Pesanan dia..'Dalam hati....'

Nak kongsi pesanan Ibnu Qayyum:

Dalam hati manusia ada KEKUSUTAN dan tidak terurai kecuali menerima kehendak Allah
(Tiket parking kereta hilang waktu berjalan-jalan di JJ..cari-cari tak jumpa..pening kepala..kusut-kusut)

Dalam hati manusia ada KEGANASAN dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah
(Mencari tetapi tidak berjumpa..mencari dan terus mencari..tak jumpa. Penat dan marah diri sendiri. Siapa suruh pegang je tiket tu?? Hari tue waktu jamuan raya KRU, hilang duit Rm50 ringgit dalam tangan sendiri.Baru je Firdaus bagi duit tu ~tangan magik cik Nafisah..hilangkan semua benda. Ingat sampah ke senang-senang campak tempat lain. Adeh..bley jadi increadible hulk disaat status ekonomi mencecah paras-paras bahaya. warghhh!!)

Dalam hati manusia ada KESEDIHAN dan tidak hilang kecuali seronok mengenali Allah
(Sedih bile tanya kaunter servis, kene bayar RM10 untuk tiket parking yang baru)

Dalam hati manusia ada KEGELISAHAN dan tidak akan tenang kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan Allah
(Mana tak sedihnya, 3 orang yang keluar bersama sudah tidak punya duit setelah memborong hadiah bufday untuk sahabat sekelas mereka~lagi sorang tue memang suka berlenggang tak bawak dompet. Kad bank, ic, lesen, duit..mmg die x bawak. Bley la panggil cik nafisah tue pendatang asing ye. Gelisah mencari duit. Setelah mencampur segala duit yang ada+duit-duit syiling...Kami memerlukan lagi RM3 je. Mana nak cari nie???)

Dalam hati manusia ada PENYESALAN dan tidak akan padam kecuali reda dengan suruhan dan larangan Allah, qadak dan qadarNya serta sabar sehingga menemuinya
(Lain kali sile keluar membawa dompet ye!! Sekarang perlu bekerja di Secret Recipe. Mencari duit RM3. huhu. Hahaha..acah je.. tak . Kitorang tak kije lagi. Kitorang belum buat keputusan untuk mencuci pinggan mangkuk sambil memakan kek yang sedap-sedap kat SR tu. Baru cadangan. Tak pun jadi Makcik Cleaner jj pon okey. Mop-mop lantai. Ke nak jadi Mak Guard sekejap. Adeh..)

Dalam hati manusia ada HAJAT dan tidak terbendung kecuali kecintaan kepada Allah dan bermohon kepadaNya
(Mencuba nasib dengan Kad bank salah sorang. Katanya hari tue cuba keluarkan RM50, tak dapat. Sebab nanti jumlah yang tinggal tak sampai RM10. Mari kita cuba sekali lagi. Nak RM10 je..RM10 je. Make a wish. Doa banyak2x. Semoga mesin itu masih ade wang kertas RM10...Akhirnya...Yey..RM10 boley keluar. Syukur sangat2x. Sebaik kami tidak mencuci pinggan mangkuk lagi. Selamat pulang ke bilik sendiri dengan Mood yang pelbagai. Hohoho) 

2 comments:

"... berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu..."
(Al-Mu'minun: 60)

 

NC~kuasa doa sangat hebat kan?? Nampk tak Allah sangat sayaaaaannnnngggg dgn hamba2nya..Walau cuma berdoa dalam hati..Allah maha mendengar rintihan hamba2Nya.