SN


SN
SN = Satu Nokhtah
SN = Sayyidah Nafisah

Pernah dengar tak sejarah mengenai Sayyidah Nafisah?? Kalau tak pernah dengar, ana nak cerita nie. Kalau pernah dengar, n da tak mahu bace boley la ke bahagian atas kanan window untuk klik close page ye. Ini bukan suatu paksaan. Hehehe.. Bukan sejarah riwayat hidup ana yang ana nak cerita..tetapi riwayat seorang serikandi yang ana pinjam nama darinya.

Tym kecik-kecik dulu (zaman yang sangat tak matang) ana pernah berasa hati dengan abi ana ..Sebabnya,adik beradik ana yang lain..abi yang bagi nama. Tapi ana..bukan abi yang bagi..bukan juga umi yang bagi..bukan juga family belah abi atau family belah umi yang bagi..Sape yang bagi nama nie?? hehehe..Long tym ago..abi penah cite..tapi ana da lupe..siapakah yang empunya gerangan pemberi nama..

Tym kecik-kecik dulu juge..ana telah tertarik dan menarik untuk membaca majalah asuh bile terlihat satu tajuk cerita ni 'Berkat air wuduk Sayyidah Nafisah'..Mulai saat dan detik itu..selepas berwuduk je, ana akan mencari adik-adik ana. "Nie amik berkat air wuduk Sidah nie" lantas wuduk yang sedia ada disapukan ke muka adik-adik ana..maka berlakulah adegan kejar mengejar ke seluruh pelosok rumah demi mengelakkan kekejaman kakak mereka yang nakal ini.

Then..tym sekolah menengah..ustaz ana tanye ana.."Sayyidah, kamu tahu maksud nama kamu?"..dengan muka seposen kepala digelengkan. " Sayyidah = Puan ". Hohoho..statement yang dikeluarkan di dalam kelas..makanya..bermulah episod hidup ana sebagai Puan Nafisah. Well..ana tak puas hati sebenarnya.. sememangnya Sayyidah itu dalam bahasa arabnya bermaksud puan. Tapi disebabkan rasa macam tak best, ana pun mencari buku erti nama-nama dalam Islam. Konklusi dari buku tersebut..Sayyidah = Ketua atau Pemimpin, Nafisah = Berharga. Maka, setelah digabungkan ..jadilah..koko krunch. Hehee..Combinekan la sendiri ye. 1+1=2.. Disaat itu..ada sekelumit rasa bangga (astagfirullah) dan tertanamnya cita-cita untuk merealisasikan erti sebenar sebaris nama itu. Tapi kejap je la..tym sekolah menengah rendah je. Masuk sekolah menengah atas, cita-cita hanya menjadi angan-angan. hahaha.

Stop sampai situ je cerita ana. Ana tak pernah nak ambil tahu dan tak pernah tahu pun yang sebenarnya nama itu telah terlakar dalam sejarah. Bukan calang-calang sejarah. Sejarah Serikandi ahli bait Rasulullah s.aw.

Sayyidah Nafisah bt Sayyid Hasan Al-Anwar b Saidina Zaid b Saidina Hasan b Saidina Ali b Abi Talib. Keturunan menantu Rasulullah s.a.w...Nafisah sebenarnya diambil dari perkataan 'An-nafasah' yakni bermaksud kemuliaan atau ketinggian sesuatu. Serikandi yang berani dan diberi gelaran Ummul U'lum (Ibu sekalian ilmu) ini dilahirkan pada 11 Rabiulawal 145 Hijrah, merupakan seorang yang sangat rajin dalam beribadah.

Diriwayatkan daripada Sayyidah Zainab binti Sayyid Yahya yang juga anak saudaranya, beliau berkata, “Aku telah berkhidmat kepada emak saudaraku (sebelah ayah), Sayyidah Nafisah selama 40 tahun. Aku tidak pernah lagi melihat Sayyidah Nafisah tidur pada siang dan malam kecuali kerana darurat (terpaksa) kerana sibuk dengan beribadat. Beliau juga sentiasa berpuasa kecuali dua hari raya dan hari tasyriq. Lalu aku bertanya kepadanya, “Wahai emak saudaraku!Tidakkah kau berasa penat dan kasihani tubuhmu?” Lantas beliau berkata, “Bagaimana aku mampu mengasihani diriku sedangkan dihadapanku azab Allah sedang menanti. Tiada siapa pun yang dapat mengelak daripadanya kecuali orang-orang yang berjaya.”

Srikandi yang namanya tidak lagi asing di bumi Mesir ini seringkali berdoa sambil menangis di sisi Kaabah “Tuhanku!Penciptaku!Penolongku!Berikanlah kegembiraan kepadaku dengan redha-Mu kepadaku. Janganlah diriku ini menjadi sebab sebagai pendinding (hijab) antara Kau dan aku. Tuhanku!Permudahkanlah aku menziarahi kubur kekasih-Mu, Ibrahim (iaitu Mekah)”.

Satu kisah yang menyentuh hati ana.. apabila beliau telah membina kubur di biliknya sendiri setelah merasakan kematian semakin menghampiri. Kubur itu di bina demi untuk mengingati mati dan menambahkan amal ibadahnya.

Berkata Al-Allamah Al-Ajhauri, “Adalah Sayyidah Nafisah membaca al-Quran dan mengkhatamnya dalam kuburnya sebanyak 6,000 kali dan beliau menghadiahkan pahalanya kepada sekalian umat Islam yang telah meninggal dunia.”

Banyak lagi kisah-kisah menarik mengenai sifat dan pengorbanan Sayyidah Nafisah ini. Antara yang famous, mengenai berkat air wuduknya yang telah mengislamkan ramai orang. Da pernah bace belum?? Kalau belum pernah bace, bley la klik link di bawah:

Kisah 1

Nie sumber dan cerita menarik lain:

Kisah 2
Srikandi iman ini...
hatinya tegar..
tidak terpaut pada dunia
tidak terleka dek syaitan penipu daya.
Jiwanya rindu dengan syurga
Batinnya takut pada Dosa
Tapi..
tetap taatkan suaminya.

Serikandi iman ini..
contoh pedoman buat semua
sediakan bekalan di akhirat sana
sebelum ajal datang menjelma
sebelum roh diangkat dari dunia

Kesimpulan: Semoga Sayyidah Nafisah ini juga mampu mengorak langkah, menggapai cita..mencari cintaNya

4 comments:

Nakalnya.. saya lelaki pun x senakal.. tu

 

Semoga nti juga sehebat namanya...ameen

 

nat cure~ kamu budak manja. Mne sama ngan akk

TM~ameen juga. Syukran akhi.

 

SAYA BUKAN BUDAK MANJA!!!!
(tapi terlalu dimanjakan oleh SEMUA senior muslimin..)