Bulan dan pokok

Dengan nama Allah
Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang

Wah..lamanya blog ini menyepikan diri. Entry terakhir pada 20 Mac.Hari ini 30 April. Sudah sebulan lebih sesawang tidak dibersihkan. Alhamdulillah, hari ini diberi kekuatan untuk mencoret sesuatu sambil bertapa dihadapan laptop (sebenarnye takde idea nak merepek kat blog ni. Tue yang tak terupdate2x tu). Semester hadapan naik tahun 3. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik kene culik. Hehehe. Kene culik dek masa yang cemburu. Tapi masih lagi mencuri-curi membuang waktu dengan melihat keindahan alam ciptaan Allah. Melihat pada bulan.

Malam tadi bulan mengambang penuh. Bulat je. Subhanallah. Cantik. Indah. Menarik. Tertarik. Beautiful la. Suka tengok. Biarpun si bulan tidak mampu memancarkan cahayanya, namun ia tetap mahu menerangi bumi. Lantas meminta simpati dan memantulkan cahaya si matahari. Ia langsung tidak menghiraukan kelemahan yang ada. Lihat la keindahan ciptaan Allah, nescaya kita akan terpesona. Tapi jangan hanya memandang kosong tanpa mengambil ibrah. Sia-sia je la kalau gitu.


Okey.. tutup cerita pasal bulan. Pagi ini akan pulang ke rumah bersama senior seniorita (bermusafir bersama). Bertolak awal pagi ini. Oleh itu, ana kelam kabut untuk menyiapkan entry terakhir menggunakan wifi UTM untuk sem ini. Di rumah udah gak punya internet. Lagi susah untuk mengupdate blog SN ni. Mungkin akan difikirkan caranya. Hmmm..

Dalam kita bermusafir, pernah terfikir tak kenapa perjalanan pergi lebih terasa memakan masa yang lama berbanding perjalanan pulang?? Haaa..Nie nak bagitau. Tapi nie dongengan je la. Hehehe. Dalam perjalanan pergi, pokok-pokok sume baru nak mengenali kita. Baru nak bertaaruf la katakan. Oleh itu, setiap pokok yang kita lintasi akan bertanyakan khabar dan arah tujuan. Semua pokok nak bertanya khabar, lambat la jadinya perjalanan kita. Bile dalam perjalanan pulang pula, pokok-pokok sudah mengenali kita, makanya tiada sebarang persoalan yang diutarakan. Perjalanan makin smooth. Ngeeehehe @_@ Boleh terima ke cerita ini?? hehe.

Gambar dari blog k.VB

Okey la. Sampai disini dulu ( hanya cerita pasal bulan dan pokok. haha). Doakan semoga ana selamat bertemu bersama keluarga terchenta. Perancangan : bekerja bersama 3M Enterprise cuti ini. Kene cari part time job sekali disebabkan 3M sudah lama tidak dibuka waktu malam (abi tak berapa sihat).

P/s- Nafisah..belajar untuk lebih bertanggungjawab pada diri dan keluarga ye. Jadi anak yang baik (selama nie ana la anak yang degil. Harap maklum) =)