Manja bangat!

tett..tett...tett..tett..Mesej masuk ke inbox. 
Makluman untuk kelas Tafaqquh 
Diadakan setiap petang jam 5
Hari Isnin sampai Jumaat
tempat bilik Al-Ghazali, Pusat Islam UTM (MSI)

Yey..kelas tafaqquh datang lagi
Kali nie semangat nak penuhkan sem ni
dengan kelas-kelas agama kat MSI
Biasala..orang tak banyak ilmu..
kene belajar la kan?
Biar penuh ilmu didada kata orang.
^_^

Lah..ko kan budak engineering?
Buat apa pi kuliah agama?
Buku-buku letrik yang tebal tue pon ko tak sentuh lagi
Biar la budak-budak yang belajar agama je pi sana!

Siapa kata budak engineering tak perlu pergi kelas agama?
Budak engineering pun iman selalu turun naik jugak
Bukan iman sederas elektron yang mengalir dalam wayar
Bukan ada resistor yang mampu menahan segala nafsu
Bukan sentiasa ditebat dari hasutan syaitan
Bukan ada filter yang boleh tapis segala dosa-dosa
Hakikat budak engineering juga manusia biasa
huhuhhu
T_T

Oh ya..setiap pagi pun ade kuliah juga
Kuliah Hadith, jam 7.30 pagi
Isnin sampai jumaat

Disebabkan sem lepas, kelas penuh waktu pagi
jarang ada kesempatan untuk pi kuliah hadith
tapi sem ni, Isnin dan Jumaat sahaja kelas pukul 8
Yang lain, kelas mula jam 9
Boley la pi kuliah Hadith!

Ala..jauhnya MSI nih
Takde kenderaan pulak tu
ALASAN!
Oh..alasan ini yang perlu ditangkis
1st year dulu
Siap boleh pi latihan taekwando kat dewan KTF yang jauh tu
dengan hanya berjalan kaki!!
Kenapa nak ke MSI jalan kaki tak boleh?
15 minit je pon
Kalau jalan laju-laju sikit, 10 minit da boleh sampai
Ala-ala amazing race sikit, 5 minit pon boleh
Ni tak..
Manja sangat!


Stop being manja! (gambar Ira y cumil)

Manja setelah boleh meminjam motor sahabat untuk merempit
Manja setelah sahabat-sahabat ada kenderaan untuk dibawa kesana kesini
Hah!!
Manjakan la diri tu sangat
Nak jalan kaki jauh-jauh pun
dah jadi malas
Habis tue
macam mana nak tunaikan azam
untuk penuhkan sem nie dengan kuliah-kuliah ilmu?
Cuba lawan nikmat kesenangan tue sikit
Ujian je semua tue..
UJIAN

HOHOHOHOHOH
Sila jangan manjakan diri
Fighto with nafsu!
Chaiyok2x

 Kesenangan kadang melalaikan

"Sayang, ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi, 
nescaya ia tidak akan suka dengan kerendahan.
Kenalkan ia kepada kemuliaan,
nescaya ia akan membenci kehinaan.
Rasakanlah kepadanya kesenangan rohani yang besar,
nescaya ia akan meremehkan kesenangan jasmani yang kecil"
~bunda Ena~

       

Ole-ole dari bunda

Alhamdulillah, baru selesai membaca post terbaru "ole-ole untuk kamu dari bunda" di SINI. Kali ini ia dipenuhi dengan kasih sayang dan dilimpahi rasa rindu. Sebak. Bunda menunaikan janjinya. Janji yang memberi kekuatan pada anak-anak didik bunda sendiri terutamanya. Juga janji yang memerlukan kami memuhasabah dan mengkoreksi diri. Masih banyak lompang-lompang yang sepatutnya diperbaiki dengan mujahadah terhadap diri dan secara kerasnya terhadap nafsu.

" Ini dia si tiram-tiram yang nantinya akan menjadi mutiara, ini dia permata-permata yang bersinar yang perlu di gilap sedikit lagi, ini dia beluncas yang nantinya akan menjadi rerama indah di laman daulah islamiyyah, ini dia si pengganti yang lebih baik dari diriku sendiri yang akan meneruskan perjuangan di sini setelah aku pergi dari medan UTM ini, ini dia bakal murabbiyah murabiyyah yang akan membina manusia saat tiada lagi generasi terawal," -Monolog si Bunda Ena

Terasa hati sayu. Harapan bunda -- jadi si mutiara dan rerama indah. Layakkah ana?? Kalau difikir-fikir, didarab bahagi, ditambah tolak..sebetulnya..ana masih jauh lagi untuk melestarikan harapan bunda. Langkah yang diambil ini masih kecil, perjalanan masih jauh. Kadang tersungkur dek keindahan dunia, kadang ditimpa jahatnya nafsu, kadang hanyut dek bisikan iblis. Lemahnya diri saat berhadapan dengan dugaan yang menguji iman. Ya..semuanya memerlukan mujahadah! Mujahadah yang kuat! Harus kuat! harus betul-betul KUAT!

nota terakhir dari bunda (Jangan banyak gelak ditekankan disitu ye!)

Kenapa rasa sedih dengan diri sendiri ya? *Sigh* Ye..ana sudah ditarbiyyah. Ditarbiyyah untuk menjadi pejuang agama Allah. Ditarbiyyah untuk meninggikan Islam ditempatnya. Lantas..mana hasilnya?? Oh..tipulah kalau kata tiada hasil. Buktinya..Banyak juga perubahan yang telah ana lakukan. Namun masih banyak juga kelemahan yang perlu diperbaiki. Masiihhh Bannnyyyyaaaaakkk. Lagi sekali...ia memerlukan mujahadah. Mujahadah yang disertakan kefahaman dan niat yang ikhlas kerana Allah. Baru betul-betul bermakna. Baiklah..baiklah..Nafisah..sila berusaha!!! Gambate!!!

Sejak akhir-akhir ini, terasa sungguh memanjakan diri. Memberi keenakan buat si dia yang bernama nafsu. Padahal..perjuangan perlukan pengorbanan. Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Usah difikir soal memuaskan diri sendiri. Tanggungjawab masih lagi beratur menanti dengan barisan yang sangat panjang. Sekarang, kita sebagai pelajar dan anak. Nantinya bertukar status menjadi komuniti dalam masyarakat, pekerja buat syarikat, isteri buat suami, ibu buat anak-anak. Bagaimana kita membentuk peribadi kita sekarang, bakal membentuk peribadi generasi-generasi akan datang. Macam membuat kuih apam, kalau acuannya bulat, apam yang dihasilkan juga akan berbentuk bulat. See. Setiap dari anda adalah orang yang perlu memainkan peranan penting tidak kira la dalam apa jua komuniti.

Hmmm..Kata orang, hari-hari yang mendatang perlu lebih baik dari hari-hari yang berlalu. Ya..kita perlu berusaha ke arah itu. Kelemahan-kelemahan yang ada jangan dijadikan alasan untuk menyepikan diri. Terus mengasah kelebihan demi kelebihan supaya dapat disumbangkan dalam perjalanan perjuangan yang masih panjang. Perlu sentiasa memuhasabah diri. Eh..perjuangan apa ni?? Perjuangan kita menegakkan Islam laaa. Kamu orang apa?? Orang Islam kan?? Betul Islam?? Ke Islam atas sekadar nama je ni??? Betul..betul kamu ni Islam??? So..buktikan la dengan berjuang atas nama Islam. Takkan la sanggup bersenang lenang melihat masyarakat sekarang yang bergelumang dengan dosa?? Kalau mereka tidak faham..kita fahamkan, kalau mereka tidak tahu.. kita ajarkan. Kalau kita tidak tahu?? Maka.. kita yang perlu BELAJAR. InsyaAllah.. sama-sama kita belajar. Membaiki diri, menambah amalan serta istiqomah dengan setiap perubahan. Ingatlah, setiap amal yang kita lakukan, akan dinilai walaupun hanya sebesar zarah.

Zaman sekolah dulu-dulu

Entry ini atas janji kepada En.As @ Nat Cure dalam formspring:

('2 months ago' ye..maaf la)

Mari mengenali Zaman Sekolah SN

sn~duduk 2 dari kanan

Gambar diatas merupakan gambar waktu sekolah agama sebelah pagi.
Pergi kelas, main-main, dengar ustazah ajar, main-main, main-main dan main-main.
^_^
Paling suka dengan kelas Khat
Hanya menggunakan pensel 2b yang diraut rata
dan baju sekolah akan bertukar hitam dek kerana karbon yang bersepah

sn ~duduk 3 dari kiri (Kerusi tak muat. Duduk sempit-sempit)

SK Sungai Raya, Kampung Kepayang
Darjah 1 sampi darjah 3
Pn Roslidah setia menjadi guru kelas
Mula-mula takut dengan beliau
Sehinggakan ponteng sekolah selama 6 bulan
Penat abi pujuk. Beli baju baru..tak jalan
Beli beg baru..tak jalan
Beli kasut baru..tak jalan jugak
Eh..budak nie nak jadi apa tak pergi sekolah??

Lepas dibelikan buku teks bahasa melayu
Baru nak pi sekolah semula
=P
semuanya disebabkan bertukar sekolah ke sekolah baru
dalam pertengahan bulan dua macam tu
Semua orang sudah ada geng masing-masing
dan ana takde kawan langsung
sedey T_T
Lepas abi hantar kat pintu pagar, abi terus balik 
abi memang ajar anak dia berdikari betul
dah la tak tau kelas apa dan dimana
terkontang kanting ana seorang diri
tibe-tibe Aizat BT Sirajuddin datang
ana pun kata la "Kite tak tau nak masuk kelas mane"
Aizat kata "jom la masuk kelas kite. Kelas 1 Kenanga"
Pastu, ana pun main masuk je la. Dah orang ajak.
Hahaha
Suke hati je kan??
Waktu cikgu Roslidah masuk kelas, beliau yang daftarkan
dan bagi buku teks SPBT.
Tetapi disebabkan buku teks bahasa melayu sudah habis
beliau lupa yang beliau belum bagi
So, setiap kali kelas Bahasa Melayu
asyik kene marah je sebab takde buku teks subjek berkenaan
Padahal yang ajar kelas tu, Pn.Roslidah sendiri
Huhuhu
Setiap kali ana kata, "Cikgu tak bagi lagi buku tu"
Beliau akan pertahankan bahawa beliau sudah bagi
Ana pun tertekan la
tu yang tak mau pi sekolah tu
Hehehehe
semata-mata kerana sebuah buku

sn~1st berdiri dari kanan (Awat tudung kedepan sangat tu?? Hahaha. Selekeh!)

Naik darjah 4-6
belajar sesi pagi
Masih di SK Sungai Raya.
Paling tak dapat dilupakan
kelas pertama bahasa inggeris
kena penampar yang kuat
badan yang kecil sedikit terhuyung hayang
waktu ni..terpampan sebentar
Hah..lain kali main-main lagi dalam kelas
=(
(First time kene makan penampar, memang la tak leh lupa. 
Abi pun tak pernah nak naikkan tangan kat anak-anak dia)
Huhuhu

sn~ berdiri di barisan kedua (6 dari kiri dan kanan)

SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah
Asalnya sekolah lelaki
Tetapi setelah kementerian mewujudkan kelas RK dan RKA
maka wujudlah kami yang bernama perempuan
tetapi
6 kelas yang lainnya - kelas s, u, l, t, a, n
semuanya lelaki
makanya 
majoriti adalah lelaki
masalah ye disitu!

sn~ Duduk 3 dari kanan

Form 4
Bertukar ke SMKA Slim River
4 Jabir
Seronok
Pertukaran budaya secara mendadak
jadi editor tuk majalah sekolah, briged max recall, ketua dorm,
PRS, PBSM
kawan-kawan yang happening
Tapi tak lama
berpisah kemudiannya



sn ~ row kedua, 10 dari kiri

MRSM Lenggong
Form 4-5
Meninggalkan semua taklifan
menjadi rakyat biasa
Sistem asrama yang berbeza
takde dorm ramai-ramai
yang tak bestnya
sekolah yang jauh dari pekan
dikelilingi hutan
nak ke bandar atau balik kampung, kene naik bus roller coster
Waktu ni, takde lagi jalan raya yang lurus dari Kuala Kangsar ke Lenggong
Huhuhu
Tapi
masih menjumpai mereka-mereka yang happening
^_^
                                                            

Baiklah..Misz Lyla buat ana homesick

Disebabkan Misz Lyla sedang bercuti dirumah dengan broadband yang baru dibeli awal sem 2 di matrik.. beliau rajin mengupdate blog beliau (http://cahayaketenanganmalam.blogspot.com). Tetibe..entry ini menerjah keluar..membuatkan hati ana membuak-buak rasa mahu pulang ke rumah. Home sweet home.. huhuhu..Meh kite copy entry beliau..

..Sweet Couple ok tak?...

Lamanya aku dok pikr nak bagi title apa untuk entry kali ni..

erm..saya..*(nak guna kata ganti nama diri pertama lah) saya sangat kesian dengan umi@bonda@mama@mak saya sebab dia sedang mengalami kesakitan pada giginya..hari tu dah mintak mc katbig boss@PM@ayah@papa@abi kat umah nak gi klinik..dah buat rawatan pun..tapi gigi umi saya masih sakit..umi pun tak ada selera nak makan apatah lagi nak memasak..(ohh..sebab itulah kami di rumah turut menerima kesan di atas kesakitan yang umi alami) 

Tapi yang bestnya,saya dapat melihat aksi-aksi manja umi dengan PM mengadu pasal giginya yang sakit..owh, bukan selalu aksi-aksi ini terjadi..PM pun mula tunjukkan keprihatinan beliau dengan memberi nasihat ala-ala doktor dan mencarikan bubur special untuk umi makan dari segenap pelusuk negeri.

eh,tapi kan,umi dan PM makin romantik sejak anak-anak mereka merantau jauh mencair ilmu..eh..mencari ilmu..
anak perempuan pertama ke Selangor (yg ini ikut suami),yang kedua di Johor, yang ketiga di Kedah, yang keempat dan kelima bersekolah asrama.so,tinggal umi dan PM nya di rumah agam milik mereka.oopss..lupa pulak,anak teruna sorang ni a.k.a 'the only abang in the family' a.k.a 'along yang banyak menolong'.even he is at home,tapi kesibukannya kerja mengalahkan despatch KLIA..outstation sana-sini, bawak awek@RXZ miliknya kuar jejalan..jadi,dah jeles  sejelasnya yang umi dan PM tinggal berdua sahaja dirumah dan yang bestnya they share their hobbies together in da evening.
kalau x caya bley datang umah dan tengok berapa banyak pokok yang dey'all dah tanam..fuhh..bila saya balik holiday je mesti ada 'creature' baru di halaman rumah..

hmm...my parents x de la bercinta dulu2..kenal camtu je terus kawen..PM pun x lah romantik mana..cinta dan sayang tetap ada walaupun tidak diluahkan dalam bentuk kata-kata..
p/s:lelaki yg romantik ni bley dipercayai ke or dtg dari spesies buaya darat? 

 Winduuuu dengan sannggaaattt

:::Wishing..Selamat Hari Lahir:::
12/1~Hari Lahir Mariatun Qibtiah
13/1~Hari Lahir Muhammad Faruq
19/1~Hari Lahir Nurdiyana
24/1~Hari Lahir Pn.Halidah isteri En.Jasni

Apakah ini sanskrit??

Sedang mem'print' nota-nota kuliah untuk subjek Microprocessor
laptop ana jem la pulak
cursor statik satu tempat tidak bergerak-gerak
Apo kono eh jang??
Disebabkan itu
Sistem pem'print'nan turut memberhentikan dirinya
Baiklah..
Macam biasa..kalau laptop buat hal macam ni
Ana terpaksa berlaku kejam!!!
Hahaha (gelak jahat)
Mari cabut wayar!!

Maka 'black out' pun berlaku
Bila swicth on semula
Masuk window macam biasa
Tiba-tiba printer menyambung tugasnya semula
Okey.baguslah
printer yang baik
bagus-bagus
Ni yang sayang printer nih

Lepas solat subuh+matsurat sama Cik Umi
Cik Umi membelek-belek hasil printer tersebut
Ni bahasa apa ni??
Sanskrit ke??

Hah???
Blank otak seketika..
Waaawaaaawaaaa
Printer..ko ni jahat. 

Errrkkk???

Tengok la bahasa apa yang keluar ni

Memang tak faham
bila tengok balik nota asal
Takde masalah pun
Lagipun
nota asal dalam format PDF
Kok bisa bertukar wording nya ya??
Huhuhu
Pembaziran kertas dan ink yang banyak!!!
Printer pening setelah berlaku 'black out buatan tangan gatal Cik Nafisah'
Sekian Terima Kasih

           

Sajida dan Umminya

Alhamdulillah
Semalam dan hari ini rezeki mencurah-curah ke ladang gandum.

*Semalam*
Nando's JJ Bukit Indah
1st time makan disini ~ uh .. Sos dia masam. Tapi ayam dia sedappp

Eh..jauhnya pi makan sampai JJ Bukit Indah??
^_^

Semalam keluar dating sama Aisyah, Sajida dan Ummi Sajida, Pn Nurul Asyikin.
Sudah lama tidak ketemu sama Pn.Nurul disebabkan cuti sem
Last jumpa waktu Kem Pembentukan JKM KTC
Kami group sekali waktu main PaintBall 
Kecuali Sajida yang hanya menjadi penyokong setia Ummi dia =)

Siapa gerangan Ummi Sajida ni??
Beliau merupakan Felo KTC yang anggun lagi jelita
Tengok la..
Sajida cumil, Ummi dia pon mesti cumil =)
kan...kan..kan

Jom tengok gelagat Sajida
Uh??

Jap Eaaa..

Wekkk..

Hahaha. Habis la..lepas nie..klu Ummi Sajida tanya siapa yang ajar..
jangan kata K.Aisyah ngan K.Nafisah tau..
eh??
Kakak ke??
Mungkin sudah layak menggelarkan diri as Mak Cik
Sila sedar diri
@_@

*Hari ini*
Umi Kalsom: Cha, Aisyah call tadi. Dia kata kejap lagi Pn.Nurul nak hantar makanan.
Nafisah: Hah?? Oh..okey-okey
**
Teringat masa kat JJ Bukit Indah
Pn.Nurul: Hmm..Nafisah suka makan apa??
Nafisah: Huh?? Hmm..suka makan masak lemak cili padi. Cha suka pedas-pedas, tapi Pn.Nurul kan tak suka pedas??
Pn.Nurul: Suami saya suka makan asam pedas. Saya nak masak asam pedas la. Nanti bley bagi sikit kat kamu berdua

Mula-mula ingat Pn.Nurul bergurau je..sebab Pn.Nurul dah belanja Nando's, ditambah dengan roti kat Auntie Anne yang sedap, dengan bekalan Apple 8 biji yang rangup..
So..takde la harap sangat dengan Asam Pedas
***
Sekali..
Pn.Nurul menghantarnya sendiri sampai ke bilik
Terharu T_T
sob..sob..sob
Serba salah pun ada
Disebabkan JPA tak masuk lagi
Kami tak mampu menolak
Ececeh

Cuba teka, apa isi dalam bekas??

Yaa..itu dia, 'asam pedas+nenas' bersama telur masin dan kacang kelisa

Sedap sangat.
Betul-betul sedap.
Sedap betul-betul la..
Patut la jadi favorite suami Pn.Nurul
Ana yang 1st time makan asam pedas+nenas ni
terus jatuh cinta
Pedas..pedas..manis..sebab nenas dia manis..
Sedap..sampai kene masak lagi 2 pot nasi
Alhamdulillah..rezeki buat Aisyah, Umi dan Intan skali

~Buat Pn.Nurul yang sweet~
Terima Kasih Tidak Terhingga
Moga dilimpahkan rezeki
Diberi kesihatan yang baik
Dikurniakan keluarga yang bahagia
dan Anak-anak (3 orang Powerpuff gurlz) membesar anggun, bijak dan solehah
Amiiin

      

Sumimasen

Langit indah pagi ni, seindah sang mentari yang menanti waktu untuk menjalankan tugasnya. Embun mulai hilang dengan perubahan suhu kitaran pagi dan malam. Haruman segar dari sang rumput, udara yang nyaman, pemandangan yang indah serta lagu cicipan merdu dari sang burung, memberi ketenangan buat sekeping hati. Alhamdulillah, pagi ini masih diberi pinjaman nyawa oleh Tuhan sekalian alam. Berkira-kira untuk menjadi lebih puitis dan romantis pagi ini. Hehehe. Yek yeee je kan Nafisah ni.

Akhir-akhir ni, masalah komunikasi sering berlaku ye. Disebabkan kehilangan hp, hidup sedikit huru hara. Pada mulanya..tak kisah pon takde hp. Ana masih bahagia. Tetapi..bila teringat masih banyak tanggungjawab yang bersisa, pening jugak. Lagi sekali, ana kehilangan no semua orang. Kalau dulu hp Sony Ericsson K660i selalu meragam dan merajuk, membuatkan ana lelah dan RM200++ terbang semata-mata nak hilangkan rajuknya, kini hp pemberian along, Nokia  N79 pula lesap. Sedih sangat. Perlu tunggu cuti raya cina untuk K660i kembali ke pangkuan.

Tinggal gambar kenangan ~ bye2 N79 

K660i..Selepas raya cina, sila kembali berkhidmat!

Sepanjang ketiadaan hp, ana ingin memohon maaf kepada Cik Azzyaty dan Cik Solehah. Dua orang budak kecik yang telah berusaha dan mencari jalan untuk berhubung dengan akak mereka yang comot serta telah mengambil masa mereka diwaktu cuti menyiapkan kertas kerja. Maaf juga kepada Cik Umi Kalsom yang setia menjadi operator dan penyampai maklumat tidak bertauliah buat jiran bilik yang selalu bermasalah. Hehe. Sesibuk mana pun kamuuu..kamuuu tetap meluangkan masa tuk kite. Mekasih Cik umi..Dan maaf juga buat mereka-mereka yang pening kepala..'Eh..siapa yang guna no Cik Atikah ni sebenarnya?? Tadi suara orang lain, sekarang suara cik Sutriana lak. Pening..pening'. Maaf dengan sangat. Sekarang sudah guna no lama. No Cik Atikah sudah dipulangkan. Juga tidak perlu menyusahkan Cik Umi untuk mencari Cik Nafisah. Boley terus contact ana ye sekarang.

Kini sedang guna hp pinjaman dari Cik Umi Kalsom. Beliau ada 3 hp ye dan ana telah merembat 1. Alhamdulillah.. ada jugak hp kan. Tapi..agak leceh la. Disebabkan Ana ni seorang yang famous =P, mesej selalu keluar masuk. Inbox always 'no space for new msg'. Kene delete inbox selalu. Kadang-kadang jem sampai semua msg tak sampai kat semua orang. Oh..ni sangat sedey ye. Tapi..bersyukur lah Cik Nafisah. Maaf la pada semua yang berkenaan. Maklumat tak sampai dengan sepatutnya. Sila call untuk kecepatan maklumat yang tidak kesampaian. Sumimasen=(  sumi.. sumi.. sumi.. eh..bukan sumi yang jelly2 tue tau..sumimasen ini..maaf dalam bahasa Jepun.

Cakap pasal Jepun nie..cuti sem yang lepas, ana ngan Aisyah jadi urusetia bagi 300 orang pelajar Jepun yang datang melawat UTM. Best. Dapat 8 orang adik-adik jepun yang baik-baik dan sopan. Umur mereka 13 ke 14 tahun. Tapi..mereka nampak matured ye!! Bile ana kata..umur dah 21 tahun, deme terkejut. Ana nie kecik sangat eh??  Masa slot aktiviti, group kami kene men gamelan. Maka..bergamelanlah kami mengikut rentak. Actually, banyak je lagi budaya-budaya lain seperti mengayam ketupat, bola jaring,  sepak takraw, kompang, dll..Dan..mengayam ketupat macam menarik, tapi disebabkan ana hanya pandai membuat ketupat sate je =P, takkan nak ajar buat ketupat bantal lak kan??? Pernah je buat, tapi selalunya akan jadi Satal (Sate+Bantal). Hahahaha

 Dewan KP yang Crowded

Hitomi Fukuno wif fren and sensei

Mitsushima Mai wif Sasaki Makoto

Kompang Tym

Baiklah..sebenarnya.. waktu nie pun mengalami masalah komunikasi jugak. Macam bercakap ngan ayam n itik. Huhu. Nak cakap bahasa melayu, deme tahu basic je. Contoh: Nama saya Yuki. Klu nak cakap bahasa inggeris, susah jugak deme nak faham. Slang bahasa yang berbeza. Klu cakap bahasa jepun lak..ana tau asas yang skema je sebab dulu mula-mula masuk UTM, bercita-cita untuk kije di Jepun. Dengan semangat pergi ke kelas Jepun. Habis stage 1, da hilang semangat lak nak sambung stage 2 dan 3. Bila sudah lama tidak mengaplikasikan Nohonggo (b.jepun) tersebut, bercakap dengan budak2 jepun tu, bercampur baurlah BI, BM dan Nohonggo. Lawak je rasanya. Nak bercerita panjang pun tak kesampaian.

~In memory~
Hitomi Fukuno, Mitsushima Mai
Sasaki Makoto, Shuto Mai
Namikawa Mayuko, Nozaki Aya
Teramoto Yukina, Inoue Ayaka

Banyak je lagi contoh-contoh masalah komunikasi yang lain. Komunikasi antara lelaki dan perempuan, muslimin dan muslimat, teruna dan dara selalunya mesti akan berlaku terutamanya dalam berorganisasi. Tak mau hurai lebey-lebey. Klu nak tau, boleh la katamkan buku 'Men from Mars, Women from Venus'. Anda akan mengiyakan setiap yang diperkatakan. Ye ke?? Hehehe. Ana pun tak sure sebab tak habis lagi baca. Kikiki.

Masalah komunikasi ana ~ Kalau jantung ana berdebar-debar, pendek katanya gemuruh..susun atur kata ana jadi tak betul. Sebab tu ana tak suka bercakap dihadapan. Idea entah ke mana, ayat tunggang langgang. Akhirnya, apa yang nak disampaikan, tak kesampaian. Nak cakap benda lain, keluar benda lain. Ce bagi cadangan macam mana ana nak selesaikan masalah ana ni???