Air itu warna hijau

2 hari lepas, air hijau itu ana teguk
Memaksa diri menjadi barang experiment
Didesak sebelum PRK lagi
mahukan testimoni katanya

Berat hati untuk mencuba
Adakah itu petanda??
Dan kini air hijau itu mungkin telah beraksi
Menari-nari didalam kantung perut
Menendang-nendang dinding usus

Stop it!
Dun wanna be experimented!
Cukup seksa seperti senggugut sakitnya
Jangan pujuk rayu lagi.
HUHUHU

P/s~Ada ke patut suruh ana try minuman diet. Adakah ana GEMOK untuk dijadikan bahan experiment?? Seriously sakit perut sudah 2 hari. Teringat kat abi. Usus abi lemah..senang luka-luka ditambah dengan gastrik. Adakah ana mewarisi usus lemah?? Ada ke penyakit tue?? Hahaha.

p/s~Lain kali perlu lebih tegas bila kena pujuk rayu. Katakan TAK NAK kalau TAK NAK! Tak perlu ada belas kasihan kepada jurujual produk-produk diet. Kerana kamu bukan orang yang perlu DIET!!

Mencintaimu~

"Baginda sangat bersih, 
wajahnya berseri-seri, elok perawakan, tidak berat kerana gemuk, 
tidak boleh dicela kepadanya kerana kecil, elok dan tampan, di matanya ada warna hitam, bulu matanya panjang, tidak terlalu banyak bercakap, lehernya panjang, matanya cantik, memakai celak mata,
 alisnya tipis, memanjang dan bersambung, rambutnya hitam, jika diam baginda
 nampak berwibawa, jika berbicara kelihatan menarik, 
baginda adalah orang yang paling elok dan menawan dilihat dari jauh, 
bagus dan manis setelah mendekatinya, bicaranya manis, tidak terlalu sedikit dan 
tidak terlalu banyak, bicaranya seakan-akan permata yang tertata rapi serta landai, perawakannya 
sedang-sedang, mata yang memandangnya tidak terlepas kerana perawakannya yang tinggi, 
seakan satu dahan di antara dua dahan, beliau adalah salah seorang dari tiga orang 
yang paling menarik perhatian, paling bagus penampilannya, mempunyai 
rakan-rakan yang paling menarik perhatian dan yang 
menghormatinya,
 jika baginda berbicara mereka menyemak perkataannya, 
jika baginda memberikan perintah, mereka segera melaksanakannya, orang mentaatinya, 
disegani dan dikerumuni orang-orang, wajahnya tidak masam dan
 tidak pula orang yang diremehkan"
-Ummu Ma'bad al-Khuzaiyah-

Cukup sempurna sifatnya

Masakan tidak kami mencintaimu
Ya Muhammad Rasulullah

Salam Maulidur Rasul buat semua

.::Antara Program-program menarik::.


.::Lagi Program-program menarik::.

"Indahnya hidup bersyariat"
19 Februari 2011
2.00 pm
Dewan Kolej Rahman Putra


Setiap Hari Isnin, makan FREE

Bagi meraikan mereka-mereka yang berpuasa sunat hari ISNIN
Lujnah Kebajikan PMIUTM dengan kerjasama Pusat Islam, akan mengadakan Iftar Mahabah secara percuma
di Tingkat Bawah Pusat Islam (MSI) dan kawasan sekitar UTM
bermula Isnin 14 Februari 2011

Percuma tau.
PERCUMA!

Boleh berjimat cermat
Boleh mengawal nafsu
Boleh mengumpul pahala
Boleh merapatkan ukhuwah

.::Oleh itu::.
Datang..jangan tak datang
semua dijemput hadir


Poster dan Banner versi CNY ^_^

Cuti CNY yang lalu

Ini adalah sambungan entry Mari Bawa Bekal
(Update untuk cuti CNY yang lalu buat tatapan Misz Laila)

Kan pada 3 Februari 2011 yang lalu, 3M dibuka separuh hari je kan
Sebab..kami sudah plan untuk berjalan-jalan

Setelah menyiapkan kurungan untuk 2 ekor kura-kura yang gedik,
(Binatang peliharaan umi yang baru~abi jumpa tepi jalan. Kikiki)
Kami pun bertolak ke Banting
Ana baru 1st time gi rumah kak Maria
yang lain-lain sudah 2-3 kali
So, berjumpalah kami dengan sanak saudara ipar duai 
Oh..rupanya..abang Taufik ada mak cik yang tinggal Taman U
Cik Ida namanya
Baru ketemu, Cik Ida suruh datang singgah rumah
Baiklah Cik Ida. I.Allah. 

Esoknya  4 Februari 2011, setelah menyiapkan bekalan untuk perjalanan ke Batu Pahat
Kami singgah di Pantai Morib

Umi ku sayang~Memandang jauh ke mana tu?

Adik-adik ku sayang ~ Misz Laila tiada dalam korum coz tak balik cuti

Setelah penat berjalan-jalan dan melihat warga manusia yang mengutip kepah dan kerang-kerangan,
kami meneruskan perjalanan

Singgah Nilai
(Jumpa Nafisa Silkhouse)
=)

Then, singgah Melaka pulak
Jejaka semua mahu solat jumaat
Kemudian kami mencari port untuk makan tengahari
Wuwuwuwu..
jalan jem dengan sangat. Lampu isyarat pun 1. Banyak sangat.
Masa nie la nak salahkan semua benda
Kami berjalan-jalan dengan mood TIDAK GEMBIRA
lapar tau..lapar
hahaha
Sampai adik dan Syamilah kata : "Kami anti-Melaka"
Cian mereka. Keletihan.Citt...padahal deme duduk senang lenang je dalam van tu. Huhuhu
Akhirnya, kami singgah kat taman sebelah Zoo Melaka je
Berpicnic bawah gazebo
Tak gi jejalan mana pon
=(

Lepas bersantap
Journey to Batu Pahat were continue
Atuk kata jalan kat Parit Yaani dah dinaiki air
Almaklumlah..waktu tersebut musim hujan di Johor.
makanya..Empangan Bekok sudah dipenuhi air 
dan salah satu pintu mengadap Batu Pahat dibuka
Sebaik jalan masih boleh lalu
Eh..selalu family En.Jasni balik Batu Pahat setahun sekali je kan??
Ni raya cina bukan raya aidilfitri
Awat tiba-tiba balik nih??

Actually, Mak Ngah buat kenduri kawen pada  5 Februari 2011 untuk abang Ilyas
Tu yang kami semua menerjah Parit Haji Salleh di waktu CNY ni
Abang Ilyas kawen dengan kak Ayu, orang parit besar
Atuk dulu muda-muda duk kat parit besar juga
So, jumpa la ramai saudara sepapat

Esoknya  6 Februari 2011
Seniorita Kak 'Uyun pula buat kenduri
Dengan jejaka pilihannya..Akhi Taib
Eh?? Dua-dua senior KRU, KTC la
Alhamdulillah
Barakallahulakum
dan alang-alang sudah dekat
Ana datang terjah dengan Umi dan Sabrina
Mereka berdua nih serba biru~Dah tau tema majlis k.'uyun eh??
Hehehe ^_^

Akhirnya, mahu kembali ke pangkal jalan
pulang ke UTM terchenta
lagi sekali jalan jem
dari Parit Yaani ke Yong Peng jem
Huhuhu
Lepas Solat Magrib di rumah Pak Long
Jem masih sebegitu
dan jem berterusan dari yong peng ke skudai
Hohoho
apalah nasib jem kaya dan jem strawberi??
0_o
Selalu amik masa 45 minit je
kali ini 3 jam
Sampai-sampai je UTM, kami terus melepaskan lelah dan menjamu selera di cafe N24

..::Buat Misz Laila di Changlun sana::..
Boleh fokus semula pada belajar ye
Journey kali ni tak best pon
Jem semedang
so
x
perlu
JELES
ok?


P/s~Sempat ajak umi dan k.v mengait buah ciku. Sedap ooo..manis sangat. Nak ciku lagi..sila datang rumah atuk sy ye. ^_^

Anak baik~soleh jua solehah

In Da Name Of Allah
Da Most Gracious, Da Most Merciful

Cuti CNY yang lepas, walaupun sekejap tapi rasa puas hati. Puas dengan penggunaan masa sendiri walaupun melakukan rutin harian yang sama setiap hari kecuali hari ahad. Pagi-pagi selepas sarapan, bermulalah drift dengan kereta antik abi ke kedai dengan lesen L =). L di sini bermaksud LULUS mendapat kepercayaan abi dan ah-long @ along .Hahaha.

Sampai kat kedai, 
punggah-punggah barang, susun-susun barang, 
ambil-ambil barang, ambil-ambil aiskrim masuk dalam perut, lepas tu layan pakcik-pakcik, 
makcik-makcik, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, siapkan barang untuk orang kenduri kendara dan catering sekolah, kira-kira harga barang, semak resit dan barang-barang yang baru sampai, lepas tue susun-susun barang lagi, susun-susun barang lagi, lagi dan lagi, penuhkan peti ais dengan air kotak, kemas-kemas stor, asingkan bawang-bawang busuk dan kentang-kentang berulat, amikkan cabai kering 
sampai bersin dan selesema, memparut kelapa yang dibelah senget-senget.
Oh..dah..dah...cukup! Dah banyak buat kerja dah ni. 

Kaki sudah lenguh, badan sudah letih, perut sudah berbunyi. Tengok-tengok jam..warggghhhh...baru pukul 11pg. Lambatnya masa nie bergerak. Datang kedai pukul 8.30pg. Bermakna sudah 2 jam 30 minit bergerak ke sana ke sini tanpa berjumpa dengan en.kerusi. Ingatkan dah boleh berehat untuk makan tengahari. Sedey. Kenapa kalau duduk online depan laptop, sekejap je masa berlalu. Tapi..kalau jaga kedai walaupun dengan kerja yang tak putus-putus, rasa lama betul masa bergerak. Huhuhu. Adakah kerana berniaga itu sunah nabi, maka masa menjadi berkat? Satu persoalan ye di situ.

Eh..ana tak kisah pun kena jaga kedai. Waktu kecik-kecik je duk banyak beri alasan. Bila sudah besar, cik Nafisah faham la. Itu kan sumber rezeki kami sekeluarga. Tapi sila jangan bandingkan ana dengan anak dara lain yang duduk 24 jam kat rumah ye! Sejujurnya..ilmu-ilmu rumah tangga yang sepatutnya seorang anak gadis kuasai lebih-lebih lagi apabila sudah berusia 22 tahun ini..tiada pada ana.

Memasak?? Masak air, masak megi, masak nasi, goreng telur. Eh..teruk sangat ni. Okey..Cik Nafisah tipu je.. Takde la tak pandai masak langsung. Boleh la sikit-sikit. Kalau setakat nak bagi family makan tu, no hal la. Kadang-kadang kene selak-selak jugak buku resepi. Kadang-kadang masak sampai rentung. Hahaha. Yang ni berlaku bila tengah masak..duk berlari-lari nak tengok tv. kikiki. Bila masuk UTM, lagi-lagi..kat KTC ni...kalau program-program yang melibatkan skill memasak..chef yang handal-handal..semua lelaki tau! Malu ooo. Eh..tapi memang chef-chef yang terkenal..semuanya lelaki kan?? Yang perempuan..boleh dibilang dengan jari je.

So..kepada perempuan-perempuan yang duduk rumah saje..tapi tak pandai masak. Sila berubah. Tak pun..sila bagi masa lapang anda di rumah kepada ana. Hahaaha. Macam boleh je kan. Huhuhu. Sepatutnya anda menggunakan peluang di rumah sebaik mungkin. Belajar macam-macam. Menjahit, menyulam, buat kek, kuih muih, lauk pauk pelbagai, ubah suai rumah, tanam-tanam pokok dan macam-macam lagi. Jangan kat rumah, duk habiskan stok novel, gayut ngan pakwe 24 jam, makan tido makan tido, tak pun..24 jam depan laptop. Online dan ber'facebook' je. Parah ni parah. Nanti Mak bapak anda akan berkata 'Kamu di rumah ni duk perabihkan beras je lah! Baik tak yah balik'. Haaa..kan dah naya..

Sudah la jarang balik rumah. Bila balik bercuti..langsung tak mahu merajinkan diri meringankan beban ibu bapa. Sila jangan begitu ye. Jadilah anak yang baik dan yang menyenangkan hati. Bila sebegitu, ibu bapa anda akan sentiasa menunggu kepulangan anda di rumah. Kan seronok tu. Mari menjadi anak yang baik..


Googled

Lawak jenaka 1 

Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya....

Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna"

Wanita 2: "Apakah dia merokok?"

Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!"

Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?"

Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik"

Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?"

Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga"


Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?"

Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"



Lawak jenaka 2


Dalam satu kelas darjah 1, seorang Ustaz bertanya kepada pelajarnya:

"Kamu hendak ke mana? Syurga atau neraka? Siapa yang hendak ke syurga..angkat tangan!!"

Maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu bertanya lagi, "Siapa hendak ke neraka?"

Semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang budak tadi.

Dengan kehairanan, ustaz itu bertanya:
"Bila saya tanya nak masuk syurga, awak tak angkat tangan, bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan. Habis, awak nak ke mana??"

Jawab murid itu: "Saya tidak mahu pergi ke mana-mana ustaz. Bapa saya suruh saya datang sini belajar. Dia pesan, jangan kemana-mana dan tunggu sampai dia jemput"

KEMPEN: Kami TAK Sambut Hari Valentine~

Valentine datang lagi~(Sila baca dengan antonasi Tora datang lagi!)
YEY kata si syaitan gemuk gedempol (S.G.G)

Ops..jangan gumbira sangat ye En.S.G.G
Kak Sunah Cumil dah lancarkan kempen tau
jaga-jaga!!!

Sebab Cik Nafisah pun menyahut dengan jayanya.


Ada ke patot En.S.G.G kata tak salah sambut valentine
Salah oooo

Hidup kita bukan untuk terikut-ikut dengan budaya barat
Tau tak budaya barat ni jahat??
Ye la
budaya yang menerobos masuk yang sering menjadikan iman kita
kejap di atas dan kejap di bawah
Jahat la kan?
Itu la agenda tersembunyi mereka-mereka tu
0_o

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyahut kempen ini
"Kami tak sambut valentine
sebab hari-hari adalah Hari Kasih Sayang"
^_^

Mari bawa bekal

03 Februari 2011
3M Enterprise dibuka separuh hari
Umi masak kari tulang daging korban
Ade lagi daging korban?? Hahaha
Lama betul terperap dalam peti ais
Tapi sekali makan sudah licin
So, no bekal for today

Setiap kali mahu keluar berjalan-jalan, umi memang akan buat bekal untuk kami sekeluarga. Diletakkan dalam mangkuk bertingkat. Bila perut sudah mendendangkan lagu, R&R menjadi tempat persinggahan. Bekalan dibuka, makan dan bergelak ketawa bersama. Tapi, bukan untuk kali ini =( .

Khidmat en.google

Kami ke Banting
Mahu bermalam dirumah Abang Taufik
Mahu berjumpa dengan kak Maria
Actually, nak makan malam kat sana sekali
Sebab, no bekal for today

05 Februari 2011
Hari ni, mak mertua kak Maria buatkan bekal
Kak Maria yang nak, untuk makan tengahari katanya
Ayam masak kicap dan sayur kacang buncis goreng bersama tempe
yey..hari ini ada bekal


Disebabkan memang dari kecil kami dah dibiasakan dengan membawa bekal, setiap kali keluar berjalan-jalan rasa macam tak lengkap kalau tak bawa bekal. Sudah biasa berkelah tepi jalan. Hahahaha. Jangan kau kata KOLOT. Sebab ana suka ye berkelah-kelah nie. Sweet ooo. Sebab masak dengan penuh kasih sayang dan makan bersama orang-orang tersayang. Ni la tips yang umi selalu pakai untuk mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga. Sweet kan??

Amalan bawa bekal nie bermula sebab dulu-dulu..hidup bukan senang. Umi kata, menghabiskan duit je makan kat R&R. Makanan mahal. Walaupun anak-anak dia makan hati tak dapat makan KFC, tak dapat beli air yang sedap-sedap, pau yang panas-panas, nips yang manis, buah-buahan yang segar..tetapi bila sudah besar, anak-anak dia tahu, bawa bekal itu SWEET. So, mari bawa bekal =).


Nasihat hari ini:
Andai Al-Quran bisa berbicara, ia akan berkata:
"Waktu kau masih anak-anak, kau bagai teman sejatiku,
dengan wudhu' kau sentuh aku,
dalam keadaan suci kau pegang aku,
kau baca dengan lirih dan keras,
sekarang kau telah dewasa,
nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku,
apakah aku bacaan usang?
yang hanya tinggal sejarah?
sekarang kau simpan aku,
kau biar aku sendiri,
aku menjadi kusam, berlapis debu, dimakan kutu,
ku mohon peganglah aku lagi,
bacalah aku tiap hari,
kerana aku akan menjadi penerang dalam kuburmu.