Sumimasen

Langit indah pagi ni, seindah sang mentari yang menanti waktu untuk menjalankan tugasnya. Embun mulai hilang dengan perubahan suhu kitaran pagi dan malam. Haruman segar dari sang rumput, udara yang nyaman, pemandangan yang indah serta lagu cicipan merdu dari sang burung, memberi ketenangan buat sekeping hati. Alhamdulillah, pagi ini masih diberi pinjaman nyawa oleh Tuhan sekalian alam. Berkira-kira untuk menjadi lebih puitis dan romantis pagi ini. Hehehe. Yek yeee je kan Nafisah ni.

Akhir-akhir ni, masalah komunikasi sering berlaku ye. Disebabkan kehilangan hp, hidup sedikit huru hara. Pada mulanya..tak kisah pon takde hp. Ana masih bahagia. Tetapi..bila teringat masih banyak tanggungjawab yang bersisa, pening jugak. Lagi sekali, ana kehilangan no semua orang. Kalau dulu hp Sony Ericsson K660i selalu meragam dan merajuk, membuatkan ana lelah dan RM200++ terbang semata-mata nak hilangkan rajuknya, kini hp pemberian along, Nokia  N79 pula lesap. Sedih sangat. Perlu tunggu cuti raya cina untuk K660i kembali ke pangkuan.

Tinggal gambar kenangan ~ bye2 N79 

K660i..Selepas raya cina, sila kembali berkhidmat!

Sepanjang ketiadaan hp, ana ingin memohon maaf kepada Cik Azzyaty dan Cik Solehah. Dua orang budak kecik yang telah berusaha dan mencari jalan untuk berhubung dengan akak mereka yang comot serta telah mengambil masa mereka diwaktu cuti menyiapkan kertas kerja. Maaf juga kepada Cik Umi Kalsom yang setia menjadi operator dan penyampai maklumat tidak bertauliah buat jiran bilik yang selalu bermasalah. Hehe. Sesibuk mana pun kamuuu..kamuuu tetap meluangkan masa tuk kite. Mekasih Cik umi..Dan maaf juga buat mereka-mereka yang pening kepala..'Eh..siapa yang guna no Cik Atikah ni sebenarnya?? Tadi suara orang lain, sekarang suara cik Sutriana lak. Pening..pening'. Maaf dengan sangat. Sekarang sudah guna no lama. No Cik Atikah sudah dipulangkan. Juga tidak perlu menyusahkan Cik Umi untuk mencari Cik Nafisah. Boley terus contact ana ye sekarang.

Kini sedang guna hp pinjaman dari Cik Umi Kalsom. Beliau ada 3 hp ye dan ana telah merembat 1. Alhamdulillah.. ada jugak hp kan. Tapi..agak leceh la. Disebabkan Ana ni seorang yang famous =P, mesej selalu keluar masuk. Inbox always 'no space for new msg'. Kene delete inbox selalu. Kadang-kadang jem sampai semua msg tak sampai kat semua orang. Oh..ni sangat sedey ye. Tapi..bersyukur lah Cik Nafisah. Maaf la pada semua yang berkenaan. Maklumat tak sampai dengan sepatutnya. Sila call untuk kecepatan maklumat yang tidak kesampaian. Sumimasen=(  sumi.. sumi.. sumi.. eh..bukan sumi yang jelly2 tue tau..sumimasen ini..maaf dalam bahasa Jepun.

Cakap pasal Jepun nie..cuti sem yang lepas, ana ngan Aisyah jadi urusetia bagi 300 orang pelajar Jepun yang datang melawat UTM. Best. Dapat 8 orang adik-adik jepun yang baik-baik dan sopan. Umur mereka 13 ke 14 tahun. Tapi..mereka nampak matured ye!! Bile ana kata..umur dah 21 tahun, deme terkejut. Ana nie kecik sangat eh??  Masa slot aktiviti, group kami kene men gamelan. Maka..bergamelanlah kami mengikut rentak. Actually, banyak je lagi budaya-budaya lain seperti mengayam ketupat, bola jaring,  sepak takraw, kompang, dll..Dan..mengayam ketupat macam menarik, tapi disebabkan ana hanya pandai membuat ketupat sate je =P, takkan nak ajar buat ketupat bantal lak kan??? Pernah je buat, tapi selalunya akan jadi Satal (Sate+Bantal). Hahahaha

 Dewan KP yang Crowded

Hitomi Fukuno wif fren and sensei

Mitsushima Mai wif Sasaki Makoto

Kompang Tym

Baiklah..sebenarnya.. waktu nie pun mengalami masalah komunikasi jugak. Macam bercakap ngan ayam n itik. Huhu. Nak cakap bahasa melayu, deme tahu basic je. Contoh: Nama saya Yuki. Klu nak cakap bahasa inggeris, susah jugak deme nak faham. Slang bahasa yang berbeza. Klu cakap bahasa jepun lak..ana tau asas yang skema je sebab dulu mula-mula masuk UTM, bercita-cita untuk kije di Jepun. Dengan semangat pergi ke kelas Jepun. Habis stage 1, da hilang semangat lak nak sambung stage 2 dan 3. Bila sudah lama tidak mengaplikasikan Nohonggo (b.jepun) tersebut, bercakap dengan budak2 jepun tu, bercampur baurlah BI, BM dan Nohonggo. Lawak je rasanya. Nak bercerita panjang pun tak kesampaian.

~In memory~
Hitomi Fukuno, Mitsushima Mai
Sasaki Makoto, Shuto Mai
Namikawa Mayuko, Nozaki Aya
Teramoto Yukina, Inoue Ayaka

Banyak je lagi contoh-contoh masalah komunikasi yang lain. Komunikasi antara lelaki dan perempuan, muslimin dan muslimat, teruna dan dara selalunya mesti akan berlaku terutamanya dalam berorganisasi. Tak mau hurai lebey-lebey. Klu nak tau, boleh la katamkan buku 'Men from Mars, Women from Venus'. Anda akan mengiyakan setiap yang diperkatakan. Ye ke?? Hehehe. Ana pun tak sure sebab tak habis lagi baca. Kikiki.

Masalah komunikasi ana ~ Kalau jantung ana berdebar-debar, pendek katanya gemuruh..susun atur kata ana jadi tak betul. Sebab tu ana tak suka bercakap dihadapan. Idea entah ke mana, ayat tunggang langgang. Akhirnya, apa yang nak disampaikan, tak kesampaian. Nak cakap benda lain, keluar benda lain. Ce bagi cadangan macam mana ana nak selesaikan masalah ana ni???

3 comments:

Lame rasenye tak komen kat sini.. kikiki..(sebab kakak dah jarang2 update..)
anyway, teruskan mengupdate ye.. kakak masih ada pembaca setia.. haha

 

bersabarlah di atas segala ujian Allah, ade hikmah berlakusemua nya itu.. cekal kan hati, mantapkan ketaqwaan dan iman..

 

NC~Hehehe. Maaf la. Mood update blog takde waktu cuti. Skrg baru nak merajinkan diri semula ^_^

Hi~ =)I.Allah. SYukran Emy.