Zaman sekolah dulu-dulu

Entry ini atas janji kepada En.As @ Nat Cure dalam formspring:

('2 months ago' ye..maaf la)

Mari mengenali Zaman Sekolah SN

sn~duduk 2 dari kanan

Gambar diatas merupakan gambar waktu sekolah agama sebelah pagi.
Pergi kelas, main-main, dengar ustazah ajar, main-main, main-main dan main-main.
^_^
Paling suka dengan kelas Khat
Hanya menggunakan pensel 2b yang diraut rata
dan baju sekolah akan bertukar hitam dek kerana karbon yang bersepah

sn ~duduk 3 dari kiri (Kerusi tak muat. Duduk sempit-sempit)

SK Sungai Raya, Kampung Kepayang
Darjah 1 sampi darjah 3
Pn Roslidah setia menjadi guru kelas
Mula-mula takut dengan beliau
Sehinggakan ponteng sekolah selama 6 bulan
Penat abi pujuk. Beli baju baru..tak jalan
Beli beg baru..tak jalan
Beli kasut baru..tak jalan jugak
Eh..budak nie nak jadi apa tak pergi sekolah??

Lepas dibelikan buku teks bahasa melayu
Baru nak pi sekolah semula
=P
semuanya disebabkan bertukar sekolah ke sekolah baru
dalam pertengahan bulan dua macam tu
Semua orang sudah ada geng masing-masing
dan ana takde kawan langsung
sedey T_T
Lepas abi hantar kat pintu pagar, abi terus balik 
abi memang ajar anak dia berdikari betul
dah la tak tau kelas apa dan dimana
terkontang kanting ana seorang diri
tibe-tibe Aizat BT Sirajuddin datang
ana pun kata la "Kite tak tau nak masuk kelas mane"
Aizat kata "jom la masuk kelas kite. Kelas 1 Kenanga"
Pastu, ana pun main masuk je la. Dah orang ajak.
Hahaha
Suke hati je kan??
Waktu cikgu Roslidah masuk kelas, beliau yang daftarkan
dan bagi buku teks SPBT.
Tetapi disebabkan buku teks bahasa melayu sudah habis
beliau lupa yang beliau belum bagi
So, setiap kali kelas Bahasa Melayu
asyik kene marah je sebab takde buku teks subjek berkenaan
Padahal yang ajar kelas tu, Pn.Roslidah sendiri
Huhuhu
Setiap kali ana kata, "Cikgu tak bagi lagi buku tu"
Beliau akan pertahankan bahawa beliau sudah bagi
Ana pun tertekan la
tu yang tak mau pi sekolah tu
Hehehehe
semata-mata kerana sebuah buku

sn~1st berdiri dari kanan (Awat tudung kedepan sangat tu?? Hahaha. Selekeh!)

Naik darjah 4-6
belajar sesi pagi
Masih di SK Sungai Raya.
Paling tak dapat dilupakan
kelas pertama bahasa inggeris
kena penampar yang kuat
badan yang kecil sedikit terhuyung hayang
waktu ni..terpampan sebentar
Hah..lain kali main-main lagi dalam kelas
=(
(First time kene makan penampar, memang la tak leh lupa. 
Abi pun tak pernah nak naikkan tangan kat anak-anak dia)
Huhuhu

sn~ berdiri di barisan kedua (6 dari kiri dan kanan)

SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah
Asalnya sekolah lelaki
Tetapi setelah kementerian mewujudkan kelas RK dan RKA
maka wujudlah kami yang bernama perempuan
tetapi
6 kelas yang lainnya - kelas s, u, l, t, a, n
semuanya lelaki
makanya 
majoriti adalah lelaki
masalah ye disitu!

sn~ Duduk 3 dari kanan

Form 4
Bertukar ke SMKA Slim River
4 Jabir
Seronok
Pertukaran budaya secara mendadak
jadi editor tuk majalah sekolah, briged max recall, ketua dorm,
PRS, PBSM
kawan-kawan yang happening
Tapi tak lama
berpisah kemudiannya



sn ~ row kedua, 10 dari kiri

MRSM Lenggong
Form 4-5
Meninggalkan semua taklifan
menjadi rakyat biasa
Sistem asrama yang berbeza
takde dorm ramai-ramai
yang tak bestnya
sekolah yang jauh dari pekan
dikelilingi hutan
nak ke bandar atau balik kampung, kene naik bus roller coster
Waktu ni, takde lagi jalan raya yang lurus dari Kuala Kangsar ke Lenggong
Huhuhu
Tapi
masih menjumpai mereka-mereka yang happening
^_^
                                                            

27 comments:

tak nampak tuan la...muka sepesen je sume..

 

(blushed furiously.. haha)
Tetiba rase segan plak.. Tak semena-mena nama saya muncul dalam blog kakak.. Haha..
Okla, janji dah tertunai. Kita main sistem barter ek. Giliran kakak plak mintak saya tulis sesuatu untuk kakak, tentang APA-APA SAHAJA yang kakak nak..

 

Anonymous~owh..nie bukan entry untuk nk promote muka ye =P

NC~APA-APA SAHAJA??? Hmmm..impian dan harapan untuk masa depan. Boleh??

 

hahaha nostalgia nie.. byk kenangan mase sekola dulu.. bole tahan gak ckgu roslidah ea mase tu siap tampar awk ea.. hehe..
sy dulu 1 anggerik.. aizat bt sirajuddin dok sekampung sy tu.. ade lg kt kampung tu skrg.. haha. tp paling bes cikgu puziyah. ckgu wan jamnah, teacher aini..
sy pun ade pengalaman gak dulu kene marah ngn penolong kanan murid mase tu, mase tu sy ketua pengawas, kene marah dlm pejabat,, hahaha.. ramai cikgu nmpak..

 

k.sn ~ GULP! Impian dan harapan??? mungkin post tu ade tajuk je, tapi no content.. haha.. insyaAllah saya cube usahakan..

 

NC~Saje bagi tajuk susah2 sket. Nak tgok ap y NC rancang tuk masa depan. Hahaha

EMY~eh..bukan kne tmpar ngan ckgu Roslidah la. Dgn beliau selalu kene rotan tangan je. La nie, kamcing ngan beliau disebabkan beliau adalah pelanggan tetap kat kedai abi =)

Waktu darjah 4, de cikgu BI sorang ni..xingt nma dia. Huhuhu. Tp disebabkan selalu lempar buku kat muka kanak2, cubit perut smpai lebam2, tmpar anak orang smpai berbekas pipi..beliau selalu turun nek court. Tak perlu la marah kanak2 dengan sangat kejam..nakal waktu kanak2 tue biasa la kan? Marah sikit2 je sudaaa..jangan sampai budak2 takut nak pi sekolah.

Emy..dari darjah 1-6 ea kelas anggerik??? YO la..pandai kan?? Duk kelas 1st sokmo. Ap nama kampung korang eh?? Dulu..kite ngan farhana kan nek basikal waktu darjah 5 n 6, selalu lepak2x sana, buat family risau anak tak balik-balik dari sekolah. Hahaha. Hari nie lunch rumah orang nie, makan petang kat rumah orang tu...esok tukar pulak. Selalu jadik mangsa..rumah Zaatun, Hidayah, Akma..Jimat duwet ooo..

 

ooo. cikgu rashidah kot yg ajor BI kot, sbb die memg garang dulu.. hahaha
darjah sy dok kelas 2 kenanga xsilap sy, pastu darjah 3 smpai 6 dok kelas anggerik je..
kampung kiteorg kampung serdang permai.. yeke, sian diorang kene masak lebih untuk awk.. hahaha
nanti ade rezeki datang la mghi sini, mase raye ke..bes2 lame xjumpe kawan2 lame.. hhehehe

 

kakak ~ kakak, bagi time sket, bleh? saya pun menunggu 2 bulan, baru kakak bagi jawapan. haha..
(kalau nak sekarang pun saya x dpt bg jawapan..)

 

emy~buat la reunion..klu kite free..kte dtg la. =P

NC~ala..tak kisah pon..dua tahun akan datang pon xpe. hehehe

 

4 sekolah untuk sekolah menengah sahaja!saya cuma setia pada tanah tumpah darahku..SARJANA!!.ngeh3x

 

iye la..kamu je SI SETIA. Sidah ni.. si tak setia. (eh..bunyiknya macam 'sidah setia' klo bace laju2. Hahaha). Banyak sekolah...maka..kmu memiliki banyak pengalaman dan kawan. Berharga tau. Bukan boleh beli sehinggit dapat 2. Hahaha

 

tambahkan lagi ketinggian~

 

insyaAllah,, dlm perancangan senanye nk wat tahun ni,, nga pakat2 ngn member cm ne nt, klu jd nt jgn lupe dtg lak tau..lokasi nye xtau lg nk wat kt ne..mungkin kite wat kt umah nafisah je la hehe :p

 

en.adam~da makan 'kalsiyumm' pon tak boleh meninggi da. Sekarang nie..hanya boleh jadi semakin melebar. huhuhu

en.emy~Ade ke patut wat kat umah kite. Buat dekat dengan rumah kite boleh la~ kat taman botani. Kite buat barbeque kat sane nak?? Tasik cantekk..best.

 

hehe.. bole aje, xde hal..ade tasik eak, xtau lak ade tasik kt sane, sbb xpenah smpai kan.. hehe

 

Ade je tasik. Banyak ikan ooo. Tp dilarang memancing. Sedey. Selalu pi sana bagi ikan makan bahulu expired n roti expired..so..klo dapat ikan tu..ikan expired la. Sile jangan makan. Hahaha

 

sedeynye.....knpe xde cte pasal syila????kte kan kenal dr dajah 1....sedey la sidah...xnak upload cte kte mse sme2 tangkap berudu????hehehe...

 

Maaf syila. Seriusly memori waktu sekolah rendah xbpe ingat sangat. Huhuhu. Klo ngan syila..kite ingat, main2 ps n karok kat rumah syila..pi picnic kat lata kijang..lagi ap ea?? Tangkap berudu tu..depan kawasan lapang tepi jalan raya besar tu ea?

 

Hai, saya Ina. Nak tanya sikit boleh tak? Akak seronok tak belajar di SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah? Sebab saya bercadang nak memohon ke Tingkatan 6 di sekolah tsb. Tapi... bila akak cakap kebanyakan pelajar di sekolah terbabit adalah lelaki, saya jadi risau pulak. Patut tak saya memohon ke sekolah tu? Please, give me an honest opinion.

 

Hai ina. Salam kenal dari k.sn =). Zaman akk dlu jauh sgt berbeza dgn sekarang. Wktu akk dlu, form 6 bru je wujud. Skrg ni, da byk da kelas f1-f6 y ad pelajar perempuan. Rasanya sekarang ni, da hampir balance bil pelajar lelaki n pelajar perempuan. Dun wori. InsyaAllah akan ad pengalaman manis y bley ina dpt dari sana.

 

Hehe, ingatkan kak sn tak nak reply komen saya. Ya, saya baca di Wikipedia sekolah ini ada 6 buah kelas Form 6 kalau tak silap. Cuma itulah kat situ Wiki tak catat pula jumlah pelajar, sepatutnya ada. Sekolah ni famous kan sampai Sultan Azlan Shah pun pernah bersekolah di sini. Saya nak mohon Form 6 kat sini sebab sekolah ni nampak seronok, siap ada asrama lagi. Saya pulak dari S'gor so kalau ada hostel lagi mudah. Kat daerah saya (Klang), cuma ada 2 buah sekolah kot yg sediakan Form 6. No hostel provided. Jadi, timbul masalah pengangkutan di sini. :( Agak-agak mudah tak nak diterima masuk ke sekolah ni? Ahakss!

 

Tp tak ke jauh sgt smpai ke perak? Hehe. Senang xsenang tu xsure la dear. Akk dah lma xpi sna. Seronok sgt belajar sna. Nk outing pn, dkt sgt dgn pekan. Nk tgk bangunan sekolah, klik la link ni http://yussufianschool.blogspot.com/2012/04/kenali-bangunan-di-sys.html

 

Haha, jauh la jugak. Saya tak pernah pergi asrama, so nak merasa jugak mcm mana hidup berdikari hehe. Eh, akak dulu pun masuk asrama situ ke?

p/s : thanks for the link. :)

 

Patut la nk terus duk jauh. Hehehe. Yup. 1st time duk asrama kat situ la. Byk sgt kenangan pahit manis. y pahit pn da jadi manis da sekarang. Kalau dari klang, ad ke bus terus ke b.gajah? If takde, rasanya kne dtg ipoh dlu. Klo da dpt skolah tu, ad mslh rojer2 la akk. Lg senang pkai emel dari msg kat sni akk rasa. Xpn gne FB. Ni emel akk cygcydug@yahoo.com

 

Tak tahu la ada ke tidak bas tu. Tp, kat sini dekat dengan stesen bas Klang Sentral, so kalau nak pergi balik senang sikit. Ala, saya takde pesbuk la akak hahaha. Kalau ada masalah, inshaAllah saya akan cari akak sambil tu akak kena bawak saya pusing2 sana, belanja makan sekali hahaha :P

 

Boleh2. InsyaAllah takde masalah kalau akk ad kat Ipoh ni. Hehehe. Akk ngah mencari2 kije area selangor @ lembah klang. Macam dah tertukar pulak ngan awak kn? =)

 

Oh, nak cari kerja kat sini. Akak baru pas degree ke master ke apa sampai cari kerja kat sini? Hehe, tak confirm lg so takde la bertukar lg hahah.