Adaptasi dari seekor monyet

Sila jawab soalan di bawah:

1. Adakah anda pernah terserempak dengan seekor atau sekawan monyet?
a) Ya
b) Tidak

2. Dimanakah anda terserempak dengan seekor atau sekawan monyet tersebut?
a) Zoo
b) Balai Cerap UTM
c) Kawasan hutan
d) Lain-lain

Sekiranya soalan 1, jawapannya a...mesti anda tahu cara atau pergerakan seekor monyet.
Sila gayakan pergerakan tersebut untuk teruskan membaca entry ini...Hehehe =D

contoh:
MySpace
MySpace
MySpace

Hehehe..Segala yang diatas hanya sekadar selingan....jangan mare ye..

Monyet oh monyet...mmmm...Pernah tak anda semua mengambil ikhtibar dari pergerakan seekor monyet? (Bukan la pergerakan seperti diatas). Okey..kalau kita perhatikan ..Seekor monyet akan bergayut-gayut pada dahan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain kan??. Dan monyet-monyet ini akan menggenggam dahan yang dicengkam dengan kuat. Andai ada angin kencang atau ribut, cengkaman mereka akan bertambah lebih kuat. Bukan lebih kuat, malah...tersangat-sangat kuat terutama bagi yang mengendong anak kecil. Kenapa eh?? Mesti la sebab tak nak jatuh. Kalau jatuh dari dahan yang rendah mungkin masuk wad pesakit luar je la kot. Tapi..kalau jatuh dari dahan yang tinggi..berkemungkinan akan parah..nah..ini yang akan masuk wad kecemasan. Mesti la monyet nie tak nak.



Dalam kehidupan sehari-harian kita pula...banyak ikhtibar yang boleh diambil, antara salah satunya...dalam melayari kehidupan...perlu ada pegangan yang kukuh kepada Allah supaya tidak tersungkur di tengah jalan. Andai ada ujian, pegangan tadi harus menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Bukan bertambah longgar atau dilepaskan terus. Terutamanya jika kita membawa tanggungjawab yang berat. Sekiranya dilepaskan tanggungjawab tadi, berkemungkinan ia akan memberi kesan yang lebih dasyat lagi. Allah turunkan ujian kepada manusia nie, bukan untuk saja-saja je..Ujian Allah adalah untuk menguji sejauh mana iman dan pergantungan hamba-hambanya. kan? kan? kan?..Wallahualam.
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.(Al-’Ankabut : 2-3)
Sebenarnya, Edelin cerita kisah monyet masa Daurah di Surau S19 tadi. Tapi, ana tak dapat nak kaitkan dengan zon selesa seperti yang diceritakan. Makanya jadi version lain pulak. Hehehe.

Pantai Oh Pantai


  
Along, kakak, milah dan adik buat tour ke Pulau Pinang...
 Ana tak ikut...
 dan mereka ke pantai... 
huhuhu...
 bukan tak tahu ana suke pantai...
 sengaja dan saje je...


  Oh pantai..bilakah dapat kita bersua??

 TAPI
Kenapa mesti pantai??

Seindah sedamai
pantai melambai gemalai
begitulah hati 
merindu kasih yang padu

Bagaikan pepasir
basah disimbah lautan
begitulah perjuangan ini
Biar basah dengan iman dan ukhuwah 



Kita ingin segalanya indah
sebersih pasir pantai memutih
seindah dan secerah pawana
berseri ukhuwah dipupuk kasih

Kita ingin segalanya terlerai
Dengki dan dendam kesumat musnah
biar keikhlasan berbicara
didada hati luas saujana

(Saff One-Secerah Pawana)
 
Hakikat sebenarnye kita dah takde masa
perjuangan masih panjang dan rehat cuma boleh sebentar

maka pantai

lambailah daku
daadaaaaaa
sayonaraaaaa


Dosa si anak kecil. Kerana siapa??

Peristiwa 1     (5 tahun lepas)

"Kak, nak satu dua kotak kosong boleh? Ibu nak buat isi-isi barang" anak kecil seusia adik ana yang bernama Emy itu meminta belas. Ana kesorangan menjaga kedai ketika itu, sibuk melayan 2-3 pelanggan.

"Mmm..amik la kat belakang. Tempat biasa" ana mengarah sambil tangan sibuk memasukkan barang-barang yang dikira jumlah harganya ke dalam beg plastik.

Selepas beberapa minit, Emy muncul dengan satu kotak yang agak besar. Namun badannya yang masih kecil kelihatan mengangkat suatu beban yang besar. Beban yang tidak sepadan dengan berat kotak yang sepatutnya. Tergerak hati ana untuk mendekati Emy.

Anak kecil itu mula mengelabah. Kakinya melangkah selangkah dua ke belakang. Matanya melilau-lilau mencari ruang untuk meloloskan diri dari ruang yang agak sempit.

"Boleh akak tengok kotak tue?" ana masih mampu tersenyum
"Hah? Takde pape kak dalam kotak ni." kakinya diangkat setapak lagi ke belakang
"Kalau takde pape..takyah la takut. Relax la" masih lagi tersenyum dengan sedikit perasaan geram

Kotak Minyak Masak Seri Murni itu ana buka. Terdapat beberapa botol air minuman bergas yang disimpan di stor belakang berada didalamnya.

"Kalau takde pape..nie apa?" Suara sedikit dikeraskan. Tengah menahan amarah. Geram juga ana dibuatnya.
"Kakak yang suruh" suaranya kian bergetar
"Suruh ape? Amik kotak ke? Mencuri?" ana menambah.

Emy diam. Tidak membalas.

"Dah. Letak kotak tue kat situ. Emy gi balik.Jangan buat macam nie lagi. Akak tak suke. Allah pun tak suke." ana mengalah dan melepaskan anak kecil itu pergi.

Ana melepaskan lelah. Nak marah tak boleh sebab ana tahu, bukan Emy sengaja. Bukan Emy salah. Dia disuruh. Disuruh oleh kakak dan ibunya yang juga banyak kali pernah ditangkap mencuri. Setelah diberi amaran untuk tidak lagi menjejakkan kaki ke kedai 3M, Emy pula dikerahkan. Taktik yang sama. Tiada beza.

Sedihnya ana menjadi si anak kecil itu. Tidak mencuri, badannya bakal menerima sepak terajang. Kalau bukan dari si kakak, mungkin dari si abangnya. Tidak mencuri juga, bermakna pada hari itu, dia disuruh berpuasa.

Peliknya ana, kakak dan abangnya mampu bekerja. Tetapi memilih untuk bersenang lenang dirumah. Padahal mereka bukan orang senang. Menyusahkan si ibu, membanting tulang. Menyusahkan adik perempuan yang setahun lebih tua dari ana mengerahkan keringat. Menyusahkan adik lelaki yang masih belajar mencari sesuap nasi. Menyusahkan juga si bongsu Emy dengan mencuri.

Bukan mereka dibiarkan tanpa pertolongan. Seringkali bantuan diberikan. Tapi, disebabkan 2 manusia yang bergoyang kaki ibarat raja dan pemaisuri, bantuan sebesar gunung pun bisa diratakan.

Abi pernah mencadangkan pada si ibu untuk menghantar anak-anaknya yang masih bersekolah ke rumah anak-anak yatim. Bantuan penuh pelajaran ada, makanan cukup, tempat tinggal selesa...tapi si ibu menolak tanpa alasan. Nak kata sekolah asrama anak yatim tue jauh...tak jauh pun. 15 minit je dah boleh sampai.

Peristiwa 2  (3 tahun lepas)

Ana: Emy, ni makan roti ni. bace doa dulu tau.
Emy: Macam mana doanya? Emy lupe. Hehehe.

adei...

Abi: Emy nak Sekolah Agama Rakyat tak? Macam Diyana, tiap-tiap petang gi surau. Belajar agama, mengaji, solat. Nak tak? Nanti tiap-tiap bulan p.cik bayarkan yuran sekolah.
Emy: Macam Diyana? Nak..nak...

ok...

Peristiwa 3   (Cuti sem 2009)

Balik cuti hari tue, kelihatan Emy membantu Umi. Emy si anak kecil itu sedang menghabiskan cuti sekolahnya. Tahun depan, bakal melangkah ke tingkatan 1. Dah lama ana tidak mendengar cerita si anak kecil ini.

Abi, Umi...oh...berbaur cemburu ana bila mendengar Emy memanggil ayah dan ibu ana sedemikian rupa. Sejak bila pula Emy ni menjadi anak angkat umi dan abi nie?? confius..

Umi minta Emy tolong..Emy buat tanpa alasan...
Ana minta Emy tolong..Emy banyak pulak alasan...
tak paham betul... 

Nak dengan Umi je...mana boleh!! Ana jeles!! Hahaha..jeles dengan si anak kecil Emy..


Selesai membantu Umi, Umi akan mengajak Emy makan tengahari. Umi tahu, Emy akan merayau-rayau waktu zohor bila disuruh untuk balik solat dan makan tengahari.

Selesai makan, ana mengajak emy untuk solat...

Emy: Takpe lah kak, Emy tak bawa telekung.
Ana: Eh, Emy boleh pinjam telekung Diyana. Telekung k.Syamilah pun boleh. Emy gi la amik wuduk dulu ye...

Diam..

Ana: Kite solat sama-sama. Tak tahu, nanti akak ajarkan.

Diam..

Ana: Tak nak solat ke?

Diam

Ana: Tak solat nanti Allah marah tau. Tak lama pun. Kejap je.

Emy: Akak, Emy balik dulu la..Nanti Emy datang balik.

Tak sempat ana nak bersuara, anak kecil itu berlari keluar.

Kata umi, Emy sekolah agama sekejap je. Tak sampai seminggu, lepas tue dah tak datang-datang dah. Al-fatihah masih belum lancar. Diajak solat, tak mahu. Nak diajar mengaji, lari. Ajak makan je la laju.

aduhai si anak kecil Emy...dah nak masuk form 1 dah nie...

Peristiwa 4  (Masih cuti sem 2009)

"Emy mencuri lagi." kata umi.

"Hah?? Bile?" terkejut ana, lantas menoleh ke arah Umi yang kelihatan sedih.

"Tadi. Masa umi jaga kedai. Die ajak kawan-kawan die ke belakang. Sorang satu bawak lari mee meggi secawan dalam baju." Umi menambah.

"Then?" ana bertanya lagi.

"Umi nampak Emy ngan tiga orang kawan die tepi van. Tengah menyorok. Dah kantoi...Masing-masing beratur la mintak maaf. Cuma umi sedih la. Dah dilayan baik-baik masih sebegitu. Kali nie, bukan kakak atau abang atau ibunya yang suruh. Emy yang ajar kawan-kawannya." mata umi dipejamkan.

aduhai si anak kecil Emy.. buat Umi ana bersedih hati.

Si anak kecil itu makin berubah. Perkataannya sedikit kasar. Nasihat diberi ibarat masuk ke telinga kanan keluar telinga kiri. Makin berani. Bebas melakukan apa sahaja tanpa suruhan sesiapa...

Si anak kecil Emy yang pada mulanya ibarat kain putih, kini dicorakkan warna kegelapan.

Dulu, usai membaca buku Syabab Musafir Kasih, karya Fatimah Syarha Mohd Noordin ...ana impikan Emy boleh menjadi seperti syabab. Tapi..impian ana, punah. Impian abi dan umi juga. Teringin ana, menyelami hati si kecil Emy..tapi kekasaran sikapnya dan keterbatasan waktu untuknya tidak mengizinkan ana.

Untuk Emy...
Dirimu bukan keseorangan dalam melayari kehidupan penuh onak duri. Allah ada, Umi ada, abi ada..akak juga ad untuk Emy. Lembutkan hatimu...dengan ayat-ayat Allah, bersihkan hatimu dengan zikir.

Jangan pernah rasakan Allah tidak adil. Allah tahu Emy mampu. Emy kuat untuk hadapi semua ini. Jangan terus hanyut dengan kehidupan tanpa pegangan. Tanpa arah tujuan. Tanpa impian. Tanpa angan-angan. Emy boleh untuk ubah nasib keluarga Emy..