Beautiful Blogger Award


Pertamanya 
Ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih 
kepada En.Aizuddin yang memberikan award kepada blog yang tak seberapa ini.
Terharu tibe-tibe. (Tipu je.)

Keduanya
Kepada En.Aizuddin juge..
Siapa yang menyuruh angin sampaikan berita itu?? Jawapannye: Tiada

Ketiganya
Kepada yang bakal diTAG,
Kata En.Aizuddin..
"Tag ni senang je. Amik gambar kat atas ni, letak dalam entri. Lepas tu, tulis 7 benda pasal diri korang. Kalau ada free time. Buatlah. Dah buat boleh pass (tag) kat orang lain pulak."

Ni adalah salah satu cara naik trafik dan banyakkan linkback dalam blog. :)

Keempatnya
7 benda tentang ana:

1. Seorang gadis yang sedang belajar..belajar tentang semua. SEMUA ye.
(Sila jangan mencari dunia sahaja..akhirat bye2x.)

Bukanlah sebaik-baik kamu yang meninggalkan dunia untuk akhiratnya dan akhirat untuk dunianya sehingga dia mendapat semua dari kedua-duanya. Sesungguhnya dunia ialah jalan menuju akhirat, dan janganlah kamu menjadi beban tanggungan ke atas manusia. - hadith riwayat Ibnu A'sakir -

2. Mempunyai impian dan harapan yang besar. Nak tau??
Tak mau bagi tau pun
Ianya impian dan harapan pada keluarga
pada abi dan umi yang dikasihi
pada adik beradik yang disayangi

Dengan CintaNya membuah Harapan
Dari harapan membentuk impian
Dari impian membentuk cita
Dari Cita bertemu kita

Duhai Tuhan pemilik Cinta
Andai diri ini, ada hayatnya
Jadikan impian itu cita
Dan cita itu menjadi nyata

3. Suke bile anak-anak dara En.Jasni, 
baring atas katil mengadap syiling putih. Bercerita tentang sekolah, kawan-kawan,
masalah diri, masalah keluarga, masalah hati.
Bergelak tawa, berduka nestapa

Ukhuwah itu manis, bila ditabur gula kejujuran

Entry ini belum habis lagi ye..esok pagi 3M Ent. menanti.
will be updated soon..
2.15 am (12052010)
***
Jom sambung..
10.20 pm (25052010)
4. Kenangan Paling pahit:
Hampir kehilangan sebuah pinjaman sementara bernama nyawa
Anak no 3, orang cakap..anak yang degil kan?? Perangai pelik sikit. Betul ke??
Ceritanya..
Si Anak yang degil ini pergi camping naik basikal masa darjah 4 (merempit oo)
Dari Kampung Kepayang ke Gopeng-Ulu Geruntum, kawasan orang asli di atas gunung
Sampai satu selekoh tajam yang bercerun (dalam hutan), 
Cikgu arahkan semua turun dan tuntun basikal
Ape si degil ni buat??
die tak mau turun..
berlagak macho..ye la, ape macho tuntun basikal..
selama nie naik basikal lepas dua-dua tangan
tibe-tibe, turun bukit kene sorong basikal..turun bukit je..bukan turun dinding =P
kalau sorong kan lambat
oleh itu, si degil ini pon turun la selekoh tajam itu dengan basikal
disebabkan kebongkakan, kesombongan dan kemelawanan sama kata-kata cikgu
brek yang ditekan terlepas
out of control!!
AWAS..
Gaung di hadapan..tak tahu nak digambar tahap kedalamannya..
atas gunung kan..bukannye takat kedalaman paras-paras lutut
Kalau jalan terus.. masuk gaung, kekiri masuk gaung..kekanan..tembok tanah
pilihan anda??
jap..
ade lagi 1 pilihan..belok ke kanan amik selekoh tajam
tapi amat berisiko..tanpa brek..masuk gaung juga
Tapi masa tu, otak tak berfungsi
hanya mata je terjegil
tak menjerit
hanya SANGAT terkejut + takut
langsung takde tindakan refleks
then ana tutup mata
SANGAT takut
dan Allah maha penyayang
Dia mengarahkan basikal tadi ke arah kanan, langgar tembok tanah
(bukan ana yang pusingkan handle basikal, tapi susur tanah yang tidak rata memusingkan tayar ke arah kanan)
Cikgu Rashid datang, marah-marah (Cikgu sangat risau..okey)
dan ana membisu...masih terkejut
raga basikal bengkok n tercabut, baju hujan n botol air tercampak 
kaki rasa sakit, tangan rasa sakit
masih macho untuk bangun
mengutip baju hujan dan botol air yang berpalit lumpur
cikgu tolong ikatkan raga guna tali kasut, tegakkan tayar
cikgu tanya, " okey tak?"
ana jawab, "okey-okey" sambil senyum
ambil basikal dan sambung kayuhan mengejar kawan-kawan yang lain
tapi..dua tiga kayuhan je..
sebab ana TRAUMA
kaki menggeletar
ana masih dalam keadaan terkejut
tak mampu meneruskan kayuhan
(Takkan tak takut, bile nyawa hampir melayang kan??)
akhirnya ana berhenti..
mengalah.
Cikgu Rozita take over basikal tadi
dan ana naik lori
hehehe
2..3..hari bercamping..
ana ingat trauma tue hilang..
tapi..dalam perjalanan pulang pada hari terakhir..
kaki yang dah sihat, jadi menggeletar semula apabila melalui kawasan tepi gaung..
akhirnye..angkat bendera putih
basikal dan ana dinaikkan atas lori
Malu tau!!
Hilang kemachoaan budak darjah 4 tersebut
hahahaha

Allah sayang ana, sangat-sangat sayang. Alhamdulillah

Pengajaran : 
Jangan melawan kata-kata Cikgu
Jangan DEGIL okey
Ingatlah orang tersayang

Dalam Islam~Kita perlu memelihara hak yang 5 iaitu hak pada:
1.Agama
2.Nyawa@Diri
3.Akal
4.Keturunan@Maruah
5.Harta

6. Perkataan "Ana" 
yang digunakan didalam blog ini bukan bermaksud "saya"
kalau bahasa arab, memang la..ana=saya
tapi "ana" disini
adalah gelaran manja diri yang ana bahasakan pada umi, abi, along dan kak Maria
faham??
tapi ana bukan anak manja okey..

7. K.Husna pernah cakap kat ana
"Kalau kita tak kenal diri, maka kita tak kenal pencipta kita"
Dulu ana langsung tak tahu matlamat hidup ana
Selalu je letak "Nak jadi anak Solehah"
Tapi tak fokus pun
tak cuba capai pun
Suke je nak melawan, degil..suke protes

*Abi n umi suruh jaga kedai ~ ana la paling liat. 
Sebab ana tak suke jaga kedai..bila kedai bersepah, bila ada cerita best kat TV @ bila tengah main
(1st tym abi mengamuk-abi nak baling tv dari 1st floor ke bawah..sebab anak die melekat depan tv je-masa nie darjah 5 kalau tak salah)
Dah la ana tak suke jaga kedai, tapi bila hari ahad je (3M Ent. holiday)..ana la orang 1st yang ajak abi n umi gi jejalan @ Shopping @ Picnic. Ade ke patut??

*Elok-elok dah abi masukkan ke sekolah agama, gatal pulak nak tukar MRSM..Kesian abi tau! 
Sampai diperli dengan Warden masa mohon pindah sekolah. 
Mesti abi sangat sedey dengan anak dia masa tu

*dll-sangat banyak. Tak mau cerita. Dua cerita diatas sudah cukup untuk dijadikan teladan.

Alhamdulillah..selepas proses cungkil, musnah dan bina
ana sedar..ana masih jauh lagi untuk jadi anak solehah
Hidup ini bukan untuk selamanya
Andai ditakdirkan Allah pinjaman nyawa ini diminta semula,
Sudah bahagiakah abi dan umi punya anak seperti ana??

Mampukah doa ana menjadi bekalan buat mereka??

Ya Allah Ya Ghaffar
Ampunilah hambamu ini

Ana mahu memberi mereka saham buat ke syurga

Tibe-tibe entry nie jadi entry yang sedey
Maaf

Kelimanya
Dengan sukacitanya,
ana memberikan award ini kepada orang-orang yang ana hormati, segani dan sayangi kerana Allah

Golongan Wanita@Tua2e:








Mamaly-Norsalliana Shaari-Mamaly ni belum ada blog..Hehehe

Mamafiz-Hafizah Bt Mohd Mukhtar-Mamafiz pon takde blog lagi. Hmm..Masih ingat nasihat terakhir mamafiz

Mummy-Wan Nur Sakinah Bt Din-Beliau ni suke bace blog anak-anak die..tp beliau tak produce blog lagi. Sama ngan mamaly ngan mamafiz. Cane boley dapat award dulu ni?? Mummy..cepat bagitau alamat blog!!!
Kenapa Mummy?? Suke ati cha la. Hehe. Jangan Mare..

Umi-Umi Kalsom Mohamad Yusof-nie TERmasuk golongan ni sebab umi=ibu=mak=bunda=mama=mummy =P Hehe ~ Nak berHONEY's star ea?? Green light here..

Golongan Gadis:




Keenamnya

Nak tag ramai lagi. Kalau boleh nak bagi award @ tag semua orang yang rajin singgah kat blog ni.
Tapi apakan daya..tag kali ini khas untuk golongan wanita dan gadis yang TENANG kecuali asmah la kan..Sebab die spesel untuk kalkatu. Kan..kan..kan

Sekian, tq
           

9 comments:

3m tu apa? link blog budakmice slh link..huhu
btw thnks buat tag..gosip je tu..haha

 

Er.. award ni betul-betul ke?

 

En. Aizuddin~
3m Enterprise..singktn nma kdai ayh kite. Oh..salah eh?? delete xhabis.. =P..okey da betulkan da. Sesama. Btw..xbek bergosip okey. Heh~

Nat Cure~
xla. Nie macm entry berntai y org cipta untk naikkn trafik. Sbb, bile tag punya tag..kita pnye link akn diletkkn mcm dlm entry ni.

Certain org blank juge nk wat entry ap utk updte blog. Dgn tag2x mcmni.. mmenuhkn jugk la blog2x y bersawang.

lg 1 cra naikkn trafik, join contest..Skrg rmai je y wt contest. Hadiah pn bukn cikai2x.

kenapa nk naikkn trafik?? tnda blog itu popular..haha. Selain tu..kn ad project Alpha untk blogger. Pastu Nuffnang lak.. mkin tinggi trafik, mkin byk duit mashyuk.

Nie y akk tau la. Tp..akk xde la nk bg spenuh komitment pd blog ni. Klau ad masa je. Komitment lain byk juge.

 

err.. banyak sangat istilah-istilah baru..
tapi saya tahu, bukan istilah cik mat.. :)

 

ofcos benda cam tu bukannya istilah2x cik mat....
dalam kalangan blogger, benda tu kira dah macam biasa didengar....Tapi (dh disebut tadi) membantu untuk menaikkan trafik..

 

Kakak time budak2 memang dahsyat.. kebanyakan perempuan yang saya kenal pun, kenakalannya lebih kurang kakaklah.. Saya lelaki pun tak pernah main sampai nak jatuh gaung..

 

kufarid~betul2x

k.sunah~hehe. Award u akk nie. jgn lupe tuntut ye.

nat cure~biasa la. jgn dinilai buku dari kulit buku. hahaha. Zaman muda2x la yang byk bg kenangan. Bila dah tua2x nie..knangan manis 2 ade, tp terasa tuanya. kihkihkih

 

akak,smpai skang ana tak faham..by the way,time kacih banyak..1st time dapat award...hehe
blog ana tak ade ape pun utk dikongsikan..sekadar personal view je=)