Umi marah, makanan haram tu

Umi marah...
isk..isk..isk..
awatnya buat lagu tue..
memang nak kene ni..
ade ke patut..
tak patut tak patut..
kecurian berlaku lagi..
kali nie tak patut ..
sebab yang mencurinye..
seorang jurujual cina dari syarikat yang agak popular..
diberi kepercayaan untuk cek stok syarikat tersebut kat kedai 3M Enterprise ni..
alih-alih kepercayaan dicarik.
amanah dirobek.

Manusia sekarang tak lagi mementingkan status halal sebagai sumber rezeki. Asal untung semua sapu.Sebut pasal untung, abi cakap..dalam berniaga (Abi cakap dengan rentak yang bernada, so sila baca dengan bernada juga) :

Orang cina kerjanya tangtungtangtungnakuntung
Orang india pulak kedangketungkedangketungkadanguntung
Orang Melayu..popprappopprappopprapbankrup

Heh..Abi memang. Situasi genting..bley lagi wat lawak. 

Pastu, berlaku la sesi luahan perasaan sejarah lampau. Umi cite la..Suami isteri (warga india) pun ade yang mencuri. Si suami sibuk la tanya nak barang tue nak barang ni (Padahal tak beli pun. Saje nak alih perhatian). Si isteri yang berkomplot pulak..jalan-jalan usha barang. Tup-tup tangan amik barang, nyorokkan bawah kain. Nyorokkan kat perut pun ade (masuk kedai tak mengandung, keluar kedai mengandung pulak..mengandung susu tepung anlene. Huhu).

Masa ana jaga kedai (cerita lampau juge..masa darjah 4 kot). Ana jaga kedai sorang-sorang (kecik-kecik sudah keje ye). Seorang nenek tua warga cina masuk. Mula-mula ana ikut la nenek nie..tengok-tengok die nak ape (Ye cik, nak ape?? - ayat nie kene hafal okey, tapi tukar popo untuk nenek cina). Nenek tue pun jawab 'tak pa..mau tengok-tengok saja' (ayat nie pon hafal gak. Kalau gi shopping n ade jurujual ikut). Melihat keadaan nenek yang mahukan privasi, ana pon duduk je la kat counter. Mungkin disebabkan budak kecik je yang jaga. Dengan beraninya nenek tersebut memasukkan satu tin milo ke dalam beg plastik yang dibawa setelah line kelihatan clear. Hoho. Padahal tak clear pon. Ana nampak. Tapi, ana hanya terkebil-kebil. Tak tau nak menjerit. Tak tau nak marah. (Ade ke budak kecik tu nak menjerit marah-marah pada warga tua, budak kecik tue sangat sopan okey. Nenek tue pun keluar dari kedai dan budak kecik itu masih mampu melemparkan senyuman lagi). 

Banyak lagi kes-kes terpencil yang tidak diceritakan (semua bangsa dari pelbagai peringkat umur ada). Point utama disini, manusia sudah tidak mengira sumber rezeki yang diperolehi. Bukankah rezeki @ makanan yang dimakan akan menjadi darah daging?? Sekiranya makanan yang diperolehi dari sumber yang haram, maka ia akan menggelapkan hati. Si ibu dan si bapa yang mencuri, memberi makan kepada anak-anak. Lantas, bagaimana perkembangan anak-anak tersebut dengan memakan makanan dari sumber yang haram. 
"Wahai sekalian manusia makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu" (Al-Baqarah : 168)
Nabi SAW bersabda: "Seorang lelaki musafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya dipenuhi debu, dia menadahkan tangannya kepada Allah, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuap dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan permohonannya." (HR Muslim, Ahmad dan Tirmizi)

Sama-sama kita muhasabah diri kita. Dari manakah sumber makanan dan minuman yang telah kita makan selama ini??  Perut yang dipenuhi dengan makanan yang haram akan mempengaruhi jiwa dan peribadi seseorang Muslim dan ia akan mengalir kepada generasi-generasi kita akan datang. Maka peliharalah dan bersifat memilihlah dalam menentukan jenis dan sumber permakanan kita + jangan mencuri ^o^


Sambung baca di blog k.Husna =)


4 comments:

mak saya kerja kat pejabat pos. dia citer pernah "dijampi" org. tapi tidak lah memudaratkan kesihatan.
mak saya pandang mata dia, dan seolah-olah "terhijab". Dia bg wang, tp nilainya lebih rendah daripada yang sepatutnya dibayar. Dan mak saya hanya menerimanya tanpa keraguan.

Bila buat balancing, jadi tak seimbang. Itulah kuasa mata..

 

dipukau dan terpukau. Keje pejabat pos pon kene? Sepanjang jaga kedai nie, alhamdulillah..xde y terpukau. Cume masalah kecurian dan lari dari hutang. Pengajaran : Jangan pandang mata. Elak dipukau.

 

MANUSIA SKRG...PENTGKN KESENANGAN TNPA PKKN HALAN DAN HARAM...KDG2 KWN SNDRIK PN BLH WAT HAL...=/

 

Betul2x..puncanya: manusia sekarang banyak yang rosak hatinya. Tiada lagi rasa bertuhan dalam diri. Halal haram apatah lagi.