Tangisan sepi

Sob..sob..sob..menangis lagi...

Menangis itu sumber kekuatan..betul tak??

Lahirnya kita dengan tangisan, dicelahi dengan tangisan dan diakhiri dengan tangisan. Andai rasa mahu menangis, usah ditahan tangisan itu kerana dunia ini bukan hanya dengan canda dan tawa. Dunia ini penuh ujian. Terkadang hati terhimpit, sesak penuh emosi, sakitnya bagai mahu berteriak. Dalam meniti ujian, kita sabar..sabar dan terus sabar. Terkadang sabar juga membuatkan kita mahu menangis. Maka nangislah.
"Ayo. . . Menangislah sepuasnya hari ini, berteriaklah sekeras yang kau bisa! Lepaskan semua beban-bebanmu.. untuk apa dibawa-bawa?? Cukup sampai hari ini. Titipkan pada Tuhan... Bila esok tiba, sambutlah harimu dengan penuh senyuman!”
Menangislah dan merintihlah dalam doa. Insyaallah jiwa akan lebih tenang. Jangan sampai hati menjadi keras sehingga tidak mampu lagi mata mengeluarkan airnya menjadi air mata. Terkadang kita malu untuk menangis kerana menangis itu menampakkan kita lemah. Tapi secara realitinya dan azalinya manusia itu memang lemah. Bergantung harap pada Allah.Tuhan yang menjadikan semua makhluk.

Menangislah
menangisi dosa-dosa
menangisi amanah yang terlupa
menangisi masa yang terleka


“aina qalbi, aina qalbi, aina qalbi…”. Seorang Dzunnun Al Mishri berjalan menyusuri pinggiran jalan setapak demi mencari hatinya, hati yang tunduk, hati yang pasrah akan Kehendak Allah yang Maha Rahmah. Ternyata hatinya di temukan lantaran anak kecil yang merengek minta belas kasih dari ibunya. Kasih sayang dari siapa lagi jika Allah Ta’ala tidak memberikan kita kasih sayang, ampunan dari mana lagi jika Allah tidak memberikan ampunan pada hambaNya. Sungguh kesombongan tinggallah kesombongan. Kita lupa bahawa kita tercipa dari setitis air mani yang hina.


Menangislah kerana datangnya dunia..dengan itu kamu lebih mencintai akhirat.

 
       

7 comments:

tapi kan, apa pandangan kakak kalau nampak lelaki menangis?

 

lelaki menangis? respect if menangis kerana tanggungjawab yang terleka.. menangis kerana ibu dan ayah..menangis kerana sahabat fillah..menangis menyesali dosa2x..

bukan menangis kerana kekasih hati yang bukan mahram..
bukan menangis kerana sesalan tanpa usaha..
bukan menangis kerana tidak redha dengan ketentuanNya.
bukan menangis menangisi sesuatu yang sia-sia

 

saya suka menangis sejak kecil. Mase matrik pun. Mase kt UTM pun. ^^
Saya baca Ayat-Ayat Cinta dalam kelas mase matrik (ketika pensyarah mengajar!) dan menangis..
Sebab tu senior muslimin suka bawak saya berjalan (mandi air terjun, etc) dgn alasan nk "mengeraskan" saya..

 

manja nie..
susah la kalau manja sgt. Bagus2x..ikut la senior tue. Nak train nat cure jadi tegar..kuat dan tabah menghadapi dugaan dan rintangan yang mendatang.

 

huhu.. kakak pun same je dgn abg2.. sumer kate saya manje..
saya manje sgt ke?

 

ala. jgn la sedey2x. Sifat manja itu bisa diubah dan akan berubah. dun wori. yang penting..jangan manjakan diri..

 

sifat nakal kakak pun boleh diubah, kan? (rase2 mcm x boleh)