Yahhh!! Kuat!!

Baru lepas pembentangan projek digit dan satu test. Mungkin sedikit mengecewakan. Mari salahkan diri sendiri. Semua orang mari salahkan ana. Huhuhu. Ini namanya kekecewaan dan mengecewakan orang. Perasaan sendiri tak kisah. Perasaan mengecewakan orang itu yang dikisahkan. Sem ini, statistic mencatatkan rekod paling tinggi kerana telah mengecewakan n>15 orang dalam pelbagai macam perkara. Sedikit perit saat sukar untuk memenangi semula kepercayaan orang lain. Maaf berjuta dan beribu kali maaf dari lubuk hati yang paling dalam.

Ini ujian. Allah mengajar ana erti sabar. Sabar dan terus sabar. Dan Dia bukan hanya mengajar erti sabar, tetapi mengajar erti pergantungan kepadaNya, maaf dan memaafkan, tawakal setelah berusaha, ikhlas dalam segala hal, perbetulkan niat dalam segala amal serta kuat dan terus kuat. Dia mengingatkan juga bahawa perancangan dan tanggungjawab itu begitu penting. Andai terdapat kekangan yang tak dapat dielakkan, perlunya kepada beberapa perancangan supaya tanggungjawab tetap dilaksanakan pada waktu yang ditetapkan. Sedar diri ini masih banyak kekurangan dan kelemaahannya. Masih bannnyyyyaaaaakkkkkkkkk.

Esok ada lagi satu pembentangan, lusa ada lagi 1 test dan tulat perlu menyiap bukukan segala laporan kelab. InsyaAllah, sentiasa akan mencuba yang terbaik. Semoga Allah bantu dalam setiap yang dilakukan. Tekak mula bertukar rasa, badan kian bertukar suhu, mata kian berselirat urat. Minggu yang memerlukan pengorbanan waktu tidur. Yahhhh!!! kuat!!

"Letih tubuh di dalam perjalanan,
Saat hujan dan badai merasuki badan,
Namun jiwa harus terus bertahan,
kerna perjalanan masih panjang"

10 comments:

"wahai tentera Allah bertahanlah
jangan menangis walau jasadmu terluka
sebelum engkau bergelar syuhada
tetaplah bertahan dan bersiap siagalah"

 

Salam. Hihi, dun worry. Kalo wat keje ikhlas, cpat atau lambat Allah akan balas. Jgn la rasa penat tu sia2 semuanya. Kte memng kne kuat tp jgn lupa Allah suruh kita jaga diri jugak.

 
...:::biru itu indah:::...

~Peecha..

b'thn ea??
jgn putus asa...
truskn usaha...
:)

 

Assalamualaikum...
Kak Long!!!
Hello???Masih ada kah kamu..???
Hehe...

Sakit itu biasa...
Resah dan Gelisah itu lagi la biasa...
Sedih itu teramat biasa....
Namun..hakikatnya..Allah sedang menguji kak Long...

Kerana Dia saaaaannnngggggaaatttt..sayang kite-kite semua...^_^
~

 

nasihat kepada diri.. tempat rehat adalah di syurga.

 

mekasih sume..tbe2 terharu dgn nasihat2x y diberi. tocei2x. I.Allah. Semoga kite semua sama2 diberi kekuatan oleh Allah. Amiiinn. Skrg nie musim jrebu..jge ksihatan ye smua. Bykkn minum air masak. Kurangkn mrempit djalanan. ^_^

 

i like merempit...^.^

 

rempit2 jugak, tuhan jgn lupa..

 

hmm..betul2x..Allah jgn lupe. Selalulah ingat kematian saat nda merempit. Jgn ingt org trsayang je k.