Perjalananku

Sengaja ana pulang ke rumah, biarpun masih banyak tanggungjawab yang tersisa dihadapan mata...merindu dan dirindui...seakan2 sesak dada dipenuhi kasih dan sayang. Kata orang 3 bln x lama. Kata orang juga...belajarlah berjauhan dengan keluarga kerana perjuangan perlukan pengorbanan. Ya benar...namun, diri belum cukup kuat apatah lagi mendengar suara serak si ibu dan batuk2 si ayah. "Alah..cuti 2 hari je. Xyah la balik. Penat je badan tue" getaran suara umi menggetarkan juga jantung anaknya ini. Jauh disudut hati umi mengharapkan ana pulang. Tak pernah nada suara umi kedengaran serak di hujung talian. Hati dibulatkan, azam ditekadkan. Hujung minggu nie kne balik!!!

Perjalanan bermula..sudah menjadi kebiasaan untuk ana pulang tanpa berteman. Bukan tidak mahu berteman, tetapi tiada teman seperjalanan yang mahu pulang bersama. Malam gelap, tiada berbintang. Bulan juga tidak kelihatan. 'Ya Allah, lindungilah aku dalam perjalanan ini. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju.'

Setelah beberapa kali terlelap dan terjaga, sign board simpang pulai dikenal pasti. Jam diperhatikan. 5.15 pagi. Hp didail.... "telefon along kalau dah sampai Tapah". Huhuhu...amanat along sebelum bertolak. tapi da lepas Tapah dah nie. Hehehe..ngantuk punye pasal. Terlajak pulak. Dah sampai destinasi baru nk call. Tapi...engage je nie. Aduai...

nk call along, then tr'on9' la pulak..hehehe (Gmbr Hiasan je)

"P.cik, boleh berhenti kat depan tue??" permintaan ana disambut dengan anggukan. Sebaik p.cik nie mengamalkan demokrasi. Beg dikeluarkan dari perut bus. Suasana subuh yang tenang, aman dan damai dengan udaranya yang nyaman membuatkan hati ana memuji kebesaran tuhan. 'Ya, Allah..siapakah diantara hamba2mu yang bersyukur dan bangun untuk beribadah kepadamu dikala yang lainnya enak dibuai mimpi??? Ya Allah, kuatkanlah hatiku untuk menjadi salah seorang daripadanya.'


berdoalah, mhon pertolongan Allah

Jalan raya besar yang masih lengang dilintasi dengan bismillah. Biarpun jalannya lurus, lebar dan rata, kawasan ini tetap menjadi kawasan maut popular dek kerana simpang 3nya tiada lampu isyarat. Dah bertahun2 buat aduan tetapi masih sebegitu. perjalanan diteruskan. Kelihatan anak-anak muda masih membuang masa di tepi2 warung kopi. Hati ana sedikit kecut. Namun pergantungan kepada Allah perlu ada. Segala ilmu taekwando yang sedikit cuba diingati. Bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan biarpun tenaga lelaki yang ada tidak dapat ditandingi. Bibir terus berdoa. Kedengaran usikan2 nakal saat ana melintasi mereka. 'Ya Allah, jauhkanlah aku dari segala fitnah dunia.' Langkah kaki semakin laju. Setelah keadaan dirasakan selamat, kaki mula melangkah longlai. Bukan sudah tidak punya tenaga, tetapi rasa kesal, sedih dan kecewa mengatasi tenaga yang ada. Mungkin jika hanya pemuda yang melepak, menjadi kebiasaan...tetapi pemudi yang melepak bersama pemuda sehingga 5 pagi seperti ini adalah diluar kebiasaan. Duhai gadis...kejadianmu sangat istimewa. Hargailah dan peliharalah maruah yang ada. 'Ya Allah, kurniakanlah hidayah-Mu kepada mereka'. Duhai pemuda dan pemudi... dikau harapan agama, bangsa dan negara. Penuhilah ilmu didada, peliharalah iman, jagalah akal dan hiasilah peribadi dengan akhlak soleh jua solehah. Terlintas juga difikiran...salah siapa sebenarnya semua ini??? Diri mereka?? Ibu Bapa?? Guru2?? kawan2?? atau masyarakat sekitar???

sekadar gambar hiasan

Azan subuh kedengaran. Masa2 macam nie la ana suke. Azan subuh memang sering menusuk kalbu. Kaki sudah lama berhenti melangkah. Sengaja ana berdiam diri dihadapan ruang legar kedai 3M enterprise. No Hp along didail semula. Tetap seperti tadi. No Hp abi pula didail..ya...talian disambungkan. Hati berbunga2 ceria. 'Abi, ana dah selamat sampai. Ada kat bawah nie.' Setelah bersalam2an, sedikit tazkirah subuh diterima. Semuanya sebab ana berjalan pulang sendirian. Bahaya kata umi. Kerisauan seorang ibu terhadap seorang dari 5 orang anak daranya. Nak buat macam mana, along tidur mati. Cube tengok berapa miscall yang ada?? Hatiku bermonolog sendirian menyalahkan along. hehehe. 'Umi jangan risau, tue depan warung tue ade je budak2 tak cukup umur duk lepak2. P.cik warung tue pun ade. Kalau ada masalah, ana jerit je la. Dun wori k. Yang penting ana da selamat sampai pun'. Alhamdulillah..


1 comments:

betol kate umi.. jgn sesekali berjalan bersendirian.. bahaya.. hehe