Berlalu tanpa diduga

Segala puji bagi Allah, berkat limpah keagunganNya kita masih lagi bernafas di pagi yang cukup dingin, tenang dan damai dengan kicauan kawanan burung

Salam 24 Syawal
buat semua
Maaf Zahir dan Batin
Dah lama tak update blog kan?
Tau tau dah nak habis raya
tau tau dah mula semester ke7
tau tau dah dapat supervisor PSM berbangsa Iran
tau tau dah jadi senior buat adik-adik undergraduate
Terasa tua dalam muda
Sungguh masa begitu pantas berlalu tanpa di duga.

Rasanya seperti baru semalam menjadi budak hingusan
Comot berbaju kurung dan selekeh bertudung
Rasa mahu kembali ke zaman dulu
yang tidak memikirkan soal penampilan diri
sambil menikmati zaman kanak-kanak secara over

Ini gambar zaman dulu
Kawan 10 tahun dahulu upload dalam group sekolah rendah

Sila la ketawa dengan sopan
ia memang ana suatu ketika dahulu
huahuahua ^_^
Gambar muda mudi tidak banyak 
Dulu keluarga tidak punya kamera berkodak apatah lagi DSLR
Semuanya kamera tumpangan 
lalu gambar-gambarnya dikumpulkan menjadi album kenangan

Berbeza dengan Fathiyyah
Gambar dari sekecil bayi sudah dipotretkan
Sungguh zaman pantas berlalu tanpa di duga
Teknologi ber'inovasi' dan ber'evolusi' lebih pantas dari haiwan bertukar kulit
dari komputer sebesar banggunan
kini sekecil ipad galaxy bunda Ena

Lupa untuk perkenalkan Fathiyyah pada semua kan?
Padahal usianya sudah 4 bulan
Baru mahu buat lambakan gambar
Sila la tatap budak comel yang mudah tersenyum seperti 'tante-tante'nya ini





okey. TAMAT
Budak-budak sekarang, kecil-kecil memang sudah kenal dengan kamera

Hargailah 
Masa sihatmu sebelum sakit
Masa mudamu sebelum tua
Masa kayamu sebelum miskin
Masa lapangmu sebelum sempit
Masa hidupmu sebelum mati

0 comments: