Thrill lah kau

Bunuh diri

Disebabkan ana suke melaporkan cerita-cerita basi, untuk kali ni ana mahu menceritakan peristiwa yang fresh dari ladang gandum. Oh..tapi takde pon cerita pasal orang bunuh diri. Nie kalau betul ade kes orang bunuh diri depan bilik ana ngan umi ni..mungkin kami sudah tanam anggur di blok lain 2-3 hari. Seram kot. Hahahaha. Actually, ade sepasang merpati dua sejoli yang sudah saling kenal mengenali selama 3 tahun. Tapi..sejak awal sem hari tue, mendung berarak datang dan mereka selalu gaduh-gaduh. Rumah tangga tidak aman. Hahaha. Rumah tangga la sangat kan. Tak kawen lagi sudah gado-gado...ayoyo. Fenin tau fenin. 

Eh..cik Nafisah bukan jaga tepi kain orang hoccay! Tapi disebabkan mereka selalu sangat bergaduh (Gado dalam kereta, tapi menjerit bagai nak rak..tak ke orang kat luar pelik dan suspicious??) dan perempuan tersebut selalu emo dan menghempas pintu dengan kuat macam kanak-kanak kecil sampai luluh jantung kami-kami.Adeh..boleh agak la kan. Mesti emo dan menangis kerana lelaki. Hah..sape yang couple tue, kalau nak cerita masalah hal rumah tangga tak siap tue dan nak nangis-nangis kerana lelaki yang belum tentu menjadi hak milik..Fikir semula 3x. Fikir sekali pun cukup. Membazir je air mata tue. Baik menangisi dosa-dosa selama kita hidup ni. Nak nangis sampai kering air mata tue pon tak pe..sebab kita menangis kerana kekasih yang betul-betul Maha Mengasihi. 

Nak dijadikan cerita, hari ini mereka bergaduh lagi. Dan perempuan itu menangis lagi. Adeh..ana cukup lemah bile dengar orang menangis ni. Nak pujuk..bukan pandai pujuk pon. Klu nak bagi pinjam bahu tue boleh la. Tapi selalunya disaat perempuan tengah nangis-nangis ni..bukan boley pujuk. Nanti makin teruk ade la. So..bagi die masa tuk bersendirian la kan. Tapi..bila da menjerit-jerit dan keluar bunyi hentakan pada dinding dan meja segala..risau la kitorang. Kawan-kawan si perempuan ni pun risau juge. Ketuk-ketuk pintu..tapi perempuan nie tak mo bukak. Kitorang dah fikir macam-macam la. Hopefully die tak amik tindakan bodoh dengan bunuh diri. Haishhh..tak sayang diri la kalau macam tue. Masa nie ana nak turun gi usrah kubra. Hati memang tak tenang betul. 

Bile habis je usrah kubra, ana pun jalan laju-laju. Naik tangga sampai semput tak cukup nafas. Then..i saw..lembaga berbaju putih duduk mengadap tingkap bilik perempuan tadi. Adoyai..mamat nie memang la. Jumpe Umi dan K.V yang sedang rancak bercerita. Jumpe Hamizah dan Izzah juge tak lama selepas tue. Then, Meeza pun kol p.guard. P.guard pon datang. Then..kitorang terkejut lagi bila dimaklumkan bahawa perempuan tu takde pon dalam bilik. Bilik die kosong dan lelaki tadi tidak mahu berganjak pulang. Menangis macam nak penuhkan longkang tepi blok dengan air mata. Adehhh. Gempur blok..dan perempuan tadi ada dibilik kawan dia lagi sorang. Sudah tido dengan penuh keletihan sebab menjerit-jerit dan menangis-nangis dari petang. Cian betul. Ikut cerita Noreen, dalam pukul 10 lebey..dengar lelaki dan perempuan bergaduh dengan sangat dan Noreen tak tahu nak buat apa sebab ana dan Umi takde. Cian Noreen. Die ingat lelaki tadi masuk blok.

Actually da penat nak cite...secara kesimpulannya...lelaki tue sakit mental. Hahahaha. Bila cemburu tak bertempat macam nie la jadinya. Belum kawen pun..semua die nak kawal. Ingat protective ke macam tue?? Ingat macho la sanggup tunggu awek, biar berhujan dan berpanas, bersejuk dan bergelap, berlapar dan berdahaga. Rasenye perempuan tue dah lama nak mintak putus, tapi disebabkan dia dapat lelaki sebegitu...gaduh la macam mana pun..dia takkan lepaskan perempuan tu. Konon-konon sayang betul. Konon-konon sehidup semati. Konon-konon susah senang bersama. Ciankan perempuan tuh. Makan hati je la. Takyah makan nasi.

Cite nie tak habis lagi sebenarnya. Kan lelaki tadi tak nak berganjak kan?? So..P.guard, pengetua dan kawan-kawan lelaki tadi sudah berusaha untuk pujuk. Die kata..die okey..then bangun dan berjalan dengan lemah longlai..tibe-tibe..die berlari dengan hiper duper speed. Terkejut betul. Kawan-kawan die dan p.guard pon kejar. Tapi disebabkan die macam ahli sukan yang masuk marathon..sekejap je die lesap. Kini dia menjadi MISTERI. Gerakan p.guard satu UTM sudah dilancarkan. Hopefully die lebih sayangkan nyawa dia dari perempuan tadi. Kereta die masih didepan blok ni. Kami berjaga-jaga juge. Menjaga keselamatan perempuan tadi dan menjaga keselamatan diri sendiri. Bila seorang lelaki sedang marah..jangan kau duga tahapnya. Kecut perut jugak nih. Tak mahu la kisah ni bersambung di muka depan berita metro dengan tajuk berita :: "Mayat lelaki dijumpai di Tasik UTM gara-gara putus cinta." Aduyai..Thrill la mamat nih. Hopefully mereka akan settle down secara professional. No heart feeling. Hmm..Boleh ke??

Pernah dengar pasal HARAKIRI tak?? Harakiri nie merupakan satu budaya tidak sihat di negara matahari terbit. Dimana mereka menganggap bunuh diri ini adalah sesuatu yang cantik dan ikhlas. Tahape-hape kan?? Nak tahu lebih lanjut?? Sile la tanye en.google atau en.wikipedia. Ana pun tak tahu sangat. Kalau cek statistik..Jepun la negara yang paling tinggi kes bunuh diri. Dari golongan muda sehinggalah ke golongan kanak-kanak. Tau tak sebab ape?? Sebab mereka tiada pegangan agama. Nampak tak disini..betapa pentingnya agama dalam diri manusia?? Sebabnye.. Allah dah jadikan agama itu adalah fitrah dalam diri manusia. Asas agama tue sendiri adalah aqidah yakni kepercayaan. Sekiranya kepercayaan dan keimanan kita kepada Allah teguh, kukuh, utuh dan tidak akan terurai walau apa cara sekali pun...takde la fikir nak bunuh-bunuh diri nie. Setakat putus cinta~cinta Allah takkan putus pun untuk kita. Dosa kita setinggi gunung pun, masih lagi ada pintu taubat yang Allah bukakan. Allah sentiasa dekat dengan kita...kita je tak sedar. Lihatlah alam ini..lihatlah semua yang berlaku dalam hidup kita dengan mata hati..insyaAllah kita akan yakin dengan seyakin-yakinnya yang Allah sannnngggggggattttttttttt sayang kita. Ya Allah..sejauh mana cintaku untukmu??

Andainya dapat ku menulis
Nota-nota cinta buat diriNya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga yang indah berseri

Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya padaNya
Kasehku tulus buatNya
Setiaku balas kasihNya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buatNya
Akurku kebesaranNya
Teragung Maha SuciNya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasihNya tak pernah akan musnah
Belas rahmatNya terus mencurah-curah
Nur hidayahNya semakin cerah

Nota Cinta (NC) :: Saujana

9 comments:

Owh! ingatkan ape yg blaku smalam...ini rupanya..emm

 

dayus gak laki tuh...

menjatuhkan maruah lelaki je...huhu~

 

en.Adam ~Ingatkan datang nak tolong pujuk n bgi psikologi kat budak tuh. =(

Yamashita Kaito ~ Nk buat cane. Semua orang tak perfect dalam semua perkara. Ana, enta, mereka, dia..semua orang la..msti ad kekurgn diri. Biarlah budak chinese nie kalah dengan emosi, jangan kita yang punya iman nie..ikut sama.

 

saya datang sebab ada orang ajak kluar makan, singgah situ skali...tak tau plak ada pristiwa blaku di situ...nampak kamu ada di situ, sy anggap la kamu dh beri kaunseling, siap ada p.guard lg...(~~)"

 

salam

tacing sungguh pos hang, len kali pos lg crita pengalaman sndri, pglmn lalu pon boleh jugak. skurang2nya ada la benda baru yg dikongsi. x macam org len yg wat blog tp copy paste dr blok len. bek xyah buat blok. hehe.

memglah btol punca org bnuh diri sebab xda or x kuat pegangan agama. tp itu sangatlah umum konteksnya. kiranya macam..ckp senanglah. tapi kalo kita teliti dalam lagi. sebenarnya diorang putus harapan. putus harapan sebab rasa x ada sesapa yang sayangkan mereka.

So, kita muslim lah yang bertanggungjawab, bawa dan tunjukkan dangan halus betapa Allah sangat sayangkan hambanya da menanti2 kita mengejarnya.

dengan itu taklah kita mudah menyatakan punca dan menyalahkan keadaan atas tindakan mrk.

ps. sori komen panjang sgt

 

En.Adam~Act, better if man to man talk kot.

Miss.QM~Aha!!..u got da point. 'Ptus harapan sbb rsa xde sesapa y sygkn mereka'. Sbb tu penting sbg shbt, perlu wujudkn sense of belonging. Dlu waktu sekolah, kite prnh mghdpi stuasi dimana shbt seagama sndiri nk bnuh dri dpn mata. Puncanya masih lelaki (Bru cinta monyet kot). Sorang gne gunting smbil dihunuskn ke dada dan seorang lg gne pisau tuk kelar nadi kt tgn. Haishhh..seram tau. Kecik2 suda berani.

Bila org brcinta, die mmg da tak nmpak org skeliling. Tak sedar pun die punya shbt2 y sgt sygkn dia..sgt prlukan dia. Tak fikir pasal family pun. Huhuhu. Mslh jugk tu. Mcm kisah cinta Qaisy dan Laila jgk..sanggup bkorbn apa shj asalkn dapt brsama. Dunia ini bgai mereka je y punya. Wusssshh. Parah2x..

Kesimpulannya..carilah cinta tanpa syarat. Cinta Allah~msih mmberi kita udara untk dihirup biarpn diri dipenuhi dosa. Cinta Allah~sumber cinta segalanya.

 

memang thrill.
banyak perkataan "die" dalam ni.
apa pun, wa salute ngan mamat tu. mcm mana 'die' boleh masuk U.

 

salam...
just pass by to drop comment...spt biase bila membace artikel2 di sini terase menjadi keanak2 kan sebentar...=)
Gaya penulisan yang kelakar dan santai menjadi daya penarik untuk terus mengikuti tulisan nti..
semoga dapat mengekalkannya untuk hari2 mendatang..dan selamat menghadapi final...
dah besar dah anak dara nie..dlu2 tgk mcm bdk kecik aje..(^_~)

Hepy studying...

 

en.LPI~stlah mnekan ctrl+F+'die', dpt detect 13 word 'die' trsebut. xsedar kot. tp xbermakna nk mendoakn bdk chinise trsbut..nie namanya mengingati mati. hehe

en.hadi~Lain orang lain cara, lain orang lain kelebihannya. Ana xde kelebihan nk mengulas panjang sesuatu prkara sbb ana bukan jenis 'pemikiran kritikal'. I.Allah ini y ana mampu..btw, Ayat akhir nta..mcm ayat seorang ayah2 o p.cik2. hahaha.