yok BERJUANG

Pica nie asyik takde dalam bilik je...
Petang n malam je hilang tak nampak batang hidung..
hujung minggu pun hilang gak..
pica gi nyorok mane ni??
gi mane??
wat ape??
tak penat ke? 
bukan dapat pape pon..
join macam-macam..
Cane nak cakap nie..
takkan nak cite pasal perjuangan kot..
faham ke budak-budak ni..

erm..membuat PERSEDIAAN..
mem'BALANCE'kan hidup..
menyibukkan diri dari benda tak berfaedah..
hmmm..

Pernah dengar tak kisah kupu-kupu???
(asyik suh dengar cite je ana nih, tak pe kan?) 


Ada seorang saintis yang asyik sangat memerhatikan kepompong. Kepompong itu mula merekah. Dia dapati si anak kupu-kupu bergelut dengan begitu susah payah untuk keluar dari kepompong. Atas sebab kesian, saintis tersebut memotong bucu kepompong untuk mengeluarkan si anak kupu-kupu itu tadi.

Anak kupu-kupu itu merangkak-rangkak. Kepaknya kecut dan badannya agak kecil. Saintis itu menunggu dengan harapan badan si kupu-kupu kecil itu akan membesar dan kepaknya akan mengembang. Tetapi sangkaannya meleset sama sekali kerana kupu-kupu itu tidak membesar, cacat seumur hidup dan tidak dapat terbang.

Kajian dilakukan. Hasil kajiannya, pergelutan kupu-kupu saat mahu keluar dari kepompong itu suatu perencanaan Allah swt agar cecair dalam badannya mengalir keseluruh kepak, mengembangkan kepak tersebut dan memperkukuhkan binaannya. Lantas otot-otot didalam tubuhnya kuat untuk membesar dan terbang bebas.


Pengajarannya?

Dalam hidup kita begitu juga. Pergelutan, perjuangan dan usaha gigih diperlukan agar kita berjaya dan kuat dalam menjalani hidup ini. Kalau Allah membiarkan hidup kita ini tanpa dugaan, cubaan dan pergelutan - kita akan gagal dalam kehidupan kita ini.

"Sometimes struggles are exactly what we need in our life. If Allah allowed us to go through life without obstacles, it would cripple us. We would not be as strong as we could have been. And... we would never fly."
Kesusahan dan Kesulitan adalah laksana musim dingin..
Basah dan lembab..tidak disukai insan..
Tetapi sesudah musim sejuk itulah..
Tumbuh bunga-bunga yang harum..
Dan Buah-buahan yang subur..                                       (ayat dari slide Fahmin)

BAGAIMANA HARUS MENGHADAPINYA? 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." 
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG DIDAPATI DARIPADA SEMUA INI? 

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.."
 -Surah At-Taubah ayat 111 

KEPADA SIAPA HARUS BERHARAP? 

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." 
-Surah At-Taubah ayat 129

JANGAN BERPUTUS ASA

"..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

6 comments:

saya teringat kisah ni.. dalam The Truth.. kakak dapat mane? rajin mencari cerita.. atau karang sendiri?

 

same je kisah die..da famous da kisah nie. dalam the truth tue mmg ad column untuk akk. Tak de masa nk karang sendiri..terpaksa la tanye en.google je.

 

patutlah.. saya pun x caye kakak boleh tulis secantik tu.. tulisan kakak mcm cakar hamster..

 

sebaik cakar hamster, bukan cakar ayam~

 

hamster berbulu ayam..

 

Saya baca Solusi isu 19, katanya Allah sayangkan kita lebih daripada ibu kita sayangkan kita. "Kepahitan" yang diberi-Nya ialah satu kemanisan bagi orang yang beriman.