Kukis BERSIH 2.0

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
Syukur pada Allah kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat beribadah di Ramadhan hari yang ke-24
 Apa khabar hati, minda dan jasad sahabat-sahabat??
diharap semuanya tidak lelah dan tidak semput dalam melakukan pecutan ibadah di akhir-akhir Ramadhan.

Oh ye...
Sudah berbulan-bulan cik Nafisah tidak mencoret apa-apa kat blog ini kan??
Sunyi je..sepi je
Sikalang ini sudah malas mau menulis ooo
Nak menulis..nak merepek tapi bila on9..terbantut idea nak kongsi cerita
Huhuhu

Bersempena menyambut hari lebaran,
cik Nafisah nak ajak 'Jom buat KUKIS'
Sangat senang, semua orang suka ini kukis
~Kukis BERSIH 2.0~

 Opss..apa BERSIH 2.o ni 0_o??
Alkisah bermula apabila misi mencari cawan kertas untuk membuat 'Cornflakes Madu' bermula
Stok cawan kertas kat kedai sudah merosot dibeli orang
Yang tinggal cawan kertas warna KUNING sahaja!

Umi: Ish..tak mau la warna kuning. Tak cantek!
Ana: Ini je tinggal umi. Yang lain warna oren.

Umi pun pergi la menggeledah tempat simpanan cawan kertas. Ternyata tiada stok lain yang tinggal.

Ana: Tak pe la umi..Kuning pun okey. Kita buat la sempena BERSIH 2.0 hari tu. Kukis pun kene update ngan isu semasa. Hahahaha 

Cawan kertas warna kuning adalah watak utama!

Selak-selak buku resepi dan ini bahan-bahannya:
  
150g Butter
5 camca Madu
1/2 cawan Gula Perang
1 kotak Cornflakes 
3 Sudu Bijan

Tu je bahan-bahan dia. Senang yang amat. 
Bijan tu ikot suke la kan. Nak letak boleh. Tak mau pun boleh.
Sesetengah orang suka letak coklat urai,
sesetengah orang suka letak ceri,
sesetengah orang lagi suka gaulkan skali cornflakes+kismis+ceri+bijan (meriah betoi)

Cara-caranya:
Cairkan mentega dan campurkan gula perang beserta madu diatas api yang sederhana
Setelah sebati, campuran tadi dituangkan keatas cornflakes
Gaulkan sehingga rata
dah SIAP!

Boleh la isi dalam cawan kertas
dan hias dengan bijan
then, susun cantek-cantek dalam loyang sebab
Kukis ni kene bakar sekejap dalam suhu 160 degree celcius
dalam 5 minit je pun dah cukup
Kalau rasa-rasa oven tu overheated, 3 minit pun cukup.
Ikut la..jangan sampai cornflakes bertukar warna sudah
just nak bagi adunan tu melekat je

Kalau buat 1 kotak cornflakes, boleh dapat dalam 125 cup Kukis BERSIH 2.0 ni.
Okey lah tu kan??
Buat la kukis ni. 
Mudah je. Baik tuk kesihatan.
Erk??

Mentega+gula perang+madu+cornflakes+bijan=Kukis BERSIH 2.0
[Mentega je tak baik tuk kesihatan. Yang lain tip top punye]

Kukis BERSIH 2.0

Kukis ini 'Kalah membuat, menang memakan'. 
Sebabnye, dah susun dalam dua bekas..alih-alih tinggal 1 bekas je. 
Nampak gayanya..kalau ada mulut duk ngap2x lagi selepas moreh..tak sempat nak tunggu raya ni.

3 comments:

hahaha... kukis pn kena update ek.... bleh jd chef ni.... hehe :)

 

cam seng je buatnya....

 

Amnan: mmg kne update. Hahaha. aish..nk masak pun duk tgk buku resepi lg, mana lepas nk jadi chef T_T

KiN: SANGAT senang. Cubalah! Budak2 tadika pun boleh buat ^_^