Cuti CNY yang lalu

Ini adalah sambungan entry Mari Bawa Bekal
(Update untuk cuti CNY yang lalu buat tatapan Misz Laila)

Kan pada 3 Februari 2011 yang lalu, 3M dibuka separuh hari je kan
Sebab..kami sudah plan untuk berjalan-jalan

Setelah menyiapkan kurungan untuk 2 ekor kura-kura yang gedik,
(Binatang peliharaan umi yang baru~abi jumpa tepi jalan. Kikiki)
Kami pun bertolak ke Banting
Ana baru 1st time gi rumah kak Maria
yang lain-lain sudah 2-3 kali
So, berjumpalah kami dengan sanak saudara ipar duai 
Oh..rupanya..abang Taufik ada mak cik yang tinggal Taman U
Cik Ida namanya
Baru ketemu, Cik Ida suruh datang singgah rumah
Baiklah Cik Ida. I.Allah. 

Esoknya  4 Februari 2011, setelah menyiapkan bekalan untuk perjalanan ke Batu Pahat
Kami singgah di Pantai Morib

Umi ku sayang~Memandang jauh ke mana tu?

Adik-adik ku sayang ~ Misz Laila tiada dalam korum coz tak balik cuti

Setelah penat berjalan-jalan dan melihat warga manusia yang mengutip kepah dan kerang-kerangan,
kami meneruskan perjalanan

Singgah Nilai
(Jumpa Nafisa Silkhouse)
=)

Then, singgah Melaka pulak
Jejaka semua mahu solat jumaat
Kemudian kami mencari port untuk makan tengahari
Wuwuwuwu..
jalan jem dengan sangat. Lampu isyarat pun 1. Banyak sangat.
Masa nie la nak salahkan semua benda
Kami berjalan-jalan dengan mood TIDAK GEMBIRA
lapar tau..lapar
hahaha
Sampai adik dan Syamilah kata : "Kami anti-Melaka"
Cian mereka. Keletihan.Citt...padahal deme duduk senang lenang je dalam van tu. Huhuhu
Akhirnya, kami singgah kat taman sebelah Zoo Melaka je
Berpicnic bawah gazebo
Tak gi jejalan mana pon
=(

Lepas bersantap
Journey to Batu Pahat were continue
Atuk kata jalan kat Parit Yaani dah dinaiki air
Almaklumlah..waktu tersebut musim hujan di Johor.
makanya..Empangan Bekok sudah dipenuhi air 
dan salah satu pintu mengadap Batu Pahat dibuka
Sebaik jalan masih boleh lalu
Eh..selalu family En.Jasni balik Batu Pahat setahun sekali je kan??
Ni raya cina bukan raya aidilfitri
Awat tiba-tiba balik nih??

Actually, Mak Ngah buat kenduri kawen pada  5 Februari 2011 untuk abang Ilyas
Tu yang kami semua menerjah Parit Haji Salleh di waktu CNY ni
Abang Ilyas kawen dengan kak Ayu, orang parit besar
Atuk dulu muda-muda duk kat parit besar juga
So, jumpa la ramai saudara sepapat

Esoknya  6 Februari 2011
Seniorita Kak 'Uyun pula buat kenduri
Dengan jejaka pilihannya..Akhi Taib
Eh?? Dua-dua senior KRU, KTC la
Alhamdulillah
Barakallahulakum
dan alang-alang sudah dekat
Ana datang terjah dengan Umi dan Sabrina
Mereka berdua nih serba biru~Dah tau tema majlis k.'uyun eh??
Hehehe ^_^

Akhirnya, mahu kembali ke pangkal jalan
pulang ke UTM terchenta
lagi sekali jalan jem
dari Parit Yaani ke Yong Peng jem
Huhuhu
Lepas Solat Magrib di rumah Pak Long
Jem masih sebegitu
dan jem berterusan dari yong peng ke skudai
Hohoho
apalah nasib jem kaya dan jem strawberi??
0_o
Selalu amik masa 45 minit je
kali ini 3 jam
Sampai-sampai je UTM, kami terus melepaskan lelah dan menjamu selera di cafe N24

..::Buat Misz Laila di Changlun sana::..
Boleh fokus semula pada belajar ye
Journey kali ni tak best pon
Jem semedang
so
x
perlu
JELES
ok?


P/s~Sempat ajak umi dan k.v mengait buah ciku. Sedap ooo..manis sangat. Nak ciku lagi..sila datang rumah atuk sy ye. ^_^

5 comments:

Time kecik2, selalu jugak datang pantai Morib. Dekat je dgn rumah Pak Long saya. Sekarang, abah pun xde, saya sorang je la yang jenguk Morib. Last gi pantai Morib mase jumpa kak Maria raya hari tu.

 

jumpe cik ida (m.cik abg taufik)sekali ke time tu??

 

Ada. Dia suruh saya singgah sekali rumah dia kat sini (dekat2 UTM). Kakak Maria suruh saya amek alamatnya, tapi saya x amek. Seganlah nak singgah. Sebab saya pun bukannya sedare @ sepupu kakak, dan memang x kenal pun. Kalau saya datang rumahnya, macam saya ni muka tembok la.. Tak kenal tetibe datang umah owang..

 

Hahaha. Ingatkn memang muka tembok. =) (gurau je)

 

Siape? Kakak ke? Memang kakak muka tembok pun.. Macam Tembok Besar China.. =P

~sn~ ~ sabar je la ngan budak nih