My Little Caliph Contest



6 Mac 2011 

Mesej dari k.Maria..
08:58:51pm
Salam. Ti kamu bukak attuffahumairah.blogspot.com, kamu masuk contest 'My Little Caliph' taw. Kalo menang, adiah bagi baby akak. Hehehe. Due 30 Mac.

Ana pun dengan sepantas kilat, membuka blog tersebut...w0oha..dan membalas mesej beliau..

09:01:46pm
Haiyak?? Pasal harapan pada anak?? Macam susah je kak. Ana belum jadik ibu lagi la!

09:03:21pm
Boleh la..kamu kan kreatif. Akak pun masuk jugak nanti

Bley baca entry beliau @ harapan seorang bakal ibu di SINI.

****
Setelah beberapa minggu berlalu..

27 Mac 2011

12:49:18pm
Uit, kamu tak masuk lagi eh contest tue? Sila masuk okey. Hehehe. Rabu ni last.

07:10pm (calling)
Pn.Maria: Bla..bla..bla..bla..bla...baby dalam perut ni tengah tunggu entry kamu. Jangan lupe.
Cik Nafisah: Ye la..ye la..ana post nanti. (Pasrah)

****
Dengan lafaz Bismillah
ana cuba mengarang
....
huhuhu
isk..isk..isk T______T
cabaran ni cabaran
kalau disuruh yang bujang..memang payah laaaaaa
sob sob sob
.....
cik Nafisah cuba-cuba je la ea
yang penting, walaupun contest je..tapi ia ikhlas dari hati


Lillte Daie~di hati Ummi

"Cerita cinta takkan berakhir.
Meski dunia musnah, keajaiban cinta tidak akan turut sirna. 
Dunia mempunyai akhir dan kesudahan, 
sedang cinta ialah gambaran yang tidak pernah musnah dan mati." 

Dikaulah penyambung cerita cinta di hati Ummi

****
"Sesungguhnya cinta akan mengubah yang pahit menjadi manis, tanah manjadi emas, yang keruh menjadi bening, yang sakit menjadi sembuh, penjara menjadi taman, hamba menjadi tuan dan penderitaan menjadi nikmat" - Al-Syaikh Jalaluddin Al-Rumi

Usai dikau lahir,
Segalanya menjadi Indah. 
Mendidikmu dengan penuh hikmah
Pencetus hati dalam sakinah
Jua keluarga mawaddah wa rahmah

Sedari kecilmu,
Ummi mahu 
Akhlakmu diteladani sahabat
Amanahmu dalam menjaga ibadat
Rezeki diperolehmu berkat
Perjuanganmu pada agama itu thabat

Dodoian Ummi, berbisik datar pada cuping kecilmu
***
Dikaulah amanah dan titipan
Yang kelak akan dipertanggungjawabkan
Fikir Ummi tentang masa depan
Little Daie ini yang Ummi impikan
Terus menjana pemikiran yang mapan
bergerak jauh terus ke hadapan

Berganding bahu bersama teman
Menyusun atur membentuk barisan
Dengan Islam pastikan aman
Kerna penuhnya ia dengan kesyumulan

****
Namun apa yang Ummi pasti
Ummi harus bersedia
BERSEDIA mempersiapkan diri
mencermin peribadi Ummul Mukminin
mencorak diri dengan contengan akhlak yang sempurna 
agar kelak bisa diperturunkan buat putra putri soleh solehah Ummi
dikaulah little daie~di hati Ummi

Wallahu'alam

p/s - cita-cita : Daie tau  =)

Room

Sudut 1

Sudut 2

Ini adalah sebuah bilik bersaiz 7 kaki x 7 kaki
yang diimiginasikan dari sebuah novel bertajuk
ROOM by Emma Donoghue
International Bestseller


Membaca dari perspektif Jack, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun
yang dunianya hanya sebuah bilik kecil
bersama Ma
Tidak pernah tahu kehidupan dan dunia luar
Setiap hari, rutinnya bermain bersama Ma dan menonton TV
Waktu malam, Jack akan ditidurkan didalam almari
sehingga Old Nick keluar dan mengunci semula pintu besi metallic berkod rahsia

Hakikat sebenar,
Ma diculik sedari umur 19 tahun oleh seorang lelaki tidak berperi kemanusiaan
sehingga 9 tahun lamanya
diperkosa
Sehingga wujud Jack disisi 'Ma'nya

Tipulah kalau Ma tidak pernah berusaha untuk melarikan diri
Bermacam cara dilakukan
untuk membunuh si lelaki keparat
Namun kegagalan yang ditemui

Dengan Jack disisi, membesar dan terus membesar
Ma merasakan harus baginya untuk merancang strategi untuk keluar dari bilik kecil itu
Harus!

Dapatkah mereka keluar dari bilik kurungan tersebut?
Baca dulu baru tau =P

Catatan:
1. Buku yang sangat best untuk dibaca, terutama buat gadis
2. Kejahatan dan kekejaman itu datang walau tanpa kita sedari
3. Boleh memahami perasaan kanak-kanak 5 tahun
4. Semakin bertambah muka surat, semakin banyak perkara terbongkar
5. Anda akan menghargai hidup anda
6. Tak salah baca novel, cuma cari yang memberi manfaat kepada anda


.:Last phrase for today:.
Walau di mana saja,
ketika bila,
waktu sibuk atau senang,
ada satu yang kekal bersamamu,
ia tetap disitu menantikan tuannya memberi santapan,
sebagai bekalan baginya untuk terus hidup dalam kesyukuran.
Zikrullah itu kekasih yang dicari
hargai hatimu agar bercambah pohon-pohon yang bakal menyinari jasad


Churp..churp

churp..churp datang lagi. Eh?? Pernah datang ke?? Ala2 macam burung twitter la. Cumil je. Tapi fungsi lain. Apa lagi.. Jom Join JOm (3J) =P. Korang dah join ke belum? Boleh la pi kat link ni


Update antivirus ye kawan-kawan

Bismillah hi wal hamdulillah
Seperti biasa, minggu biasa, orang biasa..
berat memory En.Presario semakin luar biasa..
Mengapa dan kenapa??
Kerana
Sem ini sahaja perlu meng'install' banyak jenis software

Sabar ye En.Presario ~ sila jangan merajuk 0_o

PSpice Student Version Release 9.1
Tanner Tools v13.0 (Mengandungi T-spice)
Circuit Design Suite 10.1 (Multisim)
Easy68k
Quartus II 8.1
Bloodshed Dev-C++
Microsoft Visual Studio 2010 Ultimate

dan yang paling penting..
jangan lupa install Anti Virus

Norton Internet Security 

Penting ke tak penting?
Mari kita lihat kepada Fiqh Alawiyat
Eh??
Mari kita lihat kepentingannya..

Kita umpamakan segala macam software tu adalah perkara-perkara yang ingin kita pelajari
ingin kita cuba, ingin kita capai dalam kehidupan seharian kita
(kehidupan = laptop)

Tetapi
Dalam menjalani kehidupan kita, pasti ada anasir-anasir luar
(virus, malware dll = anasir-anasir luar)
cuba mengganggu dan menggugat
Seperti contoh : Riak, ujub, takbur, hasad dll
ditambah dengan jahatnya nafsu pada zaman yang penuh dengan gelombang sekularisme
uh..amat merbahaya!!!

Lantas
Anti virus diperlukan
Bagi membanteras segala anasir-anasir luar ini
(antivirus = iman)
Juga perlu sentiasa di'update' ye ^_^
kerana iman itu ada naik turunnya

umpama antivirus yang sudah expired
virus-virus akan menyerang
dan merencatkan sistem dan fungsi komputer
oleh itu
~Sedangkan virus lagi Up To Date
Jangan dibiar iman tidak ter'update'~
^_^

Hal terindah dan terbaik di dunia ini, tidak dapat dilihat atau disentuh,
 tetapi kita bisa rasakannya jauh di sudut hati kita.

       

Kenali sahabat

Once upon a time, there is 3 little gorgeous girl sitting on the floor. Named as Mickey, Minnie and Mighty. Eh?? Why it sound like the Mickey Mouse's character? Hahaha. Actually, they got really nice name...but i need to make it as secreto d amor. ^_^

Okay, let’s continue the story. This 3 little girls should attend a Forum at MSI, but they didn’t. They having forum by themselves. There is 3 Panel without moderator nor audience. It is called 'The Sharing Moment For The Girls'. Baiklah. Sebenarnya hanya perkongsian sedikit kisah hidup. Sedikit ke?? Banyak la jugak sebab forum tersebut berlangsung selama 5 jam.=P

Kami bertiga dari latar belakang keluarga yang berbeza dan dididik juga dengan 3 cara yang berbeza. Beza memang berbeza (ikut nada intonasi iklan TV). Hasil didikan yang berbeza ini jugalah melahirkan 3 karakter yang berbeza, 3 prinsip hidup yang berbeza dan 3 impian hidup yang berbeza. Kisah pahit manis kami juga berbeza dengan ranjau kehidupan yang pelbagai. 

Was treated like a solder during childhood
fair square in any punishment
Being afraid of the rattan, rubber pipe and iron hangers
don't have freedom in life

Having soft approaches from parent
Closed relationship with the family
Emphasis with the Islamic Understanding
But there is 'Jiwa yang memberontak'

Given a freedom in life
Always be independent in any decision making
low spiritual support from parent because they were busy in working
didn't spend lot of time with parent

3 situasi diatas menjadikan kami, masing-masing ada kelebihan dan kelemahan sendiri. Bersyukur dengan didikan ibu bapa masing-masing menjadikan kami lengkap melengkapi dari segi sikap dan perangai. Walaupun sudah 3 tahun saling kenal mengenali, tetapi..masih banyak juga rahsia antara kami yang tidak kami ketahui.

Sepatutnya ada lagi 2 orang adik
Seorang gugur sebelum lahir
Seorang meninggal kerana sakit jantung berlubang
Kalau rindu kat adik,
mesti teringat adik suka makan kuih lapis
Berlari-lari dengan walker
dan mengelap sisa kuih lapis pada plastik alas meja.

Punya seorang adik Istimewa
Pembesaran yang agak lambat menjadikannya seperti keanak-anakan 
Sabar dan tabahnya si Ibu
Kuat dan cekalnya si Ayah
Melayani ciptaan Allah ini dengan penuh kasih sayang

Pernah ada seorang adik lelaki
Namun hayatnya tidak panjang
Dilahirkan tanpa tempurung kepala
akibat pembentukan yang tidak sempurna semasa dalam kandungan
Jika masih hidup, usianya menjengah 20 tahun

Mari muhasabah diri semula. Sejauh mana kita mengenali sahabat handai kita? Kata orang, sahabat sejati itu ialah mereka yang tetap mencintai sahabatnya walau mengetahui dan mengenal sebenar-benarnya kebaikan dan keburukan sahabatnya itu. Semoga ukhuwah kita menjadi pengikat rasa, penguat jiwa, penghilang duka dalam medan dakwah dan perjuangan.


Another Kata-kata hikmah

.:Tentang Waktu:.
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.