Wanita makhluk emosi?

Sekeping hati yang Allah ciptakan ini begitu unik. Ia melahirkan pelbagai rasa lalu diterjemahkan menjadi emosi seperti gembira, sedih, pemarah, rasa lapang, rasa senang, megah, benci, suka, jijik, malu, dendam dan banyak lagi. Kata orang jantung itu sebesar genggaman tangan. Hati pula bagaimana??  Hati bukan jantung dan jantung bukanlah hati. Selalu diantara kita salah menafsir. (boleh baca--> Jantung bukan hati tulisan Dr.Maza)

Hati @ jantung?? (Lost World of Tambun, Perak : 16 Mac 2012)

Hati-hati menjaga hati kerana ia berkait dengan nafsu. Malah hati juga dikatakan raja dalam diri yang mengawal anggota diri. Jika baik raja, baik jugalah rakyatnya. Begitu juga dengan hati. Baik hati kita, baik juga akhlak diri kita.
Sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”

Berbalik kepada topik yang ingin dibicarakan. Jika wanita makhluk emosi, maka lelaki pula makhluk apa?? Makhluk fantasikah?? =). Allah menjadikan lelaki dan perempuan itu untuk lengkap melengkapi antara satu dengan yang lain. Maka..jika wanita makhluk emosi, lelaki haruslah menjadi makhluk rasional. Rasional yang menyeimbangi emosi yang terlahir dari wanita.

Namun kekuatan emosi dalam setiap diri wanita itu ada perbezaannya (begitu juga dengan kaum lelaki). Ada yang begitu menggunakan emosi dan ada yang bijak menyeimbangkan emosi dengan rasional. Sesetengah wanita suka berlagak keras jika berhadapan dengan mereka yang berlainan jantina. Namun disebalik kekerasan sikapnya, pasti ada kelembutan. Bukan semua lelaki sahaja bisa menggunakan istilah 'dalam hati ada taman', wanita juga boleh. Apa yang penting..emosi ini jugalah yang melahirkan perasaan malu yang menjadi pakaian buat setiap wanita. 

Emosi jugalah yang melahirkan perasaan kasih dan sayang. Ia tidak terhad hanya kepada wanita. Malah lelaki juga turut merasakannya. Namun jika ada di antara kita berkata "Saya tak boleh nak sayang orang yang saya tak suka?" bagaimana kita mahu menyelesaikannya? Ada juga di antara kita yang menghadapi pelbagai situasi yang mengores emosi lalu terbit perasaan dendam dan benci pada si penggores hati. Bagaimana harus kita mengikis perasaan benci dan dendam menjadi kasih dan sayang??


Bagai emosi yang berkecamuk (Pantai Cahaya Bulan, Kelantan : 8 April 2012)

Perasaan boleh dipupuk dan boleh juga dilepaskan pergi. Mengikut Law of Attraction, ia membawa kita memahami istilah 'Kita menarik apa yang kita fokuskan'. Begitu juga dengan kasih sayang.  Jika kita memberi perasaan kasih, kita akan beroleh kasih yang sama. Lalu terdetiklah hati perasaan sayang.

Ini tips yang boleh kalian amalkan. Keberkesanannya harus dinilai oleh penguji itu sendiri.
  1. Pandanglah orang yang tidak disukai itu, dengan pandangan kasih sayang. 
  2. Lihatlah segala kebaikan yang pernah dilakukannya. 
  3. Jika dia adalah sahabat, bercakaplah dengan diri...'Saya sayaaaang sangat dia. Dia sahabat saya'. Jika dia seorang adik, bercakaplah dengan diri...'Saya sayaaaang sangat dia. Dia adik saya'. Jika dia seorang guru, bercakaplah dengan diri...'Saya sayaaaang sangat dia. Dia guru saya'. Begitu jugalah untuk yang lainnya. 
  4. Berdoa kepada Allah untuk melembutkan hati dan melimpahkan kasih sayang di dalam keduanya.

Moga kasih sayang yang terlahir mengeratkan ukhuwah lalu membina masyarakat dan negara yang harmoni.

p/s
Ana juga mahu menyatakan bahawa mereka-mereka dibawah adalah kesayangan ana:
.
..
...
....
.....
.......
.........

 Oh..list menjadi invisible sebab terlalu panjang. Banyak sangat orang2 kesayangan nih.
Tahniah sebab menjadi orang kesayangan ana. Bukan senang tau. =P
Terima kasih juga kerana menyayangi diri ini
Syukur kepada Allah sebab diri ini disayangi ramai (bajet femes)
Sebab ana rasa disayangi ramai oranglah
Allah beri rasa untuk ana turut menyayangi ramai orang.
 
Dedaun hati (Pantai Irama di Bachok, Kelantan : 10 April 2012

2 comments:

kali terakhir arwah abah bawak kami satu family ke pantai, kat Pantai Irama ni lah. juga kali pertama As sampai Kelantan. Lepas tu dah tak pernah pergi lagi..

 

tp pantai2 kat kelantan kian terhakis. Dah bertambak2 da. Sedey je tgk. Ni kali ke-3 akk pi kelantn. ^^.