Anak baik~soleh jua solehah

In Da Name Of Allah
Da Most Gracious, Da Most Merciful

Cuti CNY yang lepas, walaupun sekejap tapi rasa puas hati. Puas dengan penggunaan masa sendiri walaupun melakukan rutin harian yang sama setiap hari kecuali hari ahad. Pagi-pagi selepas sarapan, bermulalah drift dengan kereta antik abi ke kedai dengan lesen L =). L di sini bermaksud LULUS mendapat kepercayaan abi dan ah-long @ along .Hahaha.

Sampai kat kedai, 
punggah-punggah barang, susun-susun barang, 
ambil-ambil barang, ambil-ambil aiskrim masuk dalam perut, lepas tu layan pakcik-pakcik, 
makcik-makcik, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, siapkan barang untuk orang kenduri kendara dan catering sekolah, kira-kira harga barang, semak resit dan barang-barang yang baru sampai, lepas tue susun-susun barang lagi, susun-susun barang lagi, lagi dan lagi, penuhkan peti ais dengan air kotak, kemas-kemas stor, asingkan bawang-bawang busuk dan kentang-kentang berulat, amikkan cabai kering 
sampai bersin dan selesema, memparut kelapa yang dibelah senget-senget.
Oh..dah..dah...cukup! Dah banyak buat kerja dah ni. 

Kaki sudah lenguh, badan sudah letih, perut sudah berbunyi. Tengok-tengok jam..warggghhhh...baru pukul 11pg. Lambatnya masa nie bergerak. Datang kedai pukul 8.30pg. Bermakna sudah 2 jam 30 minit bergerak ke sana ke sini tanpa berjumpa dengan en.kerusi. Ingatkan dah boleh berehat untuk makan tengahari. Sedey. Kenapa kalau duduk online depan laptop, sekejap je masa berlalu. Tapi..kalau jaga kedai walaupun dengan kerja yang tak putus-putus, rasa lama betul masa bergerak. Huhuhu. Adakah kerana berniaga itu sunah nabi, maka masa menjadi berkat? Satu persoalan ye di situ.

Eh..ana tak kisah pun kena jaga kedai. Waktu kecik-kecik je duk banyak beri alasan. Bila sudah besar, cik Nafisah faham la. Itu kan sumber rezeki kami sekeluarga. Tapi sila jangan bandingkan ana dengan anak dara lain yang duduk 24 jam kat rumah ye! Sejujurnya..ilmu-ilmu rumah tangga yang sepatutnya seorang anak gadis kuasai lebih-lebih lagi apabila sudah berusia 22 tahun ini..tiada pada ana.

Memasak?? Masak air, masak megi, masak nasi, goreng telur. Eh..teruk sangat ni. Okey..Cik Nafisah tipu je.. Takde la tak pandai masak langsung. Boleh la sikit-sikit. Kalau setakat nak bagi family makan tu, no hal la. Kadang-kadang kene selak-selak jugak buku resepi. Kadang-kadang masak sampai rentung. Hahaha. Yang ni berlaku bila tengah masak..duk berlari-lari nak tengok tv. kikiki. Bila masuk UTM, lagi-lagi..kat KTC ni...kalau program-program yang melibatkan skill memasak..chef yang handal-handal..semua lelaki tau! Malu ooo. Eh..tapi memang chef-chef yang terkenal..semuanya lelaki kan?? Yang perempuan..boleh dibilang dengan jari je.

So..kepada perempuan-perempuan yang duduk rumah saje..tapi tak pandai masak. Sila berubah. Tak pun..sila bagi masa lapang anda di rumah kepada ana. Hahaaha. Macam boleh je kan. Huhuhu. Sepatutnya anda menggunakan peluang di rumah sebaik mungkin. Belajar macam-macam. Menjahit, menyulam, buat kek, kuih muih, lauk pauk pelbagai, ubah suai rumah, tanam-tanam pokok dan macam-macam lagi. Jangan kat rumah, duk habiskan stok novel, gayut ngan pakwe 24 jam, makan tido makan tido, tak pun..24 jam depan laptop. Online dan ber'facebook' je. Parah ni parah. Nanti Mak bapak anda akan berkata 'Kamu di rumah ni duk perabihkan beras je lah! Baik tak yah balik'. Haaa..kan dah naya..

Sudah la jarang balik rumah. Bila balik bercuti..langsung tak mahu merajinkan diri meringankan beban ibu bapa. Sila jangan begitu ye. Jadilah anak yang baik dan yang menyenangkan hati. Bila sebegitu, ibu bapa anda akan sentiasa menunggu kepulangan anda di rumah. Kan seronok tu. Mari menjadi anak yang baik..


Googled

Lawak jenaka 1 

Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya....

Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna"

Wanita 2: "Apakah dia merokok?"

Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!"

Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?"

Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik"

Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?"

Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga"


Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?"

Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"



Lawak jenaka 2


Dalam satu kelas darjah 1, seorang Ustaz bertanya kepada pelajarnya:

"Kamu hendak ke mana? Syurga atau neraka? Siapa yang hendak ke syurga..angkat tangan!!"

Maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu bertanya lagi, "Siapa hendak ke neraka?"

Semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang budak tadi.

Dengan kehairanan, ustaz itu bertanya:
"Bila saya tanya nak masuk syurga, awak tak angkat tangan, bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan. Habis, awak nak ke mana??"

Jawab murid itu: "Saya tidak mahu pergi ke mana-mana ustaz. Bapa saya suruh saya datang sini belajar. Dia pesan, jangan kemana-mana dan tunggu sampai dia jemput"