Room

Sudut 1

Sudut 2

Ini adalah sebuah bilik bersaiz 7 kaki x 7 kaki
yang diimiginasikan dari sebuah novel bertajuk
ROOM by Emma Donoghue
International Bestseller


Membaca dari perspektif Jack, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun
yang dunianya hanya sebuah bilik kecil
bersama Ma
Tidak pernah tahu kehidupan dan dunia luar
Setiap hari, rutinnya bermain bersama Ma dan menonton TV
Waktu malam, Jack akan ditidurkan didalam almari
sehingga Old Nick keluar dan mengunci semula pintu besi metallic berkod rahsia

Hakikat sebenar,
Ma diculik sedari umur 19 tahun oleh seorang lelaki tidak berperi kemanusiaan
sehingga 9 tahun lamanya
diperkosa
Sehingga wujud Jack disisi 'Ma'nya

Tipulah kalau Ma tidak pernah berusaha untuk melarikan diri
Bermacam cara dilakukan
untuk membunuh si lelaki keparat
Namun kegagalan yang ditemui

Dengan Jack disisi, membesar dan terus membesar
Ma merasakan harus baginya untuk merancang strategi untuk keluar dari bilik kecil itu
Harus!

Dapatkah mereka keluar dari bilik kurungan tersebut?
Baca dulu baru tau =P

Catatan:
1. Buku yang sangat best untuk dibaca, terutama buat gadis
2. Kejahatan dan kekejaman itu datang walau tanpa kita sedari
3. Boleh memahami perasaan kanak-kanak 5 tahun
4. Semakin bertambah muka surat, semakin banyak perkara terbongkar
5. Anda akan menghargai hidup anda
6. Tak salah baca novel, cuma cari yang memberi manfaat kepada anda


.:Last phrase for today:.
Walau di mana saja,
ketika bila,
waktu sibuk atau senang,
ada satu yang kekal bersamamu,
ia tetap disitu menantikan tuannya memberi santapan,
sebagai bekalan baginya untuk terus hidup dalam kesyukuran.
Zikrullah itu kekasih yang dicari
hargai hatimu agar bercambah pohon-pohon yang bakal menyinari jasad


7 comments:

Saya teringat satu nama - Elizabeth Fritzl.

 

nak bace gak! :( but susah nk cri english novel tha hvnot been transalated here .. huhu
ps: nk taw ending :P hahah

 

btw mcm satu case kat europe ea, yg tp die ade byk agi anak, entah la rse cam pnh denga :(

 

NC~Siapakah elizabeth Fritzl?? xkenal

Nisa~Mane bley gtau ending. Hehehe. Kene bace dlu. Hehehe. Tue la..kata orang, macam kisah benar. Act, dia ad sorang anak prempuan sblm jack. Ttp disbbkn deliver sndiri, no doc, no nurse..with presurer 4 1st tym pregnancy, baby tersebut lahir dengan tali pusat terlilit di leher. Lelaki x brperi kemanusiaan itu hanya melihat. Geram gile baca waktu part nih!

 

Ejaan sebenarnya ialah Elisabeth Fritzl. Mesti kakak pernah dengar cerita ni.

Elisabeth Fritzl lahir tahun 1966 di Austria, dan umurnya sekarang ialah 45. 2 Ogos 1984, dia "menghilangkan diri", terus tak dapat dikesan oleh sesiapa. Sebulan lepas tu, ayah dia serahkan sepucuk surat kepada pihak polis yang mengatakan dia bersama kawannya, mengikuti ajaran sesat.
19 April 2008, Elisabeth Fritzl telah dijumpai Di mana? BAWAH RUMAH DIA SENDIRI. Josef Fritzl, ayah beliau, mengurung beliau di situ untuk dijadikan "hamba" untuk melayan nafsu bapanya selama 24 TAHUN.
Sepanjang tempoh tu, dia dah lahirkan 7 orang anak. Sebahagian anak-anak tu dijadikan anak angkat keluarga bapanya.
Elisabeth berjaya keluar selepas menyelit sepucuk nota ke dalam pakaian anaknya yang sakit (yang kemudiannya dibawa ke hospital oleh bapanya untuk merawatnya).
Disebabkan bertahun2 x kena matahari, dan kekurangan vitamin D, dia jadi putih, termasuk rambutnya.
Gambarnya terkini memang takkan tersiar di mana-mana.
Bapanya dipenjara seumur hidup. Cuba Google nama dia, kalau nak taw lagi banyak.

Kisah ni berlaku sebelum saya masuk matrik. Rasa sebak sangat dengan cerita ni. Sanggup kurung anak sendiri bertahun-tahun lamanya, untuk dijadikan mainan.

 

waaaaa..sedey gile..sob3x