Sampaikan pada si dia



Ana baru selesai meng'explore' fail-fail yang memenuhi hardisk yang kian memberat dengan memori. Mahu mencari artikel untuk dimuatkan dalam The Truth second edition sebenarnya. Namun jelajah ana terhenti pada artikel yang ana kira sangat berharga untuk dikongsi bersama.

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, jadikan cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa...

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya Aku dan dia dinilai amal perbuatan oleh-Nya.

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, ajal maut jodoh dan pertemuan di dalam kekuasaan-Nya

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya...
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti... 

                                                                                                                                                                      

7 comments:

kan betul saya cakap.. kakak nak bertunang.. saje je rahsiakan.. oh lupe.. pertunangan x perlu diwar2kan, takut ada yg dengki.. tp perkahwinan perlu diwar2kan.. utk mengisytiharkan "masjid baru".. (gelak sopan)

 

isk..nat cure nie..akk sokong y pertunangan x perlu diwar2kn..n perkahwinann y perlu dihebah2kn..tapi xde kene mengena ngan akk lagi okey..

 

Pasni kene panggil nama penuh kakak - Sayyidah Naffisah - Puan Naffisah

 

yela2.. jgn nanes ye.. pas kakak nikah baru saya panggil nama penuh kakak..

 

ade ke patut..xpatut2x