erk...modelling??

"Aku tidak kenyang selama 16 tahun kerana kekenyangan itu boleh
memberatkan tubuh,
menyesatkan hati,
menghilangkan cerdik,
menarik tidur
dan melemahkan orang yang kenyang itu dari beribadah."
-Nasihat Imam As-Syafie-

Sama-sama muhasabah diri

~Bismillahirrahmanirrahim~

Sebelum mula belajar di pagi nan hening, perlulah kita mengupdate blog.
hahaha. Jangan ikut nasihat ini. Abaikan~

Alhamdulillah
Task psm sudah mula terasa bagi mereka-mereka yang tahun akhir
supervisor ana ajak 'mari bermodelling'
bermodelling dengan radiation detector
mahu improve the Geiger detector katanya

Lalu
mari fokus pada
Graphene Nanoribbon



dan 
Gamma Ray
^_^


~pening~
tak pe...banyakkan pencarian maklumat mulai sekarang
*_*

~jangan lupa~
1. Doa+usaha+tawakal itu seiring
2. Setiap minggu dating dengan supervisor Iranian

~more task~
1. Design the 64-bit dedicated mathematics co processor
2. Ethical issues on Cellular Phone and Cancer
3. Presenting the Nano sensors

~more subject to focus~
1. Microelectronic part 2
2. CAD and ASIC design
3. Microprocessor
4. Digital System
5. Professional Engineering Practice

Hypothesis: more task, more meeting, more stress, more panda eyes
@_@
Huahuahua

Suggestion: No facebooking, no blogging

Result: Menangis T_T

Baiklah

New Suggestion: facebooking (15 minutes/2day), blogging (30 minutes/week)

Result: Gumbira dalam stress

Ok la kan. Lepaskan stress dengan bercerita dalam blog ^^
So..semua orang boleh tengok muka ana yang tenang dan gembira selalu
(padahal dalam hati berkecamuk 1001 masalah)

Sudah
pi bukak Al-Quran..tengok surahAl-Anbiya ayat 79
Bace dan amalkan bagi yang belum hafal
ianya Doa supaya mudah menghafal ilmu ^^
Selamat menuntut ilmu ye
Semoga Allah memberkati segala usaha kita


InsyaAllah

Buat Ana, kamu..kamu..dan kamu

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha penyayang.

"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar iaitu orang-orang yang ditimpa musibah lalu mereka berkata innalillahi wa inna illaihi rojiun (Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepadaNyalah kami kembali). Mereka itulah orang yang memperoleh keampunan dan rahmat dari tuhanNya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" 
-Al Baqarah: 155-157-

Moga ayat Allah ini mengubat hati yang luka, hati yang ketakutan juga hati yang putus asa. Setiap musibah yang menimpa sahabat-sahabat, moga ianya mendekatkan lagi kita kepadaNya (Taqarub illallah). InsyaAllah.

 Mari mulakan hari dengan zikir yok ^^

Tetamu tidak diundang s.o.b s.o.b T_T

Bismillahirrahmanirrahim

"Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahu Akbar"

Seharusnya hujung minggu lepas merupakan hari kepulangan ana ke teratak abi dan umi
Namun aturan Allah memilih ana untuk berada di Benut dan Batu Pahat lalu menziarahi atuk dan nenek
Abi: Kata nak balik minggu ni. Ada kenduri kan? 
Ana: Huhu. Tak dapat la abi. Aula lebih disini. InsyaAllah minggu depan ana balik kalau JPA dah masuk. Alang-alang, boleh pi jemputan reunion bebudak SYS (Sultan Yussuf School).

***
Namun tiada khabaran berita dari JPA
Tidaklah ana pulang ke rumah T_T 
Tunda minggu depan la lagi nampaknya

***
Along: Kat mana ni?? Jadi tak balik rumah??
Ana: Sob sob sob. Tak jadi balik la along. JPA tak masukkan duit pun lagi.
Along: Ala..nape tak jadi balik? Baru nak mintak tolong kemaskan rumah.
Ana: Ada tetamu ke? Sape? (dalam hati: Siapa yang istimewa sangat sampai kene beria-ia kemas rumah ni?)
 Along: Ada la. Tetamu tak di undang.
Ana: Huh? Tak di undang? Sape? Haiwan ke? (Disebabkan ada kura-kura dan arnab yang pandai masuk, assume merekalah)
Along: Tak. Manusia @ perompak @ pencuri
Ana: Ya Allah! Astagfirullahalazim.


***
Ujian buat kami sekeluarga.
Juga ujian buat jiran sebelah rumah kami
Moga ianya merupakan salah satu cara membersihkan harta dari Dia
InsyaAllah

***
        
p/s
Minggu ni dan minggu lepas adalah minggu kesibukan buat semua orang
jangan tension-tension k
kene kuat ye semua
jangan nanes
KUAT
KUAT
KUAT

Fighto with the Emo
Dia kan ada ^ ^

Berlalu tanpa diduga

Segala puji bagi Allah, berkat limpah keagunganNya kita masih lagi bernafas di pagi yang cukup dingin, tenang dan damai dengan kicauan kawanan burung

Salam 24 Syawal
buat semua
Maaf Zahir dan Batin
Dah lama tak update blog kan?
Tau tau dah nak habis raya
tau tau dah mula semester ke7
tau tau dah dapat supervisor PSM berbangsa Iran
tau tau dah jadi senior buat adik-adik undergraduate
Terasa tua dalam muda
Sungguh masa begitu pantas berlalu tanpa di duga.

Rasanya seperti baru semalam menjadi budak hingusan
Comot berbaju kurung dan selekeh bertudung
Rasa mahu kembali ke zaman dulu
yang tidak memikirkan soal penampilan diri
sambil menikmati zaman kanak-kanak secara over

Ini gambar zaman dulu
Kawan 10 tahun dahulu upload dalam group sekolah rendah

Sila la ketawa dengan sopan
ia memang ana suatu ketika dahulu
huahuahua ^_^
Gambar muda mudi tidak banyak 
Dulu keluarga tidak punya kamera berkodak apatah lagi DSLR
Semuanya kamera tumpangan 
lalu gambar-gambarnya dikumpulkan menjadi album kenangan

Berbeza dengan Fathiyyah
Gambar dari sekecil bayi sudah dipotretkan
Sungguh zaman pantas berlalu tanpa di duga
Teknologi ber'inovasi' dan ber'evolusi' lebih pantas dari haiwan bertukar kulit
dari komputer sebesar banggunan
kini sekecil ipad galaxy bunda Ena

Lupa untuk perkenalkan Fathiyyah pada semua kan?
Padahal usianya sudah 4 bulan
Baru mahu buat lambakan gambar
Sila la tatap budak comel yang mudah tersenyum seperti 'tante-tante'nya ini





okey. TAMAT
Budak-budak sekarang, kecil-kecil memang sudah kenal dengan kamera

Hargailah 
Masa sihatmu sebelum sakit
Masa mudamu sebelum tua
Masa kayamu sebelum miskin
Masa lapangmu sebelum sempit
Masa hidupmu sebelum mati