My Only Abang~

:: Beliau tanya dah gi klinik belum ::

Kemudian 2 hari berikutnya, telefon umi di rumah
Umi bilang, along excident beberapa hari lepas
sob3x
Along kantoi di situ ye

Waktu beliau mengambil berat
kondisi beliau lebih teruk lagi
ana demam kus-kus je, beliau luka-luka seluruh badan
Tak cerita pon kat adik-adik dia
adik-adik dia je selalu mengadu n manja lebey-lebey
Ya..beliau abang
Berkorban buat adik-adik
Huhuhu

'Along relax je' kata Umi
huhuhu
Yo la..beliau dah selalu sangat excident
Dulu duk merempit di pagi buta..langgar lembu lintas jalan
Teruk juga
dan koma
Sebaik ada orang tolong bawak pi hospital

Excident kali ni
Disebabkan nak elak kereta yang tiba-tiba muncul
Along brek mengejut
dan beliau terbang di tengah-tengah jalan raya
Guling-guling di antara 2 kereta
But then
takde sapa tolong beliau
sedeh kan
semua orang sibuk nak cepat gi kerja
takut lambat masuk office
Kereta yang menyelit tue pon sampai hati biarkan Along
Sebaik Allah bagi kekuatan untuk Along
Along bangun, angkat motor sendiri ke tepi
dan pulang ke rumah

Umi terkejut
Pakaian Along koyak rabak dengan teruk
Dari atas sampai bawah
Seluar dan baju berlumuran darah
Langsung tak boleh digunakan lagi
Umi bilang..tak perlu pergi kije
Pergi hospital, amik MC
Tapi Along tetap Gagah
Beliau TEGAR
Along ada tanggungjawab untuk hantar Bos ke Cameron
dan Along pergi setelah membersihkan luka-luka dan menyalin pakaian

Then
Abi balik rumah
Umi kata Along excident
Abi angguk je
Umi tak puas hati
Umi tunjuk baju along yang koyak rabak dan berlumuran darah
dan Abi terdiam
Terus telefon along suh pi klinik
Tapi along kata, along dah kat atas Cameron
Ambil masa untuk turun

Kemudian beliau cuti beberapa hari =)

Sikit la sangat. Ana tengok, rasa nak nanes. Hish..along ni la

Beliau kata..Moga ia kifarah dosa
Ameen ana doakan


Maaf
kadang ana tidak mengerti
kala sedih along rasai
kala susah yang kamu tempuhi
Sabar kamu bisa diganjari
dari Tuhan yang maha mengetahui

Sayang kamu my only Abang~


Yang namanya Along ~ Mesti akan penuh tanggungjawabnya, melindungi dan menjaga mereka dibawah jagaan. Dat y..suka orang panggil ana as kak Long walau bukan anak sulong. =)

Update dari Rumah
:: Hari-hari umi n abi makan durian::
::Rumah dah jadi hutan belantara, pokok kelisa umi memenuhi pagar rumah::
::Kura-kura sudah pandai masuk dalam rumah::
::Labi-labi hilang 1 hari, bila lapar dia munculkan diri semula::
::Alhamdulillah, Rumah jadi tempat usrah::
::Abi dan Umi akan semakin sibuk - Tiba-tiba abi jadi ketua cawangan n umi jadi ketua muslimat Bandar Botani::
::Moga keluarga kami, terus belajar dan belajar untuk memperbaiki diri::
Doakan kami sekeluarga ye =)

Umurku bertambah lagi

Ibn Mas'ud berkata
"Perkara yang paling sedih bila tiba tahun baru adalah umurku bertambah
tetapi amalanku tidak bertambah...
"

Semoga dengan bertambahnya umur ana ini
Bisa menjadi pemangkin untuk menambah amal
Ameen

Syukran buat semua yang mengingati dan menghargai diri ini
Terharu. Sob3x

Belat-Bear Coklat
Becik-Bear Kecik
Belo-Bear love
Betal-Bear Bantal
Beru-Bear Biru
Beger-Bear Tiger
Sepur-Semut Purple
~Actually tak tau nak bagi nama ape. =P ~

Oh ya, Coklat Tiramisu dalam gambar tersebut mengajar erti hidup oo.
Mula masuk dalam mulut..pahit sangat
Tapi lama-lama menjadi manis. Manis-manis white choc
Macam dalam hidup juga
Kalau tak melalui erti kepahitan,
masakan kita ketemu dengan kemanisan.
Yang penting..perlu sabar dengan segala rintangan dan dugaan yang dihadapi
jangan mudah putus asa ye
Syukran buat Cik Farahiza Izzati Roni

Tungku Lilin aromateraphy berbau vanilla..
ni pemberian Dijah@baby@Cik berus
Excited bila dapat sebab ana ada banyak lilin
Hahahaha
Mari bakar lilin
jangan bakar bilik
Akhirnya, satu bilik berbau Vanilla
semua baju pun melekat bau yang sama
Bau vanilla buat orang jadi lapar
Kruk..kruk..kruk..(bunyi perut)
=P

Alhamdulillah dan terima kasih juga buat cik Umi
Today is my day~so mimito belanja. Yey ^_^
Menikmati ABC sama pisang goreng dan seangkatan dengannya
Sayang mimito selalu


~Kek 1~
 Suprise party dari Cik Hot (Aisyah), En. Loving n Caring (Hassan), En.Comel (Syeb) dan En.Mysterious (Farid). Sekali dengan kehadiran Cik Berus (Dijah @ Baby), Dilla dan Hamizah. Arigato buat semua. 

Kek 2~Iftar n celebration bufday bulan 3 n 4. Syukran buat adik-adik dan sahabat-sahabat KRU ^_^.

Buku 1~10 Tokoh Idola Muslimah. Syukran buat orang dari Tambun. Moga ana boleh mencontohi kebesaran jiwa mereka.

Buku 2~101 Rekreasi Hati (Pernah jalan sensorang kat SUB n ternampak buku ni, nak beli tapi tak bawa duit..Tiba-tiba ada orang bagi buku ni ~Terima Kasih banyak2)

::Lain-lain::
Syukran buat --> My Family, Intan Hazila, Faezah Md Noor, Siti Aisyah, Siti Solehah, Ku Nor Zawani dan tidak dilupakan buat semua-semua yang telah wish melalui FB, SMS mahupun e-mail. 

                

Semoga nikmat umur yang diberikan Allah akan membuahkan hasil
untuk dibawa menuju ke negeri abadi


~Selamat Hari Lahir juga buat mereka~
Nur Sakinatul laila Mohd Jasni - 18/3
Hayatun Syamilah Mohd Jasni - 24/3
Mak Long @ Hjh Junaidah Kasani - 25/3
Atok @ Hj Kasani b Mokhsen - 27/3
Sepupu @ Muhammad Afiq - 30/3
Sepupu @ Muhammad Hariz - 31/3
Sepupu @ Ainnur Hani - 2/4