-Mu kepada mereka'. Duhai pemuda dan pemudi... dikau harapan agama, bangsa dan negara. Penuhilah ilmu didada, peliharalah iman, jagalah akal dan hiasilah peribadi dengan akhlak soleh jua solehah. Terlintas juga difikiran...salah siapa sebenarnya semua ini??? Diri mereka?? Ibu Bapa?? Guru2?? kawan2?? atau masyarakat sekitar???

sekadar gambar hiasan

Azan subuh kedengaran. Masa2 macam nie la ana suke. Azan subuh memang sering menusuk kalbu. Kaki sudah lama berhenti melangkah. Sengaja ana berdiam diri dihadapan ruang legar kedai 3M enterprise. No Hp along didail semula. Tetap seperti tadi. No Hp abi pula didail..ya...talian disambungkan. Hati berbunga2 ceria. 'Abi, ana dah selamat sampai. Ada kat bawah nie.' Setelah bersalam2an, sedikit tazkirah subuh diterima. Semuanya sebab ana berjalan pulang sendirian. Bahaya kata umi. Kerisauan seorang ibu terhadap seorang dari 5 orang anak daranya. Nak buat macam mana, along tidur mati. Cube tengok berapa miscall yang ada?? Hatiku bermonolog sendirian menyalahkan along. hehehe. 'Umi jangan risau, tue depan warung tue ade je budak2 tak cukup umur duk lepak2. P.cik warung tue pun ade. Kalau ada masalah, ana jerit je la. Dun wori k. Yang penting ana da selamat sampai pun'. Alhamdulillah..