Duit Terbakar

ZZzz : Seperti biasa, tajuk die mesti over dari cerita.

Tapi cerita kali ni memang betul sedikit over. Ye ke?? Tak lah. Saje gimik.


Dalam 10.30 pagi, satu motosikal terbabas semasa ingin membuat U-turn di simpang tiga jalan Simpang Pulai-Ipoh. Pemandu rebah diatas jalan raya dengan kaki terangkat ke atas. Tiada kemalangan jiwa berlaku. Cedera ringan. Pemandunya cuma sedikit terkejut. (cerita ini tiada kaitan juga dengan tajuk)


Dalam jam 11.45 pagi, di persimpangan jalan yang sama...sebuah kereta Toyota Estima putih berhenti di tepi jalan. Tidak diketahui sebab musababnya. Tidak lama kemudian beberapa mekanik dari bengkel kereta berhampiran datang membantu. Asap putih mula kelihatan. Mekanik panik. Masing-masing berlari mengambil alat pemadam api. Lantas api kecil itu cuba dipadamkan.


Selang beberapa minit, asap putih mula bertukar hitam dan api yang kecil kian membesar. Estima terbakar!! Mekanik-mekanik tadi dan tuan punya kereta hanya mampu melihat. Sedih menyelubungi semua. Kereta baru caler putih yang chantek, harga die pun chantek. Terbakar begitu sahaja.


Api bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan


Pom..pom..pom..pom..4 letupan kecil kedengaran. Satu-satu tayar meletup. Bau getah terbakar dan asap tebal memenuhi kawasan sekitar. Api menjulang-julang naik ke atas. Saat bomba tiba, kereta sudah sepenuhnya dijilat dek api. Warna putih kereta, bertukar hitam legam. Jadi besi buruk sudah. Sedey betul. Bomba bertungkus lumus mencari sumber air dan memadamkan kebakaran tersebut. Akhirnya, estima tinggal rangka. Sendirian tersadai di pinggiran.


Jam 2 petang, beberapa forensik bomba datang untuk mengenal pasti punca kebakaran.


Jam 7 petang - Rangka estima masih tersadai.


Jam 8 pagi keesokannya - rangka kereta sudah tiada. Mungkin telah di bawa ke bengkel pada malam hari kejadian untuk dilupuskan.


Kronologi cerita di atas, berdasarkan pemerhatian warga 3M Enterprise terhadap simpang 3  di hadapan premis perniagaan kami pada 5 Mei 2010. Tiada kene mengena dengan warga 3M Enterprise.  En Mohd Jasni B Osman menasihatkan (Nasihat dari bukan pakar) :


- Sila pastikan kereta anda mempunyai air secukupnya.


-Apabila enjin terbakar, sila putuskan wayar yang bersambung dengan bateri menggunakan kayu untuk menyelamatkan kereta dari terbakar secara keseluruhannya.


-Cegah sebelum duit anda terbakar


Sumber nasihat lain dari xpvsvista



1.    Jika fius didapati putus, kemungkinan besar terdapat litar pintas pada pendawaian

2.    Jika berlaku litar pintas tetapi fius tidak putus,maka akan berlakulah kebakaran pada pendawaian, malah jika tidak disedari awal akan menyebabkan kebakaran pada kenderaan

3.    Apabila fius putus, cuba gantikan dengan fius yang setara, jika masih putus juga, biar juruteknik  yang bertauliah periksa

4.    Jangan tukar fius yang putus melebihi nilai yang asal kerana nilai yang lebih tinggi menyebabkan kabel tidak dilindungi lagi lalu menyebabkan kebakaran.

Kepada yang tidak pakar,ada pepatah berkenaan fius dalam ‘bahasa juruletrik’ yang berbunyi; 

“YOU GO UP, YOU BLOW UP”.


Gambar hiasan ~ Nie Perodua Kancil yang kemalangan + Terbakar
Estima hanya terbakar, so body masih tegap
Tapi hitam legam jadi besi buruk
Tak sempat ambil gambar kejadian sebab Hp tertinggal di 3M Enterprise

7 comments:

saya ingatkan duit yang terbakar..

 

Salam...

Gerun dan sangat dasyhat....
Pernah nampak kejadian ni di depan mata tetapi tak samapi terbakar rentung sebegini.....

Allah Maha Kuasa....

 

zaman sekarang banyak dah kes kematian. macam2 kes, kena bunuh,accident, buang anak lagi lah tak leh terima. berhati-hati di jalan raya, baca doa naik kenderaan insyaAllah selamat.

bab2 servis aku tak pro lagi.huhuhu

 

Erm, wartawan 3M melaporkan ea.
Boleh berkembang company nih.
Ana dgar2 crita je tp x smpat nak tgk.

Selain lngkah kslamatan, bila tgk kebakaran mcm tu, eloklah azan.

Kalau ada berita lagi di Jln depan 3M tu, laporkanlah ea.hehe. Skurang2nya ada wakil.

-Fizul-

 

ipin ktc..meh tgk2 blog..jd follower..

 

Nat cure~ ibarat je..sama juge kan?? kereta dibeli dengan duit..

sabrina @ k.v~ betul3x. Allah maha kuasa terhadap segala y berlaku. Setiap detik n saat y kita lalui..tiada terlepas dari pengetahuanNya.

Din~ kalau syg kereta knela blajar servis2 nie. ^_^

Fizul~ Azan?? bagus idea tue. Tak pernah terfikir pn.

ipin~ asik promote blog kakak je. Blog sendirik xde ke?

 

Baru saya tahu siapa k.v.. Kakak Sabrina rupanya..