Adik beradik bergaduh

Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula adik beradik. 

Luahan hati si adik yang sedang tacing dengan seorang kakak =P

Eheh. Ini bukan perang dunia ke 3, ini perang manja-manja sahaja. Kami adik beradik yang berhati lembut semacam kapas memang sensitif.

Alkisahnya..

Kedai 3M Enterprise selalunya dibuka jam 9.00 pagi. Lalu pabila si Adik tidak menunjukkan apa-apa respon kepada usaha si kakak yang bersemangat tidak mahu ke kedai lambat, lalu si kakak merajuk. Si kakak tidak mahu mengecewakan pelanggan kedai yang adakalanya terpaksa menunggu untuk kedai dibuka. Lalu si kakak mengambil tindakan melakukan perkara yang sama seperti si adik kerana marah. Selepas 30 minit, si adik bangun dari tempat pembaringannya lalu siap dan bergegas ke kedai. Si kakak, enggan kerana sudah lewat lalu si adik pergi sendiri.


Si kakak tadi terus bagun dari tidur yang sebenarnya tidur-tidur ayam setelah berangkatnya si adik itu tadi lalu membantu ibu dibawah memotong kain-kain dari India untuk dibuat baju. Si adik di kedai bertungkus lumus bersama si ayah.

Haha. Makan hati sungguh si Adik ini

Pulang ke rumah untuk berbuka, si Adik masih membisu saat si kakak membukakan pintu. Masih bersisa lagi kemarahannya. Si kakak cuba menegur si Adik, tetapi masih tidak dilayan. Masih senyap membisu. Si ibu yang pening kepala bila si Adik masih melancangkan peperangan. 


Keesokannya, perang masih meletus. Serangan semula dari si Adik. Beliau pula yang ponteng dari menjaga kedai. Membalas dendam pada si kakak. Bila mengemas meja kaunter, terlihat la akan si kakak, lukisan kartun luahan perasaan si Adik seperti di atas. Ada satu lagi lukisan si Adik ketika kebosanan di kedai.

Lawak dan comel

Pulang ke rumah selepas zohor untuk menghantar adik-adik pulang ke asrama, si Adik membukakan pintu. Mood beliau sudah baik lalu men'tweet':


P/s -
--> Maaf ye Adik. zero-zero na. Dua-dua sensetif. Tak tau nak kata apa. Hahaha. Sebaik kami tidak ada adegan tarik-tarik rambut. LOL. Berbuka di AEON section 18 nanti jangan lupa bawa pulang ole-ole.
--> Sekarang sudah masuk alam dewasa..bukan lagi kanak-kanak, sile buang tabiat nak sentap2 dan merajuk2 ni ye cik Nafisah. It same goes to you si Adik =P. 

Pesanan along:
Seorang muslimah itu dikira CANTIK jika dia mengukir kekuatannya melalui HATI-nya, dengan memberi senyuman meskipun hatinya terluka, dia memberi maaf saat dia di sakiti, diamnya di saat marah dan airmatanya mengalir di dalam setiap doa kepada RABB-Nya..

Betul ke nak pergi India ni??

Alhamdulillah
2 Syaaban 1433
22 Jun 2012

InsyaAllah, ana dalam perancangan untuk ke India bulan julai ini dibawah rangka program Global Outreach (GOP). Setiap kali ana menyatakan GOP kami akan ke India, semua orang akan bertanya semula. Kenapa mesti India? Masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati yang lebih hebat dan lebih seronok berbanding India. Kalau diletakkan dalam senarai pemilihan tempat perlancongan, ia adalah pilihan-pilihan terakhir kebanyakan orang.

Digelar Big Toilet oleh sesetengah orang, menunjukkan bahawa ianya tempat yang kotor, berdebu, busuk dan hancing. Di sana sini boleh lihat orang melepaskan hajat (baca: buang air besar dan kecil --> tak faham buat-buat faham) di tepi-tepi dinding bangunan, di bawah rimbunan pokok dan di tepi jalan. Malah dengan tabiat membunyikan hon dan dengan kepadatan manusia yang tinggi menjadikan ianya sesak, bingit lagi merimaskan. Usahlah terbuai dan asyik dengan cerita hindustan yang menjadi tontonan sedang realiti jauh dan amat berbeza dari anganan.

Jujur ana kata, seram sejuk dan takut untuk ke sana. Seorang yang pembersih, sukakan kedamaian mahu ke kota yang kotor dan sesak disana selama 14 hari? Woo woo woo...boleh bertahan ke nanti? Ana lebih suka berfikir secara positif. Jika niat untuk ke sana kita betulkan..insyaAllah banyak benda boleh ana belajar. Jika niat hanya untuk melancong dan bertemu Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai, tak kemana la. = =" (macam la jumpa. Huhu).

Universiti Teknologi Malaysia, atau digelar Universiti Tarbiyyah Malaysia, bakal ana tinggalkan. Sebelum itu, ana mahu menjejakkan kaki ke Universiti Kemanusiaan Terhebat Dunia. Itulah gelaran buat negara India. Kemiskinan yang tidak tersembunyi dan pengemis tanpa lakonan  namun disampingnya juga ada masyarakat yang bermegah dengan harta melimpah ruah. Perbezaan jurang yang begitu ketara sekali di dalam masyarakatnya.

Doakan ana dan kumpulan ana yang hanya seramai 9 orang (2 orang lelaki SAHAJA) sentiasa sihat sepanjang keberadaan kami disana, selamat pergi dan selamat pulang. Sila jangan tempah kain sari segala bagai okey. Backpack je. Bukan bawa bagasi untuk melancong. Harap maklum.

Eh? Kene batang hidung ka? Pi ngaji paling kurang 1 muka surat pi~

Untuk ke India memerlukan anda mempunyai Visa
Di sebabkan kami berada di Johor
Kami uruskan sendiri di Bagunan Pan Global, Johor Bahru
Bagunan warna Biru berhampiran Persada
Kami tak guna mana-mana agensi perlancongan
SENDIRIAN BERHAD semuanya dan
dengan bantuan pelajar-pelajar Malaysia di sana
Moga-moga semuanya berjalan lancar dan dibawah lindungan Allah

-Tips nak membuat Visa-
1. Baca terma dan syarat-syarat di laman web ini
http://www.indiavisa.com.my/index.php

2. Kenal pasti jenis visa yang dipohon dan bayaran yang diperlukan.

3. Isi borang di sini
Salah isi, kene isi online semula.
Pastikan jenis visa padan dengan 'Period of Visa' dan 'No of entries'
Kalau pilih Tourist Visa, kene isi di bahagian 'Period of Visa' = 6 month
dan 'no of entries' = Double walaupun pergi untuk 2 minggu dan nak masuk sekali je

4. Print borang dan hantar ke India Visa Centre bersama passport, 2 keping gambar berukuran 2"x2" dan duit bayaran mengikut jenis passport
 Ada 3 cawangan je untuk buat visa ni.

KUALA LUMPUR
G-01, Ground Floor,
Straits Trading Building, 
No. 2, Lebuh Pasar Besar, 
50050 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel. No: 006 03 2692 2692
Fax: 006 03 2698 2692

PENANG
No. 105, Lebuh Chulia,
10200 Penang, Malaysia.
Tel. No: 006 04 250 5000
Fax: 006 04 250 5002

JOHOR
Suite 325, 3rd Floor,
Pan Global Plaza,
Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru, Malaysia.
Tel. No: 006 07 222 3325
Fax: 006 07 222 0325

5. Selepas 4 hari bekerja boleh ambil visa yang telah siap ^^

Sekian. Terima Kasih ^^

Kunjungan mengejut lagi terkejut

Alhamdullilah
27 Rejab 1433H
17 Jun 2012
 
"Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ” [Surah Al-Isra’, Ayat : 1]

Selamat menghayati peristiwa israk mikraj ye ^^
Jom berehat 5 minit sambil baca "Mimpi-Mimpi Rasulullah Sebelum Israk Mikraj
 ---------------------------------------------------------------------------
 
Berbalik kepada tajuk. Sebaik sahaja pulang dari menjawab peperiksaan subjek CMOS Analog Design, UTM digemparkan dengan ketiadaan air tanpa notis dari Syarikat Air Johor. Makanya, berhijrahlah penduduk-penduduk blok yang ketiadaan air menumpang kasih di blok lain. Sehingga saat dan ketika ini, masih tiada lagi tanda-tanda kemunculannya. Tak sempat nak tadah air T_T sedey.

Tetapi ada yang lebih mengejutkan. Ana dikunjungi oleh dua orang gadis ayu dan sopan. Seorang bernama Shaza Hanani dan lagi seorang bernama Nur Azizah. Ini antara gadis-gadis yang mendapat tempat dihati ana (maksudnya --> sayang sangat). Katanya 'saja singgah'. Kata ana 'dah lama sangat tak jumpa kan?'. Yup, memang lama tak jumpa. Rasanya hampir sebulan tak berjumpa dengan buah hati yang sepuluh itu.

Berbual punya berbual, bertanya khabar dan perkembangan, mereka sudah mahu meminta diri. Mereka datang berkereta, dan ada yang sedang menunggu di dalamnya. Mahu bersama-sama menjamu perut yang lapar. Lalu, sebelum pulang..sekotak hadiah dihulurkan. Eh? Hadiah apa pulak ni? Setahu ana, hari lahir ana tahun Masihi sudah 3 bulan berlalu. Kalau tahun hijrah, ada la dalam sebulan lagi. 
Kata mereka: Nanti habis paper 22hb petang takut dah tak sempat nak jumpa akak. 
Fahamlah ana, ianya hadiah buat ana yang telah di tahun akhir.

Buka kotak hadiah
---
::Novel Syabab Musafir Kasih tulisan Fatimah Syarha::
on the top
*Senyum*

::Brooch rama-rama::
*Cumel sangat. Seyum*

::Selendang Pashmina::
*Senyum*
Lalu selendang itu mahu dikeluarkan, konon-konon nak try test
tapi ada lagi sesuatu dibawah selendang tersebut
 
::Sepasang Baju Kurung::
*Terkejut sangat*

MasyaAllah. Murah sangat hati adik-adik akak ni. Terharu sangat-sangat. 
Bukak dua-tiga kali hadiah tu. Macam tak percaya. Kali ke tiga baru terperasan nota di bawah penutup atas kotak

---
p/s: 
Sorry baju saiz 'M'. Hehe.
Thought akak suka pakai besar-besar..Hehe
Kalau besar, nanti kecikkan la ek..
ataupun akak pakai kasi muat..
(Kasi gemuk sikit..ehe..=P)
n thought akak suka hijau
thats why la
---

Lalu menghantar mesej kepada mereka
Nafisah: Awat sepersalinan ni? Terkejut sangat akak. Segan sangat nak terima.

Azizah: Supaya nanti bila akak pakai baju tu, akak ingat kitorang dan 
supaya akak sentiasa rasa kitorang ada disisi akak.

Shaza: Terima la sebagai kenangan. Jangan lupakan kami disini.
---
Mereka sangat sweet bagai gula-gula. Mungkin lebih-lebih lagi manisnya bagi ana.
-Terharu-
Baju kurung hijau tu muat elok-elok je dik
Tak lama lagi --> gemuk sikit, Comfirm tak muat. Hahaha.
Hijau ^^ sangat suka.
Thanks for being lovely siss
-Sayang kalian kerana Allah-
Jom cantikkan akhlak
'perlu tegar BESEDERHANA tetapi MENJAGA' 
 
Hijau itu indah kan?

Ukhuwah 'Lidi' versi -sn-

Alhamdulillah masih diberi nikmat kehidupan oleh Allah..
Dalam kesibukan masih jua diberi kesempatan masa untuk berkumpul bersama sahabat..

(Ini entry balas buat Ummu Batrisya @ Sabrina Risman ^^)

Ukhuwah 'Lidi'...Yummy! - copyright Ummu Batrisya~

Lidi 1 :: Terima Kasih juga kepada Ummu Batrisya dan sahabat-sahabat yang sudi hadir.
[Intan, Wafak, Safia, Safwah, Azzy, Mizah, Umi, Solehah, Faezah, 
Fatiha, Aisyah, Aimi, Fatihah, Bella, Izzah dan Ibu Ana.]

Lidi 2 :: Untuk yang bakal grad, ana nak bagi pantun. Pantun biasa dah ni =P

Republish poster terawal semasa berjinak-jinak dengan adobe photoshop : 2010
Ditujukan buat semua ^^

Lidi 3 :: Semalam dihampiri oleh salah seorang adik yang ana sayang
Lalu beliau berbisik ditelinga ana
'Kak, doakan saya kuat ea'
Zeeessss~tersentak jantung ana
InsyaAllah dik
Kamu bisa kuat
Moga-moga lebih kuat dari akak

Lidi 4 :: Jom ambil teladan dari kuatnya si Lidi bila bersama-sama
Jangan bersendiri k
Sahabat-sahabat sentiasa ada

Kadang perlu untuk mencari dari dicari
 Kadang perlu jujur untuk difahami dari biar mereka faham sendiri
Kadang perlu patuh untuk dinasihati dari biar diri leka sendiri

Lidi 5 :: UKhuwah Fillah abadan abada

Siri 'Laut' ?? Takmo! Nak Siri 'Pantai'

One happy family at home ^^

One happy family at home ^^
but without me T_T
s0b s0b

Kita merancang, Allah juga merancang,
Tetapi perancangan Allah melebihi segala-galanya,
Pasti ada hikmah disebalik setiap darinya~

::Sebelum cuti sekolah::
1 misscall from Abi ~ xsempat angkat. Huhuhu. Nak telefon semula takde kredit. T_T

Ym sama Cikgu Laila:
cygcydug: abi ada kol kamu tak tadi??
Salju Sakinah: ada ada!!!!
Salju Sakinah: abi tengah family day
cygcydug: abi cerita apa?
Salju Sakinah: malam ni deme bakar-bakar ikan + ayam
Salju Sakinah: pastu pergi memancing
Salju Sakinah: kat teluk senangin, lumut
cygcydug: family day under sapa?
Salju Sakinah: konvoi ramai-ramai bawah RCD

RCD buat family day sebelum cuti sekolah. Memang tak adil. Jeles-jeles. Along bermanja dengan abi umi!
Dah balik bercuti baru umi buat laporan.

Umi: Meriah sangat. Umi ngan abi menang games. Dapat hamper. Banyak sangat makanan. Sampai pening dan selesema ni ha.
Ana: Seronoknya umi ^^. InsyaAllah ana ingat nak balik minggu depan~

::Semasa cuti sekolah minggu pertama::
25 - Walimah k.Ayunni @ Seri Manjung
26 - Walimah k.Aimi @ Kuala Krai
     - Walimah Wan Ayien @ Bandar Seri Iskandar
     - Walimah Saidah Nafisah @ Langkap
     - Walimah Farhana dan Syed @ Kampung Jawa, Klang
27 - Walimah Farhana dan Zool Ikhsan @ Pulau Pinang

Cadangnya mahu pulang ke rumah 24 May. Mahu menghadiri walimah sahabat-sahabat. Walaupun tak mungkin dapat menghadiri semua, tetapi yang di Perak itu haruslah. Tambah-tambah lagi kenduri sahabat setingkatan, sedorm, seasrama, sesama baik-baik dan sesama nakal-nakal lompat pagar, ponteng prep dll [Wan (Smk Sultan Yussuf) dan Farhana + Syed (Smka Slim River)]. Maaf tak dapat hadir seperti yang dijanjikan. Assignment, discussion, presentation dan test beratur menanti giliran~

Minggu depannya~
2 Jun - Walimah k.Asma @ Kedah (9 Jun @ Kuala Kurau)
3 Jun - Walimah K.Amirah Basirun @ Cameron

Barakallah kepada mereka semua ^^ ~

::Semasa cuti sekolah minggu kedua::
29 Mei
Abi: Adik dah macam ayam berak kapur, keseorangan dirumah tanpa teman.
Ana: Hahahaha. Adik ayam berak kapur~ adik ayam berak kapur~ (suka kacau adik)
Adik: Mana ada! Adik tengok Tv la kalau tak jaga kedai.
Ana: Adik, rancangan Tv tu nanti masuk dalam exam PMR. Hahaha.
--
30 Mei
Abi: Tadi pergi ambil result ujian darah. Kolestrol naik semula. Umi pun sama. (padahal abi kurus kot)
Umi: Balik-balik jumpa Dr, umi abi ngan adik pi jongging. Tapi sekali je la. Lepas tu dah malas.
Ana: Hahaha. Atoi la. Macam mana nk turun 10mg/dL kalau macam ni??
--
K.Maria: Adikku yang super buzy ni, tak balik ke minggu ni?? Kami semua balik.
Ana: Hah?? Hari tu kata tak jadi balik! Nak ikut..nk ikut..Huhuhu.
--
1 Jun
Along: Along ngan abi tengah bersiap-siap ni.
Ana: Hah?? Nak pergi mana?? Nak ke pasar borong ke??
Along: Tak la..nak pi Himpunan anak muda di Kedah.
Ana: Serius?? Jeles!!
--
2 Jun 
Ana: Umi, kat mana ni?? Zoo Taiping ke??
Umi: Tak la. Kat rumah. Hari ni ada banyak kenduri.
Ana: Eh?? Ingatkan kat Taiping. K.Nurul telefon ana tadi. Beliau jumpa kakak. Katanya nanti nak singgah rumah.
Umi: Eh?? K.Nurul buat apa kat Taiping??
Ana: Cuti sakan. Bawak Asyfa jalan-jalan.
--
Ana: Kakak dah balik belum??
Laila: Dah tapi belum masuk rumah. Bawak Fathiyyah jalan-jalan keliling rumah (anak kecil itu sudah boleh berjalan ^^). Fathiyyah tak mau masuk rumah dah. Waduh-waduh, Thiyah comei.
Ana: Waaa..rindunya Tiya. Homesick amat ni.
Laila: Ha! Apa lagi, pulanglah ke sini. Kitorang pun tengah SidahSick. Hehehe.
Ana: Terharunya~

  Tiya si Arnab
--
Laila: Kami buat donut versi Milo ni. Yummy. Nak kitorang pos ke?? Hehehe. Ada orang nak datang rumah.
Ana: Dapnye Dapnye..jaat sangat. Buat sidah jeles. Ada orang nak masuk meminang kamu ka?? Hahaha
--
Ana: Dah siap ke donutnya?? Sidah lapar ni.
Adik: Belum lagi. Baru nak goreng la. Adik tengah tengok Sin Chan.
Syamilah: Tadi yang datang tadi keluarga kawan along. Kitorang hidangkan keropok je.
Ana: Laaa..ingatkan donut tadi untuk tetamu
Umi: Donut tu sikit je. Nanti k.Nurul datang ingat nak masakkan tom yam. Ni baru nak potong-potong ayam
Ana: Umi suruh la budak-budak tu. Tengok Sin Chan je. Isk3x.
Syamilah: Iye la iye lah..nanti akak tolong umi.
--

Kesimpulannya disini, jiwa ana juga sudah dirumah. Setiap masa nak update cerita mereka. Sedih +jeles. Tapi apakan daya..inchik PSM memaksa saya berdamping dengannya setiap masa.

Buat mereka-mereka yang ditahun akhir
teruskan bersabar
tak boleh nak run coding
sabar
data tak keluar seperti yang diinginkan
sabar
komponen tidak memberi kerjasama
sabar
laptop merajuk
sabar
teruskan usaha
sabar+usaha+doa+tawakal
----
"Allahumma yassir wala tu’assir,
 robbi tammim bi’khair ya Karim"
--
O Allah, make it easy, and do not make it difficult. 
O Allah, make it end well o the Generous.
--

Hati Emas!


    Bila sudah tiba di dasar paling bawah,

Kepala yang dijulang sudah menjulang ke dalam jurang.

Sudah tidak ada lagi tempat untuk jatuh,

maka pada ketika itulah peribadimu akan naik semula.

Kau sudah membayar yuran pada kejayaan.

kau suda merasa kepahitan pada ubat yang ditelan.

Ego, bangga, rendah diri, kecil hati, kecut, penakut sudah 'dibakar' dalam relau mehnah ALLAH.
Dan saat untuk kau mendapat ijazah dari 'universiti mujahadah' semakin hampir.
Tidak ada gelaran, tidak ada sanjungan.
Hadiahmu cuma satu: Hati emas!


-Ustaz Pahrol Mohd Juoi-


Believe~


 


If you think you are beaten, you are;
                   If you think you dare not, you don't;
                                     If you'd like to win, but think you can't
                                                         It's almost a cinch you won't.
                                                                          If you think you'll lose, you're lost,
                                                                                          For out in the world we find
                                                                          Success begins with a fellow's will:
                                                         It's all in a state of mind.
                                    Life's battles don't always go
                     To the stronger or faster man,
              But soon or late the man who wins
Is the one who thinks he can.


and  please put your best trust in Allah~


Adik2 hafizah, moga istiqomah
Terus tanamkan kepercayaan pada Dia
Juga percaya pada diri

Oh, ada yang cemburu pada kalian ni
^^

Adikku Mujahidah

Entah sejak bila kami bertemu. Rasanya seawal ana berada di tahun 3 pengajian ana di UTM ini. Namun pertemuan demi pertemuan terasa bagai ada auranya tersendiri. Orangnya cukup murah dengan senyuman, cukup ceria bila didampingi, cukup menghargai ukhuwah yang terbina, sangat membantu bila diperlukan, sangat memberi sokongan tika lemah serta sangat mengajar ana mengenai erti kehidupan sebagai pelajar, isteri dan ibu. 

Nurin, Ain dan Sajida bersama Umi mereka ^^
Dalam kesibukan, beliau sanggup mengorbankan masa. Ada ketikanya membawa anak-anak bersama dalam mesyuarat dan program. Tersentuh hati tatkala beliau berkata.."Maaf jika anak-anak akak yang ada menggangu kalian bergerak kerja, tetapi masa yang sedikit ini akak mahu luangkan bersama mereka".

Waktu itu terasa bergunung-gunung sebak di dada. Seperti mahu memeluk beliau dan anak-anak beliau erat-erat. Terdetik di dalam hati 'InsyaAllah, Aku mahu begini satu hari nanti, istiqamah di dalam gerak kerja Islam namun anak-anak masih tetap diutamakan.'

Adik beradik yang sangat Sweet
Bergerak kerja bersama~
Sejak mengenali beliau, ana rasa sangat banyak terhutang budi dengan segala pemberian dan bantuan yang dihulurkan. Huluran tangan yang ana mampu beri, belum cukup tuk membalas segala budi-budi yang dicurahkan.

Pernah beliau berkata 'Echa mengingatkan akak pada ketika akak bergelar mahasiswa'. Lantas, terasa cukup terharu sehingga tak tergambar dek kata-kata. Lewat kisah-kisah dan pengalaman-pengalamannya ana jadikan pengajaran dan teladan. InsyaAllah, moga-moga ana juga mampu sekuat beliau!

Jaulah bersama ^^
Dan terakhir..terima kasih tuk puisi indah yang sangat bermakna. Saat terasa lemah..baca puisi ni, terasa semangat kuat kembali. Terima Kasih ya Allah~

***
Adikku Mujahidah, 
Jadilah dirimu seindah Muslimah, 
Gagah pertahan Aqidah 
Dalam lembut magamal Fitrah 
Meratib tasbih Iqtiqomah 
Mengemudi tiap jejak Mahmudah 
Walau dalam susah payah 
 
Merindu kasih hanya kerana Ukhwah 
Memburu cinta hanya kerana Allah 
 
Adikku Mujahidah, 
Telah nyata dalam kalamNya 
Dunia ini persinggahan, 
Hanya tempat permainan 
 
dan FirmaNya lagi 
Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiar begitu, 
mengatakan kami telah beriman sdg mereka tidak diuji dahulu? 
 
Adikku Mujahidah, 
Dugaan hidup datang & pergi, 
Menguji Iman & kekuatan hati, 
Usah mudah melatah & meratapi, 
Menyalahkan takdir, menunding jari, 
Segera bertaubat kembali kepada Ilahi 
Semak semula diri sendiri 
Betulkan layar, pasakkan sauh Islami 
 
Adikku Mujahidah, 
Teruskan mujahadahmu tanpa henti 
Pasti temui Cinta Sejati 
Nikmat kemanisan 
Sebuah kehidupan insan 
 
Agar tasdik Syahadah 
Seharum Kasturi Rabbaniah 
 
Sehingga kau temui Khusnul Khatimah... 
   
~Ummu Nur; 30Mac2012~ 
Sempena Anugerah Bintang Kolej Tunku Canselor 2011
http://baitun-nurfaidzin.blogspot.com/

Setitis-setitis ia gugur~

Terima kasih kak..akak buat kami rasa dihargai sangat-sangat. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
InsyaAllah

    

Cemburuku pada mereka

"Setiap hela nafas
Setiap gerak tangan
Setiap degup jantung
Setiap derap kaki

Takkan pernah bermakna
Tanpa cintaMu"

Allah..lagu-lagu nasyid yang dimainkan terasa sayu. Kerdil rasanya diri ini..

Ya Allah Ya Tuhanku, aku cemburu...
Aku cemburu pada mereka yang sebentar-sebentar teringat padaMu..
Aku cemburu pada mereka yang sebentar-sebentar menyebut namaMu..
Aku cemburu pada mereka yang terus-menerus merebut cintaMu..
Aku cemburu pada mereka yang terus-menerus meraih redhaMu..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Tetap teguhkanlah hatiku,
Jauhkanlah ia dari perasaan yang membunuh waktu,
Pisahkan ia sementara waktu,
Hingga sampai ketika waktu.



Wanita makhluk emosi?

Sekeping hati yang Allah ciptakan ini begitu unik. Ia melahirkan pelbagai rasa lalu diterjemahkan menjadi emosi seperti gembira, sedih, pemarah, rasa lapang, rasa senang, megah, benci, suka, jijik, malu, dendam dan banyak lagi. Kata orang jantung itu sebesar genggaman tangan. Hati pula bagaimana??  Hati bukan jantung dan jantung bukanlah hati. Selalu diantara kita salah menafsir. (boleh baca--> Jantung bukan hati tulisan Dr.Maza)

Hati @ jantung?? (Lost World of Tambun, Perak : 16 Mac 2012)

Hati-hati menjaga hati kerana ia berkait dengan nafsu. Malah hati juga dikatakan raja dalam diri yang mengawal anggota diri. Jika baik raja, baik jugalah rakyatnya. Begitu juga dengan hati. Baik hati kita, baik juga akhlak diri kita.
Sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”

Berbalik kepada topik yang ingin dibicarakan. Jika wanita makhluk emosi, maka lelaki pula makhluk apa?? Makhluk fantasikah?? =). Allah menjadikan lelaki dan perempuan itu untuk lengkap melengkapi antara satu dengan yang lain. Maka..jika wanita makhluk emosi, lelaki haruslah menjadi makhluk rasional. Rasional yang menyeimbangi emosi yang terlahir dari wanita.

Namun kekuatan emosi dalam setiap diri wanita itu ada perbezaannya (begitu juga dengan kaum lelaki). Ada yang begitu menggunakan emosi dan ada yang bijak menyeimbangkan emosi dengan rasional. Sesetengah wanita suka berlagak keras jika berhadapan dengan mereka yang berlainan jantina. Namun disebalik kekerasan sikapnya, pasti ada kelembutan. Bukan semua lelaki sahaja bisa menggunakan istilah 'dalam hati ada taman', wanita juga boleh. Apa yang penting..emosi ini jugalah yang melahirkan perasaan malu yang menjadi pakaian buat setiap wanita. 

Emosi jugalah yang melahirkan perasaan kasih dan sayang. Ia tidak terhad hanya kepada wanita. Malah lelaki juga turut merasakannya. Namun jika ada di antara kita berkata "Saya tak boleh nak sayang orang yang saya tak suka?" bagaimana kita mahu menyelesaikannya? Ada juga di antara kita yang menghadapi pelbagai situasi yang mengores emosi lalu terbit perasaan dendam dan benci pada si penggores hati. Bagaimana harus kita mengikis perasaan benci dan dendam menjadi kasih dan sayang??


Bagai emosi yang berkecamuk (Pantai Cahaya Bulan, Kelantan : 8 April 2012)

Perasaan boleh dipupuk dan boleh juga dilepaskan pergi. Mengikut Law of Attraction, ia membawa kita memahami istilah 'Kita menarik apa yang kita fokuskan'. Begitu juga dengan kasih sayang.  Jika kita memberi perasaan kasih, kita akan beroleh kasih yang sama. Lalu terdetiklah hati perasaan sayang.

Ini tips yang boleh kalian amalkan. Keberkesanannya harus dinilai oleh penguji itu sendiri.
  1. Pandanglah orang yang tidak disukai itu, dengan pandangan kasih sayang. 
  2. Lihatlah segala kebaikan yang pernah dilakukannya. 
  3. Jika dia adalah sahabat, bercakaplah dengan diri...'Saya sayaaaang sangat dia. Dia sahabat saya'. Jika dia seorang adik, bercakaplah dengan diri...'Saya sayaaaang sangat dia. Dia adik saya'. Jika dia seorang guru, bercakaplah dengan diri...'Saya sayaaaang sangat dia. Dia guru saya'. Begitu jugalah untuk yang lainnya. 
  4. Berdoa kepada Allah untuk melembutkan hati dan melimpahkan kasih sayang di dalam keduanya.

Moga kasih sayang yang terlahir mengeratkan ukhuwah lalu membina masyarakat dan negara yang harmoni.

p/s
Ana juga mahu menyatakan bahawa mereka-mereka dibawah adalah kesayangan ana:
.
..
...
....
.....
.......
.........

 Oh..list menjadi invisible sebab terlalu panjang. Banyak sangat orang2 kesayangan nih.
Tahniah sebab menjadi orang kesayangan ana. Bukan senang tau. =P
Terima kasih juga kerana menyayangi diri ini
Syukur kepada Allah sebab diri ini disayangi ramai (bajet femes)
Sebab ana rasa disayangi ramai oranglah
Allah beri rasa untuk ana turut menyayangi ramai orang.
 
Dedaun hati (Pantai Irama di Bachok, Kelantan : 10 April 2012

Seronok bila berkongsi ilmu dan berkongsi rasa

"Kak..akak stay surau sampai isyak tak??" Adik berkaca mata itu menyoal dengan mata yang menggambarkan pengharapan semasa kami menunggu masuknya waktu magrib.

"Saya ada usrah jap lagi, akak bantu-bantu saya ye." beliau menyuarakan suara hati yang terpendam.

"Err..akak tak boleh solat dik. Tapi kalau nak suruh akak stay, akak tak kisah." ana menjawab dengan jawapan yang menyenangkan hati beliau walaupun hati ana sedikit keraguan  lantas menandakan pangkah pada senarai aktiviti yang telah dirancang selepas iftar di surau nanti.

Ana bukanlah orang yang boleh bercakap secara bidan terjun jika berkaitan dengan bab-bab agama ni. Perlu sedikit 'homework' tuk membolehkan diri ini yakin tuk sesuatu penyampaian. Paling tidak membaca satu artikel yang berkaitan dengan tajuk yang bakal dibincangkan. Ana tidak mahulah majlis ilmu itu menjadi suatu majlis bualan kosong tanpa menjentik mana-mana hati yang sedang kosong.

 Homework sebelum usrah =P

Lantas, semasa yang lainnya sedang kekusyukan mengadap Allah (baca: Solat) sebelum menjamu perut dengan hidangan nasi di dalam talam, ana bertanya kepada adik yang satu lagi sambil berbisik-bisik supaya tidak menggangu jemaah solat.

"Awak..Bella suh awak bagi tazkirah sikit lepas iftar nanti" ana berkata dengan mimik muka penuh 'keseriusan'.

"Akakkkk..jangannn. Tibe-tibe je nih. Saya tak tau nak sampaikan apa." beliau mula tidak senang duduk.

"Ala..boleh punye. Tajuk tak susah pun" ana membalas sambil menyambung lakonan.

"Tak mahu la kak. Betul ni. Saya tak boleh" beliau kian cuak.

"Hehehehe" ana sudah tidak mampu menahan tawa yang sedari tadi ditahan-tahan.

"Tak la..sebenarnya Bella mintak tolong kat akak. Tapi akak pun tak tau nak cerita pasal apa. Hehehe. Awak faham apa pasal mujahadah??" ana bertanya pada beliau

Lalu beliau menjawab "MUJAHADAH = PENGORBANAN."


Lalu ana mula merangka sedikit sebanyak apa yang ingin diperkatakan.

Usai Iftar, kami memulakan majlis dengan sedikit tadarus surah At-Taubah~

Bella membuat ucapan alu-aluan dan menyampaikan sedikit ulasan serta sedikit perkongsian..

Kemudian turn ana pula..kemudian di'pass' kepada bella kembali..kemudian ana..dan kemudian bella di akhirnya. Kami melakukan passing batton seperti larian 4x400 meter lagaknya. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Ada ketawanya, ada sayunya, ada soal jawabnya dan ada muhasabahnya.

Pada awalnya ana langsung tiada keyakinan...tetapi hasil dari pertanyaan dalam lakonan + tadarus + perkongsian bella + pengalaman lama + ilmu-ilmu yang pernah diingati + brainstorming dari adik-adik menjadikan ia satu olahan yang ana rasa cukup best. Tapi apa yang penting, semuanya berbalik kepada Allah ^^.

Allah yang menggerakkan hati ini tuk bertanya, Allah menggerakkan hati ini untuk memahami terjemahan ayat 24 surah At-Taubah, Allah yang menggerakkan hati ini mudah mengolah dari perkongsian bella, Allah yang mendatangkan semula memori-memori dan pengalaman lama untuk dikongsi, Allah mengingatkan semula apa yang pernah ana pelajari, Allah memberikan cetusan persoalan buat adik-adik tuk bertanya dan memberikan ana cetusan idea tuk menjawab persoalan serta Allah jualah yang memberi kelancaran dalam menyusun perkataan menjadi bait kata-kata.

Terima Kasih ya Allah ^^. Hati berbunga-bunga ceria bila kita dapat menyampaikan sesuatu yang bermanfaat buat orang lain. SERONOK. Rasa nak menari-nari..rasa nak menyanyi-nyanyi. Yey ^^. Sesungguhnya perkongsian itu juga memuhasabahkan diri ini. Ana sayang Allah, Allah sayang ana ^^. Dan Ana juga mereka, sama-sama sayang ISLAM =).


 p/s:
::Merindui mereka yang 10 kesayangan-kesayangan ana:: 
-Amirah Hanis, Fathin Afina, Farah, Alizah, Hidayah-
-Iyliani, Ana Suhah, Laila, Syaza, Azizah- 
(akan datang.. mahu menjamu mereka dengan resepi dari jiran sebelah = cik Fatiha Mesbah)
InsyaAllah akan disediakan dengan penuh kasih sayang ^^
klo sedap..nikmati
tak sedap..telan
Hehehehe
_Jumpe nanti_

Terima Kasih juga buat
Nenek - Bihun Tom Yam
Atuk - Air Tebu yang manis
Mak Long - Sate Ayam dan Koktail
Mak Ngah - Soto Ayam
Mak Uda - Bubur pulut hitam
Cik Lin - Ikan dan Kerang Bakar dan Puding Roti berMilo
Mak Usu - Bubur kacang hijau
K.Nurul - Kek bufday
Pak Long dan keluarga - Hadiah bufday advance
Abang2, kakak2 dan adik2 sepupu - pembakaran sate dan ikan bakar serta meriuhkan majlis
Asyfa - mencomelkan suasana =)
::Selamat Hari lahir buat semua yang diraikan dalam kenduri kesyukuran ringkas keluarga Haji Kasani di Batu Pahat (25/3)::

Terima Kasih juga buat Akh Izmar yang turun ke UTM
membelanja junior-junior makan ayamas (25/3)
'bekal' tuk k.long ayah bagi banyak amat --"
-Serius-
Semalam adalah hari Tarbiyyah Foodiyyah
MasyaAllah dan Alhamdulillah

Tangisan itu untuk apa??


“Menangislah untuk yang spatutnya..”
“Menangis untuk Dia..airmata penghapus dosa”

Menangis  untuk Baginda..Syafaat yang menyelubungi kita..”
Menangis  untuk Ibu..harapkan syurga dari tapak kakinya..”
“Senyum dan menangis..seni hati pelengkap dunia..”
“Semuanya untuk apa?? Untuk ke ‘sana’..menghadap kepadaNya..”


Pesanan dari arwah atuk kepada Irfan dan adik beradiknya T_T

Mana satu pilihan hati

Ana bertanya kepada Umi, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Umi jawab, “dua-dua bukan..”

Ana tercengang..Umi mengukir senyuman.

Pilihan hati Umi adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Ana menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Umi diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya umi dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin ana mampu menyorokkan rahsia hati dari umi sedangkan sekilas ana pun umi mampu membacanya.

Yang paling tahu hanya Allah..” umi merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” umi menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”

Ana memintas, “Tak faham..”

Umi menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”

Umi menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”

Wajah ana merah, sedikit cemas jika umi dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Umi menyambung

“Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” Umi berhenti seketika. Ana tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Umi buat-buat tidak nampak.

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

Tiba-tiba air mata ana mengalir. Argh! Ego ana kalah bila mendengar hujah umi. Umi meneruskan,

“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Bebas menjaga dan mengambil berat tika dia sakit. Tetapi bila dengan lelaki yang bukan halal bagi kita, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” umi berhenti seketika..

“Kakak.. jadi di sini umi nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk umi abi adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

     

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata ana turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Umi menarik tubuh ana dan memeluk erat. Pelukan umi sangat-sangat kuat. “Umi dah didik anak umi dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang umi serahkan anak umi yang umi sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Umi mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu ana.

P/s:
-Ini entry copy n edit
-Semoga Allah memelihara ana, enta, enti, awak, kamu dan mereka. Moga dipelihara dan diikurniakan kesihatan yang baik, dipertingkatkan iman, dipertambahkan ikhlas, dilindungi dari fitnah dan maksiat, dibersihkan hati yang kotor, dimurahkan rezeki, ditetapkan hati dengan nikmat dunia serta dikurniakan segala yang dihajati.

Ima vs Ita

Buku setebal 874 muka surat itu diletakkan ditepi. Mata berpinar dan semakin mengecil. Otak terasa berat dan penat untuk menjalankan proses memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut dan menganalisis perkataan-perkataan itu. Sudah beberapa hari mengadap buku yang sama tetapi masih belum dikhatamkan. Ah, sukar sekali rasanya untuk merangsang adrenalin membaca akhir-akhir ini.

Dunia menjadi kelam namun masih kedengaran sayup-sayup lagu nasyid yang dimainkan dari dalam laptop. Masih di alam separa sedar mungkin. Nun dihujung sana muncul satu cahaya yang semakin lama menghampiriku. Entah berapa watt agaknya kekuatan cahaya tersebut menyebabkan mataku tertutup dek kerana silau.

***
Celik sahaja mata, aku sedang merempit membelah pekat dan dinginnya malam. Terasa asyik seperti mahu berlumba dengan sang angin. Entah mengapa terngiang-ngiang kata-kata seseorang yang mengguris hatiku. "Kalau kau macam ni, takkan ada lelaki pun yang akan suka. Ganas, ego, hati batu, kepala angin!". Huhhhh..satu keluhan keluar tidak semena-mena. Ah, siapa dia mahu menghukum aku?

Muhasabah lagi aku malam ni. Ada benarnya kata-kata dia. Yup, memang aku ego, hati batu, kepala angin, ganas macam lelaki. Dahulu soal jodoh, cinta dan lelaki aku ketepikan. Aku langsung tidak ambil endah. Namun seiring dengan peningkatan umur serta melihat kawan-kawan yang lain sudah mendirikan rumah tangga juga saudara mara yang kerap bertanya itu dan ini menyebabkan mahu tidak mahu kerisauan itu tetap menjengah.

Kadang aku mahu menjadi seperti Ita. Pergi ke mana-mana, pasti ada mata yang memandang. Sopan, ayu, lemah lembut dalam tingkah laku, baik hati serta ringan tulang. Pujaan ramai seperti perempuan melayu terakhir dan itu cukup membezakan aku dan Ita. Seperti langit dan bumi jaraknya.

Motosikal yang dibawa terus memecut dan menuju satu cahaya.

***
MasyaAllah! Kepalaku berpinar. Kini aku adalah Ita. Si gadis pujaan ramai. Ya..ini yang aku mahu. Menjadi si Ita. Seronoknya tidak terkira. Aku berlari riang mengejar sang pelangi. Dibelakang ku beberapa orang peminat setia mengekori. Kemana sahaja aku pergi, tetap ada mereka. Pada mulanya aku berasa senang. Namun lama kelamaan mula terasa rimas. Oh...langkahku kini terbatas. Gerak tariku terencat. Suaraku kaku. Aku semakin hilang keyakinan diri. Setiap yang ku lakukan tidak boleh ada cacat celanya. Perlu sempurna dimata mereka.

Aku mahu menjadi si Ima yang dulu. Aku tak mahu menjadi Ita. Ima dahulu penuh keyakinan, berani bersuara. Egonya seorang perempuan bernama Ima bukan tinggi mana. Ia membuktikan si Ima punya prinsip hidup yang dipegangnya kuat. Hati batu seorang perempuan bernama Ima juga bukan untuk semua perkara. Cukup manja saat bersama ibu dan bapa. Seganas-ganas Ima, dia cukup prihatin dan mengambil berat mengenai adik-adiknya serta cukup disegani dikalangan sahabat-sahabat perempuannya.

Air mata mengalir lagi. Ima cukup kuat menghadapi segala masalah. Segala masalah yang dihadapi, dianggap sebagai motivasi buat diri. Malahan Ima mampu berdikari dalam hampir setiap perkara dan Ita si cengeng ini... mudah putus asa malah menampakkan diri wanita yang lemah. Ah..kenapa aku perlu berada ditempat Ita untuk aku mensyukuri diriku Ima??

***
Deringan jam loceng membangunkan aku dari tidur. Aku si Ija. Aku bukan si Ima malah bukan juga si Ita. Sekian~

p/s:
1. Untuk bersyukur dengan diri kita, lihatlah mereka yang kurang dari kita
2. Untuk memperbaiki diri kita, lihatlah mereka yang lebih dari kita