Dosa si anak kecil. Kerana siapa??

Peristiwa 1     (5 tahun lepas)

"Kak, nak satu dua kotak kosong boleh? Ibu nak buat isi-isi barang" anak kecil seusia adik ana yang bernama Emy itu meminta belas. Ana kesorangan menjaga kedai ketika itu, sibuk melayan 2-3 pelanggan.

"Mmm..amik la kat belakang. Tempat biasa" ana mengarah sambil tangan sibuk memasukkan barang-barang yang dikira jumlah harganya ke dalam beg plastik.

Selepas beberapa minit, Emy muncul dengan satu kotak yang agak besar. Namun badannya yang masih kecil kelihatan mengangkat suatu beban yang besar. Beban yang tidak sepadan dengan berat kotak yang sepatutnya. Tergerak hati ana untuk mendekati Emy.

Anak kecil itu mula mengelabah. Kakinya melangkah selangkah dua ke belakang. Matanya melilau-lilau mencari ruang untuk meloloskan diri dari ruang yang agak sempit.

"Boleh akak tengok kotak tue?" ana masih mampu tersenyum
"Hah? Takde pape kak dalam kotak ni." kakinya diangkat setapak lagi ke belakang
"Kalau takde pape..takyah la takut. Relax la" masih lagi tersenyum dengan sedikit perasaan geram

Kotak Minyak Masak Seri Murni itu ana buka. Terdapat beberapa botol air minuman bergas yang disimpan di stor belakang berada didalamnya.

"Kalau takde pape..nie apa?" Suara sedikit dikeraskan. Tengah menahan amarah. Geram juga ana dibuatnya.
"Kakak yang suruh" suaranya kian bergetar
"Suruh ape? Amik kotak ke? Mencuri?" ana menambah.

Emy diam. Tidak membalas.

"Dah. Letak kotak tue kat situ. Emy gi balik.Jangan buat macam nie lagi. Akak tak suke. Allah pun tak suke." ana mengalah dan melepaskan anak kecil itu pergi.

Ana melepaskan lelah. Nak marah tak boleh sebab ana tahu, bukan Emy sengaja. Bukan Emy salah. Dia disuruh. Disuruh oleh kakak dan ibunya yang juga banyak kali pernah ditangkap mencuri. Setelah diberi amaran untuk tidak lagi menjejakkan kaki ke kedai 3M, Emy pula dikerahkan. Taktik yang sama. Tiada beza.

Sedihnya ana menjadi si anak kecil itu. Tidak mencuri, badannya bakal menerima sepak terajang. Kalau bukan dari si kakak, mungkin dari si abangnya. Tidak mencuri juga, bermakna pada hari itu, dia disuruh berpuasa.

Peliknya ana, kakak dan abangnya mampu bekerja. Tetapi memilih untuk bersenang lenang dirumah. Padahal mereka bukan orang senang. Menyusahkan si ibu, membanting tulang. Menyusahkan adik perempuan yang setahun lebih tua dari ana mengerahkan keringat. Menyusahkan adik lelaki yang masih belajar mencari sesuap nasi. Menyusahkan juga si bongsu Emy dengan mencuri.

Bukan mereka dibiarkan tanpa pertolongan. Seringkali bantuan diberikan. Tapi, disebabkan 2 manusia yang bergoyang kaki ibarat raja dan pemaisuri, bantuan sebesar gunung pun bisa diratakan.

Abi pernah mencadangkan pada si ibu untuk menghantar anak-anaknya yang masih bersekolah ke rumah anak-anak yatim. Bantuan penuh pelajaran ada, makanan cukup, tempat tinggal selesa...tapi si ibu menolak tanpa alasan. Nak kata sekolah asrama anak yatim tue jauh...tak jauh pun. 15 minit je dah boleh sampai.

Peristiwa 2  (3 tahun lepas)

Ana: Emy, ni makan roti ni. bace doa dulu tau.
Emy: Macam mana doanya? Emy lupe. Hehehe.

adei...

Abi: Emy nak Sekolah Agama Rakyat tak? Macam Diyana, tiap-tiap petang gi surau. Belajar agama, mengaji, solat. Nak tak? Nanti tiap-tiap bulan p.cik bayarkan yuran sekolah.
Emy: Macam Diyana? Nak..nak...

ok...

Peristiwa 3   (Cuti sem 2009)

Balik cuti hari tue, kelihatan Emy membantu Umi. Emy si anak kecil itu sedang menghabiskan cuti sekolahnya. Tahun depan, bakal melangkah ke tingkatan 1. Dah lama ana tidak mendengar cerita si anak kecil ini.

Abi, Umi...oh...berbaur cemburu ana bila mendengar Emy memanggil ayah dan ibu ana sedemikian rupa. Sejak bila pula Emy ni menjadi anak angkat umi dan abi nie?? confius..

Umi minta Emy tolong..Emy buat tanpa alasan...
Ana minta Emy tolong..Emy banyak pulak alasan...
tak paham betul... 

Nak dengan Umi je...mana boleh!! Ana jeles!! Hahaha..jeles dengan si anak kecil Emy..


Selesai membantu Umi, Umi akan mengajak Emy makan tengahari. Umi tahu, Emy akan merayau-rayau waktu zohor bila disuruh untuk balik solat dan makan tengahari.

Selesai makan, ana mengajak emy untuk solat...

Emy: Takpe lah kak, Emy tak bawa telekung.
Ana: Eh, Emy boleh pinjam telekung Diyana. Telekung k.Syamilah pun boleh. Emy gi la amik wuduk dulu ye...

Diam..

Ana: Kite solat sama-sama. Tak tahu, nanti akak ajarkan.

Diam..

Ana: Tak nak solat ke?

Diam

Ana: Tak solat nanti Allah marah tau. Tak lama pun. Kejap je.

Emy: Akak, Emy balik dulu la..Nanti Emy datang balik.

Tak sempat ana nak bersuara, anak kecil itu berlari keluar.

Kata umi, Emy sekolah agama sekejap je. Tak sampai seminggu, lepas tue dah tak datang-datang dah. Al-fatihah masih belum lancar. Diajak solat, tak mahu. Nak diajar mengaji, lari. Ajak makan je la laju.

aduhai si anak kecil Emy...dah nak masuk form 1 dah nie...

Peristiwa 4  (Masih cuti sem 2009)

"Emy mencuri lagi." kata umi.

"Hah?? Bile?" terkejut ana, lantas menoleh ke arah Umi yang kelihatan sedih.

"Tadi. Masa umi jaga kedai. Die ajak kawan-kawan die ke belakang. Sorang satu bawak lari mee meggi secawan dalam baju." Umi menambah.

"Then?" ana bertanya lagi.

"Umi nampak Emy ngan tiga orang kawan die tepi van. Tengah menyorok. Dah kantoi...Masing-masing beratur la mintak maaf. Cuma umi sedih la. Dah dilayan baik-baik masih sebegitu. Kali nie, bukan kakak atau abang atau ibunya yang suruh. Emy yang ajar kawan-kawannya." mata umi dipejamkan.

aduhai si anak kecil Emy.. buat Umi ana bersedih hati.

Si anak kecil itu makin berubah. Perkataannya sedikit kasar. Nasihat diberi ibarat masuk ke telinga kanan keluar telinga kiri. Makin berani. Bebas melakukan apa sahaja tanpa suruhan sesiapa...

Si anak kecil Emy yang pada mulanya ibarat kain putih, kini dicorakkan warna kegelapan.

Dulu, usai membaca buku Syabab Musafir Kasih, karya Fatimah Syarha Mohd Noordin ...ana impikan Emy boleh menjadi seperti syabab. Tapi..impian ana, punah. Impian abi dan umi juga. Teringin ana, menyelami hati si kecil Emy..tapi kekasaran sikapnya dan keterbatasan waktu untuknya tidak mengizinkan ana.

Untuk Emy...
Dirimu bukan keseorangan dalam melayari kehidupan penuh onak duri. Allah ada, Umi ada, abi ada..akak juga ad untuk Emy. Lembutkan hatimu...dengan ayat-ayat Allah, bersihkan hatimu dengan zikir.

Jangan pernah rasakan Allah tidak adil. Allah tahu Emy mampu. Emy kuat untuk hadapi semua ini. Jangan terus hanyut dengan kehidupan tanpa pegangan. Tanpa arah tujuan. Tanpa impian. Tanpa angan-angan. Emy boleh untuk ubah nasib keluarga Emy..

6 comments:

Sekali baca macam cerita Indonesia dlm tv plak.hehe

Rasanya pernah tgk bdak tu. Yg berambut lurus tu dlm kedai '3M'. Terfikir jgak, ini pekerja baru seusia muda ni ke?

Barulah tau kisahnya..

Niat membantu dan brsabar pasti dkurniakan ganjarannya. Semua itu ujian.

Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

(Al-ankabut: 2)

 

yup..si kecil emy = pekerja usia muda =)

Alhamdulillah..
hari tue die da pakai tudung..
dunno after ana da balik utm..
xde sape nak follow up die..
melainkan umi je la..
tapi,umi sibuk juga jage kedai..

 

Semoga emy berubah dan mengenai erti hidup ini penuh pancaroba.Bersabar dan berdoa supaya lembut hatinya.

 

cedihnye kisah benar ni..
skg dah xpakai tudung.
die ngn udin la yg tolong abi ngn umi angkat barang mase pindah rumah. tp bnyk sembang n main dr wt keje. sabau j la..

 

k.faiza~amin

k.maria~ujian untuk dia dan kita

 

Ya Allah,, sedih nyer cite,, geram pun ade, sedih pun ade..