Taman Tasik Botani tutup la...huhuhu

Hujung minggu tiba lagi. Kali nie adik beria-ria mengajak ke Taman Tasik Botani. Dah lama tak jogging katanya. Tapi sebenarnye bukan tue sebab utama. Sebabnya, die nak rasmikan kasut sukan baru sempena bufday die yang ke 12. Dah besar panjang anak dara abi yang sorang nie.
Pergi ke pasar membeli bawal,
tido awal bangun awal.
Pantun 2 kerat yang abi buat setelah adik mengutarakan cadangannya untuk berjogging. Sebabnye mase nie adik ngah tunggu nak tengok cerita madagascar. Tapi clash pulak dengan cerekarama (Besh la cite kali nie, sedey jer). So, tym iklan je la bukak madagascar.


Keesokan paginya, dengan bersemangat abi mengejutkan ana dan adik beradik yang lain untuk solat subuh. Adik bangun terpisat-pisat menuju ke bilik air. Klu da masuk bilik air nie, yang lain janganla tunggu. Mau setengah jam die kat dalam tue. Klu dulu kakak yang lame gile bile masuk bilik air nie. Kakak da ok, adik pulak yang ikut jejak langkah die. Dan deme berdua mengikut jejak langkah abi. Abi lak ikut jejak langkah arwah atuk. Atuk lak ikut jejak langkah..hehehe x tau da.


Kemudian, kami bersiap-siap. Bekalan sarapan disiapkan sesimple yang boleh. Roti telur ngan air ribena. Takkan nak jogging makan nasi lemak pulakkan??? Kemudian bertolaklah rombongan kami sekeluarga. Bile da sampai kat sane, kami tidak dibenarkan masuk coz ader sekolah buat majlis sampai pkul 10. Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu... Nak tak nak plan B digunakan. Kami meronda-ronda kawasan sekitar sebelum singgah di warung kopi. Tak jadi jogging, kami melantak la...hehehehe. Dari nak jadi sihat, menambah berat badan la pulak. Tapi, kesian tengok adik. Minggu depan je la ea adik ku sayang.

Muke majok adik, Hayatun kat belakang ekori adik =0

Sengaja ana upload gambar-gambar panorama Taman Tasik Botani yang diambil tahun lepas. (lamenye tak datang TTB nie...huhuhu. Next yer bley datang selalu...jalan kaki je. Sebab tak lama lagi kami sekeluarga akan berpindah ke sana =] )

Ikan-ikan berebut roti


Lalang yang macam hotdog =0

Masa nie senja, matahari terbenam..Subahanallah

Salah satu jambatan yang ada di TTB