~Lagi2x raya~

umi dan atuk


Anak2x atuk n nenek (7 org perempuan semuanya)
M.Long Junaidah, M.ngah Zubaidah, Umi-Halidah, M.teh Zuraidah, M.Uda Mazurah, Cik Lin Mazlina, M.usu Shidah.


Menantu2x atuk n nenek (p.usu je xde)

umi, m.long, m.teh n nenek with sedara belah kembar nenek dari Felda Taib Andak

Family Cik Lin

Abang Afiq


Abang Mirul


Atuk dengan coconutnya

abi bersantai

umi tersenyum

Sebelah umah atuk, umah p.uda (ade pondok comel kat atas tue)

Afiqah

Abang Haris

Abang Aus

kak Jaja

p/s- Selepas nie, blog nie akan bertambah sawang2nya. Ana bakal mengorbankan broadband ana kepada k.maria. Oleh itu, ini adalah posting terakhir untuk sem ini. Maaf ye.

~Raya...n...Beringat ketika beraya~

Salam Aidilfitri buat semua
Berlalu ramadhan, fajar syawal menjelma..
Muslimin muslimat menyambut hari raya..

Tangan dihulurkan mohon kemaafan..
Ikhlaskan dihati syukur pada ilahi..

Diucapkan selamat hari raya..
Selamat hari raya..

-Zapin hari raya (in-team n UNIC)
Suasana kini sunyi sepi.. Lagu nasyid yang terpasang sahaja yang kedengaran sayup2 dari laptop compaq presario CQ20 bersaiz 12 inci. Seawal jam 9 abi sudah lena dibuai mimpi bersama umi. Awal sungguh. Mungkin keletihan dengan perjalanan yang memakan masa 7 jam dari Batu pahat, Johor. Adik2 juga sudah lena selepas penat berhempas pulas dengan game2 dalam laptop k.Maria. Along, masih belum pulang. Lepas je sampai kat umah tadi, terus tak nampak batang hidungnye. ish3x..hero abi sorang nie..x penat agaknye drive lama2x. Ana pulak masih setia menemani malam. Berkira-kira untuk melelapkan mata selepas siap posting kali nie.

Tahun lepas ana beraya dengan atok n nenek je..Alhamdulillah, tahun nie umi n abi turut sama beraya sekali. Abi selamat sampai di rumah atok jam 1 pagi hari raya kedua. Singgah rumah bakal menantu abi katanya. Cakap pasal bakal menantu abi nie.. Ana pelik n heran pon ader. Kejap je..a.taufik dah mendapat tempat di hati abi n umi. Ana no komen la pasal bakal a.ipar ana nie. x sokong..tapi x bangkang. Kuasa veto bukan pada ana..

Seronok bile raya kat kampung. Tapi tahun nie agak sunyi sikit. Kata atok, anak2 muda tahun nie tak berapa nak semangat sambut raya. Kalau tahun lepas, siap ada pintu gerbang besar depan rumah atok..pelita terpasang pada malam2 tujuh likur. Tapi tahun nie takde pintu gerbang dah. Pelita pon diganti dengan lampu2 mentol je. Da advance. Macam biasa, mercun n bunga api penyeri tika malam menjelma. Lepas isyak je..anak mak usu mencari lilin. Mercun pemberian p.usu + ayah a.taufik = Dum..Dam...iiiiii...pom... Mercun roket, mercun botol.. sume ade.. opss...budak2 kecik men bunga api je eh..jgn men mercun. Bahaya..

Sepupu2x ana yang comei tomei

Kampung atuk...Kg. Seri Tanjung.. sekeliling rumah atuk tu semuanya adik-beradik atuk sendiri. Kiranya kalau ana nak beraya kat rumah atuk2 saudara tu jalan kaki je lah..save minyak sket. Kat sana kalau ayah saudara dipanggil 'Wak'. Nenek dipanggil 'Nyaii', atuk dipanggil 'Jaii'. Tapi atuk n nenek ana dah tak gune da title2 nie. Sampai moyang ana je la gune. Dengan moyang ana pon ana panggil atuk je. Ana ade tnye umi..nak panggil Jaii umi dengan panggilan ape..tapi, umi pon tak tahu. Nak tanye atuk..tapi lupe la pulak. Huhuhu. Bile beraya ke rumah sedara umi yang semuanya pior Jawa, semuanya nak kena ngomong Jawa la jawabnya. Tapi kalau generasi millenium ni mana la pandai dah nak cakap jawa. Kalau tengah dengar orang cakap jawa tu, kami adik beradik diam je la...

Family ana, Afiqah n Cik Lin bersama atuk n nenek

Yang paling meriah kat kampung bila ada Pak Long. Setiap tahun, wajib tangkap gambar satu keluarga. Kata pak long, dia ada koleksi gambar dari anak2 saudara dia dari kecil sampailah besar. Dari pakai tudung senget2x sampai la da pandai pakai tudung cantik2x. Pak Teh pun semangat gak kalau time beraya ni. Sebagai cikgu, pak teh suka bagi nasihat kat anak2 saudara dia supaya belajar pandai2. Anak sulung dia pun dah nak ke Kaherah tak lama lagi.

Family p.long (Family Afiqah juge...sepupu ana kat UTM)

Mmm..Bila dah sambut raya di rumah atuk, setiap masa kalau boleh ada sahaja orang nak datang berkunjung.. kadang-kadang penat gak walaupun bukan ana yang melayan tetamu2 tu. Kalau di Johor, ada tradisi yang dipanggil 'BARAAN' yakni orang2x kampung akan datang ke setiap rumah di kampung untuk berselawat dan mengeratkan silaturrahim. Jarang ana tengok budaya macam ni di tempat ana. Selain berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat handai, dapat juga sama-sama mengingati Allah dan Rasulnya. Aidilfitri bukanlah untuk masa untuk bersuka-ria sahaja tapi untuk meraikan kejayaan umat islam setelah selesai menunaikan ibadah puasa dengan mengucapkan syukur kepada_Nya. Alhamdulillah..

Selain tradisi Baraan, ade tradisi Munjung gak. Selalunye sebelum raya. Munjung nie, macam mengunjung. Ala.. kunjung mengunjung la lebey kurang. Tapi bukan dengan tangan kosong.. dengan lauk pauk. Lauk2 nie dipanggil lauk munjung. Bukan masak sikit2 je. Banyaaaakk.. Berperiuk2x. Berkawah2x. Pastu packing banyak2x. Buat list sedara2x n jiran2x. Makin banyak jiran2x n sedara2x yang kite nak bagi lauk munjung nie, makin banyak la kita masak. Selalunya, akan berlaku proses tukar menukar lauk. Sebabnye, semua orang kat area tue amalkan tradisi yang sama. Ape yang ana suke dengan tradisi nie bile kite bagi lauk munjung nie kat sedara2x yang semakin kurang kudratnya...warga2x emas yang anak2x semuanya tinggal di kota. Tak payah lagi mereka bersusah payah nak masak lauk berbuka..

Atok n nenek pun sangat semangat. Tiap kali orang dari Perak balik...mesti ada ayam kampung yang terkorban. Kata atok..sekali sekala makan besar. Sebaik la ayam je yang terkorban. Klo kambing n lembu skali? jadi raya korban la..

tahun nie dua ekor ayam terkorban. Along n umi yang melakukan pembedahan kali nie.
ana n k.maria rehat pulak =)

K la..masuk topic sebenar yang ana nak sampaikan..


Tym raya nie jugak la..kite slalu terlupa..mungkin kita bermaaf-maafan dengan bersalam-salaman. Tapi jangan lupa batas2 dalam bersentuhan. Refleksi semula diri kita.. Bersalam-salaman kita dengan mahram sahaja atau semua yang hulurkan salam kita sambut?

Mahram ertinya diharamkan yakni yang diharamkan untuk berkahwin. Siapa yang dikatakan mahram?

"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut):
  • ibu-ibu kamu, dan
  • anak-anak kamu, dan
  • saudara-saudara kamu, dan
  • saudara-saudara bapa kamu, dan
  • saudara-saudara ibu kamu dan
  • anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan
  • anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan
  • ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan
  • saudara-saudara susuan kamu, dan
  • ibu-ibu isteri kamu, dan
  • anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).
  • Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
  • Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.

Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisaa’ : Ayat 23)


Selain dari golongan yang disenaraikan dalam surah an-nisa diatas, adalah golongan bukan mahram. Dengan bukan mahram, aurat hendaklah dijaga dan tidak boleh bersentuhan atau bersalaman. Golongan bukan mahram yang paling hampir dengan kita, sepupu, 2pupu, 3pupu, kupu2x =) dan ayah saudara yang dikahwini adik beradik ayah atau ibu (bagi perempuan) atau ibu saudara yang dikahwini adik beradik ayah atau ibu (bagi lelaki).

Mungkin ada yang memberi alasan, dah biasa salam dari kecil..nanti klo tak salam..apa pulak yang dikata. Kebiasaan boleh diubah..yang tak tahu boleh diberitahu..yang tak faham boleh difahamkan..yang tahu sebar2kan..yang pandai ajar2kan.. Ana pun dulu tak tahu..Tapi bile dah tahu..seboleh2nya ana elakkan..Tapi..memang payah bile kita dalam golongan yang semua tak faham..dan tak tahu..sampai boley dapat title sombong n terlalu menjaga. Sedey2x. Tapi x kisah ler.

Bab aurat paling besar. Tinggal dengan sepupu serumah..Semua perlu dijaga..Tapi ramai yang lupa..leka..Duduk rumah sendiri pun..perlu dijaga apa yang wajib dipelihara bila ade sedara mara yang bukan mahram datang rumah. Muhasabah diri kita kembali..selepas berakhirnya ramadhan, semakin bertambah pahala2 kita atau semakin bertambah dosa2 kita?..

Mungkin ada segolongan orang yang memandang enteng perihal agama akan memandang orang yang menutup dan menjaga aurat ni macam kolot dan leceh, "takkan dengan sepupu sendiri pun tak boleh nak salam?"..."alaa..pakai tudung dalam rumah" dan 1001 alasan inilah yang akan timbul jika hati dah dipengaruhi nafsu.

Hari raya nie juge, kita bertemu dengan pelbagai jenis golongan, jenis, sifat dan perangai.
Firman Allah:

"Dan telah Aku ciptakan manusia lelaki dan perempuan daripada pelbagai jenis dan bangsa agar kamu berkenal-kenalan".
Jadi bila dah sampai di tempat orang especially di kampung halaman dan dikelilingi saudara-mara, bermacam-macam jenis orang yang kita akan jumpa; ada yang terlalu mesra, ada yang pemalu, ada yang tak suka bergaul dengan orang dan ada juga yang banyak cakapnya. Manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Bagi yang banyak ilmu agamanya dan kuat imannya, perlulah istiqamah dengan amalan2 mulia tak kira di mana sahaja dia berada. Cabaran dan godaan ada di mana2.. semuanya bergantung kepada keimanan kita. Sebagai dai`e di muka bumi ini kita perlu menjadi Qudwah Hasanah kepada orang lain..

Bagi orang yang kurang ilmu agamanya, iman memang mudah berubah-ubah.. naluri kadang2 teringin nak jadi macam orang nilah, macam orang tulah.. kadang2 sampai lupa diri sendiri. mmm..tak tetap pendirian. Tapi.. bila orang macam mereka ni nampak satu 'Islamic Figure' yang selalu berada dekat (macam family sendiri), nur hidayah itu akan tetap ada walaupun sinarnya masih malap... Ianya perlu sentiasa digilap dengan ilmu dan amal agar sinarnya sentiasa memancar di hati sanubari. Oleh itu..jadikan diri kita terbaik untuk menjadi contoh buat orang lain. Jangan lupa sentiasa ingat mengingati...kerana manusia sentiasa perlu kepada peringatan. Renung-renungkanlah dan selamat beristiqamah...

Kami mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA'