Aturan dari Allah

Sesi lawatan yang berlangsung sepanjang 3 hari:

Sesi 1: Intan+ Bella + Tikah + Umi
Sesi 2: Dijah@baby
Sesi 3: K.ana@Ibu
Sesi 4: Faezah@K.Uda
Sesi 5: K.Ena@Bunda
Sesi 6: Yip + d Chinesses gang
Sesi 7: Sabrina@K.v + Fatiha
Sesi 8: Wanie
Sesi 9: Intan Sarawak + Fareha + Aisyah
Sesi 10: K.Atun@Mok + K.Azumar + K.Anis + Intan + Faezah + Fatiha
Sesi 11: Anis + Vijayalakshmi
Sesi 12: Syakira + Salmah
Sesi 13: Yip + d Chinesses gang
Sesi 14: Edelin +Azzyaty

Titipan kata dari mereka - mereka

1. Semoga cepat sembuh

2. Gunalah minyak kelapa muda n minum air kelapa muda

3. Lawak je dengar. Gegar 1 dewan astana. 

4. Kalau rasa nak xcident, cepat-cepat tahan tangan kat muka~Muka kene lindungi dulu

5. Dah macam angelina jolie ~ Sebelah muka je kot 

6. Habis jatuh saham

7. Apabila manusia redha dengan Allah atas setiap ketentuanNya, maka sesungguhnya redha Allah pula akan dilimpahkan kepada kita. Maka tenanglah hati walau perit menahan dugaan, damailah jiwa walau tangis menemani luka. Benar, redha saaja ubatnya.
Sesungguhnya Allah mengajar cha tentang SABAR dan IKHLAS. Dan Allah sedang mengingatkan cha tentang PEMILIK dan PEMINJAM. Moga tangis itu tanda kita menginsafi bahawa kita TIDAK pernah punya apa-apa.

8. Salam Takziah. Jangan makan makanan yang gatal-gatal if nak cepat sembuh dan tak menderita. Elak makan telur, ayam, daging dan ikan yang berisi hitam. Ikan-ikan daging putih ok, Sayur lebih.

9. Macam-macam la korang ni


Dari ana si Sn yang comot


1. Alhamdulillah. Allah menunjukkan kebesarannya dengan aturan yang cukup indah. Menginsafi dan memuhasabah diri. Setiap yang diaturkan ada hikmahnya.

2. Terima kasih kepada kamu-kamu yang Allah gerakkan hati untuk menyayangi diri ini ~ terutamanya buat my abi n umi. Sayang kamu-kamu juga kerana Allah.

3. Jangan risau ye. Takde la teruk sangat. Bak kata Abang PK ~ Ingatkan pecah kepala sebab darah banyak sangat. Rupa-rupanya sikit je.

4. Kepada yang rasa bersalah. Ini bukan salah kamu. Banyak yang kita boleh belajar dari xcident ni. Benda dah jadi..Bukan boleh di elak. REDHA n IKHLAS dengan ketentuan yang Allah tetapkan.

5. Berhati-hati dijalan raya ye.

3 comments:

salam dik,
xcdent ka? Ya Allah bdk ni.. trok x?
Moga cepat sembuh...taking care yer..
mcm kenal jer ayat no. 4 dri titipan kata dri mereka-mereka 2...heh...opah2...

 

laa... eksiden ker cik kak? moga cepat semboh.

 

cahaya ketenangan~ waalaikumsalam kak. hehehe. bese la tue kak. adat merempit msti ade xcident. ye x?? xteruk la. Dah surut dah bengkak2x. tgl parut sket. Waaaa..mne akk tau kata2x dari opah?? Sekarang kne naik sket kot..dah bukan opah..kne jadi moyang..hehe. Bunda cite ade orang tue lagi la..tak nak bangun lepas guling2 dalam hujan..huhu.

Bobanmasdar~kejadian di simpang 3..KTR. Mekasih atas doanya

ALL readers~btw..ade banyak rumors..sile jangan percaya ye..Alhamdulillah, ana cedera ringan saje. takde la patah tengkuk sperti rumors yang tersebar. (mne datang tak tau la)

Motor umi yang bernama Cik Yam..menjadi mangsa keadaan. Kos baik pulih mencecah RM460..duit oh duit..macam air mengalir saje. Sebaik sume ditanggung. Maaf ye umi. Kesian motor kamu.

Syukran kepada semua yang membantu. Dari makanan sehingga baik pulih motor umi. Jasa kalian amat dihargai.