Ole-ole dari bunda

Alhamdulillah, baru selesai membaca post terbaru "ole-ole untuk kamu dari bunda" di SINI. Kali ini ia dipenuhi dengan kasih sayang dan dilimpahi rasa rindu. Sebak. Bunda menunaikan janjinya. Janji yang memberi kekuatan pada anak-anak didik bunda sendiri terutamanya. Juga janji yang memerlukan kami memuhasabah dan mengkoreksi diri. Masih banyak lompang-lompang yang sepatutnya diperbaiki dengan mujahadah terhadap diri dan secara kerasnya terhadap nafsu.

" Ini dia si tiram-tiram yang nantinya akan menjadi mutiara, ini dia permata-permata yang bersinar yang perlu di gilap sedikit lagi, ini dia beluncas yang nantinya akan menjadi rerama indah di laman daulah islamiyyah, ini dia si pengganti yang lebih baik dari diriku sendiri yang akan meneruskan perjuangan di sini setelah aku pergi dari medan UTM ini, ini dia bakal murabbiyah murabiyyah yang akan membina manusia saat tiada lagi generasi terawal," -Monolog si Bunda Ena

Terasa hati sayu. Harapan bunda -- jadi si mutiara dan rerama indah. Layakkah ana?? Kalau difikir-fikir, didarab bahagi, ditambah tolak..sebetulnya..ana masih jauh lagi untuk melestarikan harapan bunda. Langkah yang diambil ini masih kecil, perjalanan masih jauh. Kadang tersungkur dek keindahan dunia, kadang ditimpa jahatnya nafsu, kadang hanyut dek bisikan iblis. Lemahnya diri saat berhadapan dengan dugaan yang menguji iman. Ya..semuanya memerlukan mujahadah! Mujahadah yang kuat! Harus kuat! harus betul-betul KUAT!

nota terakhir dari bunda (Jangan banyak gelak ditekankan disitu ye!)

Kenapa rasa sedih dengan diri sendiri ya? *Sigh* Ye..ana sudah ditarbiyyah. Ditarbiyyah untuk menjadi pejuang agama Allah. Ditarbiyyah untuk meninggikan Islam ditempatnya. Lantas..mana hasilnya?? Oh..tipulah kalau kata tiada hasil. Buktinya..Banyak juga perubahan yang telah ana lakukan. Namun masih banyak juga kelemahan yang perlu diperbaiki. Masiihhh Bannnyyyyaaaaakkk. Lagi sekali...ia memerlukan mujahadah. Mujahadah yang disertakan kefahaman dan niat yang ikhlas kerana Allah. Baru betul-betul bermakna. Baiklah..baiklah..Nafisah..sila berusaha!!! Gambate!!!

Sejak akhir-akhir ini, terasa sungguh memanjakan diri. Memberi keenakan buat si dia yang bernama nafsu. Padahal..perjuangan perlukan pengorbanan. Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Usah difikir soal memuaskan diri sendiri. Tanggungjawab masih lagi beratur menanti dengan barisan yang sangat panjang. Sekarang, kita sebagai pelajar dan anak. Nantinya bertukar status menjadi komuniti dalam masyarakat, pekerja buat syarikat, isteri buat suami, ibu buat anak-anak. Bagaimana kita membentuk peribadi kita sekarang, bakal membentuk peribadi generasi-generasi akan datang. Macam membuat kuih apam, kalau acuannya bulat, apam yang dihasilkan juga akan berbentuk bulat. See. Setiap dari anda adalah orang yang perlu memainkan peranan penting tidak kira la dalam apa jua komuniti.

Hmmm..Kata orang, hari-hari yang mendatang perlu lebih baik dari hari-hari yang berlalu. Ya..kita perlu berusaha ke arah itu. Kelemahan-kelemahan yang ada jangan dijadikan alasan untuk menyepikan diri. Terus mengasah kelebihan demi kelebihan supaya dapat disumbangkan dalam perjalanan perjuangan yang masih panjang. Perlu sentiasa memuhasabah diri. Eh..perjuangan apa ni?? Perjuangan kita menegakkan Islam laaa. Kamu orang apa?? Orang Islam kan?? Betul Islam?? Ke Islam atas sekadar nama je ni??? Betul..betul kamu ni Islam??? So..buktikan la dengan berjuang atas nama Islam. Takkan la sanggup bersenang lenang melihat masyarakat sekarang yang bergelumang dengan dosa?? Kalau mereka tidak faham..kita fahamkan, kalau mereka tidak tahu.. kita ajarkan. Kalau kita tidak tahu?? Maka.. kita yang perlu BELAJAR. InsyaAllah.. sama-sama kita belajar. Membaiki diri, menambah amalan serta istiqomah dengan setiap perubahan. Ingatlah, setiap amal yang kita lakukan, akan dinilai walaupun hanya sebesar zarah.

6 comments:

Kata oranglah kan, join program Islamik dikira berjuang. Dan belajar juga dikira berjuang. Kalau berlaku pertembungan, perlu pilih yang mane?

Lagi satu, orang selalu kate, "org2 cam kite" nie lantang bersuara, tapi pointer x seberapa. (Bahagian ni ada kebenarannya.) Seolah-olah perjuangan menjadi jenayah akademik. Bila dapat result, kite kate ini ujian daripada Allah - sampailah graduate. Nak tegakkan Islam, tapi tidak menegakkan diri. Dan akhirnya golongan ini terus dipandang serong..

Sekadar perkongsian, dan ini TIDAK melambangkan suara hati saya. Sekadar membuka minda dan menerima pendapat orang lain.

 

betul jugak tu... orang buat dakwah kene la top dalam pelajaran..
nanti jadi fitnah pada usaha dakwah yang dilakukan..

 

Hmm..Islam itu kan luas, dan mencakupi keseluruhan persoalan hayat. Salah la kalau kita katakan perjuangan Islam itu hanya dengan berdakwah. Rasulullah SAW sendiri pernah ditanya: "Apakah amalan yang paling afdal?" Maka jawab baginda: "Beriman kepada Allah dan jihad di jalan-Nya."

Jihad? Ya..Jihad. Iaitu.. mengerahkan seluruh tenaga kerana Allah. Ada pelbagai bentuk dan cara... Antaranya berperang, menginfakkan harta, melawan hawa nafsu, berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim, menuntut ilmu, dan lain-lain lagi.

Ya..Islam perlu ditegakkan. Untuk menegakkannya kita perlukan ilmu. Ilmu itu pula terbahagi kepada ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Kedua-duanya perlu kita kuasai untuk menjadi muslim yang MANTOP lagi HEBAT =).

Jika berlaku pertembungan antara 2 pilihan, kita perlu melihat yang mana satukah akan memberi lebih banyak mudarat kepada kita (boleh rujuk kot buku fiqul-alawiyat~fiqh keutamaan~tulisan Al-Qardhawi. xpun, boleh tanya senior).

Jenayah akademik ea? Macam menakutkan. Hehehe. Ni salah pengurusan diri, bukan salah buat kije dakwah. Dakwah itu tak salah. Kalau tengok orang yang sibuk berprogram, kadang2 fokus belajar akan sedikit hilang. Lebih suka berprogram. Sebab.. berprogram itu seronok dan lebih seronok dari belajar. Kan3x. Kalau la ada kredit dalam program2x universiti, mungkin dengan mudah akan dapat gred A. Kalau 1 program mewakili 3 kredit, dan setiap program berjaya dengan jayanya.. mungkin kita sudah pon boleh grad dengan flying colour.

Kesimpulannya disini, setiap dari kita yang mahu mengaktifkan diri..perlu pandai mengurus diri dan masa. Muhasabah diri kita semula. Bak kata En/Cik.Anonymous, jangan sampai kekurangan kita itu tadi, menjadi fitnah kepada Islam.

Selalu sahabat2 pesan dan ingatkan.."dakwah no 1, tapi pelajaran bukan no 2". Dua-dua sama penting. Wallahualam.

 

Haaahahaha. Panjang gile komen diatas. Mungkin boleh sambung buat post baru. =)

 

hehehe.. tu la panjang bebenor komen die.. da bole wat buku da ni.. terbit la satu buku nafisah.. =)

 

terbit buku?? Tak pernah terfikir pon. Xlaku je nnti. Kite bukn pndai menulis pon. Tulis entry tuk blog ni senang la. Tue pun..hnya menulis andai Allah bagi kesempatan masa dan limpahan idea. Klu tak..tak update jugak blog nie.