Ima vs Ita

Buku setebal 874 muka surat itu diletakkan ditepi. Mata berpinar dan semakin mengecil. Otak terasa berat dan penat untuk menjalankan proses memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut dan menganalisis perkataan-perkataan itu. Sudah beberapa hari mengadap buku yang sama tetapi masih belum dikhatamkan. Ah, sukar sekali rasanya untuk merangsang adrenalin membaca akhir-akhir ini.

Dunia menjadi kelam namun masih kedengaran sayup-sayup lagu nasyid yang dimainkan dari dalam laptop. Masih di alam separa sedar mungkin. Nun dihujung sana muncul satu cahaya yang semakin lama menghampiriku. Entah berapa watt agaknya kekuatan cahaya tersebut menyebabkan mataku tertutup dek kerana silau.

***
Celik sahaja mata, aku sedang merempit membelah pekat dan dinginnya malam. Terasa asyik seperti mahu berlumba dengan sang angin. Entah mengapa terngiang-ngiang kata-kata seseorang yang mengguris hatiku. "Kalau kau macam ni, takkan ada lelaki pun yang akan suka. Ganas, ego, hati batu, kepala angin!". Huhhhh..satu keluhan keluar tidak semena-mena. Ah, siapa dia mahu menghukum aku?

Muhasabah lagi aku malam ni. Ada benarnya kata-kata dia. Yup, memang aku ego, hati batu, kepala angin, ganas macam lelaki. Dahulu soal jodoh, cinta dan lelaki aku ketepikan. Aku langsung tidak ambil endah. Namun seiring dengan peningkatan umur serta melihat kawan-kawan yang lain sudah mendirikan rumah tangga juga saudara mara yang kerap bertanya itu dan ini menyebabkan mahu tidak mahu kerisauan itu tetap menjengah.

Kadang aku mahu menjadi seperti Ita. Pergi ke mana-mana, pasti ada mata yang memandang. Sopan, ayu, lemah lembut dalam tingkah laku, baik hati serta ringan tulang. Pujaan ramai seperti perempuan melayu terakhir dan itu cukup membezakan aku dan Ita. Seperti langit dan bumi jaraknya.

Motosikal yang dibawa terus memecut dan menuju satu cahaya.

***
MasyaAllah! Kepalaku berpinar. Kini aku adalah Ita. Si gadis pujaan ramai. Ya..ini yang aku mahu. Menjadi si Ita. Seronoknya tidak terkira. Aku berlari riang mengejar sang pelangi. Dibelakang ku beberapa orang peminat setia mengekori. Kemana sahaja aku pergi, tetap ada mereka. Pada mulanya aku berasa senang. Namun lama kelamaan mula terasa rimas. Oh...langkahku kini terbatas. Gerak tariku terencat. Suaraku kaku. Aku semakin hilang keyakinan diri. Setiap yang ku lakukan tidak boleh ada cacat celanya. Perlu sempurna dimata mereka.

Aku mahu menjadi si Ima yang dulu. Aku tak mahu menjadi Ita. Ima dahulu penuh keyakinan, berani bersuara. Egonya seorang perempuan bernama Ima bukan tinggi mana. Ia membuktikan si Ima punya prinsip hidup yang dipegangnya kuat. Hati batu seorang perempuan bernama Ima juga bukan untuk semua perkara. Cukup manja saat bersama ibu dan bapa. Seganas-ganas Ima, dia cukup prihatin dan mengambil berat mengenai adik-adiknya serta cukup disegani dikalangan sahabat-sahabat perempuannya.

Air mata mengalir lagi. Ima cukup kuat menghadapi segala masalah. Segala masalah yang dihadapi, dianggap sebagai motivasi buat diri. Malahan Ima mampu berdikari dalam hampir setiap perkara dan Ita si cengeng ini... mudah putus asa malah menampakkan diri wanita yang lemah. Ah..kenapa aku perlu berada ditempat Ita untuk aku mensyukuri diriku Ima??

***
Deringan jam loceng membangunkan aku dari tidur. Aku si Ija. Aku bukan si Ima malah bukan juga si Ita. Sekian~

p/s:
1. Untuk bersyukur dengan diri kita, lihatlah mereka yang kurang dari kita
2. Untuk memperbaiki diri kita, lihatlah mereka yang lebih dari kita


3 comments:

Yang pasti Ima..Ita..dan 'dia' adalah orang yang sama..;)

 

dia tu --> ija la k.v. Orang yang sama sebab mimpi yang sama ea? Mimpi apo la ni. hahahaha.