Mari derma darah

Nie hasil bile derma darah (Sijil n makanan..nyum3x)

Sape belum pernah derma darah??? Baik mengaku!! Rugi tau. Jangan cakap 'saya takut jarum'. Dengan sumbangan darah anda, anda mampu menyelamatkan banyak nyawa. 'Hidup untuk memberi'- kata-kata Ustz Hasrizal. Maka, berilah darah anda..anda mampu mengubahnya. =)

“Dan sesiapa yang menyebabkan manusia hidup maka seumpama menghidupkan manusia keseluruhannya.” (32: Al-Maidah)

 Hari nie program derma darah di Kolej Tuanku Canselor, UTM Skudai dari jam 10 pagi ke 4 petang. Tapi jam sudah menunjukkan angka 5 ketika entri ini ditulis. Mungkin jururawat sudah pulang. Eh..jangan la kecewa. Esok pun ade..Boleh tunggu giliran di Jaya Jusco Taman Universiti ea. Tak pun..tunggu minggu depan. InsyaAllah akan diadakan sekali lagi di Kolej Tun Fatimah. Bagi yang sudah menderma pada hari ini, minggu depan jangan derma lagi tau. Pembentukan darah memerlukan 9 hari untuk tempoh matang. Nanti tak cukup darah pulak. Lepas 3 bulan, boleh la derma lagi =)

Derma darah boleh jadi gemuk?? Jangan la percaya ye. Belum ada kajian lagi. So, gurlz..jangan takut untuk menderma darah..derma darah menyebabkan badan anda semakin sihat tau. Nanti dah derma dapat sijil. Dapat makanan percuma lagi. Besttt..eh..tp betulkan niat tau. Bukan derma semata-mata untuk sijil dan makanan free..tapi kene ikhlas. Ia satu tanggungjawab juga.

“Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaan.” 
(2: al-Maidah)

Lagi satu nak pesan..AMARAN KERAS ni!! Sila timbang berat badan anda dulu. Kalau dulu..timbang 47kg, tapi bila timbang semula depan jururawat..berat tinggal 43kg. Hohoho. Jauh gile bezanya. Timbang tue tipu ke?? Akhirnya Cik Nafisah pulang dengan perasaan hampa. Pegawai tue suruh datang lagi lain kali dengan lesung batu nyorok dalam poket bagi berat sikit. Boleh ker??? Hahaha. Mungkin bile duduk rumah..tak perlu nak risau pasal bajet makanan..but then..bila balik UTM..makan sehari sekali je diakhir-akhir sem nie + jogging di padang kawad. Mungkin sebab tue berat badan semakin menurun. Eh..ke Cik Nafisah tengah On Diet nie?? Hahaha. Sape-sape nak mintak tips diet sampai hilang 4kg boleh la rojer-rojer =P.

Sijil di atas tu milik Cik Khalisah dan makanan tue milik Cik Umi Kalsom tau =). Siapa-siapa kumpulan darah A, boleh la gi derma. Nanti bila Cik Nafisah kekurangan darah..stok darah masih ada. Eh..kumpulan darah lain pun dialu-alukan untuk menderma jugak. Sile-sile.

Ada kajian sifat-sifat disebalik kumpulan darah ni. 
Tapi, jangan percaya sangat la. 

Kalau Cik Umi Kalsom, berdarah O:

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.

Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.

Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.

Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.

Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.


Tuk Cik Nafisah berdarah A:

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.

Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.

Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai. 

Cik Khalisah berdarah B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.

Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.

Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

Darah AB~Sile cari sendiri. hehehe

10 comments:

berat badan saya pun tidak membenarkan saya untuk menderma darah.. jeles sangat tengok orang bersaiz besar ni..

 

Assalamualaikum..sn

Amboi entri macam mengalahkan orang derma darah..ahaha..
Gurau je..

Sadness betul ptg tadi...
ala saya cukup syaratla nurse....
Betul kata kak long..
6ti bawa batu Lesung dalam poket baju..^_^

Maybe next time...

Darah A erk..patutla...

 

aiman ada kawan,
nama dia arif,
aiman selalu teman arif baca buku,
arif kata dia HIV positiv,
tp aiman x kisah..

 

nat cure~ sile brsyukur ye. kmungkinn msuk ke GPB (Golongn perut buncit)brkurang sudaaa. hehe.

k.v~waalaikumsalam. betul2x sadness kot. tue wujud entry poyo nih. hahaha. Tym kat matrx dlu..lepas je tuk drma darah. Skrg mkin ringn lak. confius! k.v pon jgn sedey2x ye. Next tym..i.Allah. k.v da ckup syarat..dun wori..~2 la. len kali nk pinjam lesung kt faezah la..lesung pipit. bley kan?? ngee~

anonymous~who0a..HIV dilarang mnderma darah ye! harap mklum

 

org besa pon kkdg xpdt derma gak sebab x ckop tahap iron dlm darah. wuwuwu. always wanted a chance to donate but sadly...

 

QM~ea..awk drah rendah ke?? dlu jd rumte xpn tawu pon. hhehe~ xpe2. xkn nk donate jgk. bhaya la. Haaa..donate organ boleh je. ckup syrt da. hahaha

 

alamak..tak cukup syarat nak derma da..darah OB ad x?

 

ada kot..insyaallah....
org yg nak menderma ramai x lepas, org yg lepas, ramai x derma..

 

xsempat nk derma...
:(
hm...plg bes derma drh sbb dpt mknn...hehe...
lgpn, nk pnuhkan buku rekod utk derma drh tu...hoho...
^_^

 

asmaq~haha..sy tahu awak pn x ckup berat. Bukn kne sorok lesung batu je..dgn batu2 skali kne bawak.kikiki. mne de darah OB..Darah O kn spesel sket. Nie nk ckp awak darah O ke?? O_o??

Anonymous~tbe2x cnfius..ap y 'ada kot'?? mnjawab soalan asmaq diatas ke?? Ramai y xde kesedaran lagi ni. Dlu ade tgk 1 muvi pasal vampire. Vampire nie mkn darah mnusia kn?? mnusia y kne ggit nie td pn akn mnjadi vmpire..shinggakan.. manusia pior diburu. setitis darah original tidak ditambah dgn bhn2 kimia dijual dgn harga y sangat mahal..sbb permintaan y tinggi mlebihi kperluan..(ad kaitan ke??) hahaha..saje merepek.

uncl3~xpe2 len kali masih ad peluang. (btw..npe nma uncle ea?? ad sejarah ke)