say 4 u n say 4 me. ~ episod 1

In da name of Allah, the most gracious da most merciful.

Dah lame ana tak menjengah blog yang ana bikin sejak 4 bulan yang lalu. Disebabkan kekangan waktu untuk membuat article baru, ana terfikir untuk menyiarkan cerpen pertama yang dikarang semasa ana di Kolej Matrikulasi Perak. Ilham diperolehi setelah ana membaca karya Fatimah Syarha Mohd Nordin dalam novelnya Tautan Hati 2 tahun yang lalu. Karya-karyanya amat mendidik jiwa dan menyentuh kalbu. Oleh itu, ana aplikasikan karya-karya yang ana rasakan sesuai untuk cerita narDO (kisah benar+dongeng) ini. Selamat membaca =)

Friendship is the hardest thing in the world to explain,

It is not something that you learn in school,

But if you haven’t learned the meaning of friendship,

You really haven’t learned anything...

-Muhammad Ali-

“Qib, termenung panjang nampak. Teringatkan siapa?” Hayatun Syamilah menegurku.

“Eh, Syamilah! Bila anti sampai? Tak perasan pula ana.”Mariatun Qibtiah yang baru tersedar dari lamunan membetulkan simpuhnya.

“Ana dah lama sampai. Tugas ana pun ana dah bereskan. Dari tadi ana lihat anti termenung saja. Anti tengok ikan ke, ikan tengok anti? Anti ada masalah yang boleh dikongsikan dengan ana? ceritalah,ana sudi menjadi pendengar.” Kelihatan Hayatun Syamilah bersungguh-sungguh untuk menyelami perasaan Mariatun Qibtiah.

Bibir Mariatun Qibtiah menguntumkan senyuman. Dia menoleh disetiap penjuru ruang solat wanita Masjid Al-Maghfirah. Segalanya kemas tersusun rapi. Hayatun Syamilah telah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik. Ruang solat ini perlu dibersihkan untuk keselesaan para jemaah.

“Terima kasih ya sadiqati, ana tak ada masalah pun. Cuma teringatkan sahabat ana, Nur Sakinatul Laila.” Mariatun Qibtiah menundukkan sedikit kepalanya. Matanya masih tertumpu pada kolam ikan yang airnya telah bertukar warna hijau. Ikan-ikan di dalam kolam tersebut berebut-rebut megerumuni roti yang dilemparkan dari tingkat atas masjid.

“Sedapnya nama. Kumpulan usrah mana? Sepanjang ana disini, ana tak pernah dengar pun nama tu.” Hayatun Syamilah kelihatan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut gerangan nama yang baru dituturkan dari bibir Mariatun Qibtiah yang sentiasa tersenyum.

“Erm, dia bukan pelajar KMPK. Laila tu sahabat ana masa ana menuntut di SMKA Slim River.” Bibir Mariatun Qibtiah masih lagi tersenyum.

‘Laila…nama tersebut menyimpan 1001 memori dalam ingatanku. Mindaku melayang jauh usai membaca warkah darinya...kenangan lalu menerjah ingatanku…’

Tit…tit…tit… Syamilah membelek Nokia N80 di tangannya Raut wajahnya berubah kelat. Lalu meminta diri selepas memohon maaf.

‘Astaghfirullah.’ Mariatun Qibtiah beristighfar panjang. Dia terlalu banyak mengelamun. Lantas dia mengatur langkah ke ruang wudhuk sebaik sahaja teringat niatnya dari awal tadi untuk menghabiskan bacaan surah Yusuf sebelum waktu Asar tiba.

* * * * * * * * * *

“Qib, i`ve got a letter from somebody!” Gadis berpakaian uniform sekolah itu berbisik ditelingaku.

Bisikannya sedikit mengejutkanku. Pantas kepalaku dialihkan dan keningku diangkat untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

“From secret admirer la. Nanti ana tunjukkan kat anti.” Gadis lincah, berkulit kuning langsat dan bermata galak itu tersenyum kepadaku.

Aku menggelengkan kepalaku. Sejak akhir-akhir ini, kerap sangat Laila menerima surat-surat layang dari seseorang yang tidak diketahui. Hampir setiap hari pasti ada surat bewarna merah hati yang diterimanya. Aku teringat surat pertama yang diterima. Surat, beserta puisi. Laila tidak pernah menunjukkan kepadaku surat-surat tersebut. Namun puisi-puisi yang diterimanya diserahkan kepadaku. Aku hairan, namun apabila ditanya, dia hanya tersenyum dan berkata…

‘Ana tak berminat la bab-bab sastera ni. Qib simpanlah. Qib kan minat puisi-puisi ni. Qib sajalah yang buat koleksi.’

Puisi cinta pertama yang ku baca…

“Keramahanmu memikat hati,

senyumanmu menambah seri,

Perasaanku ini bagai disuruh mengerti,

dalam menjalani kehidupan sehari.

Semakin ku usir,

semakin ia hadir.

Semakin ku lupakan,

semakin ia membelenggu fikiran.

Ku sedar kini,

hatiku milikmu.

Biar jauh ku larikan diri,

namun ia tetap melingkar di tangkai naluri…”

“Fuh..jiwang betul ayat syabab ni. Naik bulu roma ana membacanya. Anti tahu ke siapa pengirim surat-surat dan puisi-puisi ni kat anti?” Tanganku melipat semula kertas berbunga tersebut.

Laila hanya tersenyum memandangku.

* * * * * * * * * * * *

“Qib! termenung pulak dia. Ni hah, puisi untuk hari ini.” Laila menghulurkan kertas yang sama. Namun puisi kali ini agak panjang.

Aku mengambil kertas di tangan Laila…

Teman Aku Ingin

Teman tersayang,

aku ingin kita seperti Abu Bakar Al-Siddiq,

persahabatan dijalin kerana Al-Khaliq,

harta dikorban bukan sedikit,

cintakan kebenaran sanggup bersakit.

Serta tawakkal Ibrahim mulia,

ketika meninggalkan insan tercinta,

di bumi tandus tanpa bicara,

meyakini ALLAH sebagai penjaga..

Aku impikan antara kita seorang Umar,

berdiri tatkala tunduknya manusia,

bersuara tatkala diamnya mereka,

menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed Al-Qutb,

ketika berhadapan dengan tali maut,

akidah mantap tidak terenggut,

roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,

menahan panahan Hajjaj dengan reda,

bersama si ibu tua ,

lantas syahid rohnya ke syurga.

Marilah kita menyemai benih Hassan Al-Banna,

fikrahnya jernih menggegar dunia,

merelakan tubuhnya dimamah peluru,

demi menegakkan Kalam Allah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,

menentang kezaliman walaupun diancam,

mogakan lahir lagi di abad ini,

jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,

tetap mencintai saudaranya,

walaupun dihumban ke perigi tua,

terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,

bagai harumnya pusara Masyitah,

semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,

bisa menjadi syafaat,

di mahkamah Mahsyar nanti.

“Apa yang anti dah buat dengan syabab ni? Macam dah ubah pendirian je. Tapi bagus juga kalau dia dah tak bagi puisi-puisi yang melalaikan tu. Erm…Laila, boleh ana tanya sikit?” Aku menyusun ayat memulakan bicara.

“Erm…apa dia?” Laila memandangku. Hairan. Kening nipisnya bergerak sedikit.

“Anti selalu berutus-utus surat dengan syabab ni ke?” Suaraku brgetar. Perlahan-lahan ku ungkapkan agar tidak terlalu menyentuh perasaan.

Laila tertunduk. Mungkin agak serba-salah.

“Memang syabab ni nampak macam dah berubah. Tapi cara anti tak betul. Kalau orang lain tahu, mungkin hanya akan mendatangkan fitnah. Sekarang ini bukan masanya untuk kita layan perasaan-perasaan macam ni .Lagi satu yang ana tengok, kalau sehari anti tak dapat surat bewarna merah hati tu, anti dah tak keruan. Semua ni sebenarnya dalam diam, buat anti jadi lagha. Anti je yang tak sedar.” Lembutku tuturkan.

“Tapi niat ana cuma nak ubah dia.” Pipi Laila mula merona merah. Tanda marah.

“Laila,dengar sini. Kalau setiap hari anti berutus-utus surat, bila masa anti nak study? Cuba fikir, syabab tu pun mesti sama juga. Bila masa dia buat puisi-puisi ini kalau masa study tak dikorbankan?” Nada suaraku masih sama.

“Qib, tak paham ana! Ana tahu apa yang ana buat. Qib tak perlu jaga ana. Ana boleh jaga diri ana sendiri!” Laila membentakku.

“Astagfirullahalazim, Laila…kenapa dengan anti? Takkan sebab syabab tu, anti nak marah ana .” Aku membalas.

“Ana tahu anti cemburukan ana. Ana kawan dengan anti pun sebab ana kasihankan anti! Siapa yang sudi kawan dengan budak baru macam anti? Suka sangat jaga tepi kain orang!” Laila mula mengangkat kaki pergi.

Aku cuba menghalang Laila dari meninggalkanku. Namun tolakan kasar Laila menyebabkan aku yang masih tidak stabil untuk berdiri tersungkur jatuh. Kepalaku terhentak pada kerusi batu berhampiran. Darah merah pekat mengalir didahiku. Kepalaku berpinar-pinar.

‘Ya Allah, bantulah hambamu ini…’

Nurdiyana, rakan sekelasku yang kebetulan melihat apa yang berlaku cepat-cepat membantuku. Dia menghulurkan sapu tangannya untuk mengurangkan pendarahan darah.

“Qib, ok ke tak ni?” Mukanya kelihatan cemas.

“Ana ok…tapi hati ana rasa sedih sangat. Diyana, anti rasa semua ni salah ana ke?” Aku meluahkan apa yang terpendam. Sakit di dahi yang teramat sangat cubaku tahan. Aku tidak mahu menagih simpati Diyana. Cukup sekadar kerisauannya di atas masalahku dengan Laila.

“Sabarlah Qib. Ana dan sahabat yang lain kan ada. Laila tu mungkin ada masalah. Anti tahu tak kisah Laila sebelum ni?”

“Kisah apa?” Aku tertanya-tanya.

“Ana bukan nak memburuk-burukkan Laila. Ana tahu anti agak rapat dengan dia. Dia tak pernah cerita kisah silam dia kat anti?” Diyana menyambung.

Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.

“Erm, rasa berat hati pula ana nak cerita. Mm, sebelum ni dia banyak buat hal. ponteng PREP, bergaduh dengan senior, bawa telefon bimbit, bawa majalah-majalah yang dilarang dan membuli junior-junior. Di luar, dia agak sosial. Sebab itulah kami tidak berapa rapat dengan dia. Ana fikir, bila dia berkawan dengan anti, perangainya akan berubah. Tapi, ternyatanya tidak. Apabila anti ditempatkan ke kelas 4 Jabir, dia terus rapat dengan anti. Kami pun hairan. Mungkin dia mahukan seseorang untuk dijadikan kawan. Kami tengok anti baik dan teguh pendirian. Tu sebab, kami tidak kisah anti berkawan dengannya. Manalah tahu, andai suatu hari nanti dia akan berubah seperti anti. Ana sendiri tak sangka Laila sanggup buat anti macam ni.”

“Astagfirullahalazim, dengan ana dia baik-baik saja. Mm, tak apalah Diyana. Mungkin marah Laila tu sekejap je. Nanti ana cuba didik dia. Insyaallah.”

“Harap-harap macam tu la.” Diyana menggenggam tanganku. Memberi kekuatan untuk aku terus tabah.

* * * * * * * * * * * *

Pak..pak..pak..bung..bung..bung..

“Selamat pengantin baru,

Semoga kekal abadi,

bahagia ke anak cucusentosa,

Murah rezeki,

Allhamdulillah,

bertemu jodohnya,

berkat kesucian,

akhir terlaksana…”

Dari jauh kedengaran suara-suara sumbang menyanyikan lagu ibarat menyambut kedatangan pengantin baru. Suasana riuh rendah sebentar tadi bertukar gamat tatkala aku melangkahkan kaki ke kelas 4 Jabir. Syabab bersorak-sorak dan mengetuk-ngetuk meja, mengalunkan rentak muzik. Separuh dari mereka melakonkan aksi seperti ingin melamar pasangan kekasih. Semua mata memandang ke arahku. Pipiku merona merah apabila diperlakukan sebegitu rupa.

Aku tersentak. Tanganku ditarik dan aku dibawa ke dalam kelompok akhowat. Diyana menghulurkan surat. Suasana kelas semakin bingit. Aku tersentak membaca isi kandungan surat tersebut. Maruahku tercabar…

Ila: Al-Akh Faruq…

“Ana sudi terima anta sebagai cinta hati ana”

Min:Mariatun Qibtiah

“Qib, antunna minta penjelasan anti. Antunna mahu dengar dari mulut anti sendiri.” Semua akhowat memandangku dengan penuh tanda tanya.

Luka di kepalaku yang hanya ditampal plaster berdarah kembali. Seperti mengerti betapa berdarahnya hatiku tatkala maruahku dipermain-mainkan. Kepalaku bertambah pening memikirkan surat yang tidak ku ketahui asal usulnya. Fikiranku terlalu letih untuk ditambah bebanan. Tanpaku sedari, aku terjelopok jatuh. Air mata mengalir di pipi.

‘Ya Allah, tabahkan hati hambamu dalam menghadapi semua dugaan yang telah Engkau takdirkan’

* * * * * * * * * * * *

1 comments:

kikiki.. nama watak-wataknya sangat-sangat familiar..