anak tauke kedai...best ke???

Bahagian hadapan 3m Enterprise

"Ayah kamu keje ape Cha?". Persoalan dari teman-teman yang cuba untuk mengenali latar belakang ana.

"Berniaga sendiri, kedai runcit." jawab ana.
"Bestnye..kire anak tauke kedai la nie??" balas mereka pula..
*******
"Mmm, best? Best la jugak..tym lapo or dahaga, bley amik ape-ape aje makanan yang ada." Kata Laila
Nie jugak la alasan yang ana bagi kat sume orang.
"Klu nak beli barang, tak yah pergi kedai lain. Kedai sendirikan ade, senang!" kata Nurdiyana.
"Tym emergency, gula habis ke, gas habis ke...ape-ape la yang habis, senang je. Turun bawah je." kata Hayatun pula.
Kalau diteliti semula, semuanya membawa maksud yang sama. Senang nak dapatkan apa-apa bekalan. Tidak kira semasa emergency or not.

Tapi...ada jugak yang tak bestnye. Ape yang tak bestnye??

Kebiasaannya, telinga ini perlu menadah segala gosip bualan pelanggan-pelanggan yang datang.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi maha mengasihani. (Al-Hujuraat:12)
Mengumpat dah sinonim dikaitkan dengan wanita. Kenape ea?? Banyak bercakap?? Suka membebel?? Tapi tak semua kan?? Kesian ana tengok umi. Umi jadi tempat orang mengadu, menceritakan masalah ++++ mengumpat. Tapi, selalunye umi diam je. Kadang-kadang mengiyekan je. Bile perlu bidas, dibidas. Bile perlu ditambah, ditambah.

Tapi, dalam jutaan wanita..ada jugak lelaki termasuk dalam kategori ini. Tapi selalunye mesti berkaitan ngan lelaki yang nak beristeri dua, tiga or empat. Tapi, tak kisah la...asalkan bukan abi. Abi lebey suke berlawak jenaka dengan pelanggannya. Sampai ader yang geram dikenakan abi. Ketawa tak berhenti pun ade. Menangis..mmm, nie belum ade la.

abi meneropong masa depannya

Senang tak berniaga?? Berniaga adalah salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda menceburi bidang ini seawal usia 12 tahun apabila baginda mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib berniaga di Syam. Selepas itu, baginda mengembala kambing dan kembali dalam bidang perniagaan menjelang usia remaja sehingga menjadi pengurus kepada syarikat perniagaan milik Ummul Mukminin, Khadijah Binti Khuwailid, seorang ahli korporat wanita terkenal di Mekah. Diringkaskan cerita, akhlak muamalatnya ketika melayan pelanggan, cara baginda berjual beli, menyukat timbangan serta ketelitian, kesopanan dan kejujuran baginda sehingga memajukan perniagaan... menarik hati Saidatina Khadijah.

Susah juga sebenarnya berniaga nie. Boleh dijadikan salah satu medan tarbiyyah yakni dari segi kesabaran, kejujuran, kesopanan dan kesusilaan (macam rukun negara pulak) serta yang paling penting kekuatan fizikal dan mental. Ini je ker?? Nie je la yang sempat ana kenalpasti. Kalau dulu abi ke pasar borong seawal jam 5pagi (mula-mula abi menceburi bidang perniagaan ni) untuk membeli ikan dan sayur serta barang-barang mentah, hanya dengan menaiki moto buruk yang diletakkan raga dibelakang. Dengan izin Allah, setelah hampir 15 tahun berniaga... abi udah punya link-link kuat kat pasar borong tue. Bertolak dari rumah jam 7.30am..hantar adik ke sekolah, dan terus ke pasar borong. Pulang seawal jam 9am dengan van merahnya (Abi obsessss dengan caler merah nie - kedai merah, van merah, kereta lame ayah chor yang abi beli pun warna merah, moto along pun merah. "Ade Ong", kata abi dalam jenakanya.)

Antara sayur2an yang ada

Umi pulak, selepas menguruskan rumah...menguruskan kedai lak. Tolong abi kat kedai. Abi ngan umi tak nak amik pekerja sebabnye abi ngan umi tak pandai nak mengarah-ngarah orang nie. Bukan la tak pandai. Tapi tak suke. Mereka berdua lebih senang if anak-anak die je yang tolong. Tak yah nak ngarah-ngarah. Tahu nak buat kerja ape coz udah ditrain sejak kecik. Tapi.. anak-anak die kebanyakannya duk hostel. Huhuhu. Abi ngan umi la yang membanting tulang 4 kerat kat kedai tue. Kalau dulu, adik je la yang tinggal kat umah. Alhamdulillah, sekarang along n kakak oso dah jadi penghuni tetap kat rumah, so boley jugak tolong abi walaupun bukan secara total. (Along dah tak duduk kat umah sewa coz teman-teman seperjuangannya semua udah berkeluarga. Die yang bujang sensorang tak mampu ag nk duk umah sewa sendiri. Apatah lagi nak jage anak dara orang. Tengah mengumpul duit katanya. Hehehe. Kakak pulak, baru menghabiskan degreenya. Kerja di firma guaman sementara menunggu tawaran dari kerajaan. Dalam perancangan untuk mendirikan rumahtangga dengan arjuna pilihan hatinya. Kita tunggu dan lihat. =] Tapi macam lama lagi je..mcmmane tue??)

Dan yang tak best lagi, kesian umi ngan abi. Takde rehat. Kadang-kadang kedai dah tutup pun orang masih datang. Tapi abi tak kisah. Kata abi, "Rezeki dari Allah untuk kita". Pastu, dalam berniaga kedai runcit nie memang perlukan kekuatan fizikal. Sekarang abi dah tak larat mana. Kudrat berkurangan seiring dengan anjakan usia. Ade satu sajak ringkas yang abi bace, tapi ana da lupa bait-baitnya. Lawak+sedey.

Dan..cuti-cuti sekolah(cuti sem lepas) je la yang ana ngan adik-adik boleh bantu jaga kedai. Mmm..sekian lama tidak menjaga kedai, terasa kekok sedikit. Banyak harga-harga barang yang ana lupa. Sikit-sikit, "Abi, nie berapa sekilo?". Sikit-sikit, "Umi, yang nie harga die berapa?". Almaklumla..harga barang berubah seiring dengan ekonomi. Neuron-neuron lama perlu ditwist dengan neuron-neuron baru. Barang-barang yang baru sampai, turut menjerit minta disusun. Disinilah perlunya kekuatan fizikal. kalau setakat menyusun keropok, rempah ratus o biskut mungkin ringan. Nak mengangkat kicap se'cartons' boleh lagi dikatakan jugak dalam kategori ringan. Tapi kalau susu tin se'cartons', memang kene berdua dengan umi. Huhuhu. Nie la barang paling berat pada ana. Gula se'cartons' pun berat..tapi selalunye abang india yang hantar barang 2 la yang angkat. Tapi, if misplace..kne jugak la kerah tenaga.

Bahagian lorong tengah

Bahagian Kicap2x

Lagi ape yang tak best? Haaaa...tym mesin kelapa. Sape yang tak pernah tercabut kuku digilis mesin kelapa ini melainkan Laila, Milah ngan adik. Sebab deme je yang tak diajar untuk mesin kelapa nie. Kecik lagi kata abi (padahal ana, kakak n along - darjah 2 da mula berperang dengan mesin ini). Tym nak raya paling mencabar. Kene mesin berpuluh-puluh biji kelapa. Lenguh-lenguh tangan duk memutar kiri n kanan. Kalau mata mesin diganti yang baru, memang kene berhati-hati. Tajam yang amat. xcident tym nie mmg la kne reject ngan bakal mertua. Hahaha. Amaran disini, lakukan setiap kerja dengan nama Allah. Supaya diberi perlindungan dari segala macam kecuaian. Amin.

Skill perlu ada ketika memesin kelapa

Bab seterusnya...dalam berniaga, tak semestinya sentiasa untung. Nie dah jadi adat dalam perniagaan. Juga adat dalam kehidupan. Klu dapat anak-anak macam anak-anak abi nie pun masalah jugak. Keje sikit dah amik air dalam peti ais. Lapar sikit, keropok dicapai. Boring-boring sket, gula-gula o aiskrim dibedal. Nak balik asrama, berbeg-beg bekalan dibawa. Huhuhuhu.. Mintak maaf ea abi n umi. Tapi, bab-bab makanan nie..umi ngan abi tak kisah. So, kami pun tak kisah. kikiki. Tym kecik-kecik, tak sah if gigi tak rongak. Kuikuikui. Lagi punca kerugian, kerosakan barangan secara tidak sengaja (terpecahkan telur, gula or beras or minyak bocor, salah kire harga barang, salah bagi balance barang -Dlu ana selalu la nie mase sekolah rendah coz memang kantoi math sket tym tue. kikiki) dan hutang yang tidak dibayar oleh pelanggan terutama yang terus cabut lari (Paling banyak rugi tym satu katering nie berhutang. Seminggu da berapa ribu die hutang. Sebulan?). Kawan abi sendiri pulak tue. Tue yang abi tak kisah bagi die hutang sampai sebulan. Alih-alih cabut gitu je. Huhuhu. Kesian abi. Tapi still abi bagi orang berhutang. Sebabnye, abi lembut hati bile tengok orang susah nie. Kene pujuk rayu pun senang je nak cair. Hahahahah.

Kesimpulan..

love couple

1. Abi n umi pasangan ideal.
2. Tak best jadi anak tauke kedai runcit..tapi best jadi anak Abi n Umi
3. Abi seorang yang suka berjenaka.
4. Abi suka warna merah
5. Jangan mengumpat di kedai 3M Enterprise
6. Umi seorang yang penyabar, tabah, kuat semangat + cantik + awet muda
7. Anak-anak Abi semua gigi rongak...tym kecik-kecik la..

one happy family at home

Peta di pasir pantai kian terhakis

Capal siapakah ini??

Masa kian meninggalkan kita...kini telah hampir 2 bulan sesi kuliah ana, sahabat dan sahabiah sebagai mahasiswa & mahasiswi UTM, Skudai. Silibus-silibus kuliah telah mencapai pertengahan klimaks dengan ujian-ujian dan quiz baru-baru ini. Entah kenapa.. ana belum memperoleh feel belajar seperti sem-sem lepas. Mood seperti dicuri seseorang dan dicampak jauh nun dari penglihatan. Ana masih mencari menggunakan peta lakaran hati yang dilakar diatas pasir di tepian pantai yang bila-bila masa bisa dipadam dek deruan ombak yang menghempas pepasir. Kini Lost kembali menerpa diri..

Belajar menulis ke??

Mungkin rindu pada family. Cuti sem yang sepatutnya 2 bulan menjadi hanya beberapa minggu. Belum sempat nak bermanja mesra..UTM melambai menanti kepulangan ibarat pepohon kelapa melambai ditiup angin nan sepoi bahasa.

Mungkin juga dek kerana ana berjauhan dengan classmate. Tiada lagi bermasam dan bermanis bersama roomate. Keseorangan bersama SEPUR (Semut Purple). Ana cemburu melihat burung-burung terbang sekawan.

terbang bebas

Tetapi ana masih bersyukur. Alhamdulillah, punya sahabat2 sebaya mampu bergelak ketawa dan bermuram durja ibarat satu keluarga. Tiada dapat beza antara pasir dan batuan kecil dipantai. Dipijak kaki, rasanya sama. Namun kadangkala...sepi terasa seperti sepinya tika mentari mula menyembunyikan diri. Jadual kuliah berbeza lantaran jurusan yang diambil turut berbeza. Ibarat menaiki lift yang sama...tetapi destinasi berbeza.
Ting..tingkat 2..(ruang legar pejabat FKE)
ting..tingkat 3...(Surau FKE)
Kini ana keseorangan untuk ke tingkat 4.
Ting..tingkat 4..
kaki memulakan langkah...
menuju ke kelas Electrical Technology di Po7.

Tetapi..sebenarnya semua ini mengajar ana..mengajar untuk lebih berdikari dalam setiap masa dan ketika. Ana perlu senantiasa memotivasi diri dengan perkara-perkara positif. Meletakkan matlamat, azam dan tekad. Niat perlu sentiasa diperbaharui. Masa perlu disayangi dan dihargai sebaik yang mungkin. Mungkin kini senggang terasa..namun esok belum tentu ia sama.

meninggalkan kenangan sementara

Otak da mula memikirkan solution-solution yang perlu ana buat. Kne jot down nie. Nanti lupe. K..pegang keyboard..1..2..3...mula..
1. Berdoa pada Allah, dipermudahkan segala urusan. Tiada hujan dan panas yang berpanjangan
2. Terus melukis peta baru biar punya guide untuk perjalanan
3. Buat benteng pasir. Andai ombak datang menerpa, peta tidakkan terkena tempiasnya
4. Jangan belajar dari si ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus
5. Seluas laut yang tiada penghujungnya, seluas impian dan anganan terasa.
6. Lumut di batuan jangan dianggap tiada guna.
7. Mengutip dan mengumpul segala kerang-kerangan yang ada

banyaknye kerang-kerangan!

ok..finish. Walaupun ada point2 y xde kaitan =)

Kesimpulan: Ana rindukan pantai yang tenang. Duhai angin..tujukan lagu itu untukku...

di tepian pantai

say 4 u n say 4 me. ~ episod 3 - Final

Usai solat asar, Mariatun Qibtiah bergegas pulang ke blok P3. Biliknya yang berada di tingkat 4 itu menyebabkan dia seakan semput. Pintu Bilik dikuak, sunyi. Teman sebiliknya, Hayatun Syamilah masih belum pulang. Mariatun Qibtiah segera mencapai pen dan kertas untuk membalas surat dari Laila.


Ila: Sadiqati yang amat ana rindui,
Nur Sakinatul Laila.

Dengan nama Allah yang maha pemurah
lagi maha penyayang.

Pertama-tamanya, ana ingin mengucapkan takziah di atas musibah yang menimpa diri anti. Ingatlah, Allah hanya akan mendatangkan ujian kepada hamba-hamba yang mampu menghadapinya. Ana tahu, anti seorang yang cekal dan tabah. Untuk pengetahuan anti, ana sudah lama memaafkan kesalahan anti. Siapalah ana ini, sedangkan nabi pun maafkan umatnya.

Allhamdulillah, ana gembira dengan perubahan anti. Tahniah juga ana ucapkan kerana anti mampu memuhasabah diri anti. Sesungguhnya, manusia itu perlu kepada muhasabah supaya tidak lalai dan leka. Ana tidak mahu berceloteh panjang biarpun begitu banyak cerita yang ingin ana kongsikan bersama. Ana berharap kita akan dipertemukan di lain masa untuk sama-sama kita menghirup madu-madu keimanan. Ana rasa tidak lengkap rasanya surat-surat dari ana untuk anti atau dari anti untuk ana tanpa sebuah puisi kan? Hayatilah puisi yang menjadi salah satu koleksi terbaik bagi ana.


DENGARLAH TEMANKU SAYANG .

Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang untuk membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya.
“Sesungguhnya kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian”
(Surah Al-Tin:4)

Sedarlah temanku,
Kita musafir didunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup didunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya?
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
“Allah akan mengangkat orang-orang beriman di antaramu dan orang yang berilmu itu beberapa darjat.”
(Surah Al-Mujadilah:11)

Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul-molekul udara akan memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi dengan iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agam,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia.

Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia nbukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan tuhan,
Oleh itu tekadkanlah keyakinan,
Kau ummat pilihan.
“You are the best ummah.”
(Surah Ali Imran:110)
“Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang bertakwa.”
(Surah Al-Hujurat:13)

Jelaskan visi perjalanan,
“Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.”
(Surah Al-Baqarah:201)

Jadikanlah ilmu sebagai bekalan,
“Bacalah! bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.”
(Surah Al-Alaq:1-2)

Sedarilah kita memikul amanah tuahn,
“Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanta kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan pikullah amantanitu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakannya.”
(Surah Al-Ahzab:72)

Ketinggian seseorang kerana iman,
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang beriman.”
(Surah Ali-Imran:139)

Lantaran itu, carilah redha Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
[(usaha x istiqomah) – malas] / (masa + yakin),
asas kejayaan,
“Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.”
(Surah Ar-Ra’d:11)
“Jika mereka bersungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasulnya kepada mereka dan berkata : Cukuplah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian pula rasulnya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, ( Tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)”
(Surah At-Taubah:59)

Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau redha, sabar dan terus berusaha.
Tapi, kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah beharga.

Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan yang tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu gagal selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan.
Berjuanglah temanku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha, Kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia, Nun di Syurga.

Andai kata, kita tidak dijodohkan untuk berjumpa, anti bingkaikanlah memori kita bersama. Tapi ingatlah, di akhirat kelak pasti kita dipertemukan-Nya.

Uhibbuki,,
Mariatun Qibtiah
6.30pm 18012008

Setelah puas dengan coretan yang dibuat, Mariatun Qibtiah melipat kertas tersebut, memasukkannya didalam sampul surat lalu ditampal setem. Tudungnya disarungkan kembali.

“Eh, Qib nak ke mana nie?” Hayatun syamilah yang baru sahaja pulang bertanyakan arah tujuanku.

“Nak ke Dewan Banquet. Nak pos surat untuk sahabat ana.” Pantas ku menjawab.

“Oh, untuk siapa tu…Mm…Nur Sakinatul Laila ye?” Hayatun Syamilah cuba mengagak.


Mariatun Qibtiah hanya menganguk dan tersenyum. Namun senyumannya tidak seceria selalu. Kelihatan pucat dan hambar.


* * * * * * * * * * * *

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kelihatan sibuk dengan pelancong. Hatiku berdebar-debar. Ini adalah pengalaman pertama untukku. Destinasiku ke Australia bakal mengambil masa 4 jam. Bermacam-macam andaian yang aku fikirkan.

“Assalamualikum nak.” Suara perempuan menegurku. Aku menoleh.


“Waalaikumsalam. Eh, umi Halidah! Umi ape khabar?” Dalam keadaan yang masih terperanjat, aku menyalami tangan umi.


“Umi nampak kamu dari jauh tadi. Kamu buat ape di sini?” Umi bertanya kepadaku.


“Ana dapat tawaran sambung ijazah di Australia. Umi sorang je ke? Umi nak kemana? Qib ngan abi Jasni tak ikut sekali?” Mataku melilau-lilau mencari kelibat orang yang sangat dirindui.


“Alhamdulillah, berjaya juga kamu ya Laila. Belajar bersungguh-sungguh. Jangan lupakan tanah air dan budaya kita semasa di sana. Umi nak pergi buat umrah dengan abi. Abi sedang menguruskan visa dengan syarikat tourisme yang kami ikuti.” Bahuku disentuh lembut.


“Terima kasih umi. Ada rezeki juga umi menunaikan umrah ya. Qib sekarang belajar di mana? Sudah lama ana tidak menerima khabar berita darinya.” Soalan yang sememangnya ingin aku kemukakan sedari awal pertemuan.


Umi Halidah menarik tanganku, mengajakku duduk di kerusi berhampiran. Kelopak matanya seakan mulai bergenang.


“Allah lebih menyayanginya, Laila. Qib pergi dan tidak akan kembali lagi.”


Tanpaku sedari, air mataku mengalir dipipi. Seakan tidak percaya dengan khabar berita yang baru ku terima.


“Tahun lepas, di Matrikulasi, dia jatuh pitam dan dihantar ke hospital. Di tangannya saat itu ada sepucuk surat tertulis nama kamu. Sahabatnya, Hayatun Syamilah yang tolong poskan keesokan harinya. Di Hospital, doktor mengesahkan terdapat ketulan darah beku yang telah lama bermastautin di kepalanya. Mungkin akibat dari hentukan pada batu atau benda-benda keras.” Umi menambah.


Aku tersentak. Air mataku semakin mengalir deras. Kepalaku ligat berfikir mengingati peristiwa yang berlaku 3 tahun yang lepas.


‘Apakah ini semua salahku? Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambamu ini.’


“Darah beku tersebut telah pun doktor keluarkan, namun Qib masih tidak sedarkan diri selama seminggu. Setelah Qib sedar, dia hanya tersenyum dan menyuruh umi dan abi banyak berehat. Jangan terlalu fikirkan tentang kesihatannya. Sepanjang 2 hari di hospital, Qib banyak bercerita tentang Laila dengan umi. Dia gembira Laila sudah berubah.Keesokan harinya, umi dan abi datang melawat. Namun Qib telah kaku. Sudah tidak bernyawa.” Mata umi turut memerah. Air mata mulai bergenang dikelopak matanya. Suaranya semakin bergetar.


“Umi, maafkan ana. Ana bersalah terhadap arwah. Ana pernah mengasari arwah. Analah punca darah beku didalam kepala arwah. Ana bersalah umi…” Tangisanku semakin menggila. Tanda penyesalan yang teramat sangat.


Umi menarikku kedalam pelukannya. Aku dapat merasakan Umi begitu tabah menghadapi kehilangan anak kesanyangan yang menjadi harapan keluarga itu. Tubuhku terasa longlai…lemah tidak bermaya…


* * * * * * * * * * * *

Aku kini di negara timur tengah. Pengajianku ditangguhkan dua minggu gara-gara ketidak seimbangan emosiku. Kejayaanku hari ini…Untukmu Mariatun Qibtiah. Maafkan aku. Seumur hidupku, namamu tetap di lubuk hatiku.


Andai ku hampar lautan dihadapanmu,
Kau tidak bisa berhenti,
Andai ku bina tembok menghalangmu,
Kau tetap akan pergi,
Biar luka tekakku memanggilmu,
Kau takkan jua kembali,
Aku tidak bisa berbuat sesuatu,
Kau milik ilahi,
Ku pujuk diri sekadar termampu,
Menerima kehilangan ini,
Moga hilangmu,
Hilang berganti.

* * * * * * * * * * * *

“Excuse me, may I seat here?” Perempuan berhidung mancung dan bertudung litup itu tersenyum memandangku.


“Yap, sure.” Kerusi disebelahku sememangnya belum berpenghuni.


“I’m Nur Sakinatul Laila.” Aku menghulurkan tangan berjabat tangan tanda perkenalan.


“Nice to meet you Laila. I’m Mariah Al-Qibtiah from Pakistan.” Dia mengukirkan senyuman.


Aku kaget seketika... namun senyuman yang mendamaikan itu menghapuskan rasa kaget yang ada. Senyuman itulah yang memulakan perkenalan, membuahkan kasih sayang serta menghasilkan ukhuwah persahabatan sejati. Ukhuwah fillah abadan abada.


**Segala puisi yang terdapat di dalam cerpen ini diadaptasi dari novel Tautan Hati, karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin.

~Kene kuat, kene tabah~


salam...peecha,
kite happy sgt...sgt...sgt..dpt comment dri peecha..
lame da x cntct ngan peecha..
sdey taw??...
kt sni kite nk share some story ngan peecha..about my life..
let me start ngan cite awal tahun nih..

...

Hari tue rumah kite terbakar..tapi xde la teruk mane..bilik belakang je yang terbakar..waktu dlm bulan 2 o 3 cam2..tapi xde sape kat umah except ayah..ayah kite kan keje malam..so waktu tu ayah tido kat bilik tengah..ibu ngan kak nurul gi sekola coz adik kite ade sukan..ibu taw pun dari jiran..jiran kite kate asap da tebal sgt2...ayah pulak kat dalam rumah..kak nurul kunci grill..tapi bile ibu smpai ayah da selamat..jiran2 kopak kan grill...kite pun taw pasal ni after 2,3 hari or a week after dat insident..ibu kate xnk risau kan kite sebab tyme tu kite tengah de test..

...

satu lagi cite waktu cuti sem yg lepas...kite da jadi ank yatim..ari tu kan kite de cite kt peecha yg kite de camp after final exm sem lepas kan?? camp tuh dari 11 till 13 mei 09..(isnin smpai rabu)..ari last kat situ ibu kite datang nak amik kite awal..mulanya sebab ibu buzy,,camp kite abes 13hb tu petang, so ibu xleh amik kite ari khamis or jumaat tu..so ibu datang la tengahari tu nak amik kite..bile ibu smpai kite lari2 la gi tempat ibu..tapi waktu tu ibu tengah cakap kat phone...kawan ibu kol kate ayah da xde...ayah jatuh waktu kat tempat keje..

...

kite sedey sangat2 tyme dengo brite tuh..last tyme kite jumpe ayah, cakap ngan ayah, salam ayah 2 bulan b4 2...tyme tuh kite balik rumah.. then ibu ngan ayah hantar sampai sini...amanat akhir ayah time tu ayah suh blaja rjin2..ayah kate "blaja rajin2 ea nak??"dalam 2 bln tuh plak kite xde kol ayah..cume time nak final exam tu.. rase rindu sgt2 kt ayah..nk kol ayah, tapi ibu kate phone ayah rosak.. so xjd kol, cume suruh ibu ckp ngan ayah doakn kite nk exm..

...

tyme 13hb tuh kitorg smpai dari jb dalam kol 7mlm..then terus ke hospital...doktor kate kne tgu esoknye..postmoterm buat ari khamis tuh..tp mlm tu doktor tu kasi kitorg tgk ayah..ayah dlm tmpt mayat tu..drower tuh... ibu kate ayah blum dpt tgk Ariesya.. anak kak long sbb ayah da 2 bulan gi kelantan keje jahit payung terjun kat sane..waktu tengok ayah kite sangat xsangka... rase cm mimpi lak..kite xpenah bygkn akn lalui pengalaman cm2..esoknye pagi2 lagi da gi hosptl.. tgu postmterm n mandikn skali kat hsptl...tghari tuh br blh bwk blk jenzh.....tyme tuh kite sdey yg t'amat...slalu naek van ayah dok dpn..tp ni still naek van ngan ayah tp ayah x ddk..ayah baring..ayah xdok dpn..ayah kt sblh kite..bkn naek van kitorg tp van jnzh...smpai kt umh trs smbhyang kn..n then kite naek van jnzh lg gi kubur...tp alhmdulillah..rmai sgt org yg dtg ziarah n bntu urusan...

...

kite sgt ralat..ralat sgt sbb xdpt jmpe ayah lg..xdpt ckp ngan ayah lg..quite nyesal sket sbb at 1st ibu xbape kasi pegi camp tuh...tp lpas pujuk ibu br ibu kasi..rupanye ade sbb nape Allah bt cm2..smpai saat nih kite asyik ingt kt every single thing yg kite lalui tyme tuh..tp dpn mmber2 sume kite bt2 hapy...smpai diorg tnye nape kite cm hapy sgt2..tp hkikatny kite xnk diorg pndg kite ngan simpati...tiap2 khamis kite bt yasin ngan tahlil tok ayh n tiap kali tu gk kite ngan sdey sgt2..rndu sgt2..tiap lps smbhyg kite doakn ayh msti kite sdey gk..cume 1 je yg kite ykin, kite akn jmpe ayh blk kt sne..day by day kite rase xt'tanggung rindu nih..bile da xthn sgt,kite akn cry..da xde da pggilan "ayah" lg..

...

3hb nih ari isnin ulng thn klahirn ayh..hmm...ibu lak klu kua ngan kite.. msti cite psl ayah..ayh ske mkn kt kdai ni.. ayah pnh ajk ibu mkn kt kdai ni..ayah ske itu.. ayh ske ini..bju raye kitorg da bli da..warne yg same tok 1 family..pstu ibu tnye bju ayah cmne?? kite xde jwpn 4 da question.. hmmm....cm2 la...2 je nk story ngan peecha, sori lmbt inform psl ni.. sdkhkn Al-Fatihah tok ayah kite ea??

...

ending of story dari su

...

My dear Sulaiha Sulaiman,
ex-rumate yang sporting, baik n caring tyme kat KMPK..
KTDI n KTC sejengkal cuma...namun..
jarak yang dekat ini membuatkan kita jauh..
dengan segala tanggungjawab yang ada..
Allah berfirman: " Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak pula memajukannya"
(al-A'raaf:34)
Su..
su kene tabah..su kene kuat... sebab ibu su perlukan kekuatan dari su...
Ibu su perlukan kekuatan anak-anak sebab suamilah kekuatan buat isteri..
dan kini ibu su dah kehilangan kekuatan itu...

“Apabila mati seseorang anak adam, terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu Yang Bermanfaat dan Anak Yang Soleh Yang Mendoakannya” Maksud Hadis

Jangan lupe doakan ayah Su selalu. Semoga ia menjadi bekalan buatnya di akhirat kelak..

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (QS. Al Baqarah: 286)


Jibril datang kepada Rasulullah saw dan mengingati nabi...

"Cintailah sesiapa saja yg kamu sukai TETAPI INGAT kamu akan berpisah dengannya"

"Lakukan apa sahaja yg kamu sukai TETAPI INGAT kamu akan di balas dgn apa yg kamu lakukan itu"


Semoga Allah selalu memberikan tempat yang lapang dan nyaman untuk orang-orang tercinta yang telah meninggalkan kita, Amin…

~Mencari sakinah~

Mengembara membawa diri
lari???
sekali2x tidak!!!!
Sekadar ingin menghirup H2O luar kampus
mencari Sakinah idaman jiwa
Kurniaan dariNya

Kadang2x..kita perlu sendiri
sendirian memuhasabah diri

Meng'refresh' diri
Meng'update' hati
Meng'Format' matlamat
Meng'save' focus

Kadang2 sedih dalam ketawa
kadang2 pilu dalam ketenangan
Perjalanan hidup bukan selamanya
ada nokhtah di penghujung Usia
JanjiNya pasti tiba
Namun Lalai menguasai jiwa
Ingatkah aku sentiasa padaNya??

say 4 u n say 4 me. ~ episod 2

Cerita cintaku dengan syabab yang bernama Faruq semakin luas tersebar. Pandangan-pandangan serong mula aku rasai. Aku turut menerima tempias perlian guru-guru. Laila semakin menjauhiku. Pelajaranku semakin terganggu. Pening di kepalaku semakin bertambah-tambah.

“Kak Qib! Kak Qib!”

Dari jauh ku lihat Sayyidah Naffisah, jiran sebelah rumah, merangkap juniorku di sini berlari-lari mendapatkan ku. Muka seriousnya membuatkan hatiku berdebar-debar.

“Kak Qib, penat ana cari akak dekat bilik. Sampai semput ana dibuatnya.”

Bekal air yang ku bawa kuhulurkan. Memahami keadaannya yang kelihatan termengah-mengah. Jantungku masih berdegup kencang menanti bicara yang masih belum bermula. Namun perasaan sabar mendidikku agar terus menanti.

“Kak Qib, walid kak Qib suruh kak Qib menghubunginya secepat mungkin. Dia pesan pada abi” Suara Sayyidah Naffisah kelihatan mula mendatar.

Aku beristigfar. Hampir dua minggu aku tidak bertanya khabar keluargaku di kampung. Aku berterima kasih kepada Naffisah lantas menuju ke pondok telefon berhampiran kantin. Beberapa keping duit syiling ku masukkan lantas nombor-nombor yang menerjah fikiran ku dail.

“Assalamualaikum, umi. Umi sihat? Abi macam mana? Maafkan ana umi. Ana dah lama tidak bertanya khabar umi dan abi.” Aku memulakan bicara.

“Waalaikumsalam. Umi dengan abi kamu sihat-sihat sahaja. Ni hah, ada surat untuk kamu. Surat tawaran dari MRSM. Sudah seminggu sampai, tapi umi tak tahu nak beritahu kamu bagaimana. Kamu pula tak telefon ke rumah. Umi nak ke sana, abi kamu pula sibuk dengan kedai.”

Tawaran MRSM? Tawaran itulah yang aku tunggu-tunggu sebelum tawaran dari SMKA Slim River dan SMK Teknik Brush tiba. Namun surat tersebut tidak pernah menjengah peti surat di rumahku lantas SMKA Slim River menjadi pilihanku.

“Maafkan ana umi. Kenapa bulan Jun baru dapat tawarannya? Ana dapat tawaran MRSM mana?” Aku tertanya-tanya.

“Umi rasa, ini in take ke 3 untuk pelajar-pelajar baru. Kamu dapat MRSM Lenggong. Kalau kamu setuju nak masuk sana, Abi kamu perlu menjelaskan semua yuran pendaftaran sebelum lusa. Hari jumaat tarikh tutup pembayaran dan miggu depan kamu perlu mendaftarkan diri.”

‘Ya Allah, terlalu cepat untukku membuat sebarang keputusan. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang terbaik’

“Umi, ana rasa…ana nak terima tawaran tu” Suaraku bergetar.

* * * * * * * * * * * *

Semuanya telah ku uruskan. Buku-buku teks telah ku pulangkan, barang-barang peribadiku telah ku kemaskan, guru-guru telah aku maklumkan, begitu juga dengan sahabat-sahabatku. Petang ini aku akan berangkat pulang. Berat rasa hati untuk meninggalkan sekolah yang mula mendidikku agar terus kental bersama cabaran. Surat untuk Laila ku baca semula…


Ila: Sadiqati Nur Sakinatul Laila.

In the name of Allah, the most gracious,
the most merciful.
My dear friend,
Simple poem for you,

“Forgetting you is hard to do,
But forgetting me is up to you.
Forget me not, forget you never,
Forget this message but not the sender.”

I miss you because of Allah.

Laila,

Di saat anti membaca warkah yang tidak seberapa ini, ana telah pergi bersama memori-memori kita. Bukan ana tidak mahu bertemu dengan anti untuk mengucapkan kata-kata perpisahan, namun sikap anti yang sering mengelak apabila bertembung dengan ana menyukarkan ana untuk menuturkan bicara.

Masih ingatkah anti pada kenangan di kala kita baru bersua dan memulakan perkenalan? Adakah anti masih pada saat-saat kita bergurau senda serta saat-saat kita dimarahi bersama? Ketawa dan menangis bagai sudah sebati dengan jiwa kita. Walaupun anti banyak berahsia dengan ana, namun ana terima anti seadanya.

Ana pasrah dengan apa yang berlaku di antara kita. Namun, di masa dan ketika ini, ana masih tertanya-tanya sebab musabab anti memperlakukan ana sedemikian rupa. Namun, apa jua sebabnya…ketahuilah…ana masih menyanyangi dan menghargai anti sebagai sahabat ana. Ana memohon maaf andai selama perkenalan kita, ana telah menyinggung perasaan anti. Segala kesalahan anti juga ana maafkan. Semoga tiada lagi dendam yang terbuku di hati anti.
Untuk mengakhiri warkah ini, ana sertakan puisi yang amat-amat ana sukai. Semoga anti dapat menjaga dan memelihara diri anti sewajarnya.

Wanita,

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah. Tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi. Bukan dicipta daripada kepala untuk disanjung dan dipuja. Bukan pula dicipta daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya…

Lantaran keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri kepada sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagumterhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Wanita,

Akuilah hakikat kejadianmu menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malumu ditinggalkan daripada tubuh dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi untuk dimahkotakan sebagai si mawar berduri.

Sesungguhnya utusan Allah ada menyatakan tentang bahayanya dirimu,

“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita”

Adakah kamu mahu menjadi penyebab terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai sayang,

Ingatlah ciri-ciri wanita solehah iaitu dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan beharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan beharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran serta bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi impian setiap insan bernama adam.

“ Wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik”

Salam sayang,
Mariatun Qibtiah
5.45pm 04062005

Ku lipat semula kertas tersebut dengan linangan air mata. Ku amanahkan Diyana untuk menyampaikan surat tersebut. Kami berpelukan…

* * * * * * * * * * * *

Kini aku sibuk dengan persediaan SPM yang akan tiba 3 hari lagi. Dewan serbaguna MRSM Lenggong akan menjadi saksi betapa kami, pelajar-pelajar bacth SPM 2006 berusaha untuk mengharumkan nama maktab serta mencipta nama untuk menjadi pelajar cemerlang.


Namun berita dari Diyana mengenai kematian mama dan papa Laila sedikit sebanyak mengganggu ku. Apa khabar gadis itu? dapatkah dia menghadapi dugaan degan hati yang redha?


‘Ya Allah, berilah kekuatan kepada Laila untuk menghadapi semua cabaran dan dugaan yang telah engkau takdirkan untuknya’

* * * * * * * * * * * *

Alhamdulillah, berbekalkan keputusan SPM … 6A1,1A2, dan 2B3, Mariatun Qibtiah ditempatkan di Kolej Matrikulasi Perak (KMPK). Perjalanan dari rumahnya untuk ke kolej hanya mengambil masa 15 minit. Setelah beberapa bulan disana, warkah yang selama ini dinanti-nantikan tiba juga. Warkah dari Laila…

Kehadapan sahabatku Mariatun Qibtiah,

Apa khabar anti dan kehidupan disana? Maaf andai selama ini ana hanya menyepi. Sebagai pembuka bicara, ana melakarkan puisi…

Pernahku pujuk diri,

Disebalik derita ini,

Pasti ada hikmah menanti,

Namun apa yang ku dapati,

Hanya derita demi derita,

Yang terus-terusan menimpa,

Entah bila penghujungnya,

Apakah ini rahmat penghapus dosa?

Atau bala yang bertimpa-timpa?

Oh Tuhan,

Berilah aku jawapan.

Berdasarkan puisi yang ana bingkiskan, ana rasakan kebanyakan dugaan yang mendatang berpunca dari kesalahan ana terhadap anti. Di sini, ana ingin memohon beribu-ribu kemaafan. Di sini juga, ana akan jujur tanpa berselindung mengenai perilaku ana selama kita pernah mengukir rasa kasih.


Sebaik sahaja anti menjejakkan kaki ke kelas 4 Jabir, ana mula merasakan anti adalah pesaing terbesar bagi ana. Ana cemburukan anti kerana anti bagus dalam segala segi. Anti peramah, disegani, mudah tersenyum, lemah lembut, sopan dalam berbicara serta baik hati. Semua akhowat menyenangi sikap anti. Tapi ana? Dengan itu, anti ana hampiri dan anti dengan tanpa sebarang prasangka menyambut salam perkenalan ana dengan hati yang terbuka.


Ana tidak jujur dengan anti selama ini. Malah ana dapat rasakan bukan ana yang berkawan kerana kasihankan anti, namun anti yang berkawan kerana kasihankan ana. Kasihankan ana yang dipinggirkan tanpa mengetahui cerita lampau ana. Setelah hampir 2 bulan ana berkawan dengan anti, ana mula senang dan terikut dengan sikap anti. Namun kehadiran surat dari Faruq melalui ana untuk anti membuatkan perasaan cemburu mula merajai hati. Syabab itulah yang ana mimpikan siang dan malam namun hatinya tidak pernah sedikit pun melakarkan nama ana. Namun, nama antilah yang terpahat kukuh di dalam sanubarinya mekipun anti baru dia kenali.


Qis, I’m sorry once again. I do the second mistake by replying his letter using your name. Ana tahu, anti begitu marah disaat anti dimalukan di hadapan kelas, namun anti tidak terus memarahi ana. Anti tetap bersabar. Untuk pengetahuan anti, setelah anti meninggalkan segala kenangan di SMKA Slim River, Faruq telah membersihkan nama anti. Dia langsung tidak menyalahkan ana, malahan mengaku semuanya adalah khilaf dirinya yang tidak pandai mengawal emosi.


Pelajaran ana pula dari sehari ke sehari semakin teruk. Ana dihimpit rasa bersalah terhadap anti. Ana bertambah sedih ketika menerima berita kematian mama dan papa. Keadaan-keadaan inilah yang menyumbang kepada kecundangan ana dalam SPM. Keputusan SPM yang ana perolehi tidak melayakkan ana untuk menerima tawaran dari mana-mana University, Matrikulasi atau pun Maktab.


Awal bulan Mei, ana dapat tawaran dari Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) kos Perbankan. Itu sahajalah harapan ana. 3 hari sebelum hari pendaftaran, ana dapat tawaran ke tingkatan 6 di SMKA Bota. After discuss, nenek dan pak cik suruh ana terima KISDAR. Padahal Qib, kolej mahal. Tapi disebabkan tiada pilihan lain, ana pergi juga. Pak cik sendiri cakap, ana nie hanya bernasib baik dapat tawaran dari KISDAR, kalau tidak, tak tahu nak sambung kat mana. Anti bayangkanlah perasaan ana, pak cik pun dah tak tahu nak cakap apa.Mungkin dia kecewa sangat dengan ana. Kecewa dengan result ana. Kalau mama dan papa masih ada, mesti mereka lebih kecewa.


Ana memuhasabah diri ana semula. Ana tahu, selama ini ana jahil. Ana banyak bersalah dengan anti. Ana harap anti memaafkan semua kesalahan yang telah ana lakukan. Akhir kata, terima kasih kerana menerima ana seadanya. Surat terakhir anti banyak mendidik jiwa ana dalam menjadi wanita solehah. Ana akan cuba berubah untuk menjadi sesuau yang lebih baik. Semoga ukhuwah kita akan kekal untuk selamanya.

Sweet love,

Nur Sakinatul Laila.


*************
2 be continued....