RUGINYA KALAU AKU BERPUTUS ASA..


Kasut banyak berjasa.
“Jaja, pagi esok kita comfirm naik Broga ea? Kawan2 Ena buat keputusan last minute tadi, sori lambat bagitahu. Esok nak minta tolong Jaja drive ye.” Ena berbisik sambil menyentuh bahu Jaja yang hampir lena. Jam menunjukkan pukul 12.45 pagi.

“hmm..ok. Tolong kejutkan Jaja pukul 4 pagi nanti ye.” Jaja membelakangkan tubuhnya mencari posisi yang lebih selesa.

Ena teruja. Sudah lama dia teringin mahu mendaki bukit Broga yang terkenal sebagai salah satu tarikan di Selangor. Nasib baik Jaja, sahabat baiknya sudi menemaninya mendaki esok.

Jam sudah dikunci. Bantal ditepuk-tepuk sebanyak empat kali; 
“Ya Allah, kejutkan kami esok seawal 4 pagi. Amin.”
Entah mengapa amalan itu masih dilakukannya sejak dari sekolah asrama terutamanya jika mahu berqiamullail. Walaupun bukan sunnah dan tidak ada dalil, tetapi selagi tidak menyalahi syarak, dia selesa begitu. Segalanya diserahkan kepada Pencipta Yang Satu.

*******

“Kenapa Ena, dah letih ke?” langkah mereka diberhentikan.
“Rehat kejap. Huhu lenguhnya kaki ni. Jauh lagi ke Jaja??”
“tak de lah. Lagi 10 minit je. Hehehehe tipu je lah.”
“hmm..” Ena tak banyak bercakap. Kalau bercakap, makin letih. Jadi langkahnya diteruskan sahaja tanpa menghiraukan keletihan yang dialami. Ikutkan hati mahu sahaja Ena berhenti rehat lebih lama, namun risau ditinggalkan Jaja, dipaksa juga dirinya untuk mendaki.
‘Ena, ini baru sedikit. Sabarlah. Tak lama lagi sampai ke puncak.’
‘Ena, kalau kau nak berhenti sampai sini, sia-sia sahajalah kau datang sini. Alang-alang dah sampai, biar sampai ke puncak!’

Cuaca masih gelap. Sejuk. Jam menunjukkan pukul 5 pagi dan kawasan pendakian sudah mula dipenuhi orang ramai. Ena makin bersemangat untuk meneruskan pendakian. Walaupun tanpa lampu suluh, namun ramai pendaki lain yang mempermudahkan urusan kami naik ke atas dengan menyuluhkan lampu mereka dan menunjukkan jalan. Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian juga.

Puncak pertama.

Kami menunaikan solat subuh. Tiada telekung bukan penghalang, baca SINI.

“Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghabiskan pendakian ini. Permudahkanlah urusan kami untuk sampai ke puncak. Amin.”

Usai solat, pendakian segera diteruskan.
“tak penat ke dik?” kami ditegur oleh seseorang.
“kami dah rehat dah masa solat subuh tadi.”

Kali ini langkah makin laju. Seakan doa kami dimakbulkan. Pendakian semakin mudah dan pantas.

Puncak kedua.

“Jaja, bila boleh duduk ni? Dah tak larat..huhu.”
“duduklah. Nah minum air.”
Alhamdulillah. Lega dapat membasahkan tekak. Ku lihat puncak yang terakhir.

“Ena, larat lagi tak nak naik puncak terakhir?”
“entahlah. Kita rehat dulu kat sini boleh tak? Penat sangat. Ena rasa ni kali pertama dan kali terakhir nak mendaki puncak Broga ni. Tak sanggup dah nak mendaki bukit setinggi ni.”
Jaja cuma tersenyum.

Angin bukit menyapa kehadiran mereka. Damai. Pemandangan dari atas memang mengagumkan. Subhanallah. Hebatnya Maha Pencipta.

Matahari belum memunculkan dirinya. Bulan masih setia di atas. Ena melihat ke puncak terakhir.
Tingginya. Ena menelan air liur. Kemudian terlihat ada kanak-kanak yang turut mendaki puncak terakhir itu.

“Jaja, tengok tu. budak kecik tu boleh naik sampai atas la. Kalau dia boleh, mesti kita pun boleh. Jom nak?”
“lagipun Ena kata tadi, ini kali  pertama dan terakhir nak naik Broga kan? alang-alang tu biarlah sampai ke puncak. Jom!”
“betul juga.”

*******

Puncak terakhir.

Puncak Bukit Broga. 400m dari aras laut.
Sesiapa sahaja boleh sampai ke puncak. Hatta budak berusia 5 tahun.
Ruginya kalau tak naik sampai puncak terakhir. Baru puas hati.

Setelah puas menikmati keindahan alam dari atas, tiba masanya untuk turun ke bawah.
Alahai, menghadapi kecuraman lagi. Kuatkan hati ye. Semoga cepat sampai ke bawah.

“yea, we did it!” ujar Ena setelah sampai ke bawah.
“Jaja, Ena rasa kalau nak ajak naik Broga lagi, boleh kot.”
“eh, masa naik tadi bukan kata ini yang first dan last ke?”
“itu sebelum sampai ke puncak. Memang rasa lemah sangat dan macam nak putus asa. Tapi lepas sampai ke puncak, rasa puas hati dan semakin kuat! Hahahaha”

Ini baru sedikit. ada banyak lagi puncak yang perlu ditawan. Puncak ketaqwaan?? eheh. Senyum.


A081
Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya 
(Al-Nahl 16:81)

Posted by : Krew Sn

0 comments: