Siapa Aku Sebenarnya??


Based on a true story,
but not my story,
it's my friend's experience,
i just want to share,

di dalam satu program/kursus,

para peserta telah dibahagikan secara berpasangan mengikut jantina,

mereka duduk, si A membelakangkan si B, (maksudnya si A menghadap dinding, manakala si B menghadap si A). si B akan bertanya soalan kepada A dari belakang.

B : SIAPA KAMU??
A : SAYA FULAN BIN SI FULAN
B : ITU NAMA KAMU, KAWAN2, FAMILY BOLEH PANGGIL DAN BOLEH TUKARKAN NAMA KAMU ITU.
A : SAYA ANAK KEPADA EN. FULAN B. FULAN DAN PUAN FULANAH BT. FULAN
B : TIDAK SELAMANYA KAMU JADI ANAK, KELAK KAMU AKAN MENJADI SUAMI DAN AYAH.
A : SAYA SEORANG PELAJAR DI UXM
B : TIDAK SELAMANYA KAMU BERGELAR PELAJAR, KELAK KAMU AKAN BEKERJA DAN DIGELAR PEKERJA.
A : BUNTU. HABIS TU SIAPA SEBENARNYA AKU??

si B memeluk si A dari belakang dan berbisik ke telinganya, dengan jawapan sebenar-benar jawapan.
B : SAHABAT, KITA ADALAH HAMBA , SEJAK LAHIR SEHINGGA MATI. ISTIGHFAR SAHABATKU, APAKAH PADA JAWAPANMU TIADA SATU KAU BERBALIKKAN HATI DAN FIKIR KEPADA TUHANMU, SEDANG DIA YANG MENCIPTAKANMU, SEDANG DIA YANG MEMBENARKAN KAU BERPIJAK DI BUMI MILIKNYA."


Firman Allah-Rabul Izzah dalam surah Al-A'raf ayat 172:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar(Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (172)


kisah dari saudara senior Nabil.
terima kasih.

posted by: Krew SN

0 comments: