Kurma-kurmi

Senyum manis salam diberi
Buat semua pembaca setia
Kurma-kurmi tajuk diberi
Semoga semua terus ceria

Kurma pemberian Saudara Omar
Jauh-jauh dari Yaman
Kurma madu yang ana gemar
Terima kasih duhai teman

Syukran juga buat k.Yan
Pemberian kurma sekotak besar
Jimat dalam akaun belian
 Tak perlu beli di pasar

Satu lagi kurma sekotak
belum buka belum makan
sedang berfikir dalam otak
Bila semua ni nak dihabiskan?

3 kotak kurma~menyambut kedatangan Ramadhan (dalam plastik~dari Omar, Eden~k.yan,
 Medjool~jusco tmn U)

Stok puasa selama sebulan
Makan tika sahur dan berbuka
Hati ceria seindah rembulan
 Bersyukur padaNya Saban ketika

Esok sudah mula puasa
hati melonjak riang ria
Bulan mulia penghapus dosa
Penuhkan amalan, bermunajat padaNya

Ucapan buat pembaca semua
Selamat beribadah di bulan puasa
Ampun Maaf pada semua
Moga di rahmati Allah, Dia yang Esa

~end~

Bila sebut pasal kurma, ana teringat suasana dirumah.Huhu. Setiap kali tiba je ramadhan...bercotton2x kotak kurma pelbagai jenis yang memenuhkan ruang tamu rumah. Ade timbang n ade tupperware berjuta-juta-juta. Ana dan adik2x bersengkang mata duk packing kurma untuk dijual. Sekarang..semua anak-anak en.Jasni takde kat rumah. Mesti umi packing sensorang semua kurma-kurmi. Maafkan ana umi. T_T...cedey..nak baliiikkkk....

3 comments:

kakak xyah buka dengan nasilah.. makan je kurma-kurmi tu.. boleh ganti kuih raya sekali..

 

xyah bukk dgn nasi~mungkin tak boley =P. dari kecik sudah disuapkn dgn nasi..susah la. Nnti berat makin turun. lalala~

gantikn kuih raya??~hmm..jadikan kuih raya je la terus..kuih tart kurma-kurmi~mcm sedap je.

 

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,
"Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.

Saya makan nasi dalam kuantiti kecil je. (Badan pun "cute" je)