say 4 u n say 4 me. ~ episod 2

Cerita cintaku dengan syabab yang bernama Faruq semakin luas tersebar. Pandangan-pandangan serong mula aku rasai. Aku turut menerima tempias perlian guru-guru. Laila semakin menjauhiku. Pelajaranku semakin terganggu. Pening di kepalaku semakin bertambah-tambah.

“Kak Qib! Kak Qib!”

Dari jauh ku lihat Sayyidah Naffisah, jiran sebelah rumah, merangkap juniorku di sini berlari-lari mendapatkan ku. Muka seriousnya membuatkan hatiku berdebar-debar.

“Kak Qib, penat ana cari akak dekat bilik. Sampai semput ana dibuatnya.”

Bekal air yang ku bawa kuhulurkan. Memahami keadaannya yang kelihatan termengah-mengah. Jantungku masih berdegup kencang menanti bicara yang masih belum bermula. Namun perasaan sabar mendidikku agar terus menanti.

“Kak Qib, walid kak Qib suruh kak Qib menghubunginya secepat mungkin. Dia pesan pada abi” Suara Sayyidah Naffisah kelihatan mula mendatar.

Aku beristigfar. Hampir dua minggu aku tidak bertanya khabar keluargaku di kampung. Aku berterima kasih kepada Naffisah lantas menuju ke pondok telefon berhampiran kantin. Beberapa keping duit syiling ku masukkan lantas nombor-nombor yang menerjah fikiran ku dail.

“Assalamualaikum, umi. Umi sihat? Abi macam mana? Maafkan ana umi. Ana dah lama tidak bertanya khabar umi dan abi.” Aku memulakan bicara.

“Waalaikumsalam. Umi dengan abi kamu sihat-sihat sahaja. Ni hah, ada surat untuk kamu. Surat tawaran dari MRSM. Sudah seminggu sampai, tapi umi tak tahu nak beritahu kamu bagaimana. Kamu pula tak telefon ke rumah. Umi nak ke sana, abi kamu pula sibuk dengan kedai.”

Tawaran MRSM? Tawaran itulah yang aku tunggu-tunggu sebelum tawaran dari SMKA Slim River dan SMK Teknik Brush tiba. Namun surat tersebut tidak pernah menjengah peti surat di rumahku lantas SMKA Slim River menjadi pilihanku.

“Maafkan ana umi. Kenapa bulan Jun baru dapat tawarannya? Ana dapat tawaran MRSM mana?” Aku tertanya-tanya.

“Umi rasa, ini in take ke 3 untuk pelajar-pelajar baru. Kamu dapat MRSM Lenggong. Kalau kamu setuju nak masuk sana, Abi kamu perlu menjelaskan semua yuran pendaftaran sebelum lusa. Hari jumaat tarikh tutup pembayaran dan miggu depan kamu perlu mendaftarkan diri.”

‘Ya Allah, terlalu cepat untukku membuat sebarang keputusan. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang terbaik’

“Umi, ana rasa…ana nak terima tawaran tu” Suaraku bergetar.

* * * * * * * * * * * *

Semuanya telah ku uruskan. Buku-buku teks telah ku pulangkan, barang-barang peribadiku telah ku kemaskan, guru-guru telah aku maklumkan, begitu juga dengan sahabat-sahabatku. Petang ini aku akan berangkat pulang. Berat rasa hati untuk meninggalkan sekolah yang mula mendidikku agar terus kental bersama cabaran. Surat untuk Laila ku baca semula…


Ila: Sadiqati Nur Sakinatul Laila.

In the name of Allah, the most gracious,
the most merciful.
My dear friend,
Simple poem for you,

“Forgetting you is hard to do,
But forgetting me is up to you.
Forget me not, forget you never,
Forget this message but not the sender.”

I miss you because of Allah.

Laila,

Di saat anti membaca warkah yang tidak seberapa ini, ana telah pergi bersama memori-memori kita. Bukan ana tidak mahu bertemu dengan anti untuk mengucapkan kata-kata perpisahan, namun sikap anti yang sering mengelak apabila bertembung dengan ana menyukarkan ana untuk menuturkan bicara.

Masih ingatkah anti pada kenangan di kala kita baru bersua dan memulakan perkenalan? Adakah anti masih pada saat-saat kita bergurau senda serta saat-saat kita dimarahi bersama? Ketawa dan menangis bagai sudah sebati dengan jiwa kita. Walaupun anti banyak berahsia dengan ana, namun ana terima anti seadanya.

Ana pasrah dengan apa yang berlaku di antara kita. Namun, di masa dan ketika ini, ana masih tertanya-tanya sebab musabab anti memperlakukan ana sedemikian rupa. Namun, apa jua sebabnya…ketahuilah…ana masih menyanyangi dan menghargai anti sebagai sahabat ana. Ana memohon maaf andai selama perkenalan kita, ana telah menyinggung perasaan anti. Segala kesalahan anti juga ana maafkan. Semoga tiada lagi dendam yang terbuku di hati anti.
Untuk mengakhiri warkah ini, ana sertakan puisi yang amat-amat ana sukai. Semoga anti dapat menjaga dan memelihara diri anti sewajarnya.

Wanita,

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah. Tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi. Bukan dicipta daripada kepala untuk disanjung dan dipuja. Bukan pula dicipta daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya…

Lantaran keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri kepada sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagumterhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Wanita,

Akuilah hakikat kejadianmu menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malumu ditinggalkan daripada tubuh dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi untuk dimahkotakan sebagai si mawar berduri.

Sesungguhnya utusan Allah ada menyatakan tentang bahayanya dirimu,

“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita”

Adakah kamu mahu menjadi penyebab terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai sayang,

Ingatlah ciri-ciri wanita solehah iaitu dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan beharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan beharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran serta bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi impian setiap insan bernama adam.

“ Wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik”

Salam sayang,
Mariatun Qibtiah
5.45pm 04062005

Ku lipat semula kertas tersebut dengan linangan air mata. Ku amanahkan Diyana untuk menyampaikan surat tersebut. Kami berpelukan…

* * * * * * * * * * * *

Kini aku sibuk dengan persediaan SPM yang akan tiba 3 hari lagi. Dewan serbaguna MRSM Lenggong akan menjadi saksi betapa kami, pelajar-pelajar bacth SPM 2006 berusaha untuk mengharumkan nama maktab serta mencipta nama untuk menjadi pelajar cemerlang.


Namun berita dari Diyana mengenai kematian mama dan papa Laila sedikit sebanyak mengganggu ku. Apa khabar gadis itu? dapatkah dia menghadapi dugaan degan hati yang redha?


‘Ya Allah, berilah kekuatan kepada Laila untuk menghadapi semua cabaran dan dugaan yang telah engkau takdirkan untuknya’

* * * * * * * * * * * *

Alhamdulillah, berbekalkan keputusan SPM … 6A1,1A2, dan 2B3, Mariatun Qibtiah ditempatkan di Kolej Matrikulasi Perak (KMPK). Perjalanan dari rumahnya untuk ke kolej hanya mengambil masa 15 minit. Setelah beberapa bulan disana, warkah yang selama ini dinanti-nantikan tiba juga. Warkah dari Laila…

Kehadapan sahabatku Mariatun Qibtiah,

Apa khabar anti dan kehidupan disana? Maaf andai selama ini ana hanya menyepi. Sebagai pembuka bicara, ana melakarkan puisi…

Pernahku pujuk diri,

Disebalik derita ini,

Pasti ada hikmah menanti,

Namun apa yang ku dapati,

Hanya derita demi derita,

Yang terus-terusan menimpa,

Entah bila penghujungnya,

Apakah ini rahmat penghapus dosa?

Atau bala yang bertimpa-timpa?

Oh Tuhan,

Berilah aku jawapan.

Berdasarkan puisi yang ana bingkiskan, ana rasakan kebanyakan dugaan yang mendatang berpunca dari kesalahan ana terhadap anti. Di sini, ana ingin memohon beribu-ribu kemaafan. Di sini juga, ana akan jujur tanpa berselindung mengenai perilaku ana selama kita pernah mengukir rasa kasih.


Sebaik sahaja anti menjejakkan kaki ke kelas 4 Jabir, ana mula merasakan anti adalah pesaing terbesar bagi ana. Ana cemburukan anti kerana anti bagus dalam segala segi. Anti peramah, disegani, mudah tersenyum, lemah lembut, sopan dalam berbicara serta baik hati. Semua akhowat menyenangi sikap anti. Tapi ana? Dengan itu, anti ana hampiri dan anti dengan tanpa sebarang prasangka menyambut salam perkenalan ana dengan hati yang terbuka.


Ana tidak jujur dengan anti selama ini. Malah ana dapat rasakan bukan ana yang berkawan kerana kasihankan anti, namun anti yang berkawan kerana kasihankan ana. Kasihankan ana yang dipinggirkan tanpa mengetahui cerita lampau ana. Setelah hampir 2 bulan ana berkawan dengan anti, ana mula senang dan terikut dengan sikap anti. Namun kehadiran surat dari Faruq melalui ana untuk anti membuatkan perasaan cemburu mula merajai hati. Syabab itulah yang ana mimpikan siang dan malam namun hatinya tidak pernah sedikit pun melakarkan nama ana. Namun, nama antilah yang terpahat kukuh di dalam sanubarinya mekipun anti baru dia kenali.


Qis, I’m sorry once again. I do the second mistake by replying his letter using your name. Ana tahu, anti begitu marah disaat anti dimalukan di hadapan kelas, namun anti tidak terus memarahi ana. Anti tetap bersabar. Untuk pengetahuan anti, setelah anti meninggalkan segala kenangan di SMKA Slim River, Faruq telah membersihkan nama anti. Dia langsung tidak menyalahkan ana, malahan mengaku semuanya adalah khilaf dirinya yang tidak pandai mengawal emosi.


Pelajaran ana pula dari sehari ke sehari semakin teruk. Ana dihimpit rasa bersalah terhadap anti. Ana bertambah sedih ketika menerima berita kematian mama dan papa. Keadaan-keadaan inilah yang menyumbang kepada kecundangan ana dalam SPM. Keputusan SPM yang ana perolehi tidak melayakkan ana untuk menerima tawaran dari mana-mana University, Matrikulasi atau pun Maktab.


Awal bulan Mei, ana dapat tawaran dari Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) kos Perbankan. Itu sahajalah harapan ana. 3 hari sebelum hari pendaftaran, ana dapat tawaran ke tingkatan 6 di SMKA Bota. After discuss, nenek dan pak cik suruh ana terima KISDAR. Padahal Qib, kolej mahal. Tapi disebabkan tiada pilihan lain, ana pergi juga. Pak cik sendiri cakap, ana nie hanya bernasib baik dapat tawaran dari KISDAR, kalau tidak, tak tahu nak sambung kat mana. Anti bayangkanlah perasaan ana, pak cik pun dah tak tahu nak cakap apa.Mungkin dia kecewa sangat dengan ana. Kecewa dengan result ana. Kalau mama dan papa masih ada, mesti mereka lebih kecewa.


Ana memuhasabah diri ana semula. Ana tahu, selama ini ana jahil. Ana banyak bersalah dengan anti. Ana harap anti memaafkan semua kesalahan yang telah ana lakukan. Akhir kata, terima kasih kerana menerima ana seadanya. Surat terakhir anti banyak mendidik jiwa ana dalam menjadi wanita solehah. Ana akan cuba berubah untuk menjadi sesuau yang lebih baik. Semoga ukhuwah kita akan kekal untuk selamanya.

Sweet love,

Nur Sakinatul Laila.


*************
2 be continued....

3 comments:

Menarik ceritanya...
Berbakat,teruskan menulis...

 

itu dia cik sn kiter.. termengah2 berlari.. =P