Kurma-kurmi

Senyum manis salam diberi
Buat semua pembaca setia
Kurma-kurmi tajuk diberi
Semoga semua terus ceria

Kurma pemberian Saudara Omar
Jauh-jauh dari Yaman
Kurma madu yang ana gemar
Terima kasih duhai teman

Syukran juga buat k.Yan
Pemberian kurma sekotak besar
Jimat dalam akaun belian
 Tak perlu beli di pasar

Satu lagi kurma sekotak
belum buka belum makan
sedang berfikir dalam otak
Bila semua ni nak dihabiskan?

3 kotak kurma~menyambut kedatangan Ramadhan (dalam plastik~dari Omar, Eden~k.yan,
 Medjool~jusco tmn U)

Stok puasa selama sebulan
Makan tika sahur dan berbuka
Hati ceria seindah rembulan
 Bersyukur padaNya Saban ketika

Esok sudah mula puasa
hati melonjak riang ria
Bulan mulia penghapus dosa
Penuhkan amalan, bermunajat padaNya

Ucapan buat pembaca semua
Selamat beribadah di bulan puasa
Ampun Maaf pada semua
Moga di rahmati Allah, Dia yang Esa

~end~

Bila sebut pasal kurma, ana teringat suasana dirumah.Huhu. Setiap kali tiba je ramadhan...bercotton2x kotak kurma pelbagai jenis yang memenuhkan ruang tamu rumah. Ade timbang n ade tupperware berjuta-juta-juta. Ana dan adik2x bersengkang mata duk packing kurma untuk dijual. Sekarang..semua anak-anak en.Jasni takde kat rumah. Mesti umi packing sensorang semua kurma-kurmi. Maafkan ana umi. T_T...cedey..nak baliiikkkk....

Hamba, tuan dan kadi jatuh cinta

Ini kisah cinta

Berkisar mengenai perempuan. Ye ke?? hehe

***
Ana berYM dengan seorang sahabat..Tiba2x beliau berkata.."Nak dengar satu cerita??"
Maka bermulalah cerita tersebut:


Sahabat:
Ada seorang tuan yang kaya dan mempunyai seorang hamba
hamba ini berkhidmat pada tuannya dengan sangat rajin
kerja hamba ini adalah memotong kayu
pada suatu hari ketika sedang bekerja, terpandanglah dia akan seorang perempuan yang cantik
cantiknya perempuan ini diibaratkan seperti
putihnya bagai susu
rampingnya bagai terung
panjang kakinya bagai zirafah =D
makanya si hamba itu tadi tertarik hatinya
jadi si hamba ini tadi membuat keputusan untuk bertanya pada tuannya
berjumpalah hamba ini dengan tuannya
berkata si hamba
"Wahai tuan, saya jatuh hati pada seorang perempuan. Sudikah tuan izinkan saya menikahinya??"
Tuan bertanya
"Tunjukkan padaku"
Maka apabila tuan itu tadi melihat, tuan itu pula yang tertarik pada perempuan itu
maka tuan berkata
"Aku adalah tuan kamu, jadi aku lebih berhak daripada kamu. Serahkan sahaja perempuan itu padaku"
hamba menjawab
"Tak boleh tuan. Saya telah melihatnya dahulu. Maka saya lebih berhak."
Maka tuan dan hamba ini tadi membuat keputusan untuk berjumpa dengan Tok Kadi
maka berjumpalah mereka dengan kadi
bertanya mereka pada kadi
"Antara kami, siapa yang lebih berhak untuk memiliki perempuan ini"
lalu kadi ini melihat perempuan itu, lalu tertarik
jadi kadi menjawab pertanyaan hamba dan tuan tadi
"Aku seorang yang alim, sedangkan kamu berdua orang yang jahil. Jadi aku lebih berhak pada perempuan ini"
tuan dan hamba menjawab
"Mana boleh begitu, kami bertemu perempuan itu dahulu dari tuan"
maka perempuan itu mencelah
"Kalau begitu, kita buatlah satu pertandingan"
"Siapa yang dapat kejar saya, maka dia akan dapat saya"
"Tapi ada satu syarat, saya perlu lari terlebih dahulu. Selepas 5 minit, kamu mulalah kejar saya"
Mereka semua bersetuju
pertandingan bermula
Perempuan itu berlari
dan selepas 5 minit, berkejaranlah hamba, tuan dan kadi kearah perempuan itu
di tengah perjalanan..kadi telah penat dan jatuh pengsan kerana kadi tadi seorang yang buncit
jadi hamba dan tuan meneruskan larian
disebabkan penat, tuan pula letih dan jatuh pengsan
tinggallah hamba seorang yang mengejar
kejar punya kejar
hamba pulak keletihan dan jatuh pengsan
tetapi perempuan itu masih berlari sampai sekarang
TAMAT


Ana:
Apakah?? Tak faham betul. Kesimpulannya apa?? (Lambat faham betul cik Nafisah ni)


Sahabat:
Kesimpulannya, perempuan itu ibarat dunia. Makin dikejar, makin sukar diperolehi
Tapi akhirat, makin dikejar, makin senang peroleh.


Ana:
Tapi mungkin bukan dengan perempuan zaman sekarang. Iman dan akidah rapuh. Mudah dipujuk rayu. (Sebenarnya masih tak dapat nak tangkap dengan cerita diatas =P)


Sahabat:
Faham tak ni???


Ana:
Tak faham. hehehe. Okey..contohnya kita nak dalam dunia ni..sebuah rumah yang besar. Rumah tue dunia la kan?? Kejar-kejar..hah..dapat je.. =)


Sahabat:
3 orang itu tadi adalah manusia dan perempuan itu keduniaan. Kalau di analogikan dengan rumah tadi... Jika seorang ada sebiji rumah, maka dia nak rumah ke dua..jika ada dua..maka rasa nak yang ke 3.

Ana:
Oh..okey..faham sudah.

Sahabat:
Itu baru dipanggil dunia. Yang melebihi keperluan.

P/s
Pisahkan hati dari dunia
Hati merayu menangis sedan
6 hari lagi ia menjelma
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

Islam Today part 1






2 b continue...Nantikan..^_^

Adikk

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. 

             "Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. 

           Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

           Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. 

           Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" 

"Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-esak. 

               "Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg... .sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. 

        "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti." 

         Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat... .. 

             "Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." 

            Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. 

              "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. 
                Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." 

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." 

              Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak... .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." 

Apalagi... aku menangis seperti selalu. 

              Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." 

          "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya... ."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. 

               "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." 
    
         Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

copied from Nurul Farhana Mohd Ridzuan

p/s~
Beliau my bestie since sekolah rendah..
Berbasikal dari rumah ke sekolah yang letaknya agak jauh...
Kami berdua kaki berjalan-jalan ye...^_^
Balik sekolah..akan berjalan2x sebelum sampai rumah..=)
beli aiskrim ke, gi jalan2x umah kawan ke..
Kadang2x sanggup tuntun basikal sepanjang perjalanan ke rumah..
semata2x nk habiskan masa bersama..
Na...Ingat tak cikgu Wan berhentikan kereta..n die cakap basikal rosak ke???
isk3x T_T
padahal..sengaja je..(Merisaukan cikgu betoi!!. hehehe)..
Kalau gi padang permainan..depan rumah cikgu Rozita..
kita akan memandang langit dan awan..
bercerita tentang masa depan..
bercerita kisah kau dan aku..

Na..
Rindu dengan nasi goreng pedas kamu..
rindu sama celoteh kamu..
yang penting..rindu sama kamuuuu..
Selamat Hari lahir yang ke 21 (4 ogos)