say 4 u n say 4 me. ~ episod 3 - Final

Usai solat asar, Mariatun Qibtiah bergegas pulang ke blok P3. Biliknya yang berada di tingkat 4 itu menyebabkan dia seakan semput. Pintu Bilik dikuak, sunyi. Teman sebiliknya, Hayatun Syamilah masih belum pulang. Mariatun Qibtiah segera mencapai pen dan kertas untuk membalas surat dari Laila.


Ila: Sadiqati yang amat ana rindui,
Nur Sakinatul Laila.

Dengan nama Allah yang maha pemurah
lagi maha penyayang.

Pertama-tamanya, ana ingin mengucapkan takziah di atas musibah yang menimpa diri anti. Ingatlah, Allah hanya akan mendatangkan ujian kepada hamba-hamba yang mampu menghadapinya. Ana tahu, anti seorang yang cekal dan tabah. Untuk pengetahuan anti, ana sudah lama memaafkan kesalahan anti. Siapalah ana ini, sedangkan nabi pun maafkan umatnya.

Allhamdulillah, ana gembira dengan perubahan anti. Tahniah juga ana ucapkan kerana anti mampu memuhasabah diri anti. Sesungguhnya, manusia itu perlu kepada muhasabah supaya tidak lalai dan leka. Ana tidak mahu berceloteh panjang biarpun begitu banyak cerita yang ingin ana kongsikan bersama. Ana berharap kita akan dipertemukan di lain masa untuk sama-sama kita menghirup madu-madu keimanan. Ana rasa tidak lengkap rasanya surat-surat dari ana untuk anti atau dari anti untuk ana tanpa sebuah puisi kan? Hayatilah puisi yang menjadi salah satu koleksi terbaik bagi ana.


DENGARLAH TEMANKU SAYANG .

Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang untuk membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya.
“Sesungguhnya kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian”
(Surah Al-Tin:4)

Sedarlah temanku,
Kita musafir didunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup didunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya?
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
“Allah akan mengangkat orang-orang beriman di antaramu dan orang yang berilmu itu beberapa darjat.”
(Surah Al-Mujadilah:11)

Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul-molekul udara akan memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi dengan iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agam,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia.

Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia nbukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan tuhan,
Oleh itu tekadkanlah keyakinan,
Kau ummat pilihan.
“You are the best ummah.”
(Surah Ali Imran:110)
“Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang bertakwa.”
(Surah Al-Hujurat:13)

Jelaskan visi perjalanan,
“Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.”
(Surah Al-Baqarah:201)

Jadikanlah ilmu sebagai bekalan,
“Bacalah! bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.”
(Surah Al-Alaq:1-2)

Sedarilah kita memikul amanah tuahn,
“Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanta kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan pikullah amantanitu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakannya.”
(Surah Al-Ahzab:72)

Ketinggian seseorang kerana iman,
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang beriman.”
(Surah Ali-Imran:139)

Lantaran itu, carilah redha Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
[(usaha x istiqomah) – malas] / (masa + yakin),
asas kejayaan,
“Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.”
(Surah Ar-Ra’d:11)
“Jika mereka bersungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasulnya kepada mereka dan berkata : Cukuplah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian pula rasulnya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, ( Tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)”
(Surah At-Taubah:59)

Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau redha, sabar dan terus berusaha.
Tapi, kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah beharga.

Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan yang tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu gagal selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan.
Berjuanglah temanku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha, Kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia, Nun di Syurga.

Andai kata, kita tidak dijodohkan untuk berjumpa, anti bingkaikanlah memori kita bersama. Tapi ingatlah, di akhirat kelak pasti kita dipertemukan-Nya.

Uhibbuki,,
Mariatun Qibtiah
6.30pm 18012008

Setelah puas dengan coretan yang dibuat, Mariatun Qibtiah melipat kertas tersebut, memasukkannya didalam sampul surat lalu ditampal setem. Tudungnya disarungkan kembali.

“Eh, Qib nak ke mana nie?” Hayatun syamilah yang baru sahaja pulang bertanyakan arah tujuanku.

“Nak ke Dewan Banquet. Nak pos surat untuk sahabat ana.” Pantas ku menjawab.

“Oh, untuk siapa tu…Mm…Nur Sakinatul Laila ye?” Hayatun Syamilah cuba mengagak.


Mariatun Qibtiah hanya menganguk dan tersenyum. Namun senyumannya tidak seceria selalu. Kelihatan pucat dan hambar.


* * * * * * * * * * * *

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kelihatan sibuk dengan pelancong. Hatiku berdebar-debar. Ini adalah pengalaman pertama untukku. Destinasiku ke Australia bakal mengambil masa 4 jam. Bermacam-macam andaian yang aku fikirkan.

“Assalamualikum nak.” Suara perempuan menegurku. Aku menoleh.


“Waalaikumsalam. Eh, umi Halidah! Umi ape khabar?” Dalam keadaan yang masih terperanjat, aku menyalami tangan umi.


“Umi nampak kamu dari jauh tadi. Kamu buat ape di sini?” Umi bertanya kepadaku.


“Ana dapat tawaran sambung ijazah di Australia. Umi sorang je ke? Umi nak kemana? Qib ngan abi Jasni tak ikut sekali?” Mataku melilau-lilau mencari kelibat orang yang sangat dirindui.


“Alhamdulillah, berjaya juga kamu ya Laila. Belajar bersungguh-sungguh. Jangan lupakan tanah air dan budaya kita semasa di sana. Umi nak pergi buat umrah dengan abi. Abi sedang menguruskan visa dengan syarikat tourisme yang kami ikuti.” Bahuku disentuh lembut.


“Terima kasih umi. Ada rezeki juga umi menunaikan umrah ya. Qib sekarang belajar di mana? Sudah lama ana tidak menerima khabar berita darinya.” Soalan yang sememangnya ingin aku kemukakan sedari awal pertemuan.


Umi Halidah menarik tanganku, mengajakku duduk di kerusi berhampiran. Kelopak matanya seakan mulai bergenang.


“Allah lebih menyayanginya, Laila. Qib pergi dan tidak akan kembali lagi.”


Tanpaku sedari, air mataku mengalir dipipi. Seakan tidak percaya dengan khabar berita yang baru ku terima.


“Tahun lepas, di Matrikulasi, dia jatuh pitam dan dihantar ke hospital. Di tangannya saat itu ada sepucuk surat tertulis nama kamu. Sahabatnya, Hayatun Syamilah yang tolong poskan keesokan harinya. Di Hospital, doktor mengesahkan terdapat ketulan darah beku yang telah lama bermastautin di kepalanya. Mungkin akibat dari hentukan pada batu atau benda-benda keras.” Umi menambah.


Aku tersentak. Air mataku semakin mengalir deras. Kepalaku ligat berfikir mengingati peristiwa yang berlaku 3 tahun yang lepas.


‘Apakah ini semua salahku? Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambamu ini.’


“Darah beku tersebut telah pun doktor keluarkan, namun Qib masih tidak sedarkan diri selama seminggu. Setelah Qib sedar, dia hanya tersenyum dan menyuruh umi dan abi banyak berehat. Jangan terlalu fikirkan tentang kesihatannya. Sepanjang 2 hari di hospital, Qib banyak bercerita tentang Laila dengan umi. Dia gembira Laila sudah berubah.Keesokan harinya, umi dan abi datang melawat. Namun Qib telah kaku. Sudah tidak bernyawa.” Mata umi turut memerah. Air mata mulai bergenang dikelopak matanya. Suaranya semakin bergetar.


“Umi, maafkan ana. Ana bersalah terhadap arwah. Ana pernah mengasari arwah. Analah punca darah beku didalam kepala arwah. Ana bersalah umi…” Tangisanku semakin menggila. Tanda penyesalan yang teramat sangat.


Umi menarikku kedalam pelukannya. Aku dapat merasakan Umi begitu tabah menghadapi kehilangan anak kesanyangan yang menjadi harapan keluarga itu. Tubuhku terasa longlai…lemah tidak bermaya…


* * * * * * * * * * * *

Aku kini di negara timur tengah. Pengajianku ditangguhkan dua minggu gara-gara ketidak seimbangan emosiku. Kejayaanku hari ini…Untukmu Mariatun Qibtiah. Maafkan aku. Seumur hidupku, namamu tetap di lubuk hatiku.


Andai ku hampar lautan dihadapanmu,
Kau tidak bisa berhenti,
Andai ku bina tembok menghalangmu,
Kau tetap akan pergi,
Biar luka tekakku memanggilmu,
Kau takkan jua kembali,
Aku tidak bisa berbuat sesuatu,
Kau milik ilahi,
Ku pujuk diri sekadar termampu,
Menerima kehilangan ini,
Moga hilangmu,
Hilang berganti.

* * * * * * * * * * * *

“Excuse me, may I seat here?” Perempuan berhidung mancung dan bertudung litup itu tersenyum memandangku.


“Yap, sure.” Kerusi disebelahku sememangnya belum berpenghuni.


“I’m Nur Sakinatul Laila.” Aku menghulurkan tangan berjabat tangan tanda perkenalan.


“Nice to meet you Laila. I’m Mariah Al-Qibtiah from Pakistan.” Dia mengukirkan senyuman.


Aku kaget seketika... namun senyuman yang mendamaikan itu menghapuskan rasa kaget yang ada. Senyuman itulah yang memulakan perkenalan, membuahkan kasih sayang serta menghasilkan ukhuwah persahabatan sejati. Ukhuwah fillah abadan abada.


**Segala puisi yang terdapat di dalam cerpen ini diadaptasi dari novel Tautan Hati, karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin.

0 comments: