My Little Caliph Contest



6 Mac 2011 

Mesej dari k.Maria..
08:58:51pm
Salam. Ti kamu bukak attuffahumairah.blogspot.com, kamu masuk contest 'My Little Caliph' taw. Kalo menang, adiah bagi baby akak. Hehehe. Due 30 Mac.

Ana pun dengan sepantas kilat, membuka blog tersebut...w0oha..dan membalas mesej beliau..

09:01:46pm
Haiyak?? Pasal harapan pada anak?? Macam susah je kak. Ana belum jadik ibu lagi la!

09:03:21pm
Boleh la..kamu kan kreatif. Akak pun masuk jugak nanti

Bley baca entry beliau @ harapan seorang bakal ibu di SINI.

****
Setelah beberapa minggu berlalu..

27 Mac 2011

12:49:18pm
Uit, kamu tak masuk lagi eh contest tue? Sila masuk okey. Hehehe. Rabu ni last.

07:10pm (calling)
Pn.Maria: Bla..bla..bla..bla..bla...baby dalam perut ni tengah tunggu entry kamu. Jangan lupe.
Cik Nafisah: Ye la..ye la..ana post nanti. (Pasrah)

****
Dengan lafaz Bismillah
ana cuba mengarang
....
huhuhu
isk..isk..isk T______T
cabaran ni cabaran
kalau disuruh yang bujang..memang payah laaaaaa
sob sob sob
.....
cik Nafisah cuba-cuba je la ea
yang penting, walaupun contest je..tapi ia ikhlas dari hati


Lillte Daie~di hati Ummi

"Cerita cinta takkan berakhir.
Meski dunia musnah, keajaiban cinta tidak akan turut sirna. 
Dunia mempunyai akhir dan kesudahan, 
sedang cinta ialah gambaran yang tidak pernah musnah dan mati." 

Dikaulah penyambung cerita cinta di hati Ummi

****
"Sesungguhnya cinta akan mengubah yang pahit menjadi manis, tanah manjadi emas, yang keruh menjadi bening, yang sakit menjadi sembuh, penjara menjadi taman, hamba menjadi tuan dan penderitaan menjadi nikmat" - Al-Syaikh Jalaluddin Al-Rumi

Usai dikau lahir,
Segalanya menjadi Indah. 
Mendidikmu dengan penuh hikmah
Pencetus hati dalam sakinah
Jua keluarga mawaddah wa rahmah

Sedari kecilmu,
Ummi mahu 
Akhlakmu diteladani sahabat
Amanahmu dalam menjaga ibadat
Rezeki diperolehmu berkat
Perjuanganmu pada agama itu thabat

Dodoian Ummi, berbisik datar pada cuping kecilmu
***
Dikaulah amanah dan titipan
Yang kelak akan dipertanggungjawabkan
Fikir Ummi tentang masa depan
Little Daie ini yang Ummi impikan
Terus menjana pemikiran yang mapan
bergerak jauh terus ke hadapan

Berganding bahu bersama teman
Menyusun atur membentuk barisan
Dengan Islam pastikan aman
Kerna penuhnya ia dengan kesyumulan

****
Namun apa yang Ummi pasti
Ummi harus bersedia
BERSEDIA mempersiapkan diri
mencermin peribadi Ummul Mukminin
mencorak diri dengan contengan akhlak yang sempurna 
agar kelak bisa diperturunkan buat putra putri soleh solehah Ummi
dikaulah little daie~di hati Ummi

Wallahu'alam

p/s - cita-cita : Daie tau  =)

3 comments:

Subhanallah! sangat sweet dan puitis sentuhan seorang wanita walaupun belum punya baby tapi insyaAllah sudah ada perancangan baitul muslim yang dipenuhi mujahid dan mujahidah penerus generasi dakwah insyaAllah! semoga Allah mengurniakan seorang lelaki soleh yang sama-sama mendukung baitul muslim penuh syurga!

p/s: akak tak tahu awk dah kahwin belum.. ;)

 

blh dah klo nk ade anak cmni...huhu

 

ummu muhammad ~ Ameen..Doa yang baik di hari kelahiran ana. Syukran kak. Skrg masih mngejar cita2. Lpas habis belajar bru dapat green light bab2 kawen ni.

En.Hadi ~ memang dah ad anak..tp anak tekak la. Hehehe