Mari bawa bekal

03 Februari 2011
3M Enterprise dibuka separuh hari
Umi masak kari tulang daging korban
Ade lagi daging korban?? Hahaha
Lama betul terperap dalam peti ais
Tapi sekali makan sudah licin
So, no bekal for today

Setiap kali mahu keluar berjalan-jalan, umi memang akan buat bekal untuk kami sekeluarga. Diletakkan dalam mangkuk bertingkat. Bila perut sudah mendendangkan lagu, R&R menjadi tempat persinggahan. Bekalan dibuka, makan dan bergelak ketawa bersama. Tapi, bukan untuk kali ini =( .

Khidmat en.google

Kami ke Banting
Mahu bermalam dirumah Abang Taufik
Mahu berjumpa dengan kak Maria
Actually, nak makan malam kat sana sekali
Sebab, no bekal for today

05 Februari 2011
Hari ni, mak mertua kak Maria buatkan bekal
Kak Maria yang nak, untuk makan tengahari katanya
Ayam masak kicap dan sayur kacang buncis goreng bersama tempe
yey..hari ini ada bekal


Disebabkan memang dari kecil kami dah dibiasakan dengan membawa bekal, setiap kali keluar berjalan-jalan rasa macam tak lengkap kalau tak bawa bekal. Sudah biasa berkelah tepi jalan. Hahahaha. Jangan kau kata KOLOT. Sebab ana suka ye berkelah-kelah nie. Sweet ooo. Sebab masak dengan penuh kasih sayang dan makan bersama orang-orang tersayang. Ni la tips yang umi selalu pakai untuk mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga. Sweet kan??

Amalan bawa bekal nie bermula sebab dulu-dulu..hidup bukan senang. Umi kata, menghabiskan duit je makan kat R&R. Makanan mahal. Walaupun anak-anak dia makan hati tak dapat makan KFC, tak dapat beli air yang sedap-sedap, pau yang panas-panas, nips yang manis, buah-buahan yang segar..tetapi bila sudah besar, anak-anak dia tahu, bawa bekal itu SWEET. So, mari bawa bekal =).


Nasihat hari ini:
Andai Al-Quran bisa berbicara, ia akan berkata:
"Waktu kau masih anak-anak, kau bagai teman sejatiku,
dengan wudhu' kau sentuh aku,
dalam keadaan suci kau pegang aku,
kau baca dengan lirih dan keras,
sekarang kau telah dewasa,
nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku,
apakah aku bacaan usang?
yang hanya tinggal sejarah?
sekarang kau simpan aku,
kau biar aku sendiri,
aku menjadi kusam, berlapis debu, dimakan kutu,
ku mohon peganglah aku lagi,
bacalah aku tiap hari,
kerana aku akan menjadi penerang dalam kuburmu.

6 comments:

Erm,sweet la kngn 2.semanis-manis madu.hehe...

 

bess3.. :)
nk share ea ayat kt bawah tu nafisah, andai al-qurqn bisa berkata-kata...

 

salam..
dik,akak copy paste kata2 nasihat dik tu ye...

 

HS~ iye la milah melia oi. Nie nak promote 3M ka apa??

Emy n K.Salfiza~ wsalam. Sile2x

 

suka bahagian nasihat hari ini~

 

ibnu_ghazali~nasihat dari org lain tuk ana. Saje nk share dgn smua.