i lykkk it..aha aha

Jom bertutorial..

Nak letak 'i like' di blog macam kat facebook??

Sudah diaplikasi di blog sendiri, anda bila lagi??
Tahniah kepada Norazlinda Bt Amin yang telah menjadi orang pertama yang 'like' =D

Nak cuba juga?? Boleh la singgah sebentar di blog en.FID

(Sebenarnya dah cuba copy n paste di blog ni..tapi die keluar separuh je. x Chantek. Maka ana delete semula~mungkin En.fid telah membuat sesuatu dengan blognya. Hahaha)

Masa ana cuba save coding yang telah di copy n paste, ade error yang keluar berbunyi:


The reference to entity "layout" must end with the ';' delimiter
So, sape yang keluar error yang sama, boleh la tambah amp; selepas simbol &..

Selamat mencuba

Skru dan Nat

Ini Skru dan Nat + lain-lain pekakas


Kegunaannya sebagai pengikat dan pencantum
Dalam berukhuwah juga..perlunya skru dan nat
ianya saling lengkap melengkapi
tanpa nat, skru tak kuat
dan tanpa skru, nat tiada pergantungan

Macam kisah suami isteri pulakkan??

tapi betul juge
Perlu saling lengkap melengkapi
Macam abi dan umi
Kadang-kadang mereka tak perasan
anak-anak yang perasan kesefahaman mereka
Skru dan nat membawa kebahagiaan

***
Cube teka...gambar apa nie??


uish..warna-warni
nie tanpa skru dan nat
tak nampak bentuk kan??
ada matlamat..tapi tak mampu nak bina..
tak boleh nak cantumkan

eh..boleh je..ikat guna tali...
tapi tak kukuh la..
sebab skru dan nat tiada
nampak tak kepentingan skru dan nat???

***
Jeng..jeng..jeng
Haaa...nie setelah skru dan nat bekerjasama
Fuhh..jadilah koko krunch..


Jiran : Beli buayan ke??
Abi : Haah..dulu muda-muda tak nak naik buayan. Dah tua-tua baru sibuk nak berayun. (Nie abi perli-perli manja dengan Umi.)
Umi gelak-gelak je.
Eleh, abi pun suke je.

**
Umi: Ala..warna die..warna warni la..macam tadika. Tapi dah takde pilihan lain
Ana: Takpe umi..nanti kakak ade anak..ana ade anak sedara, umi ade la cucu. Mesti die tak sabar nak balik rumah nenek die sebab ade buayan warna-warni

Umi ngan abi buat pelaburan masa depan sebenarnya...

**
D end~

Beautiful Blogger Award


Pertamanya 
Ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih 
kepada En.Aizuddin yang memberikan award kepada blog yang tak seberapa ini.
Terharu tibe-tibe. (Tipu je.)

Keduanya
Kepada En.Aizuddin juge..
Siapa yang menyuruh angin sampaikan berita itu?? Jawapannye: Tiada

Ketiganya
Kepada yang bakal diTAG,
Kata En.Aizuddin..
"Tag ni senang je. Amik gambar kat atas ni, letak dalam entri. Lepas tu, tulis 7 benda pasal diri korang. Kalau ada free time. Buatlah. Dah buat boleh pass (tag) kat orang lain pulak."

Ni adalah salah satu cara naik trafik dan banyakkan linkback dalam blog. :)

Keempatnya
7 benda tentang ana:

1. Seorang gadis yang sedang belajar..belajar tentang semua. SEMUA ye.
(Sila jangan mencari dunia sahaja..akhirat bye2x.)

Bukanlah sebaik-baik kamu yang meninggalkan dunia untuk akhiratnya dan akhirat untuk dunianya sehingga dia mendapat semua dari kedua-duanya. Sesungguhnya dunia ialah jalan menuju akhirat, dan janganlah kamu menjadi beban tanggungan ke atas manusia. - hadith riwayat Ibnu A'sakir -

2. Mempunyai impian dan harapan yang besar. Nak tau??
Tak mau bagi tau pun
Ianya impian dan harapan pada keluarga
pada abi dan umi yang dikasihi
pada adik beradik yang disayangi

Dengan CintaNya membuah Harapan
Dari harapan membentuk impian
Dari impian membentuk cita
Dari Cita bertemu kita

Duhai Tuhan pemilik Cinta
Andai diri ini, ada hayatnya
Jadikan impian itu cita
Dan cita itu menjadi nyata

3. Suke bile anak-anak dara En.Jasni, 
baring atas katil mengadap syiling putih. Bercerita tentang sekolah, kawan-kawan,
masalah diri, masalah keluarga, masalah hati.
Bergelak tawa, berduka nestapa

Ukhuwah itu manis, bila ditabur gula kejujuran

Entry ini belum habis lagi ye..esok pagi 3M Ent. menanti.
will be updated soon..
2.15 am (12052010)
***
Jom sambung..
10.20 pm (25052010)
4. Kenangan Paling pahit:
Hampir kehilangan sebuah pinjaman sementara bernama nyawa
Anak no 3, orang cakap..anak yang degil kan?? Perangai pelik sikit. Betul ke??
Ceritanya..
Si Anak yang degil ini pergi camping naik basikal masa darjah 4 (merempit oo)
Dari Kampung Kepayang ke Gopeng-Ulu Geruntum, kawasan orang asli di atas gunung
Sampai satu selekoh tajam yang bercerun (dalam hutan), 
Cikgu arahkan semua turun dan tuntun basikal
Ape si degil ni buat??
die tak mau turun..
berlagak macho..ye la, ape macho tuntun basikal..
selama nie naik basikal lepas dua-dua tangan
tibe-tibe, turun bukit kene sorong basikal..turun bukit je..bukan turun dinding =P
kalau sorong kan lambat
oleh itu, si degil ini pon turun la selekoh tajam itu dengan basikal
disebabkan kebongkakan, kesombongan dan kemelawanan sama kata-kata cikgu
brek yang ditekan terlepas
out of control!!
AWAS..
Gaung di hadapan..tak tahu nak digambar tahap kedalamannya..
atas gunung kan..bukannye takat kedalaman paras-paras lutut
Kalau jalan terus.. masuk gaung, kekiri masuk gaung..kekanan..tembok tanah
pilihan anda??
jap..
ade lagi 1 pilihan..belok ke kanan amik selekoh tajam
tapi amat berisiko..tanpa brek..masuk gaung juga
Tapi masa tu, otak tak berfungsi
hanya mata je terjegil
tak menjerit
hanya SANGAT terkejut + takut
langsung takde tindakan refleks
then ana tutup mata
SANGAT takut
dan Allah maha penyayang
Dia mengarahkan basikal tadi ke arah kanan, langgar tembok tanah
(bukan ana yang pusingkan handle basikal, tapi susur tanah yang tidak rata memusingkan tayar ke arah kanan)
Cikgu Rashid datang, marah-marah (Cikgu sangat risau..okey)
dan ana membisu...masih terkejut
raga basikal bengkok n tercabut, baju hujan n botol air tercampak 
kaki rasa sakit, tangan rasa sakit
masih macho untuk bangun
mengutip baju hujan dan botol air yang berpalit lumpur
cikgu tolong ikatkan raga guna tali kasut, tegakkan tayar
cikgu tanya, " okey tak?"
ana jawab, "okey-okey" sambil senyum
ambil basikal dan sambung kayuhan mengejar kawan-kawan yang lain
tapi..dua tiga kayuhan je..
sebab ana TRAUMA
kaki menggeletar
ana masih dalam keadaan terkejut
tak mampu meneruskan kayuhan
(Takkan tak takut, bile nyawa hampir melayang kan??)
akhirnya ana berhenti..
mengalah.
Cikgu Rozita take over basikal tadi
dan ana naik lori
hehehe
2..3..hari bercamping..
ana ingat trauma tue hilang..
tapi..dalam perjalanan pulang pada hari terakhir..
kaki yang dah sihat, jadi menggeletar semula apabila melalui kawasan tepi gaung..
akhirnye..angkat bendera putih
basikal dan ana dinaikkan atas lori
Malu tau!!
Hilang kemachoaan budak darjah 4 tersebut
hahahaha

Allah sayang ana, sangat-sangat sayang. Alhamdulillah

Pengajaran : 
Jangan melawan kata-kata Cikgu
Jangan DEGIL okey
Ingatlah orang tersayang

Dalam Islam~Kita perlu memelihara hak yang 5 iaitu hak pada:
1.Agama
2.Nyawa@Diri
3.Akal
4.Keturunan@Maruah
5.Harta

6. Perkataan "Ana" 
yang digunakan didalam blog ini bukan bermaksud "saya"
kalau bahasa arab, memang la..ana=saya
tapi "ana" disini
adalah gelaran manja diri yang ana bahasakan pada umi, abi, along dan kak Maria
faham??
tapi ana bukan anak manja okey..

7. K.Husna pernah cakap kat ana
"Kalau kita tak kenal diri, maka kita tak kenal pencipta kita"
Dulu ana langsung tak tahu matlamat hidup ana
Selalu je letak "Nak jadi anak Solehah"
Tapi tak fokus pun
tak cuba capai pun
Suke je nak melawan, degil..suke protes

*Abi n umi suruh jaga kedai ~ ana la paling liat. 
Sebab ana tak suke jaga kedai..bila kedai bersepah, bila ada cerita best kat TV @ bila tengah main
(1st tym abi mengamuk-abi nak baling tv dari 1st floor ke bawah..sebab anak die melekat depan tv je-masa nie darjah 5 kalau tak salah)
Dah la ana tak suke jaga kedai, tapi bila hari ahad je (3M Ent. holiday)..ana la orang 1st yang ajak abi n umi gi jejalan @ Shopping @ Picnic. Ade ke patut??

*Elok-elok dah abi masukkan ke sekolah agama, gatal pulak nak tukar MRSM..Kesian abi tau! 
Sampai diperli dengan Warden masa mohon pindah sekolah. 
Mesti abi sangat sedey dengan anak dia masa tu

*dll-sangat banyak. Tak mau cerita. Dua cerita diatas sudah cukup untuk dijadikan teladan.

Alhamdulillah..selepas proses cungkil, musnah dan bina
ana sedar..ana masih jauh lagi untuk jadi anak solehah
Hidup ini bukan untuk selamanya
Andai ditakdirkan Allah pinjaman nyawa ini diminta semula,
Sudah bahagiakah abi dan umi punya anak seperti ana??

Mampukah doa ana menjadi bekalan buat mereka??

Ya Allah Ya Ghaffar
Ampunilah hambamu ini

Ana mahu memberi mereka saham buat ke syurga

Tibe-tibe entry nie jadi entry yang sedey
Maaf

Kelimanya
Dengan sukacitanya,
ana memberikan award ini kepada orang-orang yang ana hormati, segani dan sayangi kerana Allah

Golongan Wanita@Tua2e:








Mamaly-Norsalliana Shaari-Mamaly ni belum ada blog..Hehehe

Mamafiz-Hafizah Bt Mohd Mukhtar-Mamafiz pon takde blog lagi. Hmm..Masih ingat nasihat terakhir mamafiz

Mummy-Wan Nur Sakinah Bt Din-Beliau ni suke bace blog anak-anak die..tp beliau tak produce blog lagi. Sama ngan mamaly ngan mamafiz. Cane boley dapat award dulu ni?? Mummy..cepat bagitau alamat blog!!!
Kenapa Mummy?? Suke ati cha la. Hehe. Jangan Mare..

Umi-Umi Kalsom Mohamad Yusof-nie TERmasuk golongan ni sebab umi=ibu=mak=bunda=mama=mummy =P Hehe ~ Nak berHONEY's star ea?? Green light here..

Golongan Gadis:




Keenamnya

Nak tag ramai lagi. Kalau boleh nak bagi award @ tag semua orang yang rajin singgah kat blog ni.
Tapi apakan daya..tag kali ini khas untuk golongan wanita dan gadis yang TENANG kecuali asmah la kan..Sebab die spesel untuk kalkatu. Kan..kan..kan

Sekian, tq
           

Cikgu n Adik serta ibu

Menjelajah blog sahabat-sahabat, ramai yang membuat ucapan untuk ibu-ibu mereka...


Teringat adik ana yang bongsu masa die tadika..
Cikgu : Siapa tiada ibu, sila angkat tangan. 
Adik ana pun angkat..
Adik : Saya takde ibu. Saya ada Umi..

^_^       Umi = Ibu , ye adik-adik...

Hari-hari adalah hari ibu..
Hargailah ibu anda..
dan Sahabat, sayangi ibumu, ibumu, ibumu!

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah saw dan bertanya kepada beliau, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku pergauli?” Beliau menjawab, “Ibumu! Ia bertanya lagi, “Lalu siapa?” Rasul menjawab lagi, “Ibumu!” Ia balik bertanya, “Siapa lagi?” Rasul kembali menjawab, “Ibumu!” Ia kembali bertanya, “Lalu siapa lagi?” Beliau menjawab, “Ayahmu!”
[Dikeluarkan oleh Asy-Syaikhani Bukhari-Muslim]



Duit Terbakar

ZZzz : Seperti biasa, tajuk die mesti over dari cerita.

Tapi cerita kali ni memang betul sedikit over. Ye ke?? Tak lah. Saje gimik.


Dalam 10.30 pagi, satu motosikal terbabas semasa ingin membuat U-turn di simpang tiga jalan Simpang Pulai-Ipoh. Pemandu rebah diatas jalan raya dengan kaki terangkat ke atas. Tiada kemalangan jiwa berlaku. Cedera ringan. Pemandunya cuma sedikit terkejut. (cerita ini tiada kaitan juga dengan tajuk)


Dalam jam 11.45 pagi, di persimpangan jalan yang sama...sebuah kereta Toyota Estima putih berhenti di tepi jalan. Tidak diketahui sebab musababnya. Tidak lama kemudian beberapa mekanik dari bengkel kereta berhampiran datang membantu. Asap putih mula kelihatan. Mekanik panik. Masing-masing berlari mengambil alat pemadam api. Lantas api kecil itu cuba dipadamkan.


Selang beberapa minit, asap putih mula bertukar hitam dan api yang kecil kian membesar. Estima terbakar!! Mekanik-mekanik tadi dan tuan punya kereta hanya mampu melihat. Sedih menyelubungi semua. Kereta baru caler putih yang chantek, harga die pun chantek. Terbakar begitu sahaja.


Api bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan


Pom..pom..pom..pom..4 letupan kecil kedengaran. Satu-satu tayar meletup. Bau getah terbakar dan asap tebal memenuhi kawasan sekitar. Api menjulang-julang naik ke atas. Saat bomba tiba, kereta sudah sepenuhnya dijilat dek api. Warna putih kereta, bertukar hitam legam. Jadi besi buruk sudah. Sedey betul. Bomba bertungkus lumus mencari sumber air dan memadamkan kebakaran tersebut. Akhirnya, estima tinggal rangka. Sendirian tersadai di pinggiran.


Jam 2 petang, beberapa forensik bomba datang untuk mengenal pasti punca kebakaran.


Jam 7 petang - Rangka estima masih tersadai.


Jam 8 pagi keesokannya - rangka kereta sudah tiada. Mungkin telah di bawa ke bengkel pada malam hari kejadian untuk dilupuskan.


Kronologi cerita di atas, berdasarkan pemerhatian warga 3M Enterprise terhadap simpang 3  di hadapan premis perniagaan kami pada 5 Mei 2010. Tiada kene mengena dengan warga 3M Enterprise.  En Mohd Jasni B Osman menasihatkan (Nasihat dari bukan pakar) :


- Sila pastikan kereta anda mempunyai air secukupnya.


-Apabila enjin terbakar, sila putuskan wayar yang bersambung dengan bateri menggunakan kayu untuk menyelamatkan kereta dari terbakar secara keseluruhannya.


-Cegah sebelum duit anda terbakar


Sumber nasihat lain dari xpvsvista



1.    Jika fius didapati putus, kemungkinan besar terdapat litar pintas pada pendawaian

2.    Jika berlaku litar pintas tetapi fius tidak putus,maka akan berlakulah kebakaran pada pendawaian, malah jika tidak disedari awal akan menyebabkan kebakaran pada kenderaan

3.    Apabila fius putus, cuba gantikan dengan fius yang setara, jika masih putus juga, biar juruteknik  yang bertauliah periksa

4.    Jangan tukar fius yang putus melebihi nilai yang asal kerana nilai yang lebih tinggi menyebabkan kabel tidak dilindungi lagi lalu menyebabkan kebakaran.

Kepada yang tidak pakar,ada pepatah berkenaan fius dalam ‘bahasa juruletrik’ yang berbunyi; 

“YOU GO UP, YOU BLOW UP”.


Gambar hiasan ~ Nie Perodua Kancil yang kemalangan + Terbakar
Estima hanya terbakar, so body masih tegap
Tapi hitam legam jadi besi buruk
Tak sempat ambil gambar kejadian sebab Hp tertinggal di 3M Enterprise

Umi marah, makanan haram tu

Umi marah...
isk..isk..isk..
awatnya buat lagu tue..
memang nak kene ni..
ade ke patut..
tak patut tak patut..
kecurian berlaku lagi..
kali nie tak patut ..
sebab yang mencurinye..
seorang jurujual cina dari syarikat yang agak popular..
diberi kepercayaan untuk cek stok syarikat tersebut kat kedai 3M Enterprise ni..
alih-alih kepercayaan dicarik.
amanah dirobek.

Manusia sekarang tak lagi mementingkan status halal sebagai sumber rezeki. Asal untung semua sapu.Sebut pasal untung, abi cakap..dalam berniaga (Abi cakap dengan rentak yang bernada, so sila baca dengan bernada juga) :

Orang cina kerjanya tangtungtangtungnakuntung
Orang india pulak kedangketungkedangketungkadanguntung
Orang Melayu..popprappopprappopprapbankrup

Heh..Abi memang. Situasi genting..bley lagi wat lawak. 

Pastu, berlaku la sesi luahan perasaan sejarah lampau. Umi cite la..Suami isteri (warga india) pun ade yang mencuri. Si suami sibuk la tanya nak barang tue nak barang ni (Padahal tak beli pun. Saje nak alih perhatian). Si isteri yang berkomplot pulak..jalan-jalan usha barang. Tup-tup tangan amik barang, nyorokkan bawah kain. Nyorokkan kat perut pun ade (masuk kedai tak mengandung, keluar kedai mengandung pulak..mengandung susu tepung anlene. Huhu).

Masa ana jaga kedai (cerita lampau juge..masa darjah 4 kot). Ana jaga kedai sorang-sorang (kecik-kecik sudah keje ye). Seorang nenek tua warga cina masuk. Mula-mula ana ikut la nenek nie..tengok-tengok die nak ape (Ye cik, nak ape?? - ayat nie kene hafal okey, tapi tukar popo untuk nenek cina). Nenek tue pun jawab 'tak pa..mau tengok-tengok saja' (ayat nie pon hafal gak. Kalau gi shopping n ade jurujual ikut). Melihat keadaan nenek yang mahukan privasi, ana pon duduk je la kat counter. Mungkin disebabkan budak kecik je yang jaga. Dengan beraninya nenek tersebut memasukkan satu tin milo ke dalam beg plastik yang dibawa setelah line kelihatan clear. Hoho. Padahal tak clear pon. Ana nampak. Tapi, ana hanya terkebil-kebil. Tak tau nak menjerit. Tak tau nak marah. (Ade ke budak kecik tu nak menjerit marah-marah pada warga tua, budak kecik tue sangat sopan okey. Nenek tue pun keluar dari kedai dan budak kecik itu masih mampu melemparkan senyuman lagi). 

Banyak lagi kes-kes terpencil yang tidak diceritakan (semua bangsa dari pelbagai peringkat umur ada). Point utama disini, manusia sudah tidak mengira sumber rezeki yang diperolehi. Bukankah rezeki @ makanan yang dimakan akan menjadi darah daging?? Sekiranya makanan yang diperolehi dari sumber yang haram, maka ia akan menggelapkan hati. Si ibu dan si bapa yang mencuri, memberi makan kepada anak-anak. Lantas, bagaimana perkembangan anak-anak tersebut dengan memakan makanan dari sumber yang haram. 
"Wahai sekalian manusia makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu" (Al-Baqarah : 168)
Nabi SAW bersabda: "Seorang lelaki musafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya dipenuhi debu, dia menadahkan tangannya kepada Allah, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuap dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan permohonannya." (HR Muslim, Ahmad dan Tirmizi)

Sama-sama kita muhasabah diri kita. Dari manakah sumber makanan dan minuman yang telah kita makan selama ini??  Perut yang dipenuhi dengan makanan yang haram akan mempengaruhi jiwa dan peribadi seseorang Muslim dan ia akan mengalir kepada generasi-generasi kita akan datang. Maka peliharalah dan bersifat memilihlah dalam menentukan jenis dan sumber permakanan kita + jangan mencuri ^o^


Sambung baca di blog k.Husna =)