Aku sahabat kau, Bro.




"Bro, aku ada masalah ni. aku dah tak tahu nak habaq mai kat sapa. sakit hati aku bro!"

"rilek rilek Mat, apa ada dengan masalah hang? ce cite ce cite.."

"roomate aku tuh. buat perangai pulok doh. buat keja tak elok."

"eh, sebelum ni aku ziarah bilik kau elok je perangai roomate kau tu."

"itu awal2 bro.. sekarang dah lain macam. aku bukan nak bersangka buruk, tapi kalau dah melanggar hukum, takkan aku nak tutup mata je bro."

"cuba kau slow talk dengan dia. nasihat elok-elok."

"aku tak berani la bro. aku ni bukan baik sangat nak nasihat orang lain. ustaz aku penah ajaq hadis ni;

Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: 

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. 
[HR Muslim]

aku rasa aku tahap selemah-lemah iman tu lah bro. cuma mampu mengubah dengan hati je."

"so, sekarang ni kita pi tambah ilmu, tambah amal, kuatkan iman..jangan sentiasa jadi lemah.  nah baca link ni CARA-CARA MENINGKATKAN KEIMANAN."

"Bro, terima kasih sebab sudi dengar luahan hati aku."

"hahaha sama-sama, kau ingat tak ayat Hilal Asyraf dalam cerpen beliau? 

    'kalaulah terjadi suatu masa nanti, seluruh dunia telah tinggalkan kau, sampai nanti mungkin isteri dan anak-anak kau pun tinggalkan kau, kau agak-agak siapa manusia yang akan kekal berada di sisi kau  masa tu?' - cerpen 'AKU' (novel simfoni cinta oleh Hilal Asyraf) "

"hehehe mestilah aku ingat, jawapannya ialah AKU!!" 

posted by : Krew Sn


0 comments: