Betul ke nak pergi India ni??

Alhamdulillah
2 Syaaban 1433
22 Jun 2012

InsyaAllah, ana dalam perancangan untuk ke India bulan julai ini dibawah rangka program Global Outreach (GOP). Setiap kali ana menyatakan GOP kami akan ke India, semua orang akan bertanya semula. Kenapa mesti India? Masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati yang lebih hebat dan lebih seronok berbanding India. Kalau diletakkan dalam senarai pemilihan tempat perlancongan, ia adalah pilihan-pilihan terakhir kebanyakan orang.

Digelar Big Toilet oleh sesetengah orang, menunjukkan bahawa ianya tempat yang kotor, berdebu, busuk dan hancing. Di sana sini boleh lihat orang melepaskan hajat (baca: buang air besar dan kecil --> tak faham buat-buat faham) di tepi-tepi dinding bangunan, di bawah rimbunan pokok dan di tepi jalan. Malah dengan tabiat membunyikan hon dan dengan kepadatan manusia yang tinggi menjadikan ianya sesak, bingit lagi merimaskan. Usahlah terbuai dan asyik dengan cerita hindustan yang menjadi tontonan sedang realiti jauh dan amat berbeza dari anganan.

Jujur ana kata, seram sejuk dan takut untuk ke sana. Seorang yang pembersih, sukakan kedamaian mahu ke kota yang kotor dan sesak disana selama 14 hari? Woo woo woo...boleh bertahan ke nanti? Ana lebih suka berfikir secara positif. Jika niat untuk ke sana kita betulkan..insyaAllah banyak benda boleh ana belajar. Jika niat hanya untuk melancong dan bertemu Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai, tak kemana la. = =" (macam la jumpa. Huhu).

Universiti Teknologi Malaysia, atau digelar Universiti Tarbiyyah Malaysia, bakal ana tinggalkan. Sebelum itu, ana mahu menjejakkan kaki ke Universiti Kemanusiaan Terhebat Dunia. Itulah gelaran buat negara India. Kemiskinan yang tidak tersembunyi dan pengemis tanpa lakonan  namun disampingnya juga ada masyarakat yang bermegah dengan harta melimpah ruah. Perbezaan jurang yang begitu ketara sekali di dalam masyarakatnya.

Doakan ana dan kumpulan ana yang hanya seramai 9 orang (2 orang lelaki SAHAJA) sentiasa sihat sepanjang keberadaan kami disana, selamat pergi dan selamat pulang. Sila jangan tempah kain sari segala bagai okey. Backpack je. Bukan bawa bagasi untuk melancong. Harap maklum.

Eh? Kene batang hidung ka? Pi ngaji paling kurang 1 muka surat pi~

Untuk ke India memerlukan anda mempunyai Visa
Di sebabkan kami berada di Johor
Kami uruskan sendiri di Bagunan Pan Global, Johor Bahru
Bagunan warna Biru berhampiran Persada
Kami tak guna mana-mana agensi perlancongan
SENDIRIAN BERHAD semuanya dan
dengan bantuan pelajar-pelajar Malaysia di sana
Moga-moga semuanya berjalan lancar dan dibawah lindungan Allah

-Tips nak membuat Visa-
1. Baca terma dan syarat-syarat di laman web ini
http://www.indiavisa.com.my/index.php

2. Kenal pasti jenis visa yang dipohon dan bayaran yang diperlukan.

3. Isi borang di sini
Salah isi, kene isi online semula.
Pastikan jenis visa padan dengan 'Period of Visa' dan 'No of entries'
Kalau pilih Tourist Visa, kene isi di bahagian 'Period of Visa' = 6 month
dan 'no of entries' = Double walaupun pergi untuk 2 minggu dan nak masuk sekali je

4. Print borang dan hantar ke India Visa Centre bersama passport, 2 keping gambar berukuran 2"x2" dan duit bayaran mengikut jenis passport
 Ada 3 cawangan je untuk buat visa ni.

KUALA LUMPUR
G-01, Ground Floor,
Straits Trading Building, 
No. 2, Lebuh Pasar Besar, 
50050 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel. No: 006 03 2692 2692
Fax: 006 03 2698 2692

PENANG
No. 105, Lebuh Chulia,
10200 Penang, Malaysia.
Tel. No: 006 04 250 5000
Fax: 006 04 250 5002

JOHOR
Suite 325, 3rd Floor,
Pan Global Plaza,
Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru, Malaysia.
Tel. No: 006 07 222 3325
Fax: 006 07 222 0325

5. Selepas 4 hari bekerja boleh ambil visa yang telah siap ^^

Sekian. Terima Kasih ^^

5 comments:

:)) we're on the same side...
kami 22 org.. (7laki+15 perempuan)
Insyallah semua berjalan lancar.. hehehe

 

@Hanum
=) Ameen. Pi india jgk ke cik hanum??

 

assalam 'alaik, sy ialah pelajar daripada UKM dan dalam perancangan untuk mengadakan lawatan ilmiah ke India, namun menghadapi masalah kerana masih belum mendapat contact dengan seseorang dari India, sy cuba google untuk dapatkan contact pelajar Malaysia di India dan masih belum dapat sehingga kini, mohon bantuan daripada kalian untuk bantu kami kerana lawatan ini adalah lawatan rasmi dengan nama UKM, jadi perlukan kepada prosedur2 tertentu. Terima kasih.

mohon untuk emailkan kepada sy di afaathin@gmail.com

 

@Faathin maaf baru baca comment anda. Dah bertahun pula kan. Agaknya student india kat sana pun dah grad. hohohho. Pape pun untuk sebarang persoalan secara direct boleh email sy ye snaffisah@gmail.com